Cetak       Kongsi


Jualan Lelong Wang Kertas Ringgit Malaysia Bernombor Siri Istimewa

Release Date: 16 Apr 2019

Bank Negara Malaysia akan mengadakan jualan lelong wang kertas Ringgit Malaysia bernombor siri istimewa pada hari Sabtu, 27 April 2019, mulai 8.30 pagi di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Jualan lelong ini akan dikendalikan oleh jurulelong yang dilantik oleh Bank, iaitu MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP).

Wang kertas Ringgit Malaysia bernombor siri istimewa akan dilelong, seperti set 10 wang kertas pertama (contoh: CC0000001 – 0000010) dan nombor super solid awalan berulang (contoh: BB2222222).

Bidaan dan pendaftaran dalam talian untuk jualan lelong ini boleh dibuat melalui www.best2bid.com. Maklumat lanjut mengenai jualan lelong ini boleh didapati pada laman sesawang MNP melalui www.mnp.com.my atau talian perkhidmatan pelanggan MNP melalui nombor 017-400 6661.

© Bank Negara Malaysia, 2019. All rights reserved.