Cetak       Kongsi


Mengenai BNM

Majlis Penasihat Syariah Bank

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada bulan Mei 1997 sebagai pihak berkuasa tertinggi Syariah dalam kewangan Islam di Malaysia. MPS diberikan kuasa untuk menentukan  hukum Syarak bagi perniagaan perbankan Islam, takaful, perniagaan kewangan Islam, perniagaan kewangan pembangunan Islam, atau apa-apa perniagaan lain, yang berlandaskan prinsip Syariah dan diselia serta dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Sebagai badan yang menjadi tempat rujukan dan penasihat kepada Bank Negara Malaysia mengenai perkara Syariah, MPS juga bertanggungjawab bagi pengesahan semua produk perbankan Islam dan takaful untuk memastikan kesesuaian produk tersebut dengan prinsip Syariah. Selain itu, MPS menasihati Bank Negara Malaysia tentang apa-apa isu Syariah berkaitan dengan perniagaan atau urus niaga kewangan Islam Bank Negara Malaysia serta entiti berkaitan lain.   

Dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang terkini, peranan dan fungsi MPS dimantapkan lagi apabila MPS diberikan status badan berkuasa tunggal mengenai perkara Syariah yang berkaitan dengan perbankan Islam, takaful dan kewangan Islam. Sementara keputusan MPS hendaklah terpakai daripada apa-apa keputusan bercanggah yang diberikan oleh badan atau jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di Malaysia, mahkamah dan penimbang tara juga dikehendaki merujuk kepada keputusan MPS bagi mana-mana prosiding yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam, dan keputusan tersebut hendaklah mengikat.

Anggota MPS, yang terdiri daripada cendekiawan Syariah, pakar undang-undang dan pengamal pasaran yang terkemuka, merupakan individu yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang dan aplikasi Syariah, terutamanya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam. Senarai anggota MPS bagi tahun 2010/2013 adalah seperti yang berikut: 

Consisting of prominent Shariah scholars, jurists and market practitioners, members of the SAC are qualified individuals and have vast experience in banking, finance, economics, law and application of Shariah, particularly in the areas of Islamic economics and finance. The list of SAC members for 2013/2016 is as follows:


Profile ahli MPS (2013 - 2016)

Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi)


Ketua eksekutif, Amanie Business Solutions Sdn Bhd

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah:

  • Pengerusi Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Majlis Cedekiawan Kewangan Islam (ISRA)
  • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC)
  • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti
  • Ahli Lembaga Syariah Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI)
  • Ketua Pegawai Eksekutif Institut Antarabangsa bagi Kewangan Islam.

Kelayakan:

  • PhD: University of St. Andrews, Scotland, United Kingdom
  • Degree in Shariah, University of Kuwait & UM

Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin (Timbalan Pengerusi)


Pengarah Eksekutif, International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah:

  • Ahli Majlis Penasihat Syariah BNM
  • Penasihat Syariah berdaftar dengan SC
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah HSBC Amanah Global
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah Yassar Limited
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah HSBC Insurance, Singapore
  • Associate Consultant of the International Institute of Islamic Finance (IIIF)

Kelayakan:

  • PhD in Principles of Islamic Jurisprudence (Usul al-Fiqh), University of Edinburgh, Scotland
  • Degree in Islamic Jurisprudence and Legislation, University of Jordan, Amman

Yang Amat Arif Tun Abdul Hamid Mohamad

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah dan Undang-undang:

  • Mantan Ketua Hakim Negara Malaysia
  • Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti
  • Pengerusi Jawatankuasa Pengharmonian Undang-Undang.

Kelayakan:

  • Degree in Law, National University of Singapore


Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman


Penasihat Shariah kepada Attorney General Chamber
(Tokoh Maal Hijrah 1416/1995)

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah:

  • Penasihat Syariah kepada Jabatan Peguam Negara
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti
  • Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
  • Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Syariah dan Awam
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kelayakan:

  • Degree in Islamic Law, Al-Azhar University, Cairo
  • Diploma in Education, Ain Shams University, Cairo, Egypt
  • Diploma in Law and Judiciary, IIUM

Y.B. Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan Ahmad


Mufti bagi negeri Pulau Pinang dan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah:

  • Mufti Negeri Pulau Pinang
  • Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Kelayakan:

  • MA in Shariah, Al-Azhar University, Cairo
  • Degree in Shariah & Law, Kelantan Foundation of Higher Islamic Studies

Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali


Profesor Madya, Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah:

  • Ahli Majlis Penasihat Syariah BNM
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah LFSA
  • Penasihat Syariah berdaftar-SC

Kelayakan:

  • PhD in Law (Securities Regulation), University of Aberdeen, UK
  • MA in Comparative Laws, IIUM
  • Degree in Law, IIUM
  • Degree in Shariah, IIUM

Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim


Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah:

  • Ahli Majlis Penasihat Syariah BNM
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah Securities Commission (SC)
  • Penasihat Syariah berdaftar dengan SC
  • Penasihat Syariah kepada Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM)
  • Ahli Jawatakankuasa Syariah Bursa Malaysia
  • Ahli, Majlis Fatwa Kebangsaan, Malaysia

Kelayakan:

  • PhD in Islamic Law, University of Birmingham, UK
  • MA in Fiqh and Usul Fiqh, University of Jordan, Amman
  • Degree in Shariah, Islamic University of Medina, Saudi Arabia

Prof. Madya Dr. Rusni binti Hassan


Pensyarah Jabatan Undang-Undang Islam, Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah:

  • Ahli Majlis Penasihat Syariah BNM
  • Penasihat Syariah berdaftar dengan SC

Kelayakan:

  • PhD, MA, Degree in Comparative Laws, IIUM

Prof Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim

Associate Professor, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah:

  • Ahli Majlis Penasihat Syariah BNM
  • Penasihat Syariah berdaftar dengan SC

Kelayakan:

  • PhD & MA in Fiqh & Usul Fiqh, IIUM
  • Degree in Shariah, University of Jordan

Dr. Shamsiah Mohamad

Senior Researcher of International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah:

  • Ahli Majlis Penasihat Syariah BNM
  • Penasihat Syariah berdaftar dengan SC
  • Member of JAKIM’s Shariah Review Panel

Kelayakan:

  • PhD in Shariah, University of Jordan
  • MA and degree in Shariah, UM

En. Burhanuddin Lukman

Lecturer, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, International Islamic University Malaysia (IIUM)

Pengalaman sebagai Penasihat Syariah:

  • Ahli Majlis Penasihat Syariah BNM

Kelayakan:

  • MA in Shariah, Al-Bayt University, Jordan
  • Degree in Shariah, Islamic University of Medina, Saudi Arabia

List of previous SAC members

Click to view full list
  1. Dato' Dr. Abdul Halim Ismail
    Sesi Pelantikan: 1997 - 2013

  2. Prof. Madya Dr. Aznan Hasan
    Sesi Pelantikan: 2006 - 2008, 2010 - 2013

  3. Dr. Muhammad Anwar Ibrahim
    Sesi Pelantikan: 2010 - 2013

  4. Datuk Haji Md. Hashim Yahaya
    Sesi Pelantikan: 1997 - 2010

  5. Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz
    Sesi Pelantikan: 2008 - 2010

  6. Dr. Muhammad Syafii Antonio
    Sesi Pelantikan: 2006 - 2010

  7. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammad
    Sesi Pelantikan: 2004 - 2008

  8. Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad
    Sessions of Appointment: 2004 - 2008

  9. Prof. Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob
    Sessions of Appointment: 1999 - 2006

  10. Dr. Mohd Ali Baharum
    Sessions of Appointment: 2001 - 2006

  11. Prof. Dr, Joni Tamkin Borhan
    Sesi Pelantikan: 1999 - 2003

  12. Prof. Dato’ Dr. Haji Othman Ishak
    Sesi Pelantikan: 1997 - 1999

  13. Dato’ Dr. Haron Din
    Sesi Pelantikan: 1997 - 1999

  14. Dr. Ahmed Ali Abdalla
    Sesi Pelantikan: 1997 - 1999

  15. Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim
    Sesi Pelantikan: 1997 - 1999

  16. Allahyarham Dato’ Sheikh Azmi Ahmad
    Sesi Pelantikan: 1997 - 1999

  17. Allahyarham Dr. Abdullah Ibrahim
    Sesi Pelantikan: 1997 - 1999
 

Jadual Mesyuarat MPS Untuk tahun 2016

No. Date Date (Hijri) Day Time
1 26 Januari 2016 16 Rabi`ul Akhir 1437 Selasa 9.30 am – 4.00 pm
2 23 Februari 2016 14 Jamadil Awwal 1437 Selasa 9.30 am – 4.00 pm
3 30 Mac 2016 21 Jamadil Akhir 1437 Selasa 9.30 am – 4.00 pm
4 26 April 2016 18 Rejab 1437 Rabu 9.30 am – 4.00 pm
5 24 Mei 2016 17 Sya`ban 1437 Selasa 9.30 am – 4.00 pm
6 28 Jun 2016 23 Ramadan 1437 Selasa 9.30 am – 4.00 pm
7 26 Julai 2016 21 Syawal 1437 Selasa 9.30 am – 4.00 pm
8 30 Ogos 2016 27 Zul Kaedah 1437 Selasa 9.30 am – 4.00 pm
9 28 September 2016 26 Zul Hijjah 1437 Rabu 9.30 am – 4.00 pm
10 25 Oktober 2016 24 Muharram 1438 Selasa 9.30 am – 4.00 pm
11 29 November 2016 29 Safar 1438 Selasa 9.30 am – 4.00 pm
12 20 Disember 2016 20 Rabi`ul Awwal 1438 Selasa 9.30 am – 4.00 pm

 

Nota: Sebarang surat-menyurat untuk mendapatkan resolusi MPS hendaklah dikemukakan kepada Urusetia MPS sekurang-kurangnya satu bulan sebelum mesyuarat itu.

 

^back to top