Cetak       Kongsi


Kekosongan Jawatan Konstabel - Perkhidmatan Polis Bantuan, Bank Negara Malaysia

Release Date: 17 Mar 2017

Bank Negara Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk memohon jawatan Konstabel dalam Perkhidmatan Polis Bantuan di Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun
  • Sihat tubuh badan, mempunyai penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah
  • Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dan lulus Bahasa Inggeris.

Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:

Bagi Lelaki

  • Ketinggian Minimum (tidak berkasut) : 165cm
  • Berat Badan Minimum : 50kg
  • Ukuran Dada : Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI) : Antara 19 hingga 26
  • Penglihatan : Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna

Bagi Wanita

  • Ketinggian Minimum (tidak berkasut) : 163cm
  • Berat Badan Minimum : 48kg
  • Ukuran Dada : -
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI) : Antara 19 hingga 26
  • Penglihatan : Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna

FAEDAH dan KEMUDAHAN

  • Pakej gaji yang menarik
  • Kemudahan seperti perumahan (kuarters), pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan
  • Kemudahan rawatan perubatan dan pergigian
  • Perlindungan Insurans Nyawa dan Kemalangan
  • Peluang untuk memajukan kerjaya

PERMOHONAN

Untuk maklumat lanjut mengenai prosedur permohonan, sila layari laman sesawang yang berikut:

 Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.