Cetak       Kongsi


Panduan Pengendalian Wang Polimer Dengan Betul serta Panduan Penggantian Nilai Wang Yang Tidak Lagi Sesuai Untuk Edaran



Mengendalikan Wang Polimer Dengan Betul

Wang polimer RM1 dan RM5 mula diperkenalkan dalam mata wang Malaysia siri keempat pada tahun 2012. Selain tidak mudah koyak, wang polimer juga tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama. Jika wang polimer ini dikendalikan dengan cara yang betul, ia boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama. Oleh itu, anda perlulah:


 


Simpan wang polimer secara MENDATAR atau MENEGAK di dalam dompet atau beg duit.

 


BERSIHKAN wang polimer jika kotor.

 


Guna PENGIKAT GELONG KERTAS untuk mengikat wang polimer.

Anda juga perlu elakkan daripada melakukan perkara yang berikut:
 


 


JANGAN lipat wang polimer berulang kali (contohnya sebagai hiasan) kerana ia akan meninggalkan kesan lipatan kekal.

 


JANGAN renyukkan wang polimer. 

 


JANGAN gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang polimer.

 


JANGAN dedahkan wang polimer secara langsung kepada suhu yang tinggi.


 

Mengendalikan Wang Kertas Dengan Betul

Wang kertas diperbuat daripada kapas. Cara pengendalian wang kertas yang betul adalah sama seperti wang polimer, iaitu :-

  • JANGAN lipat wang kertas berulang kali (contohnya untuk dijadikan bahan hiasan) kerana ia akan meninggalkan kesan lipatan kekal
  • JANGAN renyukkan wang kertas
  • JANGAN gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang kertas
  • JANGAN masukkan wang kertas ke dalam air atau peluntur warna
  • JANGAN kikis jalur holografik yang terdapat pada wang kertas RM50
  • JANGAN ubah suai wang kertas

 

Standard Kualiti Wang Kertas Dalam Edaran

Wang kertas yang bersih/sesuai memudahkan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan. Wang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria yang berikut:

  • Tulen dan bukan palsu
  • Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya
  • Bersih secara keseluruhannya atau tidak terlalu kotor
  • Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong
  • Tidak berconteng

Berikut ialah contoh wang kertas yang tidak menepati standard kualiti yang ditetapkan dan tidak lagi sesuai untuk edaran dan perlu ditukar semula:

Terbakar

Berlubang

Luntur warna

Mengecut

Diubah suai

Wang kertas dan duit syiling yang tidak lagi sesuai untuk edaran boleh ditukar di mana-mana bank dan Pejabat Bank Negara Malaysia.

 

Penggantian Nilai Wang Kertas Yang Tidak Lagi Sesuai Untuk Edaran

Garis panduan berikut digunakan untuk menentukan penggantian nilai wang kertas yang tidak lagi sesuai untuk edaran. Kriteria penilaian termasuklah mengikut:

(a) Saiz Wang Kertas

Nilai Penuh
Lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas

Nilai Separuh
Lebih ½ tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal wang kertas

Tiada Nilai
Kurang ½ daripada saiz asal wang kertas


(b) Contengan

Nilai Penuh
Sedikit Contengan

Nilai Separuh
Membuat tanda pada potret DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang berunsur politik, agama atau perkauman

Tiada Nilai
Contengan ketara atau menggunakan wang kertas sebagai pelapik tulisan.