| |
Kemudahan maklumat yang terdapat di Bank Negara Malaysia LINK
- Buku kecil/risalah mengenai program pendidikan pengguna seperti InfoPerbankan dan InfoInsurans, dan peraturan pentadbiran pertukaran asing;
- Kios layan diri yang menyediakan maklumat dan soalan lazim dalam bidang perbankan, insurans serta perkara-perkara lain yang di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia;
- Terminal layan diri untuk memasuki dan melayari kandungan dalam laman web seperti InfoPerbankan dan InfoInsurans;
- Ruang pameran tetap yang mempamerkan sejarah sumbangan Bank Negara Malaysia ke arah pembinaan negara semenjak penubuhannya pada lewat tahun 1950-an; dan
- Pameran topikal yang memberikan fokus pada aspek perbankan, insurans, perbankan Islam dan takaful, PKS serta isu-isu kewangan yang lain.
|