English   |   Bahasa Malaysia
Larger Font Smaller Font W3C Disability Access
Kembali ke Laman Utama Bank Negara Malaysia
Peta Laman |  Capaian |   RSS  |  Indeks  (A-Z) |  Bantuan  |   Soalan Lazim |  Maklum Balas
            
 
  Pusat Berita & Media
> Siaran Akhbar > Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia
PRINT       EMAIL

Ref No: 04/09/08

Embargo: Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1230 pada hari Isnin, 27 April 2009

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-75 penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj selaku Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia, di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,200 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM150 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini adalah seperti di Lampiran I.

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-75 penubuhan TLDM:

1. Bahagian Hadapan Duit Syiling
Memaparkan tanda kebesaran TLDM pada bahagian tengah duit syiling. Padanan tulisan Jawi bagi perkataan "Ulang Tahun Ke-75" dan "Tentera Laut Diraja Malaysia" masing-masing tertera pada bahagian atas dan bawah duit syiling ini.

2. Bahagian Belakang Duit Syiling
Memaparkan kapal selam TLDM jenis Scorpene yang pertama, yang dinamakan Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman, mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama (dijangka tiba pada bulan Julai 2009). Perkataan "Jubli Intan TLDM" tertera pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" pula dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai mukanya pada bahagian bawah duit syiling.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 28 April 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Bank Negara Malaysia
27 April 2009



Lampiran I

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia

Spesifikasi Teknikal

Jenis Logam Nilai Muka
(RM)
Harga Jualan
(RM)
Kuantiti Tempaan (keping/set) Garis-pusat(mm) Berat(gram) Bentuk
Emas Pruf Emas (Au999.9) 100 1,200 100 22.00 7.96 Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf Perak(Ag92.5) 10 150 300 35.70 21.00 Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic Cu89 Zn5
Al5 Sn1
1 10 10,000 30.00 8.80 Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam 1   10+1 200 200      
Set 3 dalam 1   100+10+1 1,450 150      

Nota:
(i) Set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak pruf dan emas Nordic pruf; dan
(ii) Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas pruf, perak pruf dan emas Nordic pruf.

 

Bank Negara Malaysia
27 April 2009

© Bank Negara Malaysia, 2010. All rights reserved.

 

Bookmark and Share

Last Updated Date: 27 April 2009


Terma Penggunaan | Kenyataan Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hubungi Kami 
1-300-88-5465 | SMS to 15888: BNM TANYA [your enquiry] | Email : bnmtelelink@ bnm.gov.my
© Bank Negara Malaysia, 2010. Hak Cipta Terpelihara