Cetak       Kongsi


Kadar dan Statistik Bank Negara Malaysia kini boleh dicapai melalui Open API

Release Date: 22 Mar 2019

Kadar dan statistik Bank Negara Malaysia berikut kini tersedia dalam format API dan dapat diakses melalui laman web https://api.bnm.gov.my

  1. Nilai Tukar Matawang;
  2. Harga Penukaran Renminbi Hadapan;
  3. Kadar Harian USD/MYR Antara bank;
  4. Kadar Rujukan USD/MYR KL
  5. Kadar Antara Bank Islam
  6. Kadar Bunga dan Jumlah;
  7. Perolehan Kadar Penukaran Matawang Harian;
  8. Penukaran Antara Bank
  9. Kadar Asas;
  10. OPR;
  11. Harga Kijang Emas; dan
  12. Peringaran Pengguna Kewangan

Kini, pengguna dapat mencapai kadar dan statistik di atas melalui laman sesawang Bank Negara Malaysia, muat turun dalam format CSV, atau mengaksesnya melalui API. Statistik lain termasuk 'Sorotan Bulanan dan Statistik' akan diterbitkan tidak lama lagi. 

© Bank Negara Malaysia, 2019. All rights reserved.