Lain-lain

> Biasiswa
 

Capaian pintas :  Borang Permohonan  |  Biasiswa Pra-Universiti, Program Persediaan Luar Negara  |  Biasiswa Ijazah Pertama  |  Sarjana / Kedoktoran (PhD)  

BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DALAM BIDANG:

  • Ekonomi
  • Kejuruteraan Kewangan
  • Perakaunan
  • Sains Aktuari
  • Kewangan Dan Perbankan
  • Kewangan Korporat
  • Perbankan Dan Ekonomi Islam
  • Undang-Undang
  • Undang-Undang Syariah
  • Teknologi Maklumat
  • Matematik
A. BIASISWA PRA-UNIVERSITI, PROGRAM PERSEDIAAN LUAR NEGARA ( Permohonan ditutup )
  • A-LEVEL, AMERICAN FOUNDATION PROGRAM, AUSTRALIAN MATRICULATION

Kelayakan Minimum

  • Lulus peperiksaan SPM 2007 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 1A
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2008

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan dilanjutkan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

B. BIASISWA IJAZAH PERTAMA (KEPUJIAN) ( klik di sini untuk memohon )
  • UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM DAN LUAR NEGARA

Kelayakan Minimum

Lulus dan mendapat keputusan bagi salah satu peperiksaan di bawah:

  • STPM / A-Level - Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; atau
  • Diploma / Matrikulasi - Mendapat Purata Markah Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; atau
  • Australian Matriculation - Mendapat sekurang-kurangnya TER 85% ; atau
  • Bagi calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama - Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 di dalam peperiksaan tahunan yang terbaru.

dan

  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2008
  • Telah atau akan ditawarkan dalam tahun 2008 untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara juga adalah layak untuk memohon.

C. SARJANA / KEDOKTORAN (PhD)
  • DALAM NEGERI DAN LUAR NEGARA

Kelayakan Minimum

  • Mendapat keputusan Kelas Pertama Ijazah Pertama (Kepujian) / Ijazah Sarjana atau yang setaraf daripada universiti-universiti diiktiraf dalam atau luar negara
  • Mengambil pengkhususan yang memberi nilai tambah kepada fungsi-fungsi Bank Negara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada 1Julai 2008

dan

  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Telah atau akan ditawarkan dalam tahun 2008 untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana / Kedoktoran di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara.

Mereka yang memenuhi kriteria dikehendaki menghantar permohonan bertulis kepada Seksyen Biasiswa, Bank Negara Malaysia dan melampirkan dokumen-dokumen berikut :

  • Butir-butir diri
  • Salinan keputusan yang disahkan bagi Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana
  • Surat sokongan daripada Universiti-universiti terdahulu atau terkini
  • Satu (1) muka surat ringkasan pengkhususan yang akan diambil

Calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau di luar Negara juga adalah layak untuk memohon.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Pra-Universiti: 7 Hari Selepas Keputusan SPM 2007 Diumumkan
Ijazah Pertama: 11 April 2008
Ijazah Lanjutan: 30 April 2008

Nota: Hanya Calon-Calon Yang Disenarai Pendek Sahaja Akan Dihubungi.

 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 24 March 2008
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
 





Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 April 2014