Cetak       Kongsi


Mengenai BNM

Logo Bank

Allahyarham Tun Ismail Mohamed Ali, rakyat Malaysia pertama yang menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia, telah mendapat ilham supaya motif kijang dijadikan sebagai logo rasmi Bank. Motif ini diambil daripada paparan gambar Kijang pada duit syiling emas Negeri Kelantan, iaitu antara duit syiling emas terawal Kesultanan Melayu.

Logo Bank yang memaparkan gambar Kijang, matahari dan anak bulan dijadikan logo rasmi pada tahun 1964. Matahari melambangkan kuasa manakala anak bulan melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.