English   |   Bahasa Malaysia
Kembali ke Laman Utama Bank Negara Malaysia Peta Laman |  Capaian |   RSS  |  Indeks  (A-Z) |  Soalan Lazim |  Maklum Balas
            
 
> Mata Wang
PRINT       EMAIL

Maklumat Umum untuk Wang Kertas Malaysia: RM10 dengan LEAD

RM50 (Siri Ke-4) | RM10 dengan LEAD | RM100 | RM50 | RM10 | RM5 | RM2 | RM50 Commemorative Polymer Banknote


Bank Negara Malaysia kini mengeluarkan wang kertas RM10 versi baru dengan ciri keselamatan tambahan. Denominasi RM10 versi baru ini dilengkapi jalur holografi ubahan optik di bahagian hadapan (sama seperti jalur yang digunakan pada wang kertas RM50 dan RM100).

Pengenalan jalur holografi ini merupakan usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia. Jalur holografi ini membuatkan wang kertas lebih sukar dipalsukan tetapi mudah dikenal pasti oleh orang ramai.

Pada dasarnya RM10 versi baru ini masih mengekalkan reka bentuk, warna, ciri-ciri keselamatan dan ukuran yang asal. Tiada sebarang perubahan ketara dibuat pada reka bentuk di bahagian hadapan dan belakang wang kertas RM10 versi baru ini kecuali jalur holografi tersebut. Wang kertas versi baru ini dicetak menggunakan bahan yang sama dengan wang kertas Malaysia yang ada dalam edaran.

Ciri-ciri keselamatan utama wang kertas RM10 dijelaskan dalam risalah ini untuk panduan orang ramai. Orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa ciri-ciri keselamatan dengan teliti bagi memastikan ketulenan wang kertas.

Wang kertas RM10 versi baru akan diedarkan seiring dengan siri wang kertas RM10 yang sedia ada. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai wang kertas versi baru ini, sila hubungi Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang di talian ++ 60 3 2690 7309.

Lihat juga:

  • Garispanduan Untuk Menggunakan Imej Matawang Malaysia [PDF]

  • Reproduksi Imej Duit Syiling Malaysia (Borang Permohonan) [PDF]

  • Reproduksi Imej Wang Kertas Malaysia (Borang Permohonan) [PDF]

  •  


    Terma Penggunaan | Kenyataan Privasi | Penafian | Hubungi Kami 
    1-300-88-5465 | SMS to 15888: BNM TANYA [your enquiry] | Email : bnmtelelink@ bnm.gov.my
    © Bank Negara Malaysia, 2010. Hak Cipta Terpelihara