Laman Utama BNM  >  BNM LINK   >  Laman Utama English
 
Maklumat jenis perkhidmatan yang ditawarkan di Bank Negara Malaysia LINK...
Selanjutnya...
 
 
Ketahui mengenai kemudahan maklumat yang terdapat di Bank Negara Malaysia LINK...
Selanjutnya...
 
 
Siapa yang harus melawat Bank Negara Malaysia LINK? Kami sedia membantu anda...
Selanjutnya...
 
 

Apakah Bank Negara Malaysia LINK?

Bank Negara Malaysia LINK merupakan satu lagi saluran penting Bank Negara Malaysia untuk berhubung dengan orang ramai. Bank Negara Malaysia LINK berperanan sebagai sebuah pusat perhubungan untuk memudahkan maklum balas yang cepat dan cekap kepada orang ramai dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung dengan perkara-perkara berkaitan dengan sektor kewangan. Pameran, kios layan diri dan risalah di Bank Negara Malaysia LINK turut menyediakan pendidikan kewangan pengguna serta maklumat mengenai peranan Bank Negara Malaysia dalam pembinaan negara kepada orang ramai.

Bank Negara Malaysia LINK menyediakan khidmat pelanggan secara langsung kepada pelawat yang datang ke Bank Negara Malaysia untuk pertanyaan am dan aduan orang ramai. Kakitangan di Bank Negara Malaysia LINK sedia membantu dan menangani secara berkesan serta mengendalikan hal-hal dalam bidang perbankan, insurans, pembiayaan PKS, mata wang dan perkara-perkara lain yang di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia.

Pameran di Bank Negara Malaysia LINK menyediakan maklumat mengenai akses kepada pembiayaan, terutama sekali oleh PKS, serta maklumat perbankan konvensional dan perbankan Islam serta insurans dan takaful kepada orang ramai. Maklumat mengenai peranan dan tanggungjawab orang ramai mengenai produk dan perkhidmatan kewangan turut disediakan. Salah satu ruang pameran memfokuskan pada peranan dan fungsi Bank Negara Malaysia serta sejarah sumbangannya dalam membentuk ekonomi dan sektor kewangan negara semenjak dari tahun 1950-an sehingga kini.

Bagaimana untuk menghubungi LINK?

Sila telefon talian am Bank Negara Malaysia LINK : +60(3) 2698 8044 sambungan 8950 / 8958