Tarikh Berkuatkuasa
Tempoh mengemukakan maklum balas bagi kertas konsep ini berakhir pada 29 Oktober 2012
Kebolehgunaan (Applicability)
Garis Panduan ini adalah terpakai untuk aktiviti perniagaan perkhidmatan wang yang dilesenkan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011
Ringkasan
Kertas konsep ini menggariskan butiran terperinci mengenai cadangan keperluan berkenaan pengurusan risiko dan kawalan dalaman dalam menjalankan perniagaan perkhidmatan wang, selaras dengan keperluan-keperluan berkaitan dengan tadbir urus dan operasi sepertimana yang termaktub di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dan Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang.
Bank Negara Malaysia (Bank) mengalu-alukan sebarang komen dan maklum balas secara bertulis ke atas kertas konsep ini, termasuk cadangan bagi isu-isu tertentu yang memerlukan penjelasan secara lebih lanjut atau cadangan-cadangan lain yang boleh dipertimbangkan oleh pihak Bank. Bagi memudahkan penilaian pihak Bank, cadangan/komen yang dikemukakan perlu disokong dengan alasan-alasan/rasional yang jelas atau maklumat-maklumat sokongan lain yang relevan.
Sebarang komen dan maklum balas ke atas kertas konsep ini perlu dikemukakan kepada pihak Bank sebelum 29 Oktober 2012 ke alamat berikut:
Pengarah
Jabatan Pengawalan Perniagaan Perkhidmatan Wang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Email: msbr@bnm.gov.my
Diterbitkan oleh
Jabatan Pengawalan Perniagaan Perkhidmatan Wang
Muat turun:
-
Kertas Konsep bagi Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman untuk Perniagaan Perkhidmatan Wang
- Lampiran : Borang Maklum Balas

