|
Anugerah Biasiswa Sesi Akademik 2010 / 2011 Berprestij - Program Kesarjanaan Holistik - Pemimpin Masa Depan
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DALAM BIDANG:
- Ekonomi
- Perakaunan
- Sains Aktuari
- Perbankan dan Kewangan
- Kewangan Korporat
- Perbankan dan Ekonomi Islam
- Undang-Undang
- Undang-Undang Syariah
- Teknologi Maklumat
- Matematik
A. BIASISWA PRA-UNIVERSITI, PROGRAM PERSEDIAAN LUAR NEGARA ( Permohonan telah ditutup)
( Permohonan secara dalam talian akan dibuka pada hari Khamis, 11 Mac 2010 dan akan ditutup pada hari Rabu, 17 Mac 2010) |
-
A-LEVEL, AMERICAN FOUNDATION PROGRAM, AUSTRALIAN MATRICULATION, INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAMME
|
Kelayakan Minimum
- Lulus peperiksaan SPM 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 A
- Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2010
Kelayakan Tambahan
- Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
- Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
- Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
B. BIASISWA IJAZAH PERTAMA (KEPUJIAN) ( Permohonan telah ditutup )
( Permohonan secara dalam talian akan dibuka mulai Ahad, 7 Mac 2010 dan akan ditutup pada hari Ahad, 14 Mac 2010) |
- UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM DAN LUAR NEGARA
|
Kelayakan Minimum
Lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:
- STPM / A-Level - Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; atau
- Diploma / Matrikulasi - Mendapat Purata Agregat Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; atau
- Australian Matriculation - Mendapat sekurang-kurangnya TER 85% ; atau
- American Foundation Program - Mendapat sekurang-kurangnya 1200 bagi SAT1 ;
- Bagi calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama - Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan yang terbaru.
dan
- Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2010
- Telah atau akan ditawarkan dalam tahun 2010 untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara
Kelayakan Tambahan
- Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
- Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
- Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
C. SARJANA / KEDOKTORAN (PhD) ( Klik di sini untuk memohon )
( Permohonan secara dalam talian akan dibuka mulai Ahad, 7 Mac 2010 dan akan ditutup pada hari Ahad, 14 Mac 2010)
|
|
Kelayakan Minimum
- Mendapat keputusan Kelas Pertama Ijazah Pertama (Kepujian) / Ijazah Sarjana atau yang setaraf daripada universiti-universiti diiktiraf di dalam atau luar negara
- Mengambil kursus yang memberi nilai tambah kepada fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada 1 Julai 2010
dan
- Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Telah atau akan ditawarkan dalam tahun 2009 untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana / Kedoktoran di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara.
Calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau di luar negara juga adalah layak untuk memohon.
Tarikh Tutup Permohonan
- Prauniversiti : 7 hari selepas keputusan SPM 2009 diumumkan (17 Mac 2010)
- Ijazah Pertama/Lanjutan : 14 Mac 2010
Nota: Hanya Calon-Calon Yang Disenarai Pendek Sahaja Akan Dihubungi.
Last Updated Date: 18 March 2010
|