Cetak       Kongsi


Mengenai BNM

Melawat bank

Lawatan berpandu boleh diatur untuk kumpulan pelawat daripada sekolah, universiti dan organisasi bukan untung. Lawatan ini adalah percuma dan perlu diatur terlebih dahulu.

Permohonan untuk lawatan berpandu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh lawatan.

Sila hubungi BNMTELELINK melalui e-mel di bnmtelelink@bnm.gov.my atau telefon 1-300-88-5465 (untuk permohonan dari luar negara, sila telefon: +603-2174-1717) untuk butiran terperinci atau pertanyaan lanjut berhubung dengan lawatan ke Bank.

 

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Kini sudah dibuka! Anda boleh datang dan melawat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang terletak di kompleks Sasana Kijang. Pengalaman pembelajaran sepanjang hayat menanti anda di Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik, Galeri Kanak-kanak, dan anda dapat melihat koleksi seni Bank Pusat di Galeri Seni.  

Waktu operasi Muzium dan Galeri Seni Bank bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Masuk adalah percuma. Tempat letak kenderaan yang  banyak disediakan di LG4 dan LG5 (tempat letak kenderaan di tingkat bawah tanah) Sasana Kijang.  Bayaran letak kenderaan untuk sekali masuk ialah sebanyak RM5.00.

Anda boleh memperoleh lebih banyak maklumat mengenai Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia di http://museum.bnm.gov.my