Cetak       Kongsi


Rangkuman Kewangan

Pembiayaan PKS

Sorotan

Tabung BNM untuk PKS
(pada akhir bulan April 2019)

Dana yang diperuntukkan

RM9.1 bilion

Dana yang tersedia

RM3.3 bilion

PKS merupakan komponen penting dalam ekonomi Malaysia, menyumbang lebih satu pertiga daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih empat juta pekerja di Malaysia.

Institusi perbankan ialah sumber utama pembiayaan PKS dan menyediakan lebih 90% daripada jumlah pembiayaan. Pembiayaan PKS juga disediakan oleh Institusi Kewangan Pembangunan, Dana Bank Negara Malaysia untuk PKS dan Dana Kerajaan.

Pada tahun 2018, pertumbuhan PKS di Malaysia yang disokong oleh ekosistem pembiayaan holistik terus meningkat

Tidak pasti tempat untuk mendapatkan nasihat mengenai pembangunan perniagaan/bina upaya, akses kepada pembiayaan dan bantuan penyelesaian? Hubungi Pusat Perhubungan Pembiayaan PKS kami.

Akses kepada Tabung PKS Khas

1. Tabung BNM untuk PKS

  • Tabung Khas Bank Negara Malaysia sedia ada yang telah diberikan nama baharu.

  • Dana disalurkan melalui institusi kewangan peserta (participating financial institutions, PFI), yang terdiri daripada semua bank berlesen, institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan dan Corporate Guarantee Corporation Berhad (CGC).

  • Permohonan hendaklah dihantar melalui mana-mana PFI dan kelulusan adalah tertakluk pada pernilaian kredit PFI yang lazim.

  • Meningkatkan akses kepada pembiayaan pada kos yang berpatutan untuk PKS dalam semua sektor ekonomi. Untuk maklumat lanjut [Muat Turun Brosur]

2. Tabung Projek Usahawan Bumiputera – i (Bumiputera Entrepreneur Project Fund-I, BEPF-i)

  • Menyediakan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera yang telah diberikan kontrak/projek oleh Kerajaan, agensi berkaitan Kerajaan, badan berkanun dan syarikat awam/swasta yang berwibawa.

  • Untuk maklumat lanjut mengenai BEPF-i, sila klik pautan https://www.cgc.com.my/

3. Untuk tabung Kerajaan lain, ketahui lebih lanjut melalui http://www.smeinfo.com.my/

 

 

Akses kepada Pembiayaan Mikro
  • Skim Pembiayaan Mikro ialah skim yang membolehkan akses yang pantas, senang dan mudah kepada pembiayaan perniagaan sehingga RM50,000 tanpa cagaran daripada PFI

  • Skim ini telah membantu memenuhi keperluan pembiayaan perusahaan mikro sejak tahun 2006 di bawah rangka kerja Pembiayaan Mikro Kebangsaan. Melalui rangka kerja ini, perusahaan mikro boleh mendapatkan akses kepada pembiayaan pada kadar yang lebih rendah daripada Tabung Usahawan Mikro yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, dan disalurkan melalui PFI yang menawarkan Pembiayaan Mikro.

  • Untuk maklumat lanjut mengenai PFI yang menawarkan Pembiayaan Mikro, klik senarai sepuluh PFI dan ciri produk Pembiayaan Mikro masing-masing serta kadar pembiayaan [Jadual Perbandingan Kadar Perbiayaan Mikro]

Institusi Kewangan

Nama Produk

Kadar Pembiayaan

Seperti yang diiklankan oleh Institusi Kewangan

Kadar efektif tahunan

  • Modal Usahawan 1 Malaysia-i (MUS1M-i) 
  • Min: 7.92% (kadar sama rata)
  • Min 14%

brakyat

  • Skim Pembiayaan Mikro-I - Modal untuk Usahawan Kecil  (MUsK)
  • Skim Pembiayaan Mikro-I - Individu
  • Skim Pembiayaan Mikro-I - Tanpa Panel
  • 8.25% hingga 14.55%
    (kadar sama rata)
  • 14.53% hingga  24.04%

(Nota: rebat 2% - 4% sebulan)

  • BSN Micro / BSN Micro-i
  • 6.38% hingga 11.26%
  • 11.48% hingga 19.20%

  • Cash First Personal Loan
  • Cash Vantage Personal Financing-i
  • 9.08% hingga 14.28%
    (kadar sama rata)
  • 15.84% hingga 23.65%

  • AmMikro Plus

Jumlah pinjaman RM5K hingga RM50K

  • 24% hingga 30%

Jumlah pinjaman RM20K hingga RM50K

  • BR+4.35% to  BR+4.60%

Jumlah pinjaman RM5K hingga RM50K

  • 24% hingga 30%

Plan B: Jumlah pinjaman RM20K hingga RM50K

  • 8.15% to  8.40%

  • Xpress Cash Financing-i
  •  21% (kadar sama rata)
  • 32.92%

logo-muamalat

  • SKIM MIKRO
  • Skim Micro Bazar Tok Guru / Pasar Besar Siti Khadijah
  • 3.75% hingga 6.50% (kadar sama rata)
  •  6.98% hingga 11.68%

Maybank

  • Retail Micro Financing
  • SME Micro Financing
  • 24%
  • 10% hingga 12%
  • 24%
  • 10% hingga 12%

  • PBMicro Finance
  • Term Financing-i / Micro Enterprise Fund
  • 1.8% hingga 2.5% p.m.
  • 21.6% hingga 30%

uob

  • Easi Cash
  • 9.99% hingga 11.99% (yearly rest)
  • 11.47% hingga 13.70%
Inisiatif Lain

A. Platform Pembiayaan Dalam Talian

1. Portal imSME

  • Platform pembiayaan/rujukan pinjaman PKS yang dimiliki dan diurus oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), dan disertai oleh 22 Institusi Kewangan termasuk lima Institusi Kewangan Pembangunan, tiga Agensi dan empat Pembiaya Alternatif.

  • Portal ini merupakan saluran untuk memudahkan PKS mengakses pembiayaan/pinjaman tanpa cagaran yang membolehkan PKS:

    • Mengakses maklumat masa nyata dengan pantas mengenai pilihan pembiayaan/pinjaman pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja 24/7.

    • Mencari pembiayaan/pinjaman yang disediakan oleh bank peserta mengikut keselesaan mereka, dengan mudah.

    • Memohon pinjaman/pembiayaan hanya melalui satu platform.

  • Untuk butiran lanjut, https://imsme.com.my

2. Platform Akaun Pelaburan (Investment Account Platform, IAP)

  • Platform pelbagai bank yang memudahkan penyaluran dana daripada pelabur untuk membiayai usaha niaga yang berdaya maju, termasuk PKS.

  • Pengantaraan platform ini adalah oleh bank-bank Islam yang menyertai melalui Akaun Pelaburan terhad (restricted Investment Account, RA) seperti yang ditadbir di bawah IFSA 2013 dan DFIA 2002.

  • Platform ini dikendalikan oleh IAP Integrated, iaitu subsidiari milik penuh Raeed Holdings, yang merupakan konsortium yang terdiri daripada enam institusi kewangan iaitu Maybank Islamic, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Affin Islamic Berhad, Bank Simpanan Nasional dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

  • Untuk butiran lanjut, lawati  www.iaplatform.com.

B. Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil

  • Bank Negara Malaysia telah menubuhkan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (Small Debt Resolution Scheme, SDRS) bagi membantu PKS berdaya maju yang menghadapi kekangan akibat pembiayaan terjejas daripada institusi kewangan tunggal atau pelbagai dengan memudahkan rancangan penstrukturan semula atau penjadualan semula dan sekiranya perlu, memberikan pembiayaan baharu..

  • Muat turun:

C. Kaunter Informasi PKS@BNMLINK

D. Program Bina Upaya

1. Melatih Jurulatih

  • Bank Negara Malaysia telah memulakan program Melatih Jurulatih (Train-the-Trainers, TTT) pada tahuan 2016, bertujuan meningkatkan keupayaan institusi kewangan memberikan khidmat nasihat yang berkualiti kepada PKS.

  • Program ini merupakan kerjasama erat antara Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-Bank yang diterajui oleh Persatuan Bank Bank dalam Malaysia, SME Corporation Malaysia (SME Corp), Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Program ini diwujudkan untuk menangani isu maklumat tidak simetri yang dibangkitkan dalam Bengkel Mengenai Pembiayaan PKS anjuran Bank Negara Malaysia untuk industri dan PKS.

  • TTT akan membantu meningkatkan tahap kesedaran mengenai ketersediaan pelbagai inistiatif dan perkhidmatan yang diwujudkan oleh Kerajaan untuk membantu PKS.

2. Program Kesedaran

  • Bank Negara Malaysia sentiasa mengadakan pelbagai program jangkauan untuk PKS dan orang ramai bagi menggalakkan rangkuman kewangan dan akses kepada pembiayaan oleh PKS serta menyertai pelbagai acara yang dianjurkan oleh Kementerian dan agensi kerajaan utama.

  • Program yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan usahawan mengenai pelbagai inisiatif dan bantuan yang diberikan kepada PKS akan disediakan dari semasa ke semasa dan dimaklumkan melalui laman sesawang Bank Negara Malaysia dan platform media sosial.

 

 

Definisi PKS

Definisi baharu PKS berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014 dan telah diperkemas menjadi dua kategori, iaitu:

  • Perkilangan: Jualan tidak melebihi RM50 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja; dan

  • Perkhidmatan dan sektor lain: Jualan tidak melebihi RM20 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 pekerja.

Tinjauan Keseluruhan Definisi PKS mengikut saiz operasi dan sektor:

Butiran lanjut: http://www.smecorp.gov.my/images/pdf/Guideline_New_SME_Definition_updated.pdf