Logo Bank

Allahyarham Tun Ismail Mohamed Ali, rakyat Malaysia yang pertama menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia, telah mendapat ilham untuk menggunakan motif Kijang sebagai logo rasmi Bank. Motif ini telah diambil daripada gambar Kijang yang terdapat pada duit syiling emas Negeri Kelantan, yang merupakan antara syiling terawal Kesultanan Melayu.
Logo Bank telah digunakan dengan rasminya pada tahun 1964 dan logo ini mempunyai lambang Kijang, matahari dan bulan sabit. Matahari melambangkan kewibawaan Bank dan bulan sabit melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

