| |
Siapakah yang patut melawat Bank Negara Malaysia LINK
- Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai sektor perbankan dan insurans di Malaysia;
- Pengguna produk dan perkhidmatan kewangan yang ingin mencari maklumat mengenai dasar dan garis panduan industri perbankan dan insurans;
- Pengguna yang ingin membuat aduan terhadap institusi perbankan dan syarikat insurans di Malaysia;
- Pelajar atau ahli akademik yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Bank Negara Malaysia dan industri perbankan dan insurans di Malaysia; dan
- Ahli perniagaan dan pelawat, sama ada warga negara Malaysia atau warga asing, yang ingin mendapatkan maklumat dan penjelasan mengenai prosedur pentadbiran pertukaran asing.
|