Perkhidmatan yang terdapat di Bank Negara Malaysia LINK
- Menerima pertanyaan am dan aduan orang ramai dalam hal-hal yang berkaitan dengan sektor kewangan;
- Menyediakan maklumat berkenaan aspek pengawalseliaan produk dan perkhidmatan perbankan dan insurans, pembiayaan PKS, perbankan Islam dan takaful serta pentadbiran pertukaran asing;
- Menerima permohonan yang berkaitan dengan pentadbiran pertukaran asing dan memberikan maklumat serta penjelasan mengenai perkara yang berkaitan dengan pentadbiran pertukaran asing;
- Rujukan bagi maklumat kredit peribadi melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS);
- Menukar wang kertas yang rosak; dan
- Jualan penerbitan Bank Negara Malaysia.
Penerbitan Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia menerbitkan pelbagai buletin statistik dan ekonomi, serta Laporan Tahunan dan juga penerbitan dalam bentuk CD-ROM. Harga bagi penerbitan tersebut boleh didapati di Kaunter Penerbitan di Bank Negara Malaysia LINK. |