Cetak       Kongsi


Pembangunan Sektor Kewangan

Pembangunan Modal Insan

Modal insan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembangunan sektor kewangan. Pelaburan dalam modal insan adalah penting dalam penambahbaikan industri perkhidmatan kewangan, dengan faktor-faktor seperti pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan keupayaan menjadi pendorong strategik utama kepada produktiviti, daya saing dan pertumbuhan. Bank Negara Malaysia telah menerajui penubuhan pelbagai institusi pembangunan modal insan.