Cetak       Kongsi


Keputusan Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah (MPS) ke-188

Release Date: 22 Nov 2018

Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia pada mesyuarat ke-188 bertarikh 30 Oktober 2018 telah memutuskan bahawa cadangan model financial retakaful (FinRe) berdasarkan konsep hibah bithawab (hibah disertai dengan imbalan) di antara pengendali takaful dan pengendali takaful adalah tidak dibenarkan berdasarkan hujah-hujah berikut:

  • Secara prinsipnya, aplikasi konsep hibah bithawab adalah suatu bentuk tabarru`  yang biasanya diamalkan untuk tujuan saling menghargai (mukaramah) dan berkasih sayang (widad). Oleh itu, ia tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks perniagaan yang bermotifkan keuntungan kerana ia akan menukar konsep hibah bithawab daripada tabarru` kepada mu`awadhat;
  • Sehubungan itu, hibah bithawab yang bermotifkan perniagaan dan keuntungan adalah tidak dibenarkan. Sebaliknya, aplikasi kontrak tabarru` dalam takaful (dana risiko)  yang berlaku sesama peserta  untuk mendapatkan perlindungan takaful (tidak bermotifkan perniagaan/keuntungan secara substantif) adalah dibenarkan;
  • Tambahan pula, konsep hibah bithawab yang melibatkan kedua-dua hibah dan obligasi thawab (imbalan) dalam bentuk wang boleh menjurus kepada transaksi yang mempunyai elemen riba; dan
  • Konsep hibah bithawab tidak boleh diaplikasi atas dasar darurah atau hajah memandangkan terdapat konsep Syariah alternatif yang lebih sesuai bagi struktur model FinRe yang dicadangkan.
Sila lihat lampiran di sini untuk maklumat lanjut.

© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved.