Cetak       Kongsi


Mengenai BNM

Pertandingan Pidato Piala Gabenor Bank Negara Malaysia

 

 

Pertandingan Pidato Piala Gabenor Bank Negara Malaysia (Pidato Piala Gabenor) dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia, melalui Sekretariat Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2009.

Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam industri kewangan. Penyertaan dibuka kepada semua kakitangan sektor perkhidmatan kewangan. Pilihan tajuk pidato yang disediakan pula berkisar sekitar isu-isu semasa dalam sektor kewangan, bertujuan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang dasar dan inisiatif Bank Negara Malaysia dalam sektor tersebut.

 

Objektif
  1. Mencungkil bakat dan kemahiran serta membina keyakinan diri dalam kalangan kakitangan sektor perkhidmatan kewangan supaya lebih berkeyakinan apabila berurusan dengan pelanggan.
  2. Menjadikan kakitangan sektor perkhidmatan kewangan lebih berketerampilan dalam menyampaikan idea, pandangan dan fakta yang berkesan dan bernas.
  3. Memupuk rasa bangga dan kecintaan dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

 

Para pemenang Pertandingan Pidato Piala Gabenor 2018, dari kiri: Fartihah Nabilla Harun (CIMB Bank Berhad), Muhamad Yusof Sulaiman (Sunlife Malaysia Assurance Berhad) dan Ahmad Safiuddin Nordin (AmBank Malaysia Berhad)

 

Syarat Penyertaan
  1. Penyertaan dibuka kepada semua kakitangan yang sedang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan kewangan.
  2. Johan, Naib Johan dan pemenang Tempat Ketiga pertandingan pada tiga (3) tahun sebelum tahun semasa tidak dibenarkan memasuki pertandingan pada tahun semasa.
  3. Peserta yang telah menjadi Johan pertandingan sebanyak tiga (3) kali tidak lagi boleh menyertai pertandingan ini.

 

Syarat Pertandingan
  1. Peserta dikehendaki memilih salah satu tajuk yang diberikan dan menghantar borang penyertaan kepada Urus Setia Pertandingan.
  2. Sebarang perubahan oleh peserta perlu dimaklumkan secara bertulis dan diterima oleh Urus Setia Pertandingan selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum hari pertandingan.
  3. Pidato hendaklah disampaikan dalam bahasa Melayu.
  4. Pemidato diberikan masa selama tujuh (7) minit untuk menyampaikan pidato masing-masing.
  5. Pemidato diberikan peluang sekali sahaja untuk menyampaikan pidato. Peluang kedua tidak akan diberikan kepada pemidato yang tidak dapat menghabiskan penyampaiannya.
  6. Loceng akan dibunyikan sekali, iaitu satu (1) minit sebelum tempoh masa yang diberikan tamat, dan dua (2) kali apabila tempoh masa yang diberikan telah tamat.
  7. Penyampaian dan hujah yang disampaikan selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diambil kira untuk tujuan pemarkahan.
  8. Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan ditolak markah penyampaian.
  9. Kritikan terhadap isu sensitif mengenai agama, bangsa, budaya dan politik atau keperibadian seseorang adalah dilarang.
  10. Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan juga adalah dilarang.
  11. Pengerusi berhak menegur pemidato yang melanggar peraturan di atas.
  12. Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan dalam corak dan syarat pertandingan bagi memastikan kelancaran pertandingan.
  13. Keputusan juri adalah muktamad.

 

Pemarkahan

Penilaian

Markah

Isi
Diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, kesinambungan fakta dan bahan-bahan yang tepat.

40

Penyampaian
Diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, intonasi dan persembahan yang meyakinkan. Perlu menunjukkan gaya yang menarik, persembahan susunan isi yang tertib dan penampilan keseluruhan yang sesuai dengan majlis.

30

Bahasa
Diadili dari segi struktur bahasa dan sebutan yang jelas, tepat dan baku, gaya bahasa yang berkesan dan tepat kepada maksud yang hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang jelas.

30

Jumlah Keseluruhan

100

 

Hadiah Pertandingan

Johan

Piala Pusingan Piala Gabenor
Bank Negara Malaysia
Wang Tunai RM5,000
Piala Iringan Sijil Penyertaan
Buku Terbitan DBP

Naib Johan

Wang Tunai RM3,000
Piala Iringan
Sijil Penyertaan
Buku Terbitan DBP

Ketiga

Wang Tunai RM2,000
Piala Iringan
Sijil Penyertaan
Buku Terbitan DBP

 

Senarai Pemenang

TAHUN

JOHAN

NAIB JOHAN

TEMPAT KETIGA

2018

 

Muhamad Yusof Sulaiman
(Sunlife Malaysia)

Ahmad Safiuddin Nordin (AmBank)

Fartihah Nabilla Harun (CIMB Bank)

2017

Jushua Meta Anak Nully (CIMB Bank)

Abdul Hadi Abdul Apet (AIA)

Mohammad Akmal Shuib (CIMB Bank)

2016

Farhan Nor Diyana Samsudin (Maybank)

Juliyana Mohd Ludin
(Affin Islamic Bank)

Aria Putera Kamal
(Citibank)

2015

Mohd Hasanal Mohd Razib
(Danajamin Nasional)

Mohd Afifi Zahari
(Zurich Insurance)

Abd Jabbar Mukhlis
Mohd Noor
(Bank Rakyat)

2014

Irdawati Mohd. Jingkir
(CIMB Bank)

Muhamad Yusof Sulaiman (MAA Takaful)

Wan Intan Suhaila
(Great Eastern Takaful)

2013

Jushua Meta Anak Nully (CIMB Bank)

Woon Pei-Jing
(Maybank)

Amuuta Valli A/P Nadarajah
(Manulife Insurance)

2012

Farhan Nor Diyana
Samsudin (Maybank)

Abdul Hadi Abdul Apet (Maybank)

Noraida Derani
(Bank Islam)

2011

Nurlina Jirang
(Bank Islam)

Abdul Anuar Jirang
(Maybank)

Mohd Arfaizal Md Arsat
(Bank Muamalat)

2010

Ahmad Ridzwan Majid (Maybank)

Syaruzaimi Yusof
(Bank Islam)

Abdul Anuar Jirang
(Maybank)

2009

Muhammad Ruzzaimei
(Public Bank)

Che Zulkarnain Mohd Ariffin (HSBC)

Farha Burhan
(AmBank)

 

Galeri
Pilihan Tajuk Pertandingan

 

Bil.

Tajuk

1.

Berwang Biar Berilmu

2.

Alam Sekitar Lestari, Sejahtera Ekonomi

3.

Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Industri Kewangan Masih Belum Meluas: Cabaran dan Kekangannya

4.

Perang Dagang Amerika Syarikat-Republik Rakyat China: Kesannya Terhadap Ekonomi Serantau

5.

Ancaman Siber dalam Sektor Kewangan: Bersediakah Kita?

6.

Landskap Baharu Kewangan Islam Merancakkan Ekonomi

7.

Penipuan Kewangan: Punca dan Cara Mengatasinya

8.

Transaksi Tanpa Tunai Lebih Selamat kepada Pengguna

9.

Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence): Peluang atau Cabaran kepada Institusi Kewangan?

10.

Perusahaan Kecil dan Sederhana: Memanfaatkan Inovasi ke Arah Meningkatkan Daya Saing

11.

Insurans Pilihan Saya/Takaful Pilihan Saya

12.

Akauntabiliti dan Integriti dalam Pembangunan Ekonomi

13.

Sediakan Payung Sebelum Hujan: Masyarakat Masih Alpa

14.

Kesan Fintech Terhadap Masyarakat

Bil.

Tajuk

1.

Memartabatkan Bahasa Kebangsaan dalam Sektor Ekonomi dan Kewangan Suatu Realiti?

2.

Ekonomi Digital: Antara Potensi dengan Risiko

3.

Gaji Minimum dan Gaji Kehidupan Wajar: Suatu Perbandingan

4.

Rumah Mampu Milik: Isu dan Penyelesaian

5.

Hemat Berbelanja, Keluarga Sejahtera

6.

Masyarakat Tanpa Tunai (Cashless Society): Peranan Institusi Kewangan dan Penerimaan Orang Ramai

7.

Rangkuman Kewangan: Kepentingan dan Strategi Pelaksanaan

8.

Insurans Perlindungan Tenang: Manfaat dan Cabaran

9.

Sistem Kewangan Islam: Potensi yang Masih Terbuka Luas

10.

Menangani Ancaman Siber dalam Industri Kewangan

11.

Mata Wang Digital: Inovasi Dunia Baharu atau Trend Sementara?

12.

Etika dan Profesionalisme Pengamal Industri: Pengukuh Integriti Sektor Kewangan

Bil.

Tajuk

1.

Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan Kewangan di Malaysia

2.

Penggunaan Kad Kredit dan Kad Debit:  Cara Berbelanja yang Bijak

3.

Skim Cepat Kaya:  Mengapa Masih Ramai yang Tertipu?

4.

Cerdik Kewangan: Tanggungjawab Individu dan Kemahiran Sepanjang Hayat

5.

Pelanggan Pemangkin Kecekapan Institusi Kewangan

6.

Insurans dan Takaful:  Keperluan atau Kemahuan?

7.

Hala Tuju Kewangan Islam di Malaysia

8.

Teknologi Kewangan (FinTech) dan Dunia Kewangan Masa Kini

9.

Kepentingan Inovasi dan Penggunaan Teknologi dalam Cabaran Meluaskan Rangkuman Kewangan

10.

Memartabatkan Etika dan Profesionalisme dalam Amalan Kewangan

11.

Mesej Simbolik yang Dilambangkan oleh Logo Organisasi Saya kepada Umum

12.

Pengangguran dalam Kalangan Siswazah di Malaysia

Bil.

Tajuk

1.

Cabaran Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dengan Pelanggan Institusi Kewangan

2.

Apa yang Anda Perlu Tahu untuk Menjadi Peminjam yang Bijak

3.

Mendidik Pelajar Sekolah Celik Kewangan. Bagaimana?

4.

Muflis dalam Kalangan Belia: Apakah Punca dan Cara Mengatasinya?

5.

Kadar Pengambilan Perlindungan Insurans/Takaful oleh Rakyat Malaysia Masih Rendah: Mengapa?

6.

Kepentingan Etika dalam Institusi Kewangan

7.

Peranan Media Sosial dalam Meningkatkan Kesedaran Mengenai Penipuan Kewangan

8.

Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa:
Pencapaian dan Cabaran

9.

Bagaimana E-pembayaran Memberi Manfaat kepada Saya

10.

Kepentingan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam Organisasi

11.

Strategi Meningkatkan Produktiviti Pekerja

12.

Pembiayaan Teknologi Hijau Penting untuk Menangani Perubahan Iklim Sejagat

Bil.

Tajuk

1.

Bijak Urus Wang, Kunci Bebas Hutang

2.

Kepentingan Insurans Dan Takaful Kepada Pengguna

3.

Penggunaan Bahasa Kebangsaan Penting Dalam Meningkatkan Perkhidmatan Mesra Pelanggan

4.

Pelaburan Bijak Mampu Mengukuhkan Dana Masa Hadapan

5.

Skim Pelaburan Tidak Sah: Pengguna Waspada, Penipuan Tiada

6.

Manfaat Pelaksanaan GST Kepada Masyarakat Dan Negara

7.

E-Pembayaran Lebih Selamat Kepada Pengguna

8.

Kepentingan Usaha-usaha Membanteras Rasuah

9.

Peranan Media Sosial Dalam Memperkasakan Pengguna

10.

RMKe-11: Ke Arah Negara Maju

11.

Modal Insan Cemerlang, Organisasi Gemilang

12.

Malaysia: Pasaran Kewangan Islam Dunia

Bil.

Tajuk

1.

Terpedaya dengan Tawaran Kad Kredit: Cara Mengelak Berlakunya Muflis

2.

Taktik Penipuan Kewangan Terkini: Penipu Licik atau Pengguna Kurang Cerdik?

3.

Institusi Kewangan Mesra Pelanggan Meraih Manfaat

4.

Membudayakan Ilmu Perancangan Kewangan kepada Golongan Muda

5.

Simpanan Hari Tua Hilang Sekelip Mata. Mengapa?

6.

Dasar Pemberian Pinjaman yang Bertanggungjawab: Kenapa Diperlukan?

7.

Skim Insurans dan Takaful: Pengguna Bijak, Faedahnya Banyak

8.

Kawalan Harga Mampu Menangani Masalah Inflasi

9.

E-Pembayaran Memudahkan Urusan Kewangan

10.

Peranan Institusi Kewangan Menyokong Inisiatif Rangkuman Kewangan

11.

Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Industri Kewangan

12.

Kempen Hijau dalam Sektor Kewangan

13.

E-Pembayaran Menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana

14.

Perbankan Ejen Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat

15.

Menangani Jenayah Wang Palsu

Bil.

Tajuk

1.

Penggunaan Bahasa Melayu dalam Sektor Kewangan: Cabaran dan Kekangannya

2.

Ejen Perbankan: Manfaatnya kepada Masyarakat

3.

Hutang Isi Rumah yang Semakin Tinggi: Silap Pengguna atau Bank?

4.

Penipuan Kewangan: Mengapa Masih Ramai yang Tertipu

5.

Inisiatif untuk Meningkatkan Kefahaman terhadap Kewangan Islam dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

6.

Sistem Kewangan Islam Dikatakan Mempunyai Ciri-ciri Intrinsik yang Melindunginya daripada Krisis Kewangan Global: Teori dan Realiti

7.

Simpanan dan Pelaburan: Perbezaan dan Kelebihannya

8.

Kestabilan Industri Kewangan Tonggak Ekonomi Negara

9.

Malaysia Pusat Kewangan Perbankan Islam

10.

Peranan Sektor Kewangan dalam Integrasi Serantau

11.

Keperluan Tenaga Mahir untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi

12.

E-Pembayaran Suatu Keperluan Hidup

13.

Liberalisasi dalam Sektor Insurans dan Takaful ke Arah Mencapai Kecekapan Pelaburan yang Tinggi

14.

Skim Pembiayaan Mikro Membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana Menjana Pendapatan

15.

Peranan Institusi Kewangan Pembangunan dalam Sektor Kewangan

Bil.

Tajuk

1.

Krisis Kewangan Euro : Iktibar Buat Rantau Asia

2.

Perbankan Tanpa Cawangan: Memperluas Rangkuman Kewangan

3.

Mengapakah Kegawatan Ekonomi Yang Sedang Melanda Eropah Tidak Menjejaskan Pertumbuhan Ekonomi Negara?

4.

Kewangan Islam: Harapan Dan Cabaran Dalam Persekitaran Global Yang Tidak Menentu

5.

Sejauh Manakah Kewangan Islam Mampu Bersaing Dengan Kewangan Konvensional Pada Peringkat Antarabangsa?

6.

Dasar Monetari Negara Berupaya Menangani Masalah Inflasi Dalam Menyokong Pertumbuhan Ekonomi

7.

Bank Sering Menyalahkan Penjamin Bukan Peminjam. Sejauh Manakah Benarnya Kenyataan Ini?

8.

Skim Cepat Kaya: Setimpalkah Hukuman Yang Ada?

9.

Penipuan Kewangan: Mengapakah Masih Ramai Yang Tertipu

10.

Belanja Berhemat, Hidup Selamat

11.

Pendidikan Pengurusan Kewangan Harus Bermula Dari Bangku Sekolah Untuk Membentuk Pengguna Celik Dan Bijak

12.

Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Urusan Perbankan: Komitmen Dan Kesungguhan Sektor Kewangan