Cetak       Kongsi


Nasihat kepada Orang Ramai Mengenai Aplikasi Mudah Alih untuk Penjagaan Kesihatan dan Perbelanjaan Perubatan

Release Date: 23 Mar 2017

Bank Negara Malaysia telah mendapat maklumat bahawa Life Engineering iaitu sebuah program yang terdiri daripada aplikasi mudah alih untuk penjagaan kesihatan dan perbelanjaan perubatan telah dilancarkan baru-baru ini oleh Crowd Care Sdn. Bhd. Model perniagaan Life Engineering seolah-olah sama seperti perniagaan insurans atau perniagaan takaful yang dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act, FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial Services Act, IFSA). Bank Negara Malaysia ingin menasihati orang ramai bahawa entiti berlesen sahaja boleh menjalankan perniagaan insurans atau perniagaan takaful di Malaysia. Crowd Care Sdn. Bhd. (pentadbir Life Engineering) pada masa ini bukan merupakan entiti berlesen di bawah FSA atau IFSA. Orang ramai boleh merujuk senarai syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen di laman sesawang Bank Negara Malaysia:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

BNMTELELINK
Tel: 1-300-88-5465
Faks: (03)2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.