Cetak       Kongsi


Jualan Lelong Wang Peringatan dan Wang Kertas Ringgit Malaysia Bernombor Siri Istimewa

Release Date: 07 Mar 2018

Bank Negara Malaysia akan mengadakan jualan lelong wang peringatan dan wang kertas Ringgit Malaysia bernombor siri istimewa pada hari Sabtu, 10 Mac 2018, mulai 8.30 pagi di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Jualan lelong ini akan dikendalikan oleh jurulelong yang dilantik oleh Bank, iaitu MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP).

Sebanyak 76 keping wang kertas peringatan yang dikeluarkan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu akan dilelong.

Sebanyak 195 keping duit syiling peringatan emas yang dikeluarkan bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V juga akan dilelong.

Bank Negara Malaysia juga akan melelong wang kertas Malaysia dalam edaran yang bernombor siri istimewa, seperti set 10 wang kertas pertama (contoh: BW0000001 – 0000010) dan nombor super solid awalan berulang (contoh: BB8888888).

Bidaan dalam talian dan pendaftaran untuk jualan lelong ini boleh dibuat di www.best2bid.com.Maklumat lanjut mengenai jualan lelong ini boleh didapati melalui laman sesawang MNP, www.mnp.com.my. Sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan MNP melalui nombor 017-400 6661 untuk maklumat lanjut.

© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved.