Cetak       Kongsi


Peringatan Mengenai Penipuan SMS dan Laman Sesawang Palsu yang Melibatkan Nama Bank Negara Malaysia

Release Date: 04 May 2017 Updated on: 05 May 2017

Bank Negara Malaysia mengetahui mengenai SMS yang mendakwa dihantar oleh Bank Negara Malaysia. SMS itu mengarahkan penerimanya pergi ke laman sesawang tertentu dan meminta maklumat peribadi.

Bank Negara Malaysia tidak pernah menghantar apa-apa SMS daripada nombor 15888 (atau mana-mana penyedia perkhidmatan lain) berserta mesej "Caj RM0.50 BNM, Bank memberikan 3% subsidi. http://www.mybnm.net/". Pautan tersebut akan membuka laman sesawang palsu yang meminta penerimanya mengemas kini atau mengesahkan identiti atau maklumat perbankan (banking credentials) mereka.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengabaikan mesej sedemikian atau apa-apa mesej yang sama sepertinya. Ini supaya mereka tidak menjadi mangsa phishing, pencurian identiti atau perisian hasad (malicious malware).

Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta maklumat peribadi atau pengesahan daripada mana-mana individu melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, media sosial atau apa-apa aplikasi pesanan.

Orang ramai diminta  menghubungi BNMTELELINK di talian 1300-88-5465 atau menghantar e-mel kepada bnmtelelink@bnm.gov.my untuk melaporkan atau bertanya mengenai penerimaan teks pesanan, e-mel atau pesanan segera yang mencurigakan, yang didakwa dihantar oleh Bank Negara Malaysia.

Berwaspadalah selalu untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.