Cetak       Kongsi


Mengenai BNM

Sasana Kijang dan Lanai Kijang

Sasana Kijang

Sasana Kijang, pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan dan pembelajaran yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2011, menunjukkan komitmen Bank terhadap pembangunan kepimpinan berwawasan serta kerjasama serantau dan antarabangsa dalam perbankan pusat dan perkhidmatan kewangan. Pusat ini menampilkan usaha Bank yang berterusan dalam pembangunan tenaga mahir menerusi inisiatif pembelajaran berkesan, serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menggalakkan amalan terbaik dalam perbankan pusat.

Sasana Kijang juga menjadi tuan rumah bagi rakan kongsi strategik serantau dan antarabangsa Bank, iaitu Pusat Penyelidikan dan Latihan Bank-Bank Pusat Asia Tenggara (South East Asian Central Banks (SEACEN) Research and Training Centre), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic Financial Services Board, IFSB) dan Persekutuan bagi Rangkuman Kewangan (Alliance for FInancial Inclusion, AFI).

Sasana Kijang juga menjadi tuan rumah bagi rakan kongsi strategik serantau dan antarabangsa Bank, iaitu Pusat Penyelidikan dan Latihan Bank-Bank Pusat Asia Tenggara (South East Asian Central Banks (SEACEN) Research and Training Centre), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic Financial Services Board, IFSB) dan Persekutuan bagi Rangkuman Kewangan (Alliance for FInancial Inclusion, AFI).

Dalam bahasa Sanskrit, Sasana bermaksud tempat pertemuan orang berilmu dan bijak pandai. Apabila digabungkan dengan perkataan Kijang, haiwan yang seakan-akan rusa yang berkait rapat dengan Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang mewakili segalanya tentang Bank dan identitinya.

Dua Pusat Perkhidmatan Pembelajaran disediakan secara percuma kepada pelawat:

  • Muzium dan Galeri Seni (Buka dari 10 pagi hingga 6 petang). Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.museum.bnm.gov.my
  • Pusat Pengurusan Pengetahuan (buka dari 8 pagi hingga 6.30 petang)

Sasana Kijang mempunyai dua kafe yang menawarkan hidangan menarik untuk para pelawat iaitu :

  • Kafe Sasana Kijang : Dibuka Isnin hingga Jumaat sahaja dari pukul 7 pagi hingga 7 malam.  Kafe ini menawarkan pilihan menarik menu tempatan, antarabangsa atau khusus.
  • Kafe Muzium : Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Kafe ini menyediakan makanan ringan dan juga aneka pastri.

Tempat letak kereta juga disediakan kepada para pelawat di LG4 dan LG5 dengan kadar bayaran RM5.00 sehari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-9179 2671

 

Lanai Kijang

Lanai Kijang merupakan kompleks kediaman Bank yang dibina khas berasaskan konsep "Rumahku, Kampungku.” Terletak di kawasan yang subur dengan  landskap kehijauan seluas 5.1 ekar, kompleks ini lengkap dengan kemudahan latihan, persidangan, sukan, dan rekreasi lantas menyediakan persekitaran yang cukup baik untuk pembelajaran formal dan tidak formal.

Kompleks ini memperlengkap Sasana Kijang, iaitu Pusat Kecemerlangan ilmu pengetahuan dan pembelajaran dalam Perbankan Pusat dan Perkhidmatan Kewangan kepunyaan Bank Negara Malaysia. Lanai Kijang juga menyediakan ruang kepada peserta kursus dan tetamu jemputan untuk berbincang dan berinteraksi, bertukar-tukar pandangan dan idea, berkongsi pengalaman dan bekerjasama dalam suasana yang nyaman lagi selesa.

Pembelajaran di Lanai Kijang

Dewan serba guna,  dua bilik latihan (boleh muat  sehingga 40 orang), amfiteater/ laman perkelahan untuk aktiviti luar dan ruang istirahat di luar  bertujuan  menyediakan pengalaman pembelajaran yang berbagai-bagai. Ruang istirahat di dalam dan di luar pusat ini menyediakan suasana yang sesuai untuk pembelajaran berterusan, interaksi berpasukan dan jalinan rangkaian hubungan

Penginapan Dan Makan-Minum di Lanai Kijang

Sebanyak 120 bilik kediaman direka khas untuk memberikan tetamu yang bermalam di sini pengalaman penginapan yang selesa selain boleh menggunakan kemudahan jaringan sosial moden. Lanai Kijang menyediakan penginapan bertaraf kelas pertama untuk tetamu yang bermalam di sini. Kemudahan makan minum dalam suasana yang nyaman juga disediakan di sini untuk memenuhi pelbagai keperluan peserta kursus dan tetamu.

Rehat dan Riadah di Lanai Kijang

Pusat Kesejahteraan (Wellness) dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Pusat ini mempunyai gimnasium yang lengkap dengan penginjak kisaran (treadmills), beberat (weights) dan peralatan kecergasan (fitness equipment). Kemudahan lain termasuklah gelanggang badminton /sepak takraw dan Gelanggang Futsal/ Tenis/ Street Soccer untuk aktiviti berpasukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-9179 2671

Getting here: