Print       Share


Keputusan Majlis Penasihat Shariah

Release Date: 03 Oct 2017

Majlis Penasihat Shariah (MPS) memutuskan bahawa majlis akad bagi bai` al-sarf (pertukaran mata wang) merujuk kepada suatu tempoh masa berlakunya pemeteraian kontrak pertukaran mata wang yang bermula dengan penawaran (ijab) dan diiringi dengan penerimaan (qabul) serta diakhiri dengan perpisahan (disengagement) pihak-pihak berkontrak secara fizikal atau konstruktif, atau pelepasan hak untuk membatalkan kontrak (takhayur). Serah terima mata wang dalam bai` al-sarf mestilah berlaku ketika majlis akad.

Amalan serah terima mata wang dalam bai` al-sarf, contohnya yang dilaksanakan pada hari kedua selepas tarikh transaksi (T+2) dianggap berlaku selepas majlis akad. Walau bagaimanapun, amalan tersebut boleh dibenarkan berdasarkan amalan pasaran (`urf tijari) ekoran daripada kekangan operasi. Di samping itu, serah terima mata wang selepas majlis akad juga boleh dibenarkan sekiranya berlaku gangguan di luar jangkaan (unexpected disruption).

Sila lihat lampiran di sini untuk maklumat lanjut.

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.