Berita & Pusat Media

 
>  Notis & Pengumuman > Pelawaan Mengemukakan Maklum Balas: Kertas Konsep bagi Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman untuk Perniagaan Perkhidmatan Wang
 
Pelawaan Mengemukakan Maklum Balas: Kertas Konsep bagi Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman untuk Perniagaan Perkhidmatan Wang
 

Tarikh Berkuatkuasa

Tempoh mengemukakan maklum balas bagi kertas konsep ini berakhir pada 29 Oktober 2012

Kebolehgunaan (Applicability)

Garis Panduan ini adalah terpakai untuk aktiviti perniagaan perkhidmatan wang yang dilesenkan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011

Ringkasan

Kertas konsep ini menggariskan butiran terperinci mengenai cadangan keperluan berkenaan pengurusan risiko dan kawalan dalaman dalam menjalankan perniagaan perkhidmatan wang, selaras dengan keperluan-keperluan berkaitan dengan tadbir urus dan operasi sepertimana yang termaktub di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dan Peraturan-Peraturan Perniagaan Perkhidmatan Wang.

Bank Negara Malaysia (Bank) mengalu-alukan sebarang komen dan maklum balas secara bertulis ke atas kertas konsep ini, termasuk cadangan bagi isu-isu tertentu yang memerlukan penjelasan secara lebih lanjut atau cadangan-cadangan lain yang boleh dipertimbangkan oleh pihak Bank. Bagi memudahkan penilaian pihak Bank, cadangan/komen yang dikemukakan perlu disokong dengan alasan-alasan/rasional yang jelas atau maklumat-maklumat sokongan lain yang relevan.

Sebarang komen dan maklum balas ke atas kertas konsep ini perlu dikemukakan kepada pihak Bank sebelum 29 Oktober 2012 ke alamat berikut:

Pengarah
Jabatan Pengawalan Perniagaan Perkhidmatan Wang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Email: msbr@bnm.gov.my

Diterbitkan oleh

Jabatan Pengawalan Perniagaan Perkhidmatan Wang

Muat turun:


 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 06 December 2012
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013