Cetak       Kongsi


Garis Panduan

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

 

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 759

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

 

 

  Tarikh Persetujuan Diraja 18 Mac 2013  
  Tarikh diterbitkan dalamWarta 22 Mac 2013  

                                           
  Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan penyeliaan institusi kewangan Islam, sistem pembayaran dan entiti berkaitan yang lain dan pengawasan pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing Islam untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan Shariah dan bagi perkara yang berhubungan, berbangkit atau bersampingan dengannya.  
  [30 Jun 2013, PU(B) 277/2013.
  kecuali perenggan 1 hingga 10 dan perenggan 13 hingga 19 dalam Jadual 9
berkuatkuasa 1 Jan 2015]
PU(B) 553/2014.
  SUSUNAN SEKSYEN  
  BAHAGIAN  I

PERMULAAN

 
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa  
2. Tafsiran  
3. Penetapan perniagaan atau aktiviti tambahan oleh Menteri  
4. Penetapan perjanjian, urus niaga, transaksi atau orang tambahan oleh Bank  
5. Pengelasan, dan tafsiran sebutan kepada, perniagaan takaful  
  BAHAGIAN  II

OBJEKTIF PENGAWALSELIAAN DAN KUASA DAN FUNGSI BANK

 
6. Objektif pengawalseliaan  
7. Kuasa dan fungsi Bank  
  BAHAGIAN  III

PEMBERIKUASAAN

 
  Penggal 1

Perniagaan yang dibenarkan

 
8. Perniagaan yang dibenarkan dijalankan oleh orang yang diberi kuasa  
9. Permohonan bagi pemberikuasaan  
10. Pemberian lesen oleh Menteri  
11. Kelulusan oleh Bank  
12. Kehendak dana modal minimum atau lebihan aset berbanding liabiliti  
13. Syarat tambahan lesen atau kelulusan  
14. Orang yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam  
  Penggal 2

Sekatan atas urus niaga orang yang diberi kuasa

 
15. Orang yang diberi kuasa menjalankan perniagaan yang dibenarkan sahaja  
16. Pengendali takaful berlesen menjalankan perniagaan takaful keluarga atau takaful am  
  Penggal 3

Pejabat wakil

 
17. Kehendak bagi pejabat wakil  
  Penggal 4

Pembatalan, penyerahan balik atau pemberhentian perniagaan atau pengendalian

 
18. Alasan bagi pembatalan pemberikuasaan  
19. Penyerahan balik lesen atau pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian  
20. Kesan pembatalan, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian, dan habis tempoh  
  Penggal 5

Perkara am

 
21. Bentuk penubuhan  
22. Penubuhan atau penempatan semula pejabat orang yang diberi kuasa  
23. Fi  
24. Penyiaran nama orang yang diberi kuasa  
25. Pengemukaan diri sebagai orang yang diberi kuasa  
26. Bertindak bagi pihak orang tidak berlesen  
  BAHAGIAN  IV

KEHENDAK SHARIAH

 
  Penggal 1

Pematuhan Shariah

 
27. Tafsiran  
28. Kewajipan institusi memastikan pematuhan Shariah  
29. Kuasa Bank menentukan standard bagi perkara Shariah  
  Penggal 2

Tadbir urus Shariah

 
30. Penubuhan jawatankuasa Shariah  
31. Pelantikan anggota jawatankuasa Shariah  
32. Kewajipan jawatankuasa Shariah dan anggotanya  
33. Pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah  
34. Notis pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah  
35. Maklumat untuk diberikan kepada jawatankuasa Shariah  
36. Perlindungan bersyarat dan kewajipan kerahsiaan  
  Penggal 3

Audit atas pematuhan Shariah

 
37. Pelantikan orang oleh institusi untuk menjalankan audit pematuhan Shariah  
38. Pelantikan orang oleh Bank untuk menjalankan audit pematuhan Shariah  
  BAHAGIAN  V

SISTEM PEMBAYARAN

 
  Penggal 1

Penetapan sistem pembayaran dan instrumen pembayaran Islam

 
39. Penetapan dan pembatalan penetapan sistem pembayaran  
40. Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan  
41. Penetapan instrumen pembayaran Islam  
  Penggal 2

Kehendak bagi pengendalian sistem pembayaran dan pengeluaran instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan

 
42. Pemakaian Akta ini bagi sistem pembayaran  
43. Kuasa Bank untuk menentukan standard bagi sistem pembayaran  
44. Arahan kepada peserta sistem pembayaran yang ditetapkan  
45. Perkiraan pengendalian  
46. Kuasa Bank untuk memeriksa  
  Penggal 3

Kemuktamadan pembayaran dan perkiraan penghasilan bersih

 
47. Tafsiran  
48. Kuasa Bank mengeluarkan sijil kemuktamadan  
49. Pembatalan sijil kemuktamadan  
50. Pemakaian Penggal ini  
51. Perintah pemindahan yang dibuat selepas pelantikan pentadbir ketidaksolvenan  
52. Kemuktamadan pembayaran dan perkiraan penghasilan bersih  
53. Pengekalan hak  
54. Ketidakiktirafan perintah ketidaksolvenan oleh mahkamah asing  
55. Kehendak untuk memberitahu dalam keadaan ketidaksolvenan, dsb.  
  BAHAGIAN  VI

KEHENDAK BERHEMAT

 
56. Tafsiran  
  Penggal 1

Standard mengenai perkara berhemat

 
57. Kuasa Bank untuk menentukan standard perkara berhemat  
58. Institusi, pengarah dan pegawai untuk mematuhi standard  
59. Had pendedahan pihak balas tunggal bagi orang berlesen  
60. Sekatan atas pembayaran dividen oleh orang berlesen  
61. Penyenggaraan aset di Malaysia oleh orang berlesen  
  Penggal 2

Tadbir urus korporat

 
62. Tafsiran  
63. Pengerusi, pengarah dan ketua pegawai eksekutif institusi  
64. Kehendak untuk menjadi pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan  
65. Fungsi dan kewajipan lembaga pengarah  
66. Kewajipan pengarah  
67. Kewajipan untuk mendedahkan kepentingan dalam transaksi material atau perkiraan material  
68. Kehilangan kelayakan  
69. Kehendak layak dan sesuai  
70. Pemberhentian daripada jawatan  
71. Notis pemberhentian daripada jawatan  
  Penggal 3

Kehendak ketelusan

 
72. Tafsiran  
73. Penyenggaraan rekod perakaunan dan maklumat  
74. Pematuhan piawaian perakaunan yang diluluskan  
75. Penyiaran penyata kewangan  
  Penggal 4

Juruaudit

 
76. Pelantikan juruaudit oleh institusi  
77. Pelantikan juruaudit oleh Bank  
78. Kewajipan juruaudit  
79. Notis pemberhentian sebagai juruaudit  
80. Maklumat untuk diberikan kepada juruaudit  
81. Obligasi pelaporan juruaudit  
82. Perlindungan bersyarat dan kewajipan kerahsiaan  
  Penggal 5

Aktuari yang dilantik

 
83. Pelantikan aktuari oleh pengendali takaful berlesen  
84. Pelantikan aktuari oleh Bank  
85. Kewajipan aktuari yang dilantik  
86. Pemberhentian sebagai aktuari yang dilantik  
87. Notis pemberhentian sebagai aktuari yang dilantik  
88. Maklumat untuk diberikan kepada aktuari yang dilantik  
89. Perlindungan bersyarat dan kewajipan kerahsiaan  
  Penggal 6

Kumpulan wang takaful dan kumpulan wang pemegang syer

 
90. Penubuhan dan penyenggaraan kumpulan wang takaful  
91. Kumpulan wang takaful diasingkan daripada kumpulan wang pemegang syer  
92. Kehendak yang berhubungan dengan kumpulan wang takaful  
93. Kehendak yang berhubungan dengan kumpulan wang pemegang syer berkenaan dengan kumpulan wang takaful  
94. Pengeluaran daripada kumpulan wang takaful  
95. Kekurangan kumpulan wang takaful  
96. Pengambilalihan risiko  
  Penggal 7

Subsidiari

 
97. Penubuhan atau pemerolehan subsidiari dan pemerolehan atau pemegangan kepentingan material dalam perbadanan  
  BAHAGIAN  VII

PEMUNYAAN, KAWALAN DAN PEMINDAHAN PERNIAGAAN

 
98. Pemakaian dan ketidakpakaian  
  Penggal 1

Kepentingan dalam syer orang berlesen

 
99. Pemerolehan kepentingan dalam syer menghendaki kelulusan  
100. Kawalan atas orang berlesen dilarang dalam beberapa hal  
101. Pelupusan kepentingan dalam syer menghendaki kelulusan  
102. Tatacara permohonan bagi seksyen 99, 100 atau 101  
103. Kuasa Bank untuk menentukan standard mengenai kesesuaian pemegang syer  
104. Pemegangan maksimum yang dibenarkan  
105. Pemberitahuan mengenai pemerolehan atau pelupusan kepentingan dalam syer orang berlesen  
  Penggal 2

Tindakan oleh Bank dalam keadaan kemungkiran

 
106. Perintah terhadap orang yang ingkar  
107. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perintah di bawah subperenggan 106(2)(a)(v)  
  Penggal 3

Kepentingan dalam syer orang yang diluluskan

 
108. Tafsiran  
109. Pemerolehan kepentingan dalam syer orang yang diluluskan  
  Penggal 4

Pemindahan perniagaan, pembentukan semula atau penggabungan orang berlesen

 
110. Tafsiran  
111. Kelulusan dikehendaki bagi pembentukan semula atau penggabungan orang berlesen  
112. Kelulusan dikehendaki bagi skim pemindahan perniagaan  
113. Pemberitahuan skim pemindahan perniagaan  
114. Permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi mengesahkan skim pemindahan perniagaan  
115. Bank menjadi pihak kepada prosiding  
116. Perintah yang dipohon oleh pemindah dan penerima pindahan  
117. Penyiaran perintah mahkamah di bawah seksyen 114  
118. Pembayaran balik perbelanjaan Bank  
119. Larangan pembayaran daripada kumpulan wang takaful  
  BAHAGIAN  VIII

KUMPULAN KEWANGAN

 
120. Maksud Bahagian ini  
121. Seksyen 122 dan 123 tidak terpakai bagi orang berlesen, dan orang berlesen dan syarikat pemegangan kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013  
122. Permohonan untuk menjadi syarikat pemegangan kewangan  
123. Kuasa Bank untuk menghendaki pengemukaan permohonan  
124. Kelulusan permohonan sebagai syarikat pemegangan kewangan di bawah seksyen 122 atau 123  
125. Bank boleh meluluskan lebih daripada satu syarikat pemegangan kewangan  
126. Perniagaan syarikat pemegangan kewangan  
127. Kehendak berhemat atas syarikat pemegangan kewangan dan subsidiari  
128. Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada syarikat pemegangan kewangan dan subsidiari  
129. Peruntukan am memperkatakan mengenai arahan  
130. Akibat kegagalan mematuhi arahan  
131. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perenggan 128(3)(e)  
132. Kuasa untuk memecat pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan  
  BAHAGIAN  IX

PELAKUAN PERNIAGAAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

 
  Penggal 1

Tafsiran

 
133. Tafsiran  
  Penggal 2

Pelakuan perniagaan, aduan, pertikaian, dsb.

 
134. Pemakaian  
135. Standard mengenai pelakuan perniagaan  
136. Pelakuan perniagaan dilarang  
137. Broker takaful yang diluluskan, penasihat kewangan Islam yang diluluskan dan pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan untuk mengadakan akaun pelanggan  
138. Skim ombudsman kewangan  
  Penggal 3

Perkara takaful

 
139. Pemerolehan takaful di luar Malaysia  
140. Peruntukan yang berhubungan dengan sijil takaful  
141. Pendedahan prakontrak dan representasi, dan remedi bagi salah nyataan  
142. Pembayaran manfaat takaful di bawah sijil takaful keluarga dan sijil takaful kemalangan diri  
  Penggal 4

Maklumat dan kerahsiaan

 
143. Tafsiran  
144. Sekatan menyiasat secara khusus hal ehwal pelanggan tertentu  
145. Kerahsiaan  
146. Pendedahan yang dibenarkan  
  Penggal 5

Sekatan yang berhubungan dengan perlindungan pengguna

 
147. Pemakaian Penggal ini  
148. Deposit Islam  
149. Sekatan atas menyetuju terima deposit Islam  
150. Iklan bagi deposit Islam  
151. Sekatan atas penggunaan perkataan tertentu  
  BAHAGIAN  X

PASARAN WANG ISLAM DAN PASARAN PERTUKARAN ASING ISLAM

 
152. Kuasa Bank untuk menentukan standard atau mengeluarkan kod  
153. Pelakuan dilarang dalam pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing Islam  
154. Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan berkaitan  
  BAHAGIAN  XI

PENGEMUKAAN DOKUMEN ATAU MAKLUMAT

 
155. Pengemukaan dokumen atau maklumat kepada Bank  
156. Pengemukaan maklumat statistik, dsb.  
157. Kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 155 dan 156 tidak terpakai  
  BAHAGIAN  XII

PEMERIKSAAN

 
158. Pemeriksaan orang yang diberi kuasa, dsb.  
159. Kewajipan untuk memberi akses kepada, dan mengemukakan dokumen, maklumat, dsb.  
160. Pemeriksaan ke atas orang lain  
161. Kehadiran di hadapan Bank  
162. Pemeriksaan atau penilaian oleh juruaudit atau aktuari, dsb.  
163. Maklumat rahsia  
164. Pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan luar negara berkaitan  
165. Pendedahan maklumat oleh Bank kepada pihak berkuasa penyeliaan luar negara berkaitan  
  BAHAGIAN  XIII

ARAHAN PEMATUHAN

 
166. Tafsiran  
167. Hal keadaan bagi melaksanakan kuasa untuk mengeluarkan arahan  
168. Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada institusi  
169. Peruntukan am memperkatakan mengenai arahan  
170. Akibat daripada kegagalan mematuhi arahan  
171. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perenggan 168(2)(b)  
  BAHAGIAN  XIV

CAMPUR TANGAN DAN TINDAKAN REMEDI

 
172. Pemakaian Bahagian ini kepada institusi anggota  
  Penggal 1

Pemecatan pengarah, ketua pengawai eksekutif atau pegawai kanan

 
173. Tafsiran  
174. Kuasa untuk memecat pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan  
175. Peruntukan yang berhubungan dengan pemecatan  
  Penggal 2

Kuasa untuk melakukan campur tangan dan tindakan remedi

[sic]
  Subpenggal 1 — Hal keadaan bagi melaksanakan campur tangan dan tindakan remedi  
176. Tafsiran  
177. Hal keadaan bagi pelaksanaan kuasa Bank  
  Subpenggal 2 — Pengambilalihan kawalan  
178. Tafsiran  
179. Kuasa untuk mengambil alih kawalan  
180. Kesan pengambilalihan kawalan  
181. Maklumat dan kemudahan  
182. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan pengambilalihan kawalan  
  Subpenggal 3 — Kuasa untuk melantik penerima dan pengurus  
183. Tafsiran  
184. Pelantikan penerima dan pengurus oleh Bank  
185. Pelantikan penerima dan pengurus oleh orang selain Bank  
186. Peruntukan berhubungan dengan pelantikan penerima dan pengurus  
  Subpenggal 4 — Pemindahan wajib bagi perniagaan, aset atau liabiliti [sic]
187. Tafsiran  
188. Perintah bagi pemindahan wajib bagi perniagaan, aset atau liabiliti  
189. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan pemindahan wajib  
190. Obligasi berterusan  
  Subpenggal 5 — Peruntukan yang berhubungan dengan institusi perantaraan  
191. Penamaan institusi perantaraan  
192. Penyiaran notis  
193. Institusi perantaraan diberi kuasa untuk menjalankan perniagaan  
194. Institusi perantaraan tidak bertanggungan atas obligasi terdahulu berkenaan dengan pegawai  
195. Penangguhan berkenaan dengan institusi perantaraan  
196. Bantuan kewangan kepada institusi perantaraan  
  Subpenggal 6 — Penstrukturan semula modal syer  
197. Tafsiran  
198. Kuasa untuk mengurangkan modal syer institusi  
  Subpenggal 7 — Bantuan kewangan  
199. Tafsiran  
200. Bantuan likuiditi atau kewangan kepada institusi  
  Subpenggal 8 — Moratorium  
201. Tafsiran  
202. Permohonan bagi moratorium  
  Penggal 3

Penggulungan

 
  Subpenggal 1 — Peruntukan am mengenai penggulungan  
203. Tafsiran  
204. Pemakaian Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan penggulungan institusi  
205. Bank memohon bagi penggulungan  
206. Sekatan atas penggulungan secara sukarela  
207. Penggulungan oleh Mahkamah Tinggi atas permohonan oleh orang selain Bank  
208. Pelantikan dan saraan pelikuidasi  
209. Kawalan atas pelikuidasi  
210. Penyata hal ehwal  
211. Kesalahan oleh pegawai institusi  
  Subpenggal 2 — Peruntukan tertentu mengenai pengendali takaful berlesen  
212. Penilaian aset dan liabiliti  
213. Penamatan sijil takaful  
214. Penepian beban bukti ketat mengenai hutang  
215. Larangan terhadap pengeluaran sijil takaful  
216. Penerusan perniagaan takaful keluarga  
  Subpenggal 3 — Keutamaan pembayaran dalam penggulungan  
217. Keutamaan pembayaran dalam penggulungan bank Islam berlesen  
218. Keutamaan pembayaran dalam penggulungan pengendali takaful berlesen  
  Penggal 4

Peruntukan am berhubungan dengan tindakan yang diambil oleh Bank

 
219. Kuasa Bank untuk mengambil tindakan di bawah Bahagian ini  
220. Perjanjian kewangan yang layak  
221. Jawatankuasa Pentaksir  
  BAHAGIAN  XV

KUASA BANK YANG LAIN

 
  Penggal 1

Pengawalseliaan institusi kewangan Islam yang ditetapkan

 
222. Tafsiran  
223. Kuasa Menteri untuk menetapkan institusi kewangan Islam  
  Penggal 2

Transaksi antarabangsa dan domestik

 
224. Tafsiran  
225. Langkah yang berhubungan dengan transaksi antarabangsa dan domestik  
226. Kuasa Bank untuk mengenakan levi atau caj  
227. Kuasa Bank, dengan kelulusan Menteri, untuk mengeluarkan arahan  
  Penggal 3

Hari kelepasan bagi orang berlesen

 
228. Kuasa Menteri untuk mengisytiharkan hari kelepasan bagi orang berlesen  
  BAHAGIAN  XVI

PENGUATKUASAAN DAN PENALTI

 
  Penggal 1

Kuasa penyiasatan

 
229. Penyiasatan oleh Bank  
230. Pelantikan pegawai penyiasat  
231. Kuasa pegawai penyiasat  
232. Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita dengan waran  
233. Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita tanpa waran  
234. Senarai harta disita, dsb.  
235. Pelepasan harta yang disita, dsb.  
236. Pemeriksaan atas orang  
237. Halangan terhadap pelaksanaan kuasa pegawai penyiasat  
238. Kehendak menyediakan terjemahan  
239. Kuasa untuk memeriksa orang  
240. Penyampaian perintah atau notis secara am, dsb.  
241. Penyerahan dokumen perjalanan  
242. Agent provocateur  
243. Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain  
244. Pegawai penyiasat disifatkan sebagai pekhidmat awam dan pegawai awam  
  Penggal 2

Tindakan pentadbiran

 
245. Kuasa Bank untuk mengambil tindakan  
246. Menyerah simpan amaun yang tidak diagihkan dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut  
247. Kuasa Bank untuk menetapkan penalti monetari  
248. Permohonan bagi rayuan keputusan  
249. Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari  
  Penggal 3

Tindakan sivil

 
250. Tindakan sivil oleh Bank  
251. Perintah oleh mahkamah  
252. Tindakan sivil untuk menuntut pampasan  
253. Perintah interim  
254. Pelanggaran perintah mahkamah  
255. Tiada aku janji tentang ganti rugi  
256. Tindakan lain  
257. Keterangan yang diperoleh daripada penyiasatan boleh digunakan dalam tindakan sivil  
  Penggal 4

Kesalahan jenayah

 
258. Pemenjaraan  
259. Kesalahan berhubungan dengan catatan dalam dokumen  
260. Kesalahan yang dilakukan oleh mana–mana orang yang bertindak dalam keupayaan rasmi  
261. Kesalahan oleh pekerja, dsb.  
262. Kesalahan boleh tangkap  
263. Kewajipan pegawai penyiasat untuk menyerahkan orang yang ditangkap kepada pihak polis  
264. Kuasa untuk mengkompaun  
265. Percubaan, persubahatan dan pakatan  
266. Pendakwaan  
  Penggal 5

Perkara am

 
267. Perlindungan berhubungan dengan pendedahan maklumat kepada Bank  
268. Peruntukan keterangan  
269. Kuasa Bank untuk menyiarkan maklumat  
  BAHAGIAN  XVII

PERUNTUKAN AM

 
270. Aku janji yang boleh dikuatkuasakan  
271. Peraturan–peraturan  
272. Peruntukan yang berhubungan dengan kelulusan, keizinan, standard, kod, penentuan, notis, kehendak, arahan atau langkah–langkah  
273. Peluang untuk membuat representasi  
274. Pengecualian  
275. Kuasa Menteri untuk meminda Jadual  
276. Keputusan Menteri adalah muktamad  
277. Kuasa Bank untuk mengeluarkan panduan  
278. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang–undang  
279. Pemakaian Akta Syarikat 1965  
280. Pemakaian peruntukan tertentu Akta ini bagi entiti Labuan  
281. Kemungkiran atau pelanggaran tidak menjejaskan kontrak, perjanjian atau perkiraan  
  BAHAGIAN  XVIII

PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN

 
282. Pemansuhan  
283. Kecualian dan peralihan  
284. Kecualian berkenaan dengan lesen yang diberikan dan pendaftaran yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan  
285. Kecualian dan peruntukan peralihan berkenaan dengan peruntukan khusus Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan  
286. Penukaran kepada perniagaan takaful tunggal  
287. Pengendali takaful berlesen yang ialah suatu syarikat persendirian ditukar kepada syarikat awam  
288. Kecualian berkenaan dengan deposit Islam di bawah Akta Perbankan Islam 1983 yang dimansuhkan  
289. Kecualian berkenaan dengan kelulusan yang diberikan bagi instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan di bawah Akta Sistem Pembayaran 2003 yang dimansuhkan  
290. Kecualian berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan  
291. Kecualian berkenaan dengan deposit Islam yang disetuju terima oleh koperasi  
JADUAL 1    
JADUAL 2    
JADUAL 3    
JADUAL 4    
JADUAL 5    
JADUAL 6    
JADUAL 7    
JADUAL 8    
JADUAL 9    
JADUAL 10    
JADUAL 11    
JADUAL 12    
JADUAL 13    
JADUAL 14    
JADUAL 15    
JADUAL 16    
  BAHAGIAN  I

PERMULAAN

 
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1.     (1)     Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.  
     (2)    Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.  
Tafsiran 2.     (1)     Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–  
Akta 758.    “ajuster” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];  
     “akaun pelaburan” ertinya suatu akaun yang mana wang dibayar dan diterima bagi tujuan pelaburan, termasuk bagi penyediaan pembiayaan, mengikut Shariah atas terma bahawa tiada obligasi nyata atau tersirat untuk membayar balik wang itu sepenuhnya dan—  
  (a) sama ada hanya keuntungan, atau kedua–dua keuntungan atau kerugian, yang hendaklah dikongsi antara orang yang membayar wang itu dan orang yang menerima wang itu; atau  
  (b) dengan atau tanpa apa–apa pulangan;  
Akta 276.
Akta 312.
   “Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Perbankan Islam 1983 [Akta 276] dan Akta Takaful 1984 [Akta 312];  
     “aktuari yang dilantik” ertinya aktuari yang dilantik oleh pengendali takaful berlesen di bawah subseksyen 83(1) atau oleh Bank di bawah seksyen 84;  
     “anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diangkat di bawah mana–mana undang–undang bertulis Malaysia atau mana–mana tempat di luar Malaysia, atau di bawah suatu adat yang diiktiraf oleh suatu golongan, kategori atau perihalan orang di dalam atau di luar Malaysia;  
     “anggota” berhubungan dengan suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan yang ialah—  
  (a) suatu perbadanan, ertinya pemegang syer;  
  (b) suatu koperasi, ertinya anggota dalam koperasi itu;  
  (c) suatu perkongsian, ertinya pekongsi;  
  (d) mana–mana pertubuhan perbadanan lain mempunyai keanggotaan, ertinya suatu anggota pertubuhan itu; dan  
Akta 335. (e) suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], ertinya suatu anggota pertubuhan itu;  
     “anuiti” ertinya hak kepada suatu siri pembayaran berkala dari kumpulan wang takaful pada lat tempoh satu tahun atau kurang di bawah suatu kontrak yang dibuat oleh seorang peserta takaful dengan pengendali takaful keluarga;  
     “anuiti pasti” ertinya suatu anuiti yang jangka masa pembayaran berkala adalah ditentukan terlebih dahulu dan tidak bergantung kepada mati atau hidupnya peserta takaful itu;  
     “arahan pembayaran” atau “arahan penyelesaian” berhubungan dengan suatu sistem pembayaran, termasuklah suatu arahan untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan transaksi mengenai dana atau sekuriti, mengikut mana–mana yang berkenaan;  
     “badan berkanun” ertinya mana–mana pihak berkuasa atau badan, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana–mana undang–undang bertulis, tetapi tidak termasuk mana–mana pihak berkuasa tempatan;  
Akta 701.    “Bank” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];  
     “bank Islam antarabangsa berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam antarabangsa;  
     “bank Islam berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dan termasuklah suatu bank Islam antarabangsa berlesen;  
Akta 125.    “berkaitan” berhubungan dengan suatu perbadanan, ertinya berkaitan mengikut pengertian seksyen 6 Akta Syarikat 1965 [Akta 125];  
     “broker takaful” ertinya seorang yang, sebagai kontraktor bebas, menjalankan perniagaan pembrokeran takaful dan termasuklah broker takaful semula;  
     “broker takaful yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan perniagaan pembrokeran takaful;  
     “buku” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;  
     “deposit Islam” ertinya sejumlah wang yang disetuju terima atau dibayar mengikut Shariah—  
  (a) atas terma yang di bawahnya ia akan dibayar balik sepenuhnya, dengan atau tanpa perolehan, pulangan atau apa–apa balasan berupa wang atau nilaian wang lain, sama ada dituntut atau pada masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menyetuju terimanya; atau  
  (b) di bawah suatu perkiraan, atas terma yang hasil di bawah perkiraan itu akan dibayar kepada orang yang membayar jumlah wang itu tidak kurang daripada jumlah wang sedemikian,  
  tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide  
  (i) sebagai pendahuluan atau pembayaran sebahagian di bawah suatu kontrak jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan hanya boleh dibayar balik sekiranya harta atau perkhidmatan itu tidak sebenarnya dijual, disewa atau disediakan selainnya;  
  (ii) sebagai jaminan bagi pelaksanaan suatu kontrak atau sebagai jaminan berkenaan dengan apa–apa kerugian yang boleh disebabkan oleh ketidaklaksanaan suatu kontrak;  
  (iii) tanpa mengehadkan perenggan (ii), sebagai jaminan bagi penghantarserahan atau pemulangan apa–apa harta, sama ada dalam keadaan baik tertentu atau selainnya; dan  
  (iv) dalam apa–apa hal keadaan lain, atau kepada atau oleh mana–mana orang lain, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2;  
     “ditentukan” ertinya untuk menentukan secara bertulis melalui standard atau apa–apa bentuk lain, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan;  
     “ditetapkan” ertinya untuk ditetapkan melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam yang berlainan;  
Akta 56.    “dokumen” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta keterangan 1950 [Akta 56] dan termasuklah buku;  
     “dokumen konstituen” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009;  
     “ejen takaful” ertinya seorang yang melakukan semua atau mana–mana yang berikut:  
  (a) mensolisit atau mendapatkan cadangan bagi sijil takaful bagi pihak pengendali takaful;  
  (b) menawarkan atau mengambil alih untuk bertindak bagi pihak pengendali takaful dalam merundingkan suatu sijil takaful; atau  
  (c) melakukan apa–apa tindakan lain bagi pihak pengendali takaful berhubungan dengan pengeluaran, pembaharuan atau penerusan suatu sijil takaful;  
     “Gabenor” dan “Timbalan Gabenor” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang diberikan kepada mereka dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009;  
     “harta” ertinya apa–apa harta alih atau tak alih, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah—  
  (a) apa–apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubungan dengan mana–mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;  
  (b) apa–apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau yang memiliki atau yang padanya orang itu berhak kepada suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan kepentingan atau bagi apa–apa kepentingan yang kurang;  
  (c) apa–apa sekuriti, termasuk apa–apa stok, syer dan dana;  
  (d) apa–apa surat cara boleh niaga, termasuk apa–apa nota bank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, cek dan perakuan deposit boleh niaga; atau  
  (e) apa–apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang–undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi, resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain bagi menjamin pembayaran atau penjelasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada sekarang atau masa hadapan atau sama ada terletak hak atau kontingen;  
     “iklan” ertinya penyebaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau pensolisitan dengan apa–apa cara atau dalam apa–apa bentuk termasuk komunikasi lisan atau bertulis dengan cara cetakan, elektronik atau apa–apa media lain;  
     “individu” ertinya orang sebenar;  
     “institusi asing” ertinya suatu syarikat asing, yang bukan orang yang diberi kuasa, yang menjalankan apa–apa perniagaan di luar Malaysia yang bersamaan, atau yang serupa, dengan perniagaan mana–mana orang yang diberi kuasa, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pejabat wakil yang diluluskan;  
     “institusi perantaraan” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank, dan dinamakan sebagai suatu institusi perantaraan di bawah subseksyen 188(1);  
     “instrumen pembayaran Islam” ertinya apa–apa instrumen, sama ada yang ketara atau tidak ketara, yang tidak melibatkan apa–apa elemen yang bertentangan dengan Shariah, yang membolehkan seorang memperoleh wang, barangan atau perkhidmatan atau untuk membuat apa–apa pembayaran;  
     “instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan” ertinya suatu instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan sebagai suatu instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 41;  
     “jawatankuasa Shariah” ertinya jawatankuasa Shariah suatu institusi yang ditubuhkan menurut seksyen 30;  
     “kemudahan pembiayaan” ertinya—  
  (a) pemberian apa–apa pendahuluan atau kemudahan lain tidak kira dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua namanya disebut;  
  (b) pemberian suatu jaminan; atau  
  (c) apa–apa urus niaga atau transaksi yang lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4,  
  yang dibuat mengikut Shariah yang hendaklah termasuk, dan boleh dalam bentuk, apa–apa perkiraan jualan atau pembelian, perkiraan usaha sama, jualan pembayaran tertangguh, perkiraan kongsi pulangan atau perkiraan kewangan yang lain;  
     “kepentingan dalam syer” hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3;  
     “ketua pegawai eksekutif” berhubungan dengan—  
  (a) suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, ertinya individu, walau bagaimanapun digelar, yang, sama ada secara individu atau secara bersesama dengan satu atau lebih orang lain, bertanggungjawab di bawah kuasa pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran pertubuhan itu; atau  
  (b) seorang yang diberi kuasa yang ditubuhkan sebagai suatu cawangan di Malaysia, ertinya seorang pegawai yang terutamanya bertanggungjawab bagi perniagaan cawangan itu di Malaysia;  
     “komputer” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta keterangan 1950;  
Akta 502.    “koperasi” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1993 [Akta 502];  
     “kumpulan kewangan” ertinya syarikat pemegangan kewangan dan suatu kumpulan perbadanan berkaitan di bawah syarikat pemegangan kewangan itu yang terlibat terutamanya dalam perkhidmatan kewangan atau dalam perkhidmatan lain yang berkaitan dengan atau bagi maksud perkhidmatan kewangan itu yang termasuklah sekurang–kurangnya satu orang berlesen;  
     “kumpulan perbadanan” ertinya suatu kumpulan perbadanan yang berkaitan antara satu dengan lain;  
     “kumpulan wang takaful” ertinya suatu kumpulan wang takaful yang ditubuhkan dan disenggarakan di bawah seksyen 90 dan berkenaan dengan perniagaan takaful yang disebut dalam seksyen 8 dan 26, ertinya apa–apa kumpulan wang yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi tujuan perniagaan takaful itu;  
     “lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 10;  
     “liabiliti” termasuklah hutang atau tiap–tiap jenis tanggungan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontinjen;  
     “Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah mengenai kewangan Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 51 Akta Bank Negara Malaysia 2009;  
     “manfaat takaful” termasuklah apa–apa manfaat, sama ada berupa wang atau tidak, yang boleh di bayar di bawah suatu sijil takaful;  
     “mata wang asing” ertinya apa–apa mata wang selain ringgit;  
     “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;  
     “orang” termasuklah individu, mana–mana perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana–mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan;  
     “orang berlesen” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan suatu perniagaan berlesen;  
     “orang yang diberi kuasa” ertinya seorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 atau yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan suatu perniagaan yang dibenarkan;  
     “orang yang dilindungi” ertinya peserta takaful atau orang lain yang berkenaan dengannya peserta takaful itu membuat kontrak takaful dan berkenaan dengannya manfaat takaful boleh dibayar kepada peserta takaful itu atau benefisiarinya apabila berlaku kejadian yang dipersetujui terdahulu di bawah kontrak takaful;  
     “orang yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan suatu perniagaan yang diluluskan;  
     “output komputer” ertinya suatu penyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau yang lain—  
  (a) dikeluarkan oleh suatu komputer;  
  (b) ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau  
  (c) diterjemahkan dengan tepat daripada suatu penyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;  
     “pasaran tukaran asing Islam” ertinya suatu pasaran tukaran asing yang transaksi, instrumen atau operasi adalah tidak bertentangan dengan Shariah;  
     “pegawai” berhubungan dengan suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, termasuklah mana–mana pekerja atau ketua pegawai eksekutif pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu;  
     “pegawai kanan” ertinya seorang, selain ketua pegawai eksekutif atau pengarah, yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk merancang, mengarah atau mengawal aktiviti orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan termasuk ketua pegawai operasi, anggota jawatankuasa pembuat keputusan dan orang lain yang menjalankan fungsi penting seperti pengurusan risiko, pematuhan, audit dalaman atau fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 57, tetapi tidak termasuk seorang anggota jawatankuasa Shariah;  
     “pejabat” merujuk kepada suatu tempat di mana atau yang apa–apa perniagaan mana–mana orang dijalankan, termasuk ibu pejabat di Malaysia, atau mana–mana pejabat lain, suatu cawangan, suatu agensi (kecuali agensi takaful dalam hal pengendali takaful berlesen), suatu tempat perniagaan bergerak, suatu tempat perniagaan diadakan dan disenggarakan hanya bagi satu tempoh terhad sahaja atau suatu terminal elektronik;  
     “pejabat wakil yang diluluskan” ertinya suatu pejabat wakil di Malaysia bagi institusi asing yang diluluskan oleh Bank di bawah subseksyen 17(4);  
     “pemberikuasaan” ertinya pemberian suatu lesen di bawah seksyen 10 atau pemberian suatu kelulusan di bawah seksyen 11;  
     “pemohon” ertinya—  
  (a) dalam Bahagian III dan Jadual 5, orang yang mengemukakan, bagi pihak dirinya sendiri atau melalui peguam, firma kesetiausahaan atau wakil yang diberi kuasa dengan sempurnanya yang lain, permohonan bagi pemberikuasaan di bawah seksyen 9;  
  (b) dalam Bahagian VII dan Jadual 6, orang yang mengemukakan, bagi pihak dirinya sendiri atau melalui peguam, firma kesetiausahaan atau wakil yang diberi kuasa dengan sempurnanya yang lain, permohonan bagi kelulusan di bawah Bahagian itu; atau  
  (c) dalam Bahagian VIII, orang yang mengemukakan permohonan untuk menjadi syarikat pemegangan kewangan atau mencadangkan syarikat lain menjadi syarikat pemegangan kewangan;  
     “penasihat kewangan Islam yang diluluskan” ertinya seorang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan perniagaan nasihat kewangan Islam;  
     “pendeposit” ertinya seorang yang berhak kepada pembayaran balik deposit Islam, sama ada deposit Islam itu telah dibuat olehnya atau mana–mana orang lain;  
     “pengarah” termasuklah mana–mana orang yang memegang jawatan pengarah, walau bagaimanapun digelar, bagi suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, dan termasuklah—  
  (a) seorang yang mengikut perintah dan arahan pengarah atau pegawai badan itu akan lazimnya bertindak;  
  (b) pengarah gilir atau ganti; atau  
  (c) dalam hal tertentu, tanpa mengehadkan yang disebut sebelum ini, dalam hal—  
  (i) suatu perbadanan, mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;  
  (ii) suatu koperasi, ertinya seorang anggota lembaga, atau badan pengelolaan lain, dengan apa cara sekalipun disebut, koperasi itu;  
  (iii) suatu badan berkanun, ertinya seorang anggota lembaga, jawatankuasa, majlis atau badan pengelolaan lain, dengan apa cara sekalipun disebut, badan berkanun itu;  
  (iv) suatu perkongsian, ertinya seorang rakan kongsi;  
  (v) suatu ketuanpunyaan tunggal, ertinya tuan punya tunggal itu; dan  
  (vi) mana–mana badan, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, ertinya mana–mana orang yang mempunyai arahan dan kawalan pengurusan hal ehwal atau perniagaannya;  
     “pengeluar” ertinya mana–mana orang, bertindak berseorangan atau di bawah suatu perkiraan dengan seorang yang lain, yang mengaku janji untuk bertanggungjawab bagi obligasi pembayaran berkenaan dengan instrumen pembayaran Islam yang berbangkit daripada seorang pengguna yang diberikan atau menggunakan instrumen pembayaran Islam itu;  
     “pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan” ertinya orang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk mengeluarkan instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan;  
     “pengendali” ertinya mana–mana orang, bertindak berseorangan atau di bawah suatu perkiraan dengan orang yang lain, bertanggungjawab bagi kaedah–kaedah, tatacara dan pengendalian sistem pembayaran;  
     “pengendali sistem pembayaran yang diluluskan” ertinya orang yang diluluskan di bawah seksyen 11 untuk mengendalikan suatu sistem pembayaran yang dinyatakan dalam perenggan 1 Bahagian 1 Jadual 1;  
     “pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan” ertinya mana–mana orang yang mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan;  
     “pengendali takaful” termasuklah pengendali takaful semula profesional;  
     “pengendali takaful antarabangsa berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan takaful antarabangsa;  
     “pengendali takaful berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan takaful dan termasuklah pengendali takaful antarabangsa berlesen;  
     “pengendali takaful semula profesional” ertinya seorang pengendali takaful semula yang diberi lesen untuk menjalankan perniagaan takaful semula sahaja;  
     “pengguna” ertinya mana–mana orang yang instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan telah dikeluarkan kepadanya atau mana–mana orang yang menggunakan instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan untuk mendapatkan wang, barangan atau perkhidmatan atau untuk membuat apa–apa bayaran;  
     “penuntut yang sesuai” ertinya seseorang yang beranggapan dirinya berhak kepada keseluruhan atau sebahagian daripada manfaat takaful di bawah suatu sijil takaful sebagai wasi kepada peserta takaful yang mati, ibu atau bapa atau penjaga kepada seseorang penama yang tidak berkemampuan atau pemegang serah hak atau yang menuntut selainnya yang berhak kepada manfaat takaful di bawah undang–undang yang berkaitan;  
     “penyediaan pembiayaan” ertinya membuat, atau membuat suatu perkiraan untuk seorang yang lain untuk membuat, perniagaan atau aktiviti yang mengikut Shariah termasuk—  
  (a) ekuiti atau pembiayaan perkongsian, termasuk musyarakah,musyarakah mutanaqisah dan mudarabah;  
  (b) pembiayaan berasaskan sewa, termasuk al–ijarahal–ijarah muntahia bi al–tamlik dan al–ijarah thumma al–bai`;  
  (c) pembiayaan berasaskan jualan, termasuk istisna`bai` bithaman ajilbai` salammurabahah dan musawamah;  
  (d) kontrak pertukaran mata wang;  
  (e) aktiviti berasaskan fi, termasuk wakalah;  
  (f) pembelian bil pertukaran, perakuan deposit Islam atau surat cara boleh niaga lain; dan  
  (g) penerimaan atau penjaminan apa–apa liabiliti, obligasi atau kewajipan mana–mana orang;  
     “perbadanan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;  
Akta 720.    “Perbadanan Insurans Deposit Malaysia” ertinya Perbadanan Insurans Deposit Malaysia yang dirujuk dalam Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720];  
     “perbadanan sekutu” ertinya suatu perbadanan yang tidak kurang daripada dua puluh peratus tetapi tidak lebih daripada lima puluh peratus syer mengundi perbadanan itu dipegang oleh perbadanan lain, yang perbadanan yang mula–mula disebut itu ialah perbadanan sekutu bagi perbadanan lain itu;  
     “perjanjian” ertinya suatu perjanjian sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;  
     “perkiraan” ertinya suatu perkiraan sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;  
     “perniagaan berlesen” ertinya perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan perbankan Islam antarabangsa atau perniagaan takaful antarabangsa;  
     “perniagaan nasihat kewangan Islam” ertinya mana–mana yang berikut:  
  (a) menganalisis keperluan perancangan kewangan seorang yang berhubungan dengan suatu produk takaful;  
  (b) mengesyorkan suatu produk takaful yang sesuai kepada seseorang;  
  (c) mendapatkan suatu produk takaful daripada pengendali takaful berlesen kepada seseorang;  
  (d) mengatur suatu kontrak berkenaan dengan suatu produk takaful bagi seseorang; atau  
  (e) apa–apa perniagaan, perkhidmatan kewangan atau aktiviti lain berhubungan dengan suatu perkhidmatan kewangan sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 3;  
     “perniagaan pemajakan Islam” ertinya—  
  (a) perniagaan mempakkan atau mensubpakkan harta alih atas sewaan mengikut Shariah bagi maksud kegunaan harta itu oleh penyewa atau mana–mana orang lain dalam apa–apa perniagaan, dagangan, profesion atau pekerjaan atau dalam apa–apa jua pun perusahaan komersial, perindustrian, pertanian atau ekonomi yang lain dan, jika pemberi pajak adalah pemunya harta itu, tidak kira sama ada mempakkan itu adalah dengan atau tanpa suatu opsyen untuk membeli harta itu, dan bagi maksud takrif ini, “harta alih” termasuklah apa–apa loji, jentera, peralatan atau catel lain yang dipasang atau akan dipasang pada bumi atau dilekatkan atau akan dilekatkan, secara tetap atau selainnya, kepada apa–apa benda yang dipasang pada bumi; dan  
  (b) apa–apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan, di bawah seksyen 3;  
     “perniagaan pembrokeran takaful” ertinya perniagaan mensolisit, merundingkan atau mendapatkan suatu sijil takaful dengan pengendali takaful, atau pembaharuan atau penerusan sijil takaful oleh seseorang, bagi peserta takaful selain dirinya dan termasuklah pembrokeran takaful semula bagi pengendali takaful;  
     “perniagaan pemfaktoran Islam” ertinya—  
  (a) perniagaan bagi memperoleh hutang atau obligasi kewangan lain yang kena dibayar kepada mana–mana orang yang berbangkit daripada transaksi yang mengikut Shariah; dan  
  (b) apa–apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan, di bawah seksyen 3;  
     “perniagaan perbankan Islam” ertinya perniagaan—  
  (a) menyetuju terima deposit Islam atas akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau akaun lain yang serupa, dengan atau tanpa perniagaan membayar atau memungut cek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan; atau  
  (b) menyetuju terima wang di bawah suatu akaun pelaburan; dan  
  (c) penyediaan pembiayaan; dan  
  (d) apa–apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 3;  
     “perniagaan perbankan Islam antarabangsa” ertinya perniagaan perbankan Islam dalam mata wang selain ringgit atau apa–apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 3;  
     “perniagaan takaful” ertinya perniagaan yang berhubungan dengan pentadbiran, pengurusan dan operasi kumpulan wang takaful untuk peserta takafulnya yang mungkin melibatkan elemen pelaburan dan simpanan dan termasuklah perniagaan takaful semula dan sebutan mengenai menjalankan perniagaan takaful boleh termasuk semua atau mana–mana aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 5(4)(a);  
     “perniagaan takaful antarabangsa” ertinya perniagaan takaful dalam mata wang selain ringgit;  
     “perniagaan takaful keluarga” ertinya perniagaan yang berhubungan dengan pentadbiran, pengurusan dan operasi suatu perkiraan takaful di bawah sijil takaful keluarga;  
     “perniagaan yang dibenarkan” ertinya perniagaan berlesen atau perniagaan yang diluluskan;  
     “perniagaan yang diluluskan” ertinya mana–mana perniagaan yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1;  
     “peserta” ertinya mana–mana orang yang dibenarkan oleh kaedah–kaedah yang mengelola sistem pembayaran untuk menghantar arahan pembayaran atau arahan penyelesaian kepada sistem pembayaran dan yang terikat dengan kaedah–kaedah yang mengelola sistem pembayaran itu;  
     “peserta pasaran” ertinya mana–mana orang yang—  
  (a) menerbitkan, menjual, membeli, membeli semula, meminjam, meminjamkan atau selainnya berurusan dengan mata wang atau instrumen kewangan Islam yang lain yang diperdagangkan dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam termasuk terbitan Islam melalui kaunter yang harga, nilai atau tanggungan pembayaran adalah didapati daripada, dirujukkan pada atau berdasarkan pada kadar keuntungan atau kadar pertukaran; atau  
  (b) mengatur transaksi dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam sebagai suatu perantara,  
  sama ada bertindak sebagai prinsipal atau ejen, dan termasuklah mana–mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4;  
     “peserta takaful” ertinya seorang yang mempunyai hakmilik yang sah di sisi undang–undang kepada sijil takaful dan termasuklah—  
  (a) jika suatu sijil takaful telah diserahhakkan, pemegang serah hak itu;  
  (b) jika seorang wakil persendirian peserta takaful yang telah mati adalah berhak terhadap pengendali takaful berlesen kepada faedah sijil takaful, wakil persendirian itu;  
  (c) berhubungan dengan sijil takaful yang memperuntukkan bagi pembayaran anuiti, seorang penerima anuititi; dan  
  (d) jika di bawah sijil takaful, wang adalah harus dibayar atau boleh dibayar, sama ada secara berkala atau sebaliknya, orang itu yang kepadanya wang itu harus dibayar atau boleh dibayar;  
     “premis” termasuklah apa–apa tanah, bangunan, struktur atau tempat;  
     “pulangan” berhubungan dengan tafsiran “kemudahan pembiayaan”, “akaun pelaburan” dan “deposit Islam”, dan “sekuriti Islam” sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 224(1), termasuklah apa–apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen atau manfaat, dan apa–apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau diberi;  
     “risiko kepada kestabilan kewangan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 29 Akta Bank Negara Malaysia 2009;  
     “risiko sistemik” berhubungan dengan sistem pembayaran yang ditetapkan, ertinya—  
  (a) risiko bahawa kegagalan peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya akan menyebabkan peserta lain menjadi tidak upaya untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya apabila kena dibayar; atau  
  (b) risiko bahawa kegagalan peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya boleh menyebabkan masalah likuiditi atau kredit ketara yang mungkin mengancam kestabilan sistem kewangan;  
     “saudara” berhubungan dengan individu, tertakluk kepada subseksyen (2), ertinya—  
  (a) suami atau isteri individu itu;  
  (b) abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan individu itu, atau kepada suami atau isteri individu itu;  
  (c) mana–mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan individu itu, atau dengan suami atau isteri individu itu;  
  (d) suami atau isteri kepada mana–mana individu yang disebutkan dalam perenggan (b) atau (c);  
  (e) mana–mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan individu yang disebutkan dalam perenggan (b) atau(d);  
  (f) mana–mana bapa saudara, emak saudara atau sepupu kepada individu itu, atau kepada suami atau isteri individu itu; atau  
  (g) mana–mana suami atau isteri, atau mana–mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan, individu yang disebut dalam perenggan (f);  
     “sekuriti Islam” ertinya sekuriti yang mengikut Shariah;  
     “sijil takaful” termasuklah suatu nota perlindungan takaful atau apa–apa kontrak takaful bagi perniagaan takaful keluarga atau perniagaan takaful am sama ada atau tidak terkandung dalam atau ditunjukkan oleh suatu surat cara dalam bentuk suatu sijil takaful, dan sebutan mengenai—  
  (a) pengeluaran suatu sijil takaful hendaklah ditafsirkan sebagai membuat suatu kontrak takaful, sama ada atau tidak suatu kontrak formal telah dikeluarkan; dan  
  (b) suatu sijil takaful pengendali takaful termasuklah apa–apa sijil takaful berkenaan dengannya pengendali takaful itu berada di bawah apa–apa liabiliti, sama ada sijil takaful itu telah dikeluarkan oleh pengendali takaful atau liabiliti telah dipindahkan kepada pengendali takaful itu daripada pengendali takaful yang lain;  
     “sijil takaful berkaitan pelaburan” ertinya sijil takaful berkenaan dengan suatu kontrak takaful keluarga atau anuiti yang manfaat takaful, keseluruhannya atau sebahagiannya, akan diputuskan dengan merujuk kepada unit, yang nilainya berhubungan dengan—  
  (a) pendapatan daripada harta daripada apa–apa perihalan; atau  
  (b) nilai pasaran harta itu;  
     “sijil takaful keluarga” ertinya sijil takaful yang manfaat takafulnya yang kena dibayar ketika kematian atau kehidupan, termasuk manfaat takaful yang kena dibayar berkenaan dengan kemalangan diri, penyakit atau keuzuran, dan termasuk suatu anuiti tetapi tidak termasuk sijil takaful kemalangan diri;  
     “sijil takaful kemalangan diri” ertinya sijil takaful yang memperuntukkan manfaat kewangan tetap atau manfaat yang bersifat tanggung rugi, atau kedua–duanya, terhadap risiko mengalami kecederaan atau kematian orang yang dilindungi akibat suatu kemalangan atau menjadi tidak upaya akibat daripada penyakit;  
     “sijil takaful Malaysia” ertinya sijil takaful yang dikeluarkan di Malaysia oleh pengendali takaful berlesen dan adalah—  
  (a) sijil takaful keluarga yang alamat peserta takaful, sebagaimana yang ditentukan dalam sijil takaful itu atau mana–mana alamat lain yang kemudiannya diberitahu secara bertulis oleh peserta takaful itu kepada pengendali takaful berlesen itu, adalah atau dahulunya alamat di Malaysia;  
Akta 53. (b) suatu sijil takaful am yang berhubung dengan risiko yang berbangkit di Malaysia, atau jika peserta takaful ialah seorang pemastautin, atau menduduki perjawatan tetap di, Malaysia dalam pengertian Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]; atau  
  (c) suatu kontrak takaful semula dengan pengendali takaful berlesen yang lain;  
     “sistem pembayaran” ertinya apa–apa sistem atau perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian dana atau sekuriti yang perkiraan operasi sistem pembayaran itu atau pelakuan perniagaan pengendali sistem pembayaran itu adalah mengikut Shariah;  
     “sistem pembayaran yang ditetapkan” ertinya sistem pembayaran yang ditetapkan sebagai suatu sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah subseksyen 39(1);  
     “skim pemindahan perniagaan” ertinya suatu skim pemindahan bagi perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan perbankan Islam antarabangsa atau perniagaan takaful antarabangsa;  
     “standard” termasuklah apa–apa obligasi atau kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah Akta ini dan standard itu boleh mengandungi apa–apa peruntukan yang memberikan tafsiran, bersampingan, tambahan, berbangkit dan peralihan sebagaimana yang Bank berpendapat wajar;  
     “subsidiari” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 5 Akta Syarikat 1965;  
     “sumbangan takaful” ertinya amaun yang kena dibayar oleh peserta takaful kepada pengendali takaful di bawah suatu sijil takaful dan termasuklah apa–apa saraan bagi fungsi dan kewajipan yang diambil alih oleh pengendali takaful itu;  
     “syarikat” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;  
     “syarikat asing” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;  
     “syarikat awam” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;  
     “syarikat pelaburan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 319(1) Akta Syarikat 1965;  
     “syarikat pemegangan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 5 Akta Syarikat 1965;  
     “syarikat pemegangan kewangan” ertinya syarikat yang—  
  (a) memegang suatu agregat lebih daripada lima puluh peratus kepentingan dalam syer orang berlesen, atau mempunyai suatu agregat kepentingan dalam syer sebanyak lima puluh peratus atau kurang tetapi mempunyai kawalan atas orang berlesen; dan  
  (b) mendapat kelulusan Bank menurut subseksyen 124(3) untuk menjadi syarikat pemegangan kewangan orang berlesen itu;  
     “syarikat persendirian” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;  
     “syer” berhubungan dengan perbadanan, ertinya syer yang diterbitkan oleh perbadanan itu dan termasuklah stok kecuali terdapat perbezaan antara stok dan syer dinyatakan secara jelas atau tersirat;  
     “syer mengundi” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;  
     “tahun kewangan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;  
     “takaful” ertinya suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiarinya pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu;  
     “takaful semula” ertinya suatu perlindungan takaful yang diatur oleh pengendali takaful dengan pengendali takaful kedua atas risiko kumpulan wang takaful yang ditadbirnya, keseluruhan atau sebahagiannya, dan termasuklah apa–apa perkiraan yang serupa oleh suatu cawangan pengendali takaful berlesen di Malaysia dengan cawangannya di luar Malaysia (ibu pejabat pengendali takaful berlesen itu adalah, bagi maksud ini, dikira sebagai suatu cawangan);  
     “tarikh yang ditetapkan” berkenaan dengan mana–mana peruntukan di bawah Akta ini, ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(2) sebagai tarikh mula kuat kuasa peruntukan itu;  
     “terbitan Islam” ertinya apa–apa perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang dibuat mengikut Shariah, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti Islam, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar keuntungan atau kadar pertukaran) atau indeks;  
     “terminal elektronik” ertinya suatu alat elektronik, dikendalikan oleh atau bagi pihak orang yang diberi kuasa, melaluinya seorang itu boleh memulakan suatu pemindahan dana elektronik, dan termasuklah suatu terminal tempat–jualan, mesin pengeluar automatik atau mesin deposit wang tunai atau mesin deposit cek;  
     “tuntutan takaful” ertinya tuntutan bagi pembayaran suatu amaun yang harus dibayar di bawah sijil takaful;  
     “wakil penasihat kewangan Islam” ertinya individu, walau bagaimanapun digelar dalam penggajian lansung, bertindak bagi atau melalui perkiraan dengan penasihat kewangan Islam yang diluluskan, yang menjalankan bagi penasihat kewangan Islam itu apa–apa perkhidmatan yang berhubungan dengan perniagaan penasihat kewangan Islam;  
     “wang elektronik” ertinya mana–mana instrumen pembayaran Islam, sama ada ketara atau tidak ketara, yang—  
  (a) menyimpan dana secara elektronik sebagai tukaran kepada dana yang dibayar kepada pengeluar itu; dan  
  (b) berupaya untuk digunakan sebagai suatu cara untuk membuat pembayaran kepada mana–mana orang selain pengeluar itu;  
  Saudara  
     (2)    Bagi maksud takrif “saudara” dalam subseksyen (1)—  
  (a) pengangkatan mana–mana orang oleh seorang yang lain di bawah mana–mana undang–undang bertulis Malaysia atau mana–mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, atau di bawah mana–mana adat yang diiktiraf oleh mana–mana golongan orang di Malaysia atau di mana–mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, hendaklah dikira sebagai mewujudkan antara pengangkat dan orang yang diangkat itu pertalian semula jadi yang sama seperti pertalian pengangkatan, dan pertalian lain yang berhubung dengannya hendaklah diputuskan sewajarnya; dan  
  (b) sebutan dalamnya mengenai sesuatu pertalian termasuklah, jika berkaitan, suatu pertalian seibu atau sebapa.  
  Kawalan  
     (3)    Bagi maksud Akta ini, seseorang hendaklah dianggap mempunyai kawalan atas orang berlesen atau perbadanan sekiranya orang itu—  
  (a) mempunyai suatu kepentingan lebih daripada lima puluh peratus syer dalam orang berlesen atau perbadanan itu; atau  
  (b) melainkan jika dibuktikan sebaliknya—  
  (i) mempunyai kuasa untuk memilih, melantik, memecat atau menahan daripada pemilihan, pelantikan atau pemecatan, atau menyebabkan dipilih, dilantik, dipecat atau ditahan daripada dipilih, dilantik atau dipecat, suatu majoriti pengarah orang berlesen atau perbadanan itu;  
  (ii) mempunyai kuasa untuk membuat atau menyebabkan dibuat keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran orang berlesen atau perbadanan itu, dan menguatkuasakan keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu dikuatkuasakan; atau  
  (iii) adalah seorang yang arahannya, petunjuknya atau kehendaknya diikuti oleh pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan orang berlesen atau perbadanan itu mengikut kelaziman atau di bawah obligasi, sama ada formal atau tidak formal, untuk bertindak,  
  dan frasa “dikawal” atau “pengawal” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.  
  Bertindak bersama–sama  
     (4)    Bagi maksud Akta ini—  
  (a) “orang yang bertindak bersama–sama” ertinya orang yang, menurut suatu perjanjian, perkiraan atau persefahaman, bekerjasama untuk—  
  (i) memperoleh secara bersesama atau berasingan kepentingan dalam syer suatu perbadanan bagi maksud mendapatkan atau menggabungkan kawalan perbadanan itu; atau  
  (ii) bertindak secara bersesama bagi maksud menjalankan kawalan atas suatu perbadanan; dan  
  (b) tanpa mengehadkan keluasan perenggan (a), orang yang berikut hendaklah dianggap sebagai orang yang bertindak bersama–sama, melainkan jika dibuktikan sebaliknya:  
  (i) suatu perbadanan dan perbadanan berkaitan dan sekutunya;  
  (ii) suatu perbadanan dan mana–mana pengarahnya, atau ibu atau bapa, anak, abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan mana–mana pengarahnya, atau suami atau isteri kepada mana–mana pengarah atau mana–mana saudara yang sedemikian, atau mana–mana amanah berkaitan;  
  (iii) suatu perbadanan dan apa–apa kumpulan wang pencen yang ditubuhkan olehnya;  
  (iv) seorang dan mana–mana syarikat pelaburan, kumpulan wang unit amanah atau mana–mana kumpulan wang lain yang pelaburan orang itu diuruskan atas dasar budi bicara;  
  (v) seorang dan kliennya yang adalah suatu perbadanan, jika orang itu menguruskan atas dasar budi bicara dana kliennya dan mempunyai sepuluh peratus atau lebih kepentingan dalam syer klien itu; atau  
  (vi) seorang yang mempunyai atau mengawal dua puluh peratus atau lebih syer mengundi suatu perbadanan yang tergolong dalam subperenggan (i) dan mana–mana ibu atau bapa, anak, abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan orang itu, atau isteri atau suami orang itu atau mana–mana saudaranya, atau mana–mana amanah berkaitan berserta dengan satu atau lebih orang yang tergolong dalam subperenggan (i).  
  Perjanjian kewangan yang layak  
     (5)    Bagi maksud Akta ini—  
  (a) “perjanjian kewangan yang layak” ertinya—  
  (i) suatu perjanjian induk berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak yang di bawahnya sekiranya hal tertentu yang ditentukan oleh pihak–pihak kepada perjanjian itu berlaku—  
  (A) transaksi yang disebut dalam perjanjian itu tamat atau boleh ditamatkan;  
  (B) nilai penamatan transaksi di bawah subperenggan (i) dikira atau boleh dikira; dan  
  (C) nilai penamatan transaksi di bawah subperenggan (i) adalah bersih atau boleh bersih, supaya suatu amaun bersih kena dibayar,  
    dan jika suatu perjanjian adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang adalah transaksi kewangan yang layak dan apa–apa penguatkuasaan yang dibenarkan oleh pihak–pihak mengenai hak mereka di bawah perjanjian itu;  
  (ii) suatu perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan, termasuk perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam subperenggan (i); atau  
  (iii) mana–mana perjanjian lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4;  
  (b) “transaksi kewangan yang layak” ertinya—  
  (i) suatu terbitan Islam, sama ada akan diselesaikan melalui pembayaran atau hantar serah; atau  
  (ii) suatu perjanjian beli semula, beli semula songsang atau jual beli balik berkenaan dengan sekuriti Islam;  
  (c) “cagaran kewangan” ertinya mana–mana yang berikut yang tertakluk kepada suatu kepentingan atau hak yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak atau yang tertakluk kepada perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik:  
  (i) wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, termasuk surat cara boleh niaga dan deposit tuntutan;  
  (ii) sekuriti Islam, suatu akaun sekuriti Islam atau suatu hak untuk memperoleh sekuriti Islam; atau  
  (iii) perjanjian niaga hadapan atau akaun niaga hadapan;  
  (d) “perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik” ertinya suatu perjanjian yang di bawahnya hakmilik kepada harta telah diperuntukkan bagi maksud menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak.  
     (6)    Apa–apa sebutan dalam Akta ini kepada “Akta ini”, “Akta Perkhidmatan Kewangan 2013” atau “Akta Bank Negara Malaysia 2009” hendaklah, melainkan jika dinyatakan sebaliknya dengan nyata, disifatkan termasuklah sebutan mengenai apa–apa kaedah, peraturan, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini, Akta Perkhidmatan Kewangan 2012 atau Akta Bank Negara Malaysia 2009, mengikut mana–mana yang berkenaan. [sic]
Penetapan perniagaan atau aktiviti tambahan oleh Menteri 3.    Menteri boleh, atas syor Bank, menetapkan—  
  (a) apa–apa perniagaan atau aktiviti sebagai suatu tambahan kepada takrif—  
  (i) “perniagaan perbankan Islam”;  
  (ii) “perniagaan perbankan Islam antarabangsa”;  
  (iii) “aktiviti perantaraan kewangan Islam”;  
  (iv) “perniagaan pemfaktoran Islam”; atau  
  (v) “perniagaan pemajakan Islam”,  
    dan apabila ditetapkan, takrif yang ditambah itu hendaklah disifatkan sebagai suatu bahagian penting Akta ini dari tarikh permulaan kuat kuasa penetapan itu, atau dari apa–apa tarikh kemudian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu; dan  
  (b) apa–apa perniagaan, perkhidmatan atau aktiviti berhubungan dengan suatu perkhidmatan kewangan sebagai perniagaan nasihat kewangan Islam bagi maksud takrif “perniagaan nasihat kewangan Islam” di bawah subseksyen 2(1).  
Penetapan perjanjian, urus niaga, transaksi atau orang tambahan oleh Bank 4.    Bank boleh, dengan persetujuan Menteri, menetapkan—  
  (a) mana–mana perjanjian berkenaan dengan suatu transaksi kewangan yang boleh dibuat oleh pihak dalam pasaran kewangan, selain suatu derivatif terselaras atau suatu perjanjian berkenaan dengan transaksi sekuriti yang dibuat di bawah kaedah–kaedah suatu bursa saham dan pusat penjelasan yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 sebagai perjanjian kewangan yang layak bagi maksud takrif “perjanjian kewangan yang layak” dalam subseksyen 2(5);  
  (b) apa–apa urus niaga atau transaksi sebagai kemudahan pembiayaan bagi maksud takrif “kemudahan pembiayaan” dalam subseksyen 2(1); dan  
  (c) mana–mana orang lain sebagai peserta pasaran bagi maksud takrif “peserta pasaran” dalam subseksyen 2(1).  
Pengelasan, dan tafsiran sebutan mengenai, perniagaan takaful 5.     (1)     Bagi maksud Akta ini, perniagaan takaful hendaklah dibahagikan kepada dua kelas—  
  (a) perniagaan takaful keluarga, yang sebagai tambahan kepada semua perniagaan takaful berkenaan dengan sijil takaful keluarga hendaklah termasuk apa–apa jenis perniagaan takaful yang dijalankan hanya sebagai sampingan kepada perniagaan pengendali takaful keluarga; dan  
  (b) perniagaan takaful am, yang ertinya semua perniagaan takaful yang bukan perniagaan takaful keluarga.  
     (2)    Bagi maksud Akta ini, takaful semula liabiliti di bawah sijil takaful hendaklah dikira tergolong dalam kelas dan perihalan yang sama dengan sijil takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful semula berkenaan dengan takaful semula liabiliti itu.  
     (3)    Walau apa pun apa–apa jua dalam subseksyen (1) atau penentuan suatu sijil takaful kepada suatu kumpulan wang takaful tertentu oleh pengendali takaful berlesen, sekiranya Bank berpuas hati bahawa mana–mana bahagian perniagaan pengendali takaful berlesen yang tergolong dalam suatu kelas atau perihalan tertentu perniagaan takaful patut dalam hal pengendali takaful berlesen itu dikira sebagai tergolong dalam kelas atau perihalan lain, Bank boleh mengarahkan bahawa ia dikira sedemikian bagi maksud Akta ini.  
     (4)    Bagi maksud Akta ini—  
  (a) sebutan mengenai penjalanan perniagaan takaful termasuklah semua atau mana–mana aktiviti yang berikut yang dijalankan melalui perniagaan:  
  (i) menerima cadangan untuk menyertai perkiraan takaful;  
  (ii) merundingkan cadangan untuk menyertai perkiraan takaful bagi pihak pengendali takaful;  
  (iii) mengeluarkan sijil takaful bagi perkiraan takaful;  
  (iv) memungut atau menerima sumbangan takaful atas sijil takaful bagi perkiraan takaful; atau  
  (v) menyelesaikan atau mendapatkan kembali tuntutan takaful atas sijil takaful bagi perkiraan takaful,  
    tetapi, tertakluk kepada perenggan (c), tidak termasuk penjalanan aktiviti itu oleh seseorang bagi pihak pengendali takaful;  
  (b) seorang adalah disifatkan menjalankan mana–mana atau semua aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 5(4)(a) melalui perniagaan sekiranya—  
  (i) terlibat dalam apa–apa aktiviti dengan cara yang dengan sendirinya menjadi penjalanan suatu perniagaan;  
  (ii) mengemukakan dirinya sebagai sanggup dan berupaya untuk terlibat dalam aktiviti itu; atau  
  (iii) mensolisit dengan tetap orang lain untuk terlibat dengannya dalam transaksi yang menjadi aktiviti itu; dan  
  (c) suatu sebutan mengenai penjalanan perniagaan takaful termasuklah menjalankannya melalui ejen, atau sebagai ejen, tetapi “pengendali takaful” tidaklah termasuk ejen takaful atau pun dalam hal seorang yang merupakan kedua–dua pengendali takaful dan ejen takaful, apa–apa perniagaan yang dibuat oleh orang itu sebagai ejen takaful.  
     (5)    Bagi maksud Akta ini—  
  (a) Menteri boleh, atas syor Bank, menetapkan apa–apa perniagaan atau aktiviti sebagai perniagaan takaful;  
  (b) Bank boleh menentukan perniagaan atau aktiviti itu sebagai tergolong dalam kelas tertentu yang disebut dalam subseksyen (1) atau perihalan, perniagaan takaful; dan  
  (c) perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual 4 tidak boleh dikira sebagai perniagaan takaful.  
  BAHAGIAN  II

OBJEKTIF PENGAWALSELIAAN DAN KUASA DAN FUNGSI BANK

 
Objektif pengawalseliaan 6.    Objektif pengawalseliaan utama Akta ini adalah untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan Shariah dan bagi mencapai objektif ini, Bank hendaklah—  
  (a) memupuk—  
  (i) keselamatan dan kekukuhan institusi kewangan Islam;  
  (ii) integriti dan keteraturan fungsi pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran wang asing Islam;  
  (iii) keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem pembayaran dan instrumen pembayaran Islam; dan  
  (iv) keadilan, kebertanggungjawaban dan pelakuan perniagaan institusi kewangan Islam yang profesional; dan  
  (b) berusaha untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna perkhidmatan dan produk kewangan Islam.  
Kuasa dan fungsi Bank 7.     (1)     Bank hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi di bawah Akta ini dengan cara yang ia berpendapat paling wajar bagi maksud mencapai objektif pengawalseliaan Akta ini dan Gabenor hendaklah menjalankan apa–apa kuasa dan melaksanakan apa–apa fungsi Bank bagi pihaknya.  
     (2)    Kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.  
     (3)    Bank hendaklah, dari semasa ke semasa, memaklumkan Menteri mengenai perkara yang berhubungan dengan penjalanan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.  
     (4)    Bank boleh memberi kuasa kepada Timbalan Gabenor atau pegawai bank untuk menjalankan mana–mana kuasanya atau melaksanakan apa–apa fungsinya di bawah Akta ini.  
     (5)    Bank boleh menubuhkan dan memberi kuasa kepada jawatankuasa yang mengandungi anggota sebagaimana Bank boleh putuskan bagi maksud menjalankan apa–apa kuasa atau melaksanakan mana–mana fungsi Bank di bawah Akta ini.  
     (6)    Bank boleh, sama ada secara amnya atau dalam hal tertentu, melantik seseorang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang bukan pegawai Bank—  
  (a) untuk memberikan apa–apa bantuan dalam menjalankan apa–apa kuasanya atau melaksanakan apa–apa fungsinya di bawah Akta ini; atau  
  (b) menjalankan apa–apa kuasanya atau melaksanakan apa–apa fungsinya bagi pihak dan atas nama Bank,  
  sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
  BAHAGIAN  III

PEMBERIKUASAAN

 
  Penggal 1

Perniagaan yang dibenarkan

 
Perniagaan yang dibenarkan dijalankan oleh orang yang diberi kuasa 8.     (1)     Tertakluk kepada seksyen 14, tiada seorang pun boleh menjalankan apa–apa perniagaan yang dibenarkan melainkan jika ia—  
  (a) dilesenkan oleh Menteri, atas syor Bank, di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan perbankan Islam antarabangsa atau perniagaan takaful antarabangsa; atau  
  (b) diluluskan oleh Bank di bawah seksyen 11 untuk menjalankan apa–apa perniagaan yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1.  
     (2)    Perenggan (1)(b) tidak terpakai, berkenaan dengan perniagaan nasihat kewangan Islam, kepada orang yang dinyatakan dalam Bahagian 2 Jadual 1.  
     (3)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Permohonan bagi pemberikuasaan 9.    Seorang pemohon bagi suatu lesen di bawah seksyen 10 atau suatu kelulusan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan perniagaan yang dibenarkan hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Bank berserta dengan apa–apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
Pemberian lesen oleh Menteri 10.     (1)     Dalam menilai suatu permohonan yang dibuat dengan sempurnanya di bawah seksyen 9 untuk menjalankan apa–apa perniagaan berlesen, Bank hendaklah mengambil kira semua faktor yang dinyatakan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2 Jadual 5 dan apa–apa perkara lain yang Bank berpendapat adalah berkaitan.  
     (2)    Apabila membuat suatu penilaian di bawah subseksyen (1) dan jika Bank berpuas hati bahawa pemohon itu boleh diberikan suatu lesen, Bank hendaklah membuat suatu syor kepada Menteri untuk memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (4) dengan atau tanpa syarat.  
     (3)    Bank hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis sekiranya Bank tidak membuat suatu syor kepada Menteri di bawah subseksyen (2).  
     (4)    Jika Bank membuat suatu syor menurut subseksyen (2), Menteri boleh memberikan suatu lesen kepada pemohon untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan perbankan Islam antarabangsa atau perniagaan takaful antarabangsa, dengan atau tanpa syarat.  
     (5)    Bank hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis keputusan Menteri di bawah subseksyen (4).  
     (6)    Jika Menteri memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (4), orang berlesen hendaklah memulakan perniagaan berlesennya dalam suatu tempoh atau mana–mana tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, atas syor Bank.  
Kelulusan oleh Bank 11.     (1)     Dalam menilai suatu permohonan yang dibuat dengan sempurnanya di bawah seksyen 9 untuk menjalankan apa–apa perniagaan yang diluluskan, Bank hendaklah mengambil kira semua faktor yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 5 dan apa–apa perkara lain yang Bank berpendapat adalah berkaitan.  
     (2)    Bank boleh—  
  (a) meluluskan suatu permohonan untuk menjalankan apa–apa perniagaan yang diluluskan, dengan atau tanpa syarat, atau bagi suatu tempoh yang dinyatakan dalam kelulusan itu; atau  
  (b) menolak permohonan itu.  
     (3)    Orang yang diluluskan di bawah perenggan (2)(a) untuk menjalankan perniagaan pembrokeran takaful atau perniagaan nasihat kewangan Islam hendaklah pada setiap masa mempunyai perlindungan tanggung rugi profesional yang berkuat kuasa bagi suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (4)    Bank hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis keputusannya di bawah subseksyen (2).  
     (5)    Jika Bank meluluskan suatu permohonan di bawah perenggan (2)(a), orang yang diluluskan hendaklah memulakan perniagaannya yang diluluskan dalam suatu tempoh atau apa–apa tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (6)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Kehendak dana modal minimum atau lebihan aset berbanding liabiliti 12.     (1)     Tiada seorang pun boleh diberikan suatu lesen di bawah seksyen 10 atau suatu kelulusan di bawah seksyen 11 sekiranya—  
  (a) dalam hal suatu syarikat, dana modalnya; atau  
  (b) dalam hal suatu cawangan yang ditubuhkan di Malaysia oleh suatu institusi asing, lebihan aset berbanding liabilitinya,  
  kurang daripada amaun minimum sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal orang berlesen, atau Bank dalam hal orang yang diluluskan.  
     (2)    Tiap–tiap orang yang diberi kuasa hendaklah, dalam menjalankan perniagaannya yang dibenarkan, menyenggara pada setiap masa apa–apa amaun minimum yang terpakai baginya.  
     (3)    Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Menteri boleh memberikan suatu lesen di bawah seksyen 10 kepada seseorang tertakluk kepada syarat bahawa orang itu mencapai amaun minimum dengan cara dan dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank, dengan kelulusan Menteri.  
     (4)    Bagi maksud seksyen ini, “dana modal” ertinya modal berbayar dan apa–apa rizab sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (5)    Mana–mana orang yang diberi kuasa yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Syarat tambahan lesen atau kelulusan 13.     (1)     Menteri, atas syor Bank, dalam hal suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 10, atau Bank dalam hal suatu kelulusan yang diberikan di bawah seksyen 11, boleh pada bila–bila masa secara bertulis meminda atau membatalkan apa–apa syarat sedia ada mengenai pemberikuasaan atau mengenakan apa–apa syarat baru atasnya.  
     (2)    Mana–mana orang yang diberi kuasa yang gagal mematuhi apa–apa syarat yang dikenakan oleh Menteri atau Bank, mengikut mana–mana yang berkenaan, di bawah subseksyen (1) atau 10(4), perenggan 11(2)(a) atau subseksyen 12(3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Orang yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam 14.     (1)     Subseksyen 8(1) tidak melarang atau menyekat—  
  (a) bank berlesen atau bank pelaburan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 daripada menjalankan perniagaan perbankan Islam;  
  (b) broker insurans yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 daripada menjalankan perniagaan pembrokeran takaful;  
  (c) penasihat kewangan yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 daripada menjalankan perniagaan nasihat kewangan Islam;  
  (d) pengendali sistem pembayaran yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk memudahkan peserta yang terlibat dalam perniagaan kewangan Islam untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan dana atau sekuriti; atau  
  (e) pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 daripada mengeluarkan instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan:  
     Dengan syarat bahawa bank berlesen, bank pelaburan berlesen, broker insurans yang diluluskan, penasihat kewangan yang diluluskan, pengendali sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan itu telah mendapatkan kelulusan bertulis terdahulu Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan kewangan 2013.  
     (2)    Seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada dan mematuhi—  
  (a) peruntukan Akta ini, khususnya peruntukan Bahagian IV, VI, IX, X dan XIII, setakat peruntukan itu berhubung dengan perniagaan orang yang diluluskan itu untuk menjalankan di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, seolah–olah suatu sebutan dalam Akta ini kepada—  
  (i) “orang yang diberi kuasa” adalah sebutan kepada mana–mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) hingga (e);  
  (ii) “orang berlesen” adalah sebutan kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(a); atau  
  (iii) “orang yang diluluskan” adalah sebutan kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(b) hingga (e); dan  
  (b) apa–apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan perniagaan orang yang diluluskan itu untuk menjalankan di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.  
     (3)    Menteri boleh, atas syor Bank, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan bahawa semua atau mana–mana peruntukan Akta ini—  
  (a) tidak terpakai bagi seorang yang disebut dalam subseksyen (1); atau  
  (b) terpakai bagi seorang yang disebut dalam subseksyen (1) dengan apa–apa ubah suaian selaras dengan objektif pengawalseliaan Akta ini,  
  seperti yang dinyatakan dalam perintah itu.  
     (4)    Mana–mana orang yang yang melanggar mana–mana peruntukan Akta ini atau apa–apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dibuat oleh Bank di bawah Akta ini dan terpakai baginya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti sama yang terpakai bagi orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah peruntukan itu dan sekiranya tiada kesalahan yang diperuntukkan bagi pelanggaran sedemikian, orang yang melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil suatu tindakan di bawah perenggan 245(3)(b) sebagai tambahan kepada tindakan penguatkuasaan lain yang Bank diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini.  
  Penggal 2

Sekatan atas urus niaga orang yang diberi kuasa

 
Orang yang diberi kuasa menjalankan perniagaan yang dibenarkan sahaja 15.     (1)     Melainkan jika Bank menentukan selainnya, orang yang diberi kuasa tidak boleh menjalankan apa–apa perniagaan atau aktiviti di dalam atau di luar Malaysia kecuali berkaitan dengan atau bagi maksud perniagaan yang dibenarkannya.  
     (2)    Walau apa pun subseksyen (1), pengendali sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan yang bukan orang berlesen boleh menjalankan apa–apa perniagaan atau aktiviti yang tidak berhubungan dengan atau bagi maksud perniagaan yang diluluskannya.  
     (3)    Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, pengendali takaful berlesen tidak boleh menjalankan perniagaan anuiti pasti, perniagaan takaful jaminan kewangan atau perniagaan takaful jaminan kredit.  
     (4)    Mana–mana orang yang diberi kuasa yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Pengendali takaful berlesen menjalankan perniagaan takaful keluarga atau takaful am 16.     (1)     Pengendali takaful berlesen, selain pengendali takaful semula profesional berlesen, tidak boleh menjalankan kedua–dua perniagaan takaful keluarga dan perniagaan takaful am.  
     (2)    Walau apa pun subseksyen (1), pengendali takaful keluarga berlesen boleh menjalankan perniagaan takaful am yang berhubungan dengan perubatan atas sebab penyakit atau keuzuran atau perbelanjaan perubatan tertakluk kepada apa–apa kehendak dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (3)    Mana–mana pengendali takaful berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
  Penggal 3

Pejabat wakil

 
Kehendak bagi pejabat wakil 17.     (1)     Tiada institusi asing pun boleh—  
  (a) menubuhkan suatu pejabat wakil di Malaysia melainkan jika ia telah mendapat kelulusan bertulis terdahulu Bank; atau  
  (b) melalui pejabat wakil yang diluluskan, menjalankan apa–apa perniagaan yang dibenarkan di Malaysia.  
     (2)    Tertakluk kepada larangan di bawah perenggan (1)(b), suatu institusi asing boleh menjalankan, melalui pejabat wakil yang diluluskannya, aktiviti sebagaimana yang ditentukan oleh Bank sahaja.  
     (3)    Suatu permohonan untuk menubuhkan suatu pejabat wakil hendaklah dibuat secara bertulis kepada Bank berserta dengan apa–apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (4)    Bank boleh atas suatu permohonan yang dibuat dengan sempurna mengikut subseksyen (3) meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.  
     (5)    Bank boleh pada bila–bila masa secara bertulis meminda atau membatalkan mana–mana syarat sedia ada suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) atau mengenakan apa–apa syarat baru atasnya.  
     (6)    Bank boleh membatalkan suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) sekiranya—  
  (a) pejabat wakil yang diluluskan telah—  
  (i) mungkir atau melanggar mana–mana peruntukan Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009; atau  
  (ii) gagal untuk mematuhi apa–apa syarat yang dikenakan menurut kelulusan itu,  
    tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran, pelanggaran atau ketidakpatuhan itu;  
  (b) pejabat wakil yang diluluskan itu telah melanggar mana–mana undang–undang di dalam atau di luar Malaysia; atau  
  (c) ia adalah demi kepentingan pengguna perkhidmatan dan produk kewangan di Malaysia untuk berbuat sedemikian.  
     (7)    Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, membatalkan suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) sekiranya ia demi kepentingan nasional untuk berbuat sedemikian.  
     (8)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) atau gagal untuk mematuhi apa–apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
  Penggal 4

Pembatalan, penyerahan balik atau pemberhentian perniagaan atau pengendalian

 
Alasan bagi pembatalan pemberikuasaan 18.     (1)     Menteri boleh, atas syor Bank, membatalkan lesen orang berlesen, dan Bank boleh membatalkan kelulusan orang yang diluluskan, atas alasan bahawa—  
  (a) orang itu menuju matlamat, atau menjalankan pengendaliannya, perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya yang bertentangan dengan Shariah;  
  (b) Bank telah, berkaitan dengan permohonan di bawah seksyen 9, diberikan maklumat yang palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap;  
  (c) orang itu tidak memulakan perniagaan berkenaan yang ia dilesenkan atau diluluskan dalam tempoh yang ditentukan oleh Menteri di bawah subseksyen 10(6) atau oleh Bank di bawah subseksyen 11(5);  
  (d) orang itu telah terhenti daripada menjalankan perniagaan yang ia dilesenkan atau diluluskan;  
  (e) orang itu telah—  
  (i) memungkiri atau melanggar mana–mana peruntukan Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009;  
  (ii) gagal untuk mematuhi mana–mana syarat lesennya atau kelulusannya; atau  
  (iii) gagal untuk mematuhi mana–mana arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 168 atau suatu perintah di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009,  
    tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran, pelanggaran atau ketidakpatuhan itu;  
  (f) orang itu telah terhenti menjadi berdaya maju pada pendapat Bank;  
  (g) Bank, menurut pelaksanaan kuasanya di bawah Bahagian XIV yang berhubungan dengan orang itu, telah secara substantial menyempurnakan semua pemindahan perniagaan, aset atau liabiliti orang itu;  
  (h) orang itu telah digulungkan atau dibubarkan selainnya; atau  
  (i) ia adalah demi kepentingan pengguna perkhidmatan dan produk kewangan untuk berbuat demikian.  
     (2)    Menteri boleh, atas syor Bank, membatalkan lesen orang berlesen, dan Bank boleh dengan persetujuan Menteri membatalkan suatu kelulusan orang yang diluluskan, sekiranya ia demi kepentingan awam untuk berbuat sedemikian.  
     (3)    Sebagai tambahan kepada subseksyen (1) dan (2), Bank boleh membatalkan kelulusan orang yang diluluskan atas alasan bahawa—  
  (a) pada pendapat Bank orang itu sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti penjalanan pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau telah gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti penjalanan pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan orang itu;  
  (b) pada pendapat Bank, orang itu sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan kepentingan pelanggannya, pemiutangnya, pesertanya, penggunanya atau orang awam secara amnya;  
  (c) penerima atau pengurus bagi harta orang itu telah dilantik; atau  
  (d) milikan harta orang itu telah diambil oleh atau bagi pihak pemegang debentur menurut suatu gadaian atas harta itu.  
     (4)    Bank—  
  (a) hendaklah menyiarkan dalam Warta, dengan seberapa segera yang praktik, notis suatu pembatalan suatu lesen di bawah subseksyen (1) atau (2); atau  
  (b) boleh menyiarkan suatu notis pembatalan suatu kelulusan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) mengikut apa–apa cara yang Bank dapati sesuai.  
Penyerahan balik lesen atau pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian 19.     (1)     Orang berlesen boleh menyerah balik lesennya kepada Bank dan apabila diserah balik, orang berlesen itu hendaklah memberi suatu notis bertulis mengenai penyerahan balik lesennya kepada Bank.  
     (2)    Orang yang diluluskan hendaklah mengemukakan suatu notis bertulis kepada Bank sekiranya ia terhenti menjalankan perniagaannya.  
     (3)    Pejabat wakil yang diluluskan hendaklah mengemukakan suatu notis bertulis kepada Bank sekiranya pengendaliannya terhenti.  
     (4)    Penyerahan balik di bawah subseksyen (1) atau pemberitahuan di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah berkuat kuasa pada tarikh Bank menerima notis itu atau jika suatu tarikh terkemudian ditentukan dalam notis itu, pada tarikh itu.  
     (5)    Bank—  
  (a) hendaklah menyiarkan dalam Warta, dengan seberapa segera yang praktik, suatu notis mengenai suatu penyerahan balik suatu lesen di bawah subseksyen (1); atau  
  (b) boleh menyiarkan suatu notis pemberhentian perniagaan di bawah subseksyen (2) atau pemberhentian pengendalian di bawah subseksyen (3) mengikut apa–apa cara yang Bank dapati sesuai.  
     (6)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Kesan pembatalan, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian, dan habis tempoh 20.     (1)     Jika—  
  (a) Menteri membatalkan lesen orang berlesen di bawah seksyen 18;  
  (b) Bank membatalkan kelulusan pejabat wakil yang diluluskan di bawah subseksyen 17(6) atau (7), atau orang yang diluluskan di bawah seksyen 18;  
  (c) penyerahan balik lesen oleh orang berlesen atau pemberitahuan oleh orang yang diluluskan mengenai pemberhentian perniagaannya atau pejabat wakil yang diluluskan mengenai pemberhentian pengendaliannya telah berkuat kuasa di bawah subseksyen 19(4); atau  
  (d) kelulusan yang diberikan kepada orang yang diluluskan di bawah seksyen 11 telah habis tempoh,  
  orang atau pejabat wakil itu hendaklah dengan serta merta terhenti menjalankan perniagaannya atau pengendaliannya mengikut mana–mana yang berkenaan.  
     (2)    Walau apa pun pembatalan, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian, atau habis tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1), orang atau pejabat wakil yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah terus—  
  (a) tertakluk kepada Akta ini pada takat yang sama sebagaimana orang yang diberi kuasa atau pejabat wakil yang diluluskan, mengikut mana–mana yang berkenaan; dan  
  (b) menunaikan obligasinya,  
  sehingga Bank berpuas hati bahawa orang atau pejabat wakil itu telah menunaikan obligasinya, atau bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk menunaikan obligasinya, yang belum selesai pada masa pembatalan, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian atau habis tempoh, mengikut mana–mana yang berkenaan.  
     (3)    Suatu pembatalan, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian atau habis tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidak boleh berfungsi untuk—  
  (a) mengelak atau menjejaskan mana–mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh seseorang atau wakil pejabat itu yang disebut dalam subseksyen (1) dengan mana–mana orang; atau  
  (b) menjejaskan apa–apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana–mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.  
     (4)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau gagal untuk menunaikan obligasinya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
  Penggal 5

Perkara am

 
Bentuk penubuhan 21.     (1)     Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank, orang yang akan dilesenkan di bawah seksyen 10 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam atau perniagaan takaful (selain orang yang akan menjadi pengendali takaful semula profesional) hendaklah suatu syarikat awam.  
     (2)    Bank boleh menentukan bentuk penubuhan—  
  (a) orang yang akan dilesenkan sebagai pengendali takaful semula profesional, atau untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam antarabangsa atau perniagaan takaful antarabangsa; atau  
  (b) orang yang akan diluluskan di bawah seksyen 11 untuk menjalankan suatu perniagaan yang diluluskan.  
Penubuhan atau penempatan semula pejabat orang yang diberi kuasa 22.     (1)     Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank, tiada orang berlesen pun boleh menubuhkan atau menempatkan semula pejabat di dalam atau di luar Malaysia tanpa kebenaran bertulis terdahulu Bank.  
     (2)    Jika orang yang diluluskan menubuhkan atau menempatkan semula suatu pejabat di dalam atau di luar Malaysia, orang yang diluluskan itu hendaklah memberitahu Bank secara bertulis dalam apa–apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
Fi 23.     (1)     Peraturan–peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 271, untuk menetapkan—  
  (a) apa–apa fi untuk dibayar oleh orang yang diberi kuasa berkenaan dengan pemberikuasaannya, penubuhan apa–apa pejabat atau fi tahunan; dan  
  (b) suatu fi pemprosesan untuk dibayar oleh seorang pemohon bagi pemberikuasaan di bawah seksyen 9,  
  dalam apa–apa amaun, atau dihitung pada apa–apa kadar atau dengan apa–apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan–peraturan itu.  
     (2)    Apa–apa fi yang dibayar kepada Bank di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.  
     (3)    Apa–apa fi yang tidak dibayar boleh dibawa guaman dan didapatkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada kerajaan dan sebagai tambahan, mahkamah boleh memerintahkan caj bayaran lewat diawardkan kepada kerajaan menurut kaedah–kaedah mahkamah dan kerajaan hendaklah menguruskan caj bayaran lewat yang diaward sebagaimana diperuntukkan dalam kaedah–kaedah itu.  
Penyiaran nama orang yang diberi kuasa 24.     (1)     Bank hendaklah, dari semasa ke semasa, menyiarkan dalamWarta suatu senarai semua orang berlesen dan apa–apa tambahan kepada atau pemotongan daripada senarai itu.  
     (2)    Bank hendaklah, dari semasa ke semasa, menyiarkan suatu senarai orang diluluskan mengikut apa–apa cara yang Bank dapati sesuai.  
Pengemukaan diri sebagai orang yang diberi kuasa 25.     (1)     Tiada seorang pun boleh mengemukakan dirinya sebagai orang yang diberi kuasa melainkan jika dia diberi kuasa di bawah Akta ini.  
     (2)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Bertindak bagi pihak orang tidak berlesen 26.     (1)     Tiada seorang pun boleh bertindak bagi pihak institusi asing atau mana–mana orang yang tidak dilesenkan di bawah Akta ini berhubungan dengan penjalanan perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan perbankan Islam antarabangsa, perniagaan takaful antarabangsa atau penyetujuterimaan deposit Islam di Malaysia melainkan jika diluluskan secara bertulis oleh Bank.  
     (2)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
  BAHAGIAN  IV

KEHENDAK SHARIAH

 
  Penggal 1

Pematuhan Shariah

 
Tafsiran 27.    Dalam Bahagian ini, “institusi” merujuk kepada orang yang diberi kuasa atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
Kewajipan institusi memastikan pematuhan Shariah 28.     (1)     Suatu institusi hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa matlamat dan pengendaliannya, perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya adalah mematuhi Shariah.  
     (2)    Bagi maksud Akta ini, suatu pematuhan kepada apa–apa keputusan Majlis Penasihat Shariah berkenaan dengan apa–apa matlamat tertentu dan pengendalian, perniagaan, hal ehwal atau aktiviti hendaklah disifatkan sebagai pematuhan kepada Shariah berkenaan dengan matlamat dan pengendalian, perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu.  
     (3)    Jika suatu institusi menyedari bahawa ia menjalankan apa–apa perniagaan, hal ehwal dan aktiviti dengan cara yang tidak mematuhi Shariah atau nasihat jawatankuasa Shariahnya atau nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah, institusi itu hendaklah—  
  (a) dengan serta–merta memberitahu Bank dan jawatankuasa Shariahnya mengenai hakikat itu;  
  (b) dengan serta–merta berhenti daripada menjalankan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu dan daripada mengambil apa–apa perniagaan, hal ehwal atau aktiviti lain yang serupa; dan  
  (c) dalam tempoh tiga puluh hari setelah menyedari ketidakpatuhan atau apa–apa tempoh yang lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengemukakan kepada Bank suatu rancangan mengenai pembetulan ketidakpatuhan itu.  
     (4)    Bank boleh menjalankan suatu penilaian yang ia fikirkan perlu untuk memutuskan sama ada institusi itu telah membetulkan ketidakpatuhan yang disebutkan dalam subseksyen (3).  
     (5)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Kuasa bank menentukan standard mengenai perkara Shariah 29.     (1)     Bank boleh, mengikut nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah, menentukan standard—  
  (a) mengenai perkara Shariah berkenaan dengan penjalanan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti oleh suatu institusi yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah; dan  
  (b) untuk memberi kesan kepada nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah.  
     (2)    Sebagai tambahan, Bank juga boleh menentukan standard yang berhubungan dengan mana–mana perkara yang berikut yang tidak menghendaki penentuan hukum Syarak:  
  (a) tadbir urus Shariah termasuk—  
  (i) fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi berhubungan dengan pematuhan Shariah;  
  (ii) kehendak layak dan sesuai atau kehilangan kelayakan seorang anggota jawatankuasa Shariah; dan  
  (iii) fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan  
  (b) apa–apa perkara lain berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi bagi maksud pematuhan Shariah.  
     (3)    Tiap–tiap institusi, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya, pegawai kanannya atau anggota jawatankuasa Shariahnya hendaklah pada setiap masa mematuhi standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) dan (2) yang terpakai bagi orang itu.  
     (4)    Tiap–tiap institusi hendaklah pada setiap masa—  
  (a) memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya mengenai tadbir urus Shariah adalah selaras dengan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini; dan  
  (b) sama ada atau tidak standard telah ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini, menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya mengikut cara yang tidak bertentangan dengan Shariah.  
     (5)    Tiap–tiap pengarah, pegawai atau anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi itu untuk melaksanakan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) atau (2).  
     (6)    Mana–mana orang yang gagal mematuhi apa–apa standard yang ditentukan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
  Penggal 2

Tadbir urus Shariah

 
Penubuhan jawatankuasa Shariah 30.     (1)     Orang berlesen hendaklah menubuhkan jawatankuasa Shariah bagi maksud menasihati orang berlesen itu dalam memastikan bahawa perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya mematuhi Shariah.  
     (2)    Bagi maksud subseksyen (1), jika terdapat lebih daripada satu orang berlesen dalam suatu kumpulan kewangan, salah satu daripada orang berlesen boleh memohon kepada Bank bagi penubuhan jawatankuasa Shariah tunggal dalam kumpulan kewangan itu dan Bank boleh meluluskan permohonan itu secara bertulis sekiranya Bank berpuas hati bahawa jawatankuasa Shariah yang ditubuhkan itu berkeupayaan untuk memastikan pematuhan Shariah oleh semua orang berlesen dalam kumpulan kewangan itu.  
     (3)    Bank boleh menghendaki orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan untuk menubuhkan jawatankuasa Shariah bagi maksud menasihatkan orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu bagi memastikan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu mematuhi Shariah.  
Pelantikan anggota jawatankuasa Shariah 31.    Tiada seorang pun boleh dilantik, dilantik semula atau menerima apa–apa pelantikan sebagai anggota jawatankuasa Shariah melainkan jika orang itu memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam apa–apa standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(ii) dan telah mendapat kebenaran bertulis terdahulu Bank.  
Kewajipan jawatankuasa Shariah dan anggotanya 32.    Jawatankuasa Shariah dan tiap–tiap anggota jawatankuasa Shariah hendaklah mempunyai kewajipan dan fungsi yang dinyatakan dalam mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(i).  
Pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah 33.     (1)     Anggota jawatankuasa Shariah hendaklah terhenti menjadi anggota sekiranya—  
  (a) anggota itu meletakkan jawatan sebagai anggota;  
  (b) institusi itu, tertakluk kepada kelulusan bertulis terdahulu Bank di bawah subseksyen (2), menamatkan pelantikan anggota itu;  
  (c) anggota itu hilang kelayakan menurut mana–mana standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(ii); atau  
  (d) anggota itu tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(ii) hingga Bank berpuas hati.  
     (2)    Anggota jawatankuasa Shariah yang—  
  (a) meletakkan jawatan sebagai anggota; atau  
  (b) menyedari bahawa dia telah hilang kelayakan menurut mana–mana standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(ii) dan oleh itu, menurut perenggan (1)(c), terhenti menjadi anggota,  
  hendaklah memberitahu Bank hakikat dan sebab pemberhentian itu dengan serta merta atau dalam apa–apa hal tidak lewat dari empat belas hari dari hal keadaan itu.  
     (3)    Suatu institusi tidak boleh menamatkan pelantikan anggota jawatankuasa Shariahnya melainkan jika institusi itu telah mendapatkan kelulusan bertulis terdahulu Bank untuk berbuat demikian.  
     (4)    Tertakluk kepada seksyen 273, Bank boleh, melalui perintah secara bertulis, memecat anggota jawatankuasa Shariah sekiranya pada pendapat Bank bahawa—  
  (a) mana–mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c)atau (d) telah berlaku berhubungan dengan anggota itu dan anggota itu kekal menjadi anggota jawatankuasa Shariah itu: atau  
  (b) anggota itu telah melanggar mana–mana peruntukan Akta ini atau gagal mematuhi mana–mana standard yang terpakai baginya.  
     (5)    Pemecatan anggota jawatankuasa Shariah di bawah subseksyen (4) hendaklah menurut undang–undang dan sah walau apa pun apa–apa jua yang terkandung dalam suatu kontrak perkhidmatan atau apa–apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya dan sama atau tidak ada dibuat atau diperuntukkan di bawah mana–mana undang–undang bertulis, dan orang yang dipecat daripada jawatan tidak berhak untuk menuntut pampasan bagi kehilangan jawatan itu.  
Notis pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah 34.     (1)     Jika seseorang terhenti menjadi anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi menurut—  
  (a) perenggan 33(1)(a)(b) atau (d); atau  
  (b) perenggan 33(1)(c) sekiranya kehilangan kelayakan itu adalah dalam pengetahuan institusi itu,  
  institusi itu hendaklah memberitahu Bank secara bertulis hakikat dan sebab pemberhentian itu dengan serta merta atau dalam apa–apa hal tidak lewat dari empat belas hari dari tarikh pemberhentian itu.  
     (2)    Jika seorang terhenti menjadi anggota jawatankuasa Shariah di bawah subseksyen 33(1) atau dipecat oleh Bank di bawah subseksyen 33(4), institusi itu hendaklah melantik anggota baru jawatankuasa Shariahnya mengikut seksyen 31 dalam apa–apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
Maklumat untuk diberikan kepada jawatankuasa Shariah 35.     (1)     Suatu institusi dan mana–mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu hendaklah—  
  (a) memberikan apa–apa dokumen atau maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati olehnya yang dikehendaki oleh jawatankuasa Shariah; dan  
  (b) memastikan bahawa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap, tidak palsu atau tidak mengelirukan dalam apa–apa butir material,  
  bagi membolehkan jawatankuasa Shariah itu menjalankan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.  
     (2)    Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 36, anggota jawatankuasa Shariah tidak boleh mendedahkan apa–apa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (1) kepada mana–mana orang lain.  
Perlindungan bersyarat dan kewajipan kerahsiaan 36.    Anggota jawatankuasa Shariah tidak bertanggungan—  
  (a) bagi suatu kemungkiran kewajipan kerahsiaan antara anggota itu dengan institusi itu berkenaan dengan—  
  (i) apa–apa pelaporan kepada Bank; atau  
  (ii) penunaian kewajipannya dan pelaksanaan fungsinya,  
    menurut apa–apa standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(i) yang dilakukan atau dibuat dengan suci hati; atau  
  (b) untuk dibawa guaman dalam mana–mana mahkamah bagi memfitnah berkenaan dengan apa–apa penyataan yang dibuat oleh anggota itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.  
  Penggal 3

Audit pematuhan Shariah

 
Pelantikan orang oleh institusi untuk menjalankan audit pematuhan Shariah 37.     (1)     Bank boleh menghendaki suatu institusi untuk melantik mana–mana orang sebagaimana yang Bank boleh luluskan, untuk menjalankan audit pematuhan Shariah oleh institusi itu.  
     (2)    Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai apa–apa kewajipan dan fungsi sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan hendaklah mengemukakan laporan kepada Bank mengenai audit yang dijalankan menurut seksyen ini.  
     (3)    Saraan dan perbelanjaan orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) yang berhubungan dengan apa–apa audit pematuhan Shariah di bawah seksyen ini hendaklah ditanggung oleh institusi itu.  
     (4)    Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) tidak boleh bertanggungan bagi kemungkiran kewajipan kerahsiaan antara orang itu dan institusi itu berkenaan dengan perkara yang dilaporkan kepada Bank menurut audit pematuhan Shariah di bawah seksyen ini.  
Pelantikan orang oleh bank untuk menjalankan audit pematuhan Shariah 38.     (1)     Tanpa memudaratkan seksyen 37, Bank boleh melantik bagi suatu institusi mana–mana orang untuk menjalankan audit pematuhan Shariah—  
  (a) sekiranya institusi itu gagal untuk melantik seseorang di bawah subseksyen 37(1);  
  (b) sebagai tambahan kepada orang yang dilantik di bawah subseksyen 37(1); atau  
  (c) di bawah apa–apa hal keadaan lain yang Bank sifatkan wajar bagi maksud pematuhan kepada Shariah oleh institusi itu,  
  dan saraan dan perbelanjaan yang berhubungan dengan pelantikan itu hendaklah ditanggung oleh institusi.  
     (2)    Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kewajipan dan fungsi sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan hendaklah mengemukakan laporan kepada Bank mengenai audit yang dijalankan menurut seksyen ini.  
     (3)    Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) tidak bertanggungan bagi kemungkiran kewajipan kerahsiaan antara orang itu dan institusi itu berkenaan dengan perkara yang dilaporkan kepada Bank menurut audit pematuhan Shariah di bawah seksyen ini.  
  BAHAGIAN  V

SISTEM PEMBAYARAN

 
  Penggal 1

Penetapan sistem pembayaran dan instrumen pembayaran Islam

 
Penetapan dan pembatalan penetapan sistem pembayaran 39.     (1)     Jika Bank berpendapat bahawa suatu gangguan dalam pengendalian sistem pembayaran boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap keseluruhan sistem pembayaran di Malaysia atau memberikan kesan kepada kestabilan monetari atau kewangan Malaysia—  
  (a) dalam hal pengendali sistem pembayaran yang tertakluk kepada penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan yang lain di Malaysia, Menteri atas syor Bank dan pihak berkuasa penyeliaan itu; atau  
  (b) dalam mana–mana hal lain, Bank dengan persetujuan Menteri,  
  boleh, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan sistem pembayaran itu sebagai sistem pembayaran yang ditetapkan.  
     (2)    Dalam hal pengendali sistem pembayaran yang tertakluk kepada penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan yang lain di Malaysia, Bank hendaklah berunding dengan pihak berkuasa penyeliaan itu dalam membuat suatu pendapat di bawah subseksyen (1).  
     (3)    Sekiranya hal keadaan dalam subseksyen (1) tidak lagi terpakai, penetapan suatu sistem pembayaran boleh dibatalkan—  
  (a) dalam hal pengendali sistem pembayaran yang tertakluk kepada penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan yang lain di Malaysia, oleh Menteri, atas syor bersesama Bank dan pihak berkuasa penyeliaan itu; atau  
  (b) dalam mana–mana hal lain, oleh Bank,  
  melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta.  
     (4)    Bank dan pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah dengan tetap menyemak kedudukan sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(a), untuk memutuskan sama ada hal keadaan di bawah subseksyen (1), tidak lagi terpakai bagi maksud membuat syor bersesama di bawah perenggan (3)(a).  
Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan 40.     (1)     Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah Akta Perkhidmatan kewangan 2013 yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta itu boleh memudahkan peserta yang terlibat dalam perniagaan kewangan Islam untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan dana atau sekuriti.  
     (2)    Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada dan mematuhi—  
  (a) peruntukan Akta ini, khususnya peruntukan Bahagian IV, VI, IX, X dan XIII, setakat peruntukan itu berhubungan dengan perniagaan pengendali yang diluluskan itu untuk menjalankan di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, seolah–olah sebutan dalam Akta ini kepada “pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan” ialah sebutan mengenai pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; dan  
  (b) apa–apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan perniagaan yang orang itu diluluskan untuk menjalankan di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.  
     (3)    Menteri boleh, atas syor Bank, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan semua atau mana–mana peruntukan Akta ini—  
  (a) tidak terpakai bagi pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; atau  
  (b) hendaklah terpakai bagi pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dengan ubah suaian selaras dengan objektif pengawalseliaan Akta ini,  
  sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.  
     (4)    Mana–mana orang yang melanggar mana–mana peruntukan Akta ini atau apa–apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dibuat oleh Bank di bawah Akta ini dan terpakai baginya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah bertanggungan kepada penalti yang sama yang terpakai bagi orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah peruntukan sedemikian dan sekiranya tiada kesalahan diperuntukkan bagi pelanggaran itu, orang itu melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil suatu tindakan di bawah perenggan 245(3)(b) sebagai tambahan kepada tindakan penguatkuasaan lain yang Bank diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini.  
Penetapan instrumen pembayaran Islam 41.    Jika pada pendapat Bank bahawa—  
  (a) suatu instrumen pembayaran Islam yang penggunaannya boleh tersebar luas sebagai suatu cara membuat pembayaran dan boleh menjejaskan sistem pembayaran di Malaysia; dan  
  (b) adalah perlu untuk mengekalkan integriti, kecekapan dan kebolehpercayaan instrumen pembayaran Islam itu,  
  Bank boleh, dengan persetujuan Menteri, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan instrumen pembayaran Islam itu sebagai instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan.  
  Penggal 2

Kehendak bagi pengendalian sistem pembayaran dan pengeluaran instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan

 
Pemakaian Akta ini bagi sistem pembayaran 42.    Melainkan jika ditetapkan selainnya oleh Bank, Akta ini hendaklah terpakai bagi seseorang di luar Malaysia yang adalah pengendali sistem pembayaran yang menerima arahan pembayaran atau arahan penyelesaian daripada peserta di Malaysia.  
Kuasa bank untuk menentukan standard bagi sistem pembayaran 43.     (1)     Bank boleh menentukan standard bagi sistem pembayaran—  
  (a) bagi menggalakkan keselamatan, integriti, kecekapan atau kebolehpercayaan sistem pembayaran yang ditetapkan itu, sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1 atau instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan termasuk memudahkan saling pengendalian, penentuan teknikal dan piawaian keselamatan; atau  
  (b) demi kepentingan peserta semasa atau bakal peserta sistem pembayaran yang ditetapkan atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1 atau pengguna.  
     (2)    Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pengendali sistem pembayaran yang diluluskan, atau pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan hendaklah pada setiap masa mematuhi standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) yang terpakai bagi pengendali atau pengeluar itu.  
Arahan kepada peserta sistem pembayaran yang ditetapkan 44.    Bank boleh mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana–mana peserta sistem pembayaran yang ditetapkan sekiranya pada pendapat Bank bahawa ia perlu bagi memastikan integriti dan pengurusan yang sempurna sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau ia demi kepentingan orang awam untuk berbuat sedemikian.  
Perkiraan pengendalian 45.     (1)     Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pengendali sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan hendaklah mengadakan perkiraan pengendalian seperti yang berikut:  
  (a) kaedah–kaedah, tatacara dan kehendak yang menyatakan hak, liabiliti atau apa–apa obligasi lain—  
  (i) pengendali dan peserta sistem pembayaran yang ditetapkan;  
  (ii) pengendali sistem pembayaran yang diluluskan dan pesertanya; dan  
  (iii) pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan dan penggunanya,  
    termasuk risiko yang mungkin ditanggung oleh peserta atau pengguna itu; dan  
  (b) langkah–langkah bagi memastikan kekukuhan, keselamatan dan kebolehpercayaan pengendalian sistem pembayaran yang ditetapkan, sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1 atau instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan termasuk perkiraan kontingensi.  
     (2)    Sebagai tambahan kepada perkiraan pengendalian di bawah subseksyen (1), pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengendali sistem pembayaran yang diluluskan hendaklah mengadakan perkiraan pengendalian seperti yang berikut:  
  (a) tatacara, kawalan dan langkah–langkah bagi pengurusan kredit, likuiditi atau risiko penyelesaian, termasuk kaedah–kaedah pemutusan masa apabila suatu arahan pemindahan adalah muktamad dalam hal sistem pembayaran yang sijil kemuktamadan telah dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 48; dan  
  (b) kriteria bagi penyertaan dalam sistem pembayaran yang ditetapkan atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1.  
     (3)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan itu hendaklah mengadakan langkah–langkah untuk memastikan pengurusan berhemat dana yang dipungut daripada pengguna, termasuk langkah–langkah untuk memastikan bahawa dana itu sentiasa sedia ada bagi pembayaran balik kepada pengguna instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan itu.  
Kuasa Bank untuk memeriksa 46.    Bank boleh, dalam mempertimbangkan sama ada—  
  (a) untuk menetapkan atau mengesyorkan kepada Menteri untuk menetapkan suatu sistem pembayaran di bawah seksyen 39;  
  (b) untuk menetapkan suatu instrumen pembayaran Islam di bawah seksyen 41; atau  
  (c) untuk mengesyorkan kepada Menteri untuk memasukkan pengendalian sistem pembayaran dalam Bahagian 1 Jadual 1 di bawah seksyen 275,  
  memeriksa premis, perkakas, kelengkapan, jentera, dokumen dan transaksi yang berhubungan dengan sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam itu, apabila notis bertulis diberikan kepada pengendali atau pengeluar itu.  
  Penggal 3

Kemuktamadan pembayaran dan perkiraan penghasilan bersih

 
Tafsiran 47.    Bagi maksud Penggal ini—  
     “pentadbir ketidaksolvenan” termasuklah penerima, pengurus, penerima dan pengurus, pelikuidasi, pelikuidasi sementara, pengurus kehakiman, kurator, pentadbir khas atau mana–mana orang lain, walau bagaimanapun digelar, yang diberi kuasa di bawah mana–mana undang–undang di dalam atau di luar Malaysia untuk mengambil kawalan harta seseorang bagi faedah pemiutang orang itu dalam hal orang itu menjadi, atau mungkin menjadi, tidak solven;  
     “perintah pemindahan” ertinya—  
  (a) suatu arahan oleh peserta sistem pembayaran yang ditetapkan untuk memasukkan bagi kegunaan seorang penerima suatu amaun wang dengan cara kemasukan ke dalam buku akaun;  
  (b) suatu arahan yang, apabila diselesaikan, menyebabkan pengambilalihan atau penunaian suatu obligasi pembayaran sebagaimana yang ditakrifkan oleh kaedah–kaedah sistem pembayaran yang ditetapkan; atau  
  (c) suatu arahan oleh peserta sistem pembayaran yang ditetapkan sama ada untuk menyelesaikan suatu obligasi bagi pemindahan sekuriti dengan cara kemasukan buku atau bagi pemindahan sekuriti itu;  
     “perkiraan penghasilan bersih” ertinya suatu perkiraan secara bertulis untuk menukar beberapa tuntutan atau obligasi kepada satu tuntutan bersih atau satu obligasi bersih;  
     “sijil kemuktamadan” ertinya suatu sijil yang dikeluarkan oleh Bank kepada mana–mana sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah seksyen 48;  
     “sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku” ertinya sistem pembayaran yang ditetapkan yang sijil kemuktamadan telah dikeluarkan oleh Bank yang boleh termasuk sistem pembayaran yang dikendalikan oleh Bank, atau oleh mana–mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau oleh mana–mana orang yang diberi kuasa oleh Bank.  
Kuasa bank mengeluarkan sijil kemuktamadan 48.    Bank boleh, dengan persetujuan Menteri, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, mengeluarkan sijil kemuktamadan kepada sistem pembayaran yang ditetapkan jika kriteria yang berikut dipenuhi:  
  (a) sistem pembayaran itu menimbulkan atau mungkin menimbulkan suatu risiko sistemik;  
  (b) penyelesaian arahan pemindahan itu dikuatkuasakan dalam sistem pembayaran yang ditetapkan itu sendiri; dan  
  (c) pengendali sistem pembayaran telah mematuhi kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
Pembatalan sijil kemuktamadan 49.    Bank boleh dengan persetujuan Menteri, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan sijil kemuktamadan sekiranya Bank berpendapat bahawa—  
  (a) mana–mana kriteria yang ditentukan dalam seksyen 48 tidak lagi dipenuhi; atau  
  (b) pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku telah mungkir atau melanggar mana–mana peruntukan Akta ini.  
Pemakaian penggal ini 50.     (1)     Peruntukan Penggal ini hendaklah terpakai bagi—  
  (a) apa–apa perintah pemindahan yang dihantar melalui sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku; dan  
  (b) apa–apa perkiraan penghasilan bersih, berkenaan dengan tuntutan atau obligasi yang berbangkit daripada perintah pemindahan yang muktamad di bawah subseksyen 52(1), yang dibuat antara pengendali dan peserta atau antara peserta sahaja berkenaan dengan sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku.  
     (2)    Mana–mana undang–undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan dan ketidaksolvenan hendaklah terus terpakai, tetapi jika terdapat apa–apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Penggal ini dan undang–undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan dan ketidaksolvenan, peruntukan Penggal ini hendaklah dipakai.  
Perintah pemindahan yang dibuat selepas pelantikan pentadbir ketidaksolvenan 51.    Penggal ini tidak terpakai berhubungan dengan mana–mana perintah pemindahan yang dihantar melalui sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku selepas habis tempoh hari yang pentadbir ketidaksolvenan dilantik berkenaan dengan pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku.  
Kemuktamadan pembayaran dan perkiraan penghasilan bersih 52.     (1)     Perintah pemindahan hendaklah sah dan dikuatkuasakan oleh dan terhadap pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku dan hendaklah muktamad dan tidak boleh dibatalkan, berbalik atau diketepikan oleh mana–mana orang dari masa perintah pemindahan itu diputuskan sebagai muktamad di bawah kaedah–kaedah sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku itu dikehendaki supaya diadakan di bawah perenggan 45(2)(a) dan tiada perintah pun boleh dibuat oleh mana–mana mahkamah bagi pembetulan atau penggantungan perintah pemindahan itu.  
     (2)    Perkiraan penghasilan bersih hendaklah sah dan boleh dikuatkuasakan dan pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku hendaklah melakukan apa–apa jua yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah perkiraan penghasilan bersih itu bagi memberi kesan kepada perkiraan penghasilan bersih itu.  
     (3)    Apa–apa pembayaran atau obligasi penyelesaian yang terhutang kepada pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku di bawah perkiraan penghasilan bersih yang belum dijelaskan—  
  (a) boleh dibuktikan dalam prosiding ketidaksolvenan; dan  
  (b) boleh didapatkan semula bagi manfaat pemiutang.  
     (4)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen 50(2), apa–apa perintah pemindahan yang muktamad dan tidak boleh dibatalkan di bawah subseksyen (1) dan apa–apa perkiraan penghasilan bersih yang sah dan boleh dikuatkuasakan di bawah subseksyen (2) dan (3), hendaklah diberi kuat kuasa walau apa pun apa–apa jua yang bertentangan yang terkandung dalam—  
  (a) seksyen 223 dan 224 Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan pengelakan pelupusan harta;  
Akta 360.Akta 587. (b) seksyen 296 Akta Syarikat 1965, seksyen 59 Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] atau subseksyen 40(1) Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 [Akta 587] berhubungan dengan ketidaktuntutan harta yang membebankan;  
  (c) seksyen 219 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 47 Akta Kebankrapan 1967 berhubungan dengan masa permulaan ketidaksolvenan;  
  (d) seksyen 293 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 53 Akta Kebankrapan 1967 berhubungan dengan keutamaan yang tidak patut; dan  
  (e) seksyen 222 Akta Syarikat 1965 dan seksyen 10 Akta Kebankrapan berhubung dengan kuasa untuk menggantung atau menyekat prosiding.  
Pengekalan hak 53.    Bagi mengelakkan keraguan, peruntukan Penggal ini tidak menyekat atau menghalang mana–mana orang daripada menguatkuasakan haknya di bawah undang–undang setakat ia tidak menjejaskan kemuktamadan perintah pemindahan atau keesahan dan kebolehkuatkuasaan suatu perkiraan penghasilan bersih di bawah Penggal ini.  
Perintah ketidaksolvenan oleh mahkamah asing tidak diiktiraf 54.    Walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis lain, mahkamah tidak boleh mengiktiraf atau menguatkuasakan suatu perintah mahkamah asing yang melaksanakan bidang kuasa di bawah mana–mana undang–undang ketidaksolvenan di luar Malaysia setakat pembuatan perintah itu akan menjadi tidak selaras atau bertentangan dengan peruntukan Penggal ini.  
Kehendak untuk memberitahu dalam keadaan ketidaksolvenan, dsb. 55.     (1)     Jika pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku—  
  (a) adalah tidak solven atau mungkin menjadi tidak solven;  
  (b) telah menjadi atau mungkin menjadi tidak mampu untuk memenuhi mana–mana atau semua obligasinya; atau  
  (c) telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian dengan pemiutangnya,  
  pengendali itu hendaklah dengan serta–merta memberitahu peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku itu.  
     (2)    Jika peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku—  
  (a) adalah tidak solven atau mungkin menjadi tidak solven;  
  (b) telah menjadi atau mungkin menjadi tidak mampu memenuhi mana–mana atau semua obligasinya; atau  
  (c) telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian dengan pemiutangnya,  
  peserta itu hendaklah dengan serta–merta memberitahu pengendali itu yang hendaklah memberitahu peserta lain sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku itu.  
     (3)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
  BAHAGIAN  VI

KEHENDAK BERHEMAT

 
Tafsiran 56.    Bagi maksud Penggal 1, 2, 3 dan 4, “institusi” merujuk kepada orang yang diberi kuasa atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
  Penggal 1

Standard perkara berhemat

 
Kuasa bank untuk menentukan standard perkara berhemat 57.     (1)     Bank boleh menentukan standard mengenai perkara berhemat untuk menggalakkan—  
  (a) kedudukan kewangan yang kukuh suatu institusi; atau  
  (b) integriti, profesionalisme dan kepakaran dalam pelakuan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi.  
     (2)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan—  
  (a) kecukupan modal;  
  (b) likuiditi;  
  (c) tadbir urus korporat;  
  (d) pengurusan risiko;  
  (e) transaksi pihak yang berkaitan;  
  (f) penyenggaraan kumpulan wang rizab;  
  (g) kumpulan wang takaful; dan  
  (h) pencegahan institusi daripada digunakan, dengan sengaja atau tidak sengaja, bagi aktiviti jenayah.  
     (3)    Bagi maksud perenggan (2)(e), “transaksi pihak yang berkaitan” ertinya transaksi dengan suatu institusi yang melibatkan—  
  (a) pengarah, pegawai atau pemegang syer institusi itu;  
  (b) anggota jawatankuasa Shariah institusi itu;  
  (c) mana–mana orang yang dalam suatu kedudukan untuk mempengaruhi atau mengawal institusi itu atau menjejaskan keputusan institusi itu;  
  (d) saudara atau tanggungan mana–mana orang yang disebut dalam perenggan (a)(b) atau (c); atau  
  (e) mana–mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, yang pada pendapat Bank boleh menyebabkan institusi itu berada dalam suatu keadaan percanggahan kepentingan.  
Institusi, pengarah dan pegawai untuk mematuhi standard 58.     (1)     Tiap–tiap institusi hendaklah pada setiap masa—  
  (a) mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1) yang terpakai bagi institusi itu;  
  (b) memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya selaras dengan standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1); dan  
  (c) sama ada atau tidak standard telah ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1), menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang kukuh dan amalan tadbir urus yang berkesan, bertanggungjawab dan telus.  
     (2)    Tiap–tiap pengarah dan pegawai suatu institusi hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi itu termasuk dasar dan tatacara dalaman untuk melaksanakan standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1).  
Had pendedahan pihak balas tunggal bagi orang berlesen 59.     (1)     Tiada orang berlesen pun boleh mempunyai suatu pendedahan kepada suatu pihak balas tunggal yang melebihi had sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1).  
     (2)    Suatu pendedahan kepada pihak balas tunggal yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk suatu pendedahan kepada mana–mana kumpulan orang berkaitan dengan pihak balas tunggal itu tetapi tidak termasuk apa–apa pendedahan kepada, dan apa–apa pendedahan yang dijamin secara nyata oleh, Bank atau Kerajaan.  
     (3)    Bagi maksud seksyen ini, Bank boleh menentukan apa yang merupakan “berkaitan”, “pihak balas” atau “pendedahan”.  
Sekatan atas pembayaran dividen oleh orang berlesen 60.     (1)     Tiada seorang berlesen pun boleh mengisytiharkan atau membayar apa–apa dividen atas syernya kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank atau jika Bank telah menentukan standard yang membenarkan pengisytiharan pembayaran apa–apa dividen di bawah subseksyen 57(1).  
     (2)    Jika terdapat suatu permohonan yang dibuat oleh orang berlesen untuk kelulusan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan amaun dividen yang dicadangkan untuk diisytiharkan, Bank hendaklah, dalam mempertimbangkan sama ada atau tidak untuk memberi suatu kelulusan bagi amaun yang dicadangkan atau meluluskan suatu amaun pembayaran dividen yang dikurangkan, mengambil kira keadaan kewangan semasa dan hadapan orang berlesen itu termasuk keupayaannya untuk mematuhi mana–mana standard yang ditentukan oleh Bank di bawah perenggan 57(2)(a).  
Penyenggaraan aset di Malaysia oleh orang berlesen 61.    Bank boleh menghendaki seorang berlesen untuk memegang pada setiap masa semua atau mana–mana bahagian asetnya, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, di Malaysia.  
  Penggal 2

Tadbir urus korporat

 
Tafsiran 62.    Bagi maksud Penggal ini, “pengerusi” ertinya pengerusi lembaga pengarah.  
Pengerusi, pengarah dan ketua pegawai eksekutif institusi 63.     (1)     Tiap–tiap institusi hendaklah pada setiap masa mempunyai ketua pegawai eksekutif.  
     (2)    Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank—  
  (a) tiada orang berlesen boleh melantik atau memilih, atau melantik semula atau memilih semula mana–mana orang sebagai pengerusinya, pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya; dan  
  (b) tiada orang boleh menerima mana–mana pelantikan atau pemilihan, atau pelantikan semula atau pemilihan semula sebagai pengerusi, pengarah atau ketua pegawai eksekutif, orang berlesen.  
     (3)    Orang berlesen hendaklah mengemukakan suatu permohonan secara bertulis kepada Bank berserta dengan apa–apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank bagi maksud suatu kelulusan di bawah subseksyen (2).  
     (4)    Orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah memberitahu Bank secara bertulis mengenai pelantikan, pelantikan semula, pemilihan atau pemilihan semula pengerusinya, pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya dan dalam hal penasihat kewangan Islam yang diluluskan, wakilnya, dalam tempoh tujuh hari atau apa–apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank berserta dengan apa–apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
Kehendak untuk menjadi pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan 64.     (1)     Suatu institusi tidak boleh melantik atau memilih, melantik semula atau memilih semula mana–mana orang sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi itu melainkan jika orang itu—  
  (a) ialah seorang individu;  
  (b) tidak hilang kelayakan di bawah subseksyen 68(1); dan  
  (c) telah mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 69.  
     (2)    Tiada orang boleh dilantik atau dipilih, dilantik semula atau dipilih semula atau menerima apa–apa pelantikan atau pemilihan, pelantikan semula atau pemilihan semula sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan suatu institusi, melainkan jika orang itu—  
  (a) tidak hilang kelayakan di bawah subseksyen 68(1); dan  
  (b) telah mematuhi standard kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 69.  
     (3)    Melainkan jika Bank meluluskan selainnya, ketua pegawai eksekutif institusi hendaklah mempunyai tempat kediaman utamanya atau tempat kediamannya di Malaysia dan menumpukan keseluruhan masa profesionalnya untuk berkhidmat bagi institusi itu.  
Fungsi dan kewajipan lembaga pengarah 65.     (1)     Perniagaan dan hal ehwal institusi hendaklah diuruskan di bawah arahan dan pengawasan lembaga pengarahnya tertakluk kepada Akta ini dan mana–mana undang–undang bertulis lain yang boleh terpakai bagi institusi itu.  
     (2)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), lembaga pengarah hendaklah—  
  (a) menetapkan dan mengawasi pelaksanaan objektif dan strategi perniagaan dan risiko dan dalam melakukan hal sedemikian hendaklah mengambil kira daya maju jangka panjang institusi itu dan standard urus niaga adil yang munasabah;  
  (b) memastikan dan mengawasi reka bentuk berkesan dan pelaksanaan kawalan dalaman yang kukuh, pematuhan dan sistem pengurusan risiko setara dengan jenis, skala dan kerumitan perniagaan dan struktur institusi itu;  
  (c) mengawasi pelaksanaan pengurusan kanan dalam menguruskan perniagaan dan hal ehwal institusi itu;  
  (d) memastikan bahawa terdapat suatu proses pelaporan kewangan yang boleh dipercayai dan telus dalam institusi itu;  
  (e) menggalakkan komunikasi yang tepat pada masanya dan berkesan antara institusi itu dan Bank mengenai perkara yang menjejaskan atau yang boleh menjejaskan keselamatan dan kekukuhan institusi itu; dan  
  (f) mengambil kira apa–apa keputusan jawatankuasa Shariah atas apa–apa isu Shariah yang berhubungan dengan penjalanan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti institusi itu.  
     (3)    Dalam menjalankan fungsinya atau kewajipannya di bawah Penggal ini—  
  (a) lembaga pengarah institusi hendaklah mengambil kira kepentingan, mengikut mana–mana yang berkenaan, pendeposit, pemegang akaun pelaburan dan peserta takaful institusi itu atau peserta; dan  
  (b) lembaga pengarah pengendali takaful berlesen hendaklah, dalam keadaan percanggahan antara kepentingan peserta takaful dan pemegang syer, memberi keutamaan kepada kepentingan peserta takaful.  
Kewajipan pengarah 66.     (1)     Pengarah institusi hendaklah pada setiap masa—  
  (a) bertindak dengan suci hati demi kepentingan terbaik institusi itu;  
  (b) melaksanakan jagaan, kemahiran dan ketekunan yang munasabah dengan—  
  (i) pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya dijangka daripada pengarah yang mempunyai tanggungjawab yang sama; dan  
  (ii) apa–apa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tambahan pengarah itu;  
  (c) hanya melaksanakan kuasa yang diberikan kepadanya bagi maksud kuasa itu diberikan;  
  (d) melaksanakan pertimbangan waras dan bebas; dan  
  (e) mematuhi apa–apa standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 29(2) yang terpakai bagi pengarah.  
     (2)    Subseksyen (1) mempunyai kesan sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, mana–mana undang–undang bertulis atau rukun undang–undang yang berhubungan dengan kewajipan atau liabiliti pengarah.  
     (3)    Mana–mana pengarah yang melanggar perenggan (1)(c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Kewajipan untuk mendedahkan kepentingan dalam transaksi material atau perkiraan material 67.     (1)     Pengarah institusi hendaklah mendedahkan kepada lembaga pengarah institusi itu jenis dan takat kepentingannya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam suatu transaksi material atau perkiraan material dengan institusi itu.  
     (2)    Sama ada atau tidak suatu pengisytiharan di bawah subseksyen (1) telah dibuat, pengarah yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, suatu kepentingan dalam suatu transaksi material atau perkiraan material tidak boleh hadir di mesyuarat lembaga pengarah yang transaksi atau perkiraan material itu sedang dipertimbangkan oleh lembaga pengarah itu.  
     (3)    Jika terdapat apa–apa perubahan dalam jenis dan takat kepentingan pengarah dalam suatu transaksi material atau perkiraan material berikutan pendedahan menurut subseksyen (1), pengarah itu hendaklah membuat suatu pendedahan lanjut mengenai perubahan itu mengikut subseksyen (1).  
     (4)    Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh menentukan—  
  (a) masa, bentuk, cara, tatacara atau apa–apa perkara sampingan atau dampingan lain yang pendedahan di bawah subseksyen (1) kena dibuat; dan  
  (b) perkara yang menjadi suatu transaksi material atau perkiraan material.  
Kehilangan kelayakan 68.     (1)     Seseorang itu hilang kelayakan daripada dilantik atau dipilih, atau dilantik semula atau dipilih semula, menerima apa–apa pelantikan atau pemilihan, atau memegang jawatan, sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi sekiranya—  
  (a) dia seorang bankrap belum dilepaskan, telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian pembayaran dengan pemiutangnya sama ada di dalam atau di luar Malaysia;  
  (b) suatu pertuduhan bagi suatu kesalahan jenayah yang berhubungan dengan ketidakjujuran atau fraud di bawah mana–mana undang–undang bertulis atau undang–undang mana–mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia telah dibuktikan terhadapnya;  
  (c) dia dilarang daripada menjadi pengarah syarikat atau dengan apa–apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat di Malaysia menurut suatu perintah mahkamah yang di buat di bawah seksyen 130A Akta Syarikat 1965 dan tidak mendapat apa–apa kebenaran daripada mahkamah di bawah seksyen yang sama; atau  
  (d) di bawah mana–mana undang–undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, pengedaran dadah, atau imigresen—  
  (i) suatu perintah tahanan, pengawasan, atau pengusiran telah dibuat terhadap orang itu; atau  
  (ii) apa–apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, telah dikenakan atasnya.  
     (2)    Jika apa–apa prosiding jenayah belum selesai dalam mana–mana mahkamah bagi apa–apa kesalahan yang disebut dalam perenggan (1)(b)terhadap pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi, maka orang itu tidak boleh—  
  (a) bertindak dalam apa–apa keupayaan sedemikian, memegang apa–apa jawatan lain atau bertindak atas apa–apa keupayaan sedemikian, dalam institusi itu; atau  
  (b) kena mengena dengan, mengambil bahagian atau terlibat dalam, apa–apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam mana–mana aktiviti, hal ehwal atau perniagaan bagi, atau berhubungan dengan, institusi itu,  
  kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh lembaga pengarah institusi itu tertakluk kepada apa–apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (3)    Bagi maksud subseksyen (2), “prosiding jenayah” hendaklah disifatkan belum selesai dari tarikh orang dituduh mula dipertuduh dalam mahkamah bagi kesalahan itu sehinggalah tarikh keputusan muktamad prosiding itu, sama ada dalam mahkamah berbidang kuasa asal atau, dalam keadaan apa–apa rayuan oleh mana–mana pihak, dalam mahkamah berbidang kuasa rayuan muktamad.  
Kehendak layak dan sesuai 69.     (1)     Tanpa mengehadkan keluasan seksyen 57 dan bagi maksud perenggan 64(1)(c) dan 64(2)(b), Bank boleh menentukan standard kehendak layak dan sesuai untuk dipatuhi oleh pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi atau wakil penasihat kewangan Islam, yang boleh termasuk kriteria minimum yang berhubungan dengan—  
  (a) kejujuran, berintegriti dan reputasi;  
  (b) kecekapan dan kebolehan; dan  
  (c) integriti kewangan.  
     (2)    Jika suatu perkara berbangkit sama ada pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai kanan atau wakil penasihat kewangan Islam telah mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk memutuskan perkara itu.  
Pemberhentian daripada jawatan 70.     (1)     Jika pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi atau wakil penasihat kewangan Islam, mengikut mana–mana yang berkenaan—  
  (a) menjadi hilang kelayakan di bawah subseksyen 68(1); atau  
  (b) tidak lagi mematuhi mana–mana kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 69,  
  pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai kanan atau wakil penasihat kewangan Islam itu hendaklah dengan serta merta terhenti memegang jawatan dan bertindak atas keupayaan sedemikian.  
     (2)    Institusi itu hendaklah dengan serta merta—  
  (a) dalam hal perenggan (1)(a), menamatkan pelantikan pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai kanan atau wakil penasihat kewangan Islam itu; atau  
  (b) dalam hal perenggan (1)(b), memecat pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai kanan atau wakil penasihat kewangan Islam itu daripada jawatan itu.  
     (3)    Walau apa pun apa–apa jua yang terkandung dalam apa–apa kontrak perkhidmatan atau apa–apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai kanan atau wakil penasihat kewangan Islam yang ditamatkan di bawah perenggan (2)(a), tidak berhak untuk untuk menuntut apa–apa pampasan bagi penamatan itu.  
Notis pemberhentian daripada jawatan 71.    Institusi hendaklah memberitahu Bank secara bertulis hakikat bahawa seseorang itu telah terhenti menjadi pengerusinya, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya, pegawai kanannya, atau wakil penasihat kewangan Islamnya, mengikut mana–mana yang berkenaan, menurut Penggal ini atau di bawah mana–mana hal keadaan lain dan sebab bagi pemberhentian itu dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pemberhentian itu.  
  Penggal 3

Kehendak ketelusan

 
Tafsiran 72.    Bagi maksud Penggal ini—  
     “penyata kewangan” mempunyai pengertian yang sama sebagaimana yang dinyatakan dalam piawaian perakaunan yang diluluskan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia di bawah Akta Pelaporan kewangan 1997;  
Akta 558.    “piawaian perakaunan yang diluluskan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pelaporan Kewangan 1997 [Akta 558];  
     “rekod perakaunan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965.  
Penyenggaraan rekod perakaunan dan maklumat 73.    Institusi hendaklah menyenggara atau menyebabkan untuk disenggara rekod perakaunan dan maklumat yang betul dengan apa–apa cara yang membolehkan secukupnya institusi itu untuk menyediakan penyata kewangannya di bawah seksyen 74 dan hendaklah menyebabkan rekod itu disimpan dengan cara yang membolehkan rekod itu diaudit dengan mudah dan sepatutnya.  
Pematuhan piawaian perakaunan yang diluluskan 74.     (1)     Institusi hendaklah menyediakan penyata kewangannya mengikut—  
  (a) piawaian perakaunan yang diluluskan tertakluk kepada mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1); atau  
  (b) dalam ketiadaan apa–apa piawaian perakaunan yang diluluskan, mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1).  
     (2)    Jika penyata kewangan institusi disediakan mengikut perenggan (1)(a), penyata kewangan itu disifatkan telah disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan.  
Penyiaran penyata kewangan 75.     (1)     Institusi hendaklah menyiarkan penyata kewangannya yang disediakan di bawah subseksyen 74(1) dari semasa ke semasa tertakluk kepada mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1).  
     (2)    Walau apa pun subseksyen (1), Bank boleh menghendaki supaya penyata kewangan itu hendaklah diaudit sebelum apa–apa penyiaran di bawah subseksyen (1).  
  Penggal 4

Juruaudit

 
Pelantikan juruaudit oleh institusi 76.     (1)     Tiap–tiap institusi hendaklah melantik juruaudit pada setiap tahun kewangan yang memenuhi apa–apa kehendak atau mempunyai apa–apa kelayakan yang dinyatakan dalam mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1).  
     (2)    Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada orang berlesen pun boleh melantik mana–mana orang sebagai juruauditnya dan tiada seorang pun boleh menerima apa–apa pelantikan sebagai juruaudit orang berlesen.  
     (3)    Orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah memberitahu Bank mengenai pelantikan juruauditnya dalam apa–apa tempoh sebagaimana yang diputuskan oleh Bank.  
     (4)    Bagi maksud Penggal ini—  
  (a) seseorang itu tidak boleh disifatkan sebagai seorang pegawai institusi hanya disebabkan dia telah dilantik sebagai juruaudit institusi itu; dan  
  (b) terma “pelantikan” termasuklah pelantikan semula.  
Pelantikan juruaudit oleh Bank 77.    Tanpa menjejaskan seksyen 76, Bank boleh melantik juruaudit bagi institusi—  
  (a) sekiranya institusi itu gagal untuk melantik juruaudit sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 76(1); atau  
  (b) untuk bertindak dengan juruaudit sedia ada institusi itu yang dilantik di bawah subseksyen 76(1),  
  dan saraan dan perbelanjaan yang berhubungan dengan pelantikan itu hendaklah ditanggung oleh institusi itu.  
Kewajipan juruaudit 78.     (1)     Juruaudit yang dilantik di bawah Penggal ini hendaklah—  
  (a) menjalankan audit perniagaan, hal ehwal dan buku institusi;  
  (b) mengemukakan laporan audit itu kepada anggota institusi dan Bank;  
  (c) mengemukakan apa–apa maklumat tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank yang berhubungan dengan audit yang dijalankan di bawah perenggan (a);  
  (d) memperbesar atau memperluas ruang lingkup audit yang dijalankan di bawah perenggan (a) dalam apa–apa tempoh, dengan apa–apa cara atau pada apa–apa takat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau  
  (e) menjalankan apa–apa penilaian tertentu bagi perniagaan, hal ehwal dan buku institusi sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan mengemukakan laporan penilaian itu kepada Bank.  
     (2)    Saraan dan perbelanjaan juruaudit yang berhubungan dengan mana–mana ruang lingkup audit yang diperbesarkan atau diperluaskan di bawah perenggan (1)(d) atau apa–apa penilaian tertentu di bawah perenggan (1)(e)hendaklah ditanggung oleh institusi.  
     (3)    Mana–mana audit yang dijalankan di bawah subseksyen (1) hendaklah menurut piawaian pengauditan yang diterima pakai secara amnya di Malaysia.  
Notis pemberhentian sebagai juruaudit 79.    Jika semasa audit dijalankan atas institusi, juruaudit yang dilantik di bawah seksyen 76 atau 77 telah terhenti menjadi juruaudit institusi, juruaudit itu hendaklah memberitahu Bank secara bertulis mengenai hakikat itu dan sebab pemberhentian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pemberhentian itu.  
Maklumat untuk diberikan kepada juruaudit 80.    Institusi dan mana–mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu hendaklah—  
  (a) memberi kepada juruaudit yang dilantik di bawah seksyen 76 atau 77 semua maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati olehnya yang dikehendaki oleh juruaudit itu; dan  
  (b) memastikan bahawa semua maklumat yang diberi di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap, tidak palsu atau mengelirukan, dalam mana–mana butir material,  
  bagi membolehkan juruaudit itu menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini.  
Obligasi pelaporan juruaudit 81.    Juruaudit hendaklah melaporkan perkara sedemikian kepada Bank dengan serta merta secara bertulis sekiranya, semasa menjalankan kewajipannya sebagai juruaudit institusi di bawah Akta ini, dia berpuas hati bahawa—  
  (a) terdapat suatu kemungkiran atau pelanggaran mana–mana peruntukan Akta ini atau suatu ketidakpatuhan mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah Akta ini yang boleh memberi kesan material kepada kedudukan kewangan institusi itu;  
  (b) suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana–mana undang–undang bertulis telah dilakukan oleh institusi itu atau oleh mana–mana pengarah atau pegawai institusi itu;  
  (c) apa–apa ketidakteraturan yang boleh memberi suatu kesan material kepada kedudukan kewangan institusi itu, termasuk apa–apa ketidakteraturan yang membahayakan atau boleh membahayakan kepentingan pendeposit, pemegang akaun pelaburan, peserta takaful, pemiutang institusi itu, peserta atau pengguna, atau apa–apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku;  
  (d) dia tidak dapat mengesahkan bahawa tuntutan pendeposit, pemegang akaun pelaburan, peserta takaful, pemiutang institusi itu, peserta atau pengguna, mengikut mana–mana yang berkenaan, adalah dilindungi oleh aset institusi itu atau aset yang berpunca daripada akaun pelaburan atau kumpulan wang takaful yang diuruskan oleh institusi itu, mengikut mana–mana yang berkenaan;  
  (e) terdapat apa–apa kelemahan dalam kawalan dalaman yang berkaitan dengan proses pelaporan kewangan yang dijalankan oleh institusi itu; atau  
  (f) kedudukan kewangan institusi itu mungkin atau telah terjejas secara material oleh mana–mana keadaan, penjalanan aktiviti oleh institusi itu atau apa–apa kelemahan dalam kawalan dalaman institusi itu.  
Perlindungan bersyarat dan kewajipan kerahsiaan
Akta 498.
82.     (1)     Subseksyen 145(1) tidak terpakai bagi mana–mana dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana–mana pelanggan suatu institusi kewangan Islam tertakluk kepada apa–apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, yang dizahirkan oleh juruaudit institusi kewangan Islam kepada Lembaga Pengawasan Audit yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498] atau seorang pegawai atau orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga Pengawasan Audit untuk melaksanakan tanggungjawab Lembaga Pengawasan Audit.  
     (2)    Juruaudit institusi tidak bertanggungan—  
  (a) bagi suatu kemungkiran kewajipan kerahsiaan antara juruaudit dan institusi itu berkenaan dengan apa–apa pelaporan kepada Bank yang dibuat dengan suci hati di bawah Penggal ini; atau  
  (b) untuk dibawa guaman dalam mana–mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa–apa penyataan yang dibuat oleh juruaudit itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.  
  Penggal 5

Aktuari yang dilantik

 
Pelantikan aktuari oleh pengendali takaful berlesen 83.     (1)     Tiap–tiap pengendali takaful berlesen hendaklah melantik suatu aktuari berkenaan dengan perniagaan takaful keluarga atau perniagaan takaful am yang dijalankan oleh pengendali takaful berlesen itu.  
     (2)    Mana–mana aktuari yang akan dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memenuhi apa–apa kehendak atau mempunyai apa–apa kelayakan yang dinyatakan dalam mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1).  
     (3)    kecuali dengan kebenaran bertulis terdahulu Bank, tiada pengendali takaful berlesen pun boleh melantik mana–mana orang sebagai aktuarinya di bawah subseksyen (1) dan tiada seorang pun boleh menerima pelantikan itu.  
     (4)    Suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi setiap tahun kewangan atau apa–apa tempoh lebih panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Bank.  
Pelantikan aktuari oleh Bank 84.    Tanpa menjejaskan seksyen 83, Bank boleh melantik suatu aktuari bagi pengendali takaful berlesen sekiranya pengendali takaful berlesen itu gagal untuk melantik suatu aktuari sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 83(1) dan saraan dan perbelanjaan itu yang berhubungan dengan pelantikan itu hendaklah ditanggung oleh pengendali takaful berlesen itu.  
Kewajipan aktuari yang dilantik 85.    Aktuari yang dilantik hendaklah mempunyai apa–apa kewajipan dan fungsi yang dinyatakan dalam mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1).  
Pemberhentian sebagai aktuari yang dilantik 86.    Seseorang itu hendaklah terhenti menjadi aktuari yang dilantik bagi pengendali takaful berlesen sekiranya—  
  (a) orang itu telah meletak jawatan;  
  (b) pengendali takaful berlesen itu menamatkan pelantikannya; atau  
  (c) orang itu, pada pendapat Bank, tidak lagi memenuhi kehendak atau tidak lagi mempunyai kelayakan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 83(2).  
Notis pemberhentian sebagai aktuari yang dilantik 87.     (1)     Jika seseorang itu terhenti menjadi aktuari yang dilantik bagi pengendali takaful berlesen di bawah seksyen 86, orang itu hendaklah memberitahu Bank secara bertulis mengenai hakikat itu dan sebab pemberhentian tidak lewat dari tujuh hari dari tarikh pemberhentian itu.  
     (2)    Jika seseorang itu terhenti menjadi aktuari yang dilantik bagi pengendali takaful berlesen di bawah subseksyen (1), pengendali takaful itu hendaklah melantik orang lain sebagai aktuari yang dilantiknya di bawah subseksyen 83(1) tidak lewat dari apa–apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dari tarikh pemberhentian itu.  
Maklumat untuk diberikan kepada aktuari yang dilantik 88.    Pengendali takaful berlesen dan mana–mana pengarah, pegawai atau pengawal pengendali takaful berlesen itu hendaklah—  
  (a) memberikan kepada aktuari yang dilantik semua maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati olehnya yang dikehendaki oleh aktuari yang dilantik itu; dan  
  (b) memastikan bahawa semua maklumat yang diberi di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap, tidak palsu atau mengelirukan, dalam mana–mana butir material,  
  bagi membolehkan aktuari yang dilantik itu menjalankan kewajipannya dan fungsinya di bawah Akta ini.  
Perlindungan bersyarat dan kewajipan kerahsiaan 89.    Aktuari yang dilantik tidak bertanggungan—  
  (a) bagi kemungkiran kewajipan kerahsiaan antara aktuari yang dilantik itu dan pengendali takaful berlesen berkenaan dengan—  
  (i) apa–apa pelaporan kepada Bank; atau  
  (ii) penunaian kewajipannya dan pelaksanaan fungsinya,  
    menurut mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen 57(1) yang dilakukan atau dibuat dengan suci hati; atau  
  (b) untuk dibawa guaman dalam mana–mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa–apa penyataan yang dibuat oleh aktuari yang dilantik itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.  
  Penggal 6

Kumpulan wang takaful dan kumpulan wang pemegang syer

 
Penubuhan dan penyenggaraan kumpulan wang takaful 90.    Pengendali takaful berlesen hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan satu atau lebih kumpulan wang takaful bagi mana–mana kelas atau perihalan perniagaan takafulnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
Kumpulan wang takaful diasingkan daripada kumpulan wang pemegang syer 91.    Pengendali takaful berlesen hendaklah menyimpan mana–mana kumpulan wang takaful yang ditubuhkan dan disenggarakan di bawah seksyen 90 berasingan daripada kumpulan wang pemegang syernya.  
Kehendak yang berhubungan dengan kumpulan wang takaful 92.     (1)     Kumpulan wang takaful yang ditubuhkan di bawah seksyen 90 hendaklah disenggarakan dan diuruskan oleh pengendali takaful berlesen bagi pihak dan bagi kepentingan terbaik peserta takaful dan pengendali takaful berlesen itu hendaklah—  
  (a) membayar ke dalam kumpulan wang takaful semua penerimaan berkenaan dengan sijil takaful yang kumpulan wang takaful itu berhubungan dan yang dikeluarkan olehnya atau yang di bawahnya kumpulan wang takaful itu telah mengaku janji liabiliti, termasuk semua pendapatan kumpulan wang takaful itu;  
  (b) menyenggara pada setiap masa aset dalam kumpulan wang takaful yang bernilai setara dengan atau lebih tinggi daripada liabiliti kumpulan wang takaful itu;  
  (c) menggunakan aset kumpulan wang takaful semata–mata untuk memenuhi liabiliti dan perbelanjaan yang sepatutnya dilakukan oleh kumpulan wang takaful itu; dan  
  (d) mematuhi apa–apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah perenggan 57(2)(g) termasuk kehendak mengenai jenis aset yang akan, atau tidak akan termasuk, sebagai aset bagi kumpulan wang takaful itu.  
     (2)    Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh menentukan perkara yang menjadi “penerimaan”, “pendapatan”, “liabiliti” atau “perbelanjaan” kumpulan wang takaful itu yang berpunca daripada perniagaan yang kumpulan wang takaful atau sijil takaful itu berhubung, dan cara untuk menentukan atau menilaikan penerimaan, pendapatan, aset, liabiliti atau perbelanjaan itu.  
     (3)    Melainkan jika Bank meluluskan selainnya, pengendali takaful berlesen hendaklah menyenggarakan kumpulan wang takaful yang ditubuhkan di bawah seksyen 90 selagi ia berada di bawah liabiliti berkenaan dengan mana–mana sijil takaful atau tuntutan takaful yang berhubungan dengan kumpulan wang takaful itu.  
Kehendak yang berhubungan dengan kumpulan wang pemegang syer berkenaan dengan kumpulan wang takaful 93.     (1)     Pengendali takaful berlesen hendaklah mematuhi apa–apa kehendak yang berhubungan dengan kumpulan wang pemegang syernya yang berpunca daripada perniagaan yang kumpulan wang takaful atau sijil takaful berhubungan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (2)    Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh menentukan perkara yang menjadi “penerimaan”, “pendapatan”, “aset”, “liabiliti” atau “perbelanjaan” kumpulan wang takaful yang berpunca daripada perniagaan yang kumpulan wang takaful atau sijil takaful berhubungan, dan cara untuk menentukan atau menilaikan penerimaan, pendapatan, aset, liabiliti atau perbelanjaan itu.  
Pengeluaran daripada kumpulan wang takaful 94.    Pengendali takaful berlesen tidak boleh membuat apa–apa pengeluaran daripada kumpulan wang takaful, sama ada daripada lebihan atau selainnya daripada kumpulan wang takaful itu, melainkan jika—  
  (a) ia telah mematuhi apa–apa kehendak mengenai pengeluaran sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;  
  (b) pengeluaran itu tidak menjejaskan kekukuhan kumpulan wang takaful itu untuk memenuhi liabilitinya; dan  
  (c) kepentingan dan layanan adil bagi peserta takaful, termasuk jangkaan munasabah mereka, telah diambil kira dengan sewajarnya.  
Kekurangan kumpulan wang takaful 95.    Jika nilai aset kumpulan wang takaful itu kurang daripada nilai yang ditentukan di bawah perenggan 92(1)(b), pengendali takaful berlesen itu hendaklah menyediakan qard atau sokongan kewangan dalam bentuk yang lain kepada kumpulan wang takaful itu daripada kumpulan wang pemegang syer bagi suatu jumlah dan atas apa–apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
Pengambilalihan risiko 96.     (1)     Tiada pengendali takaful berlesen pun boleh menyebabkan mana–mana kumpulan wang takaful yang dikendalikannya untuk mengambil alih apa–apa risiko berkenaan dengan apa–apa perihalan sijil takaful sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank melainkan jika dan sehingga sumbangan takaful yang kena dibayar diterima oleh pengendali takaful berlesen itu dengan apa–apa cara dan dalam apa–apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.  
     (2)    Jika sumbangan takaful yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) diterima oleh seseorang bagi pihak pengendali takaful berlesen, penerimaan itu hendaklah disifatkan sebagai penerimaan oleh pengendali takaful berlesen itu bagi maksud subseksyen itu dan beban membuktikan bahawa sumbangan takaful itu telah diterima oleh seorang yang tidak diberi kuasa untuk menerima sumbangan takaful itu terletak pada pengendali takaful berlesen itu.  
  Penggal 7

Subsidiari

 
Penubuhan atau pemerolehan subsidiari dan pemerolehan atau pemegangan kepentingan material dalam perbadanan 97.     (1)     Tiada seorang yang diberi kuasa pun boleh—  
  (a) menubuhkan atau memperoleh suatu subsidiari di dalam atau di luar Malaysia; atau  
  (b) memperoleh atau memegang mana–mana kepentingan material dalam mana–mana perbadanan,  
  tanpa kebenaran bertulis terdahulu Bank.  
     (2)    Bank boleh menentukan perkara yang menjadi “kepentingan material” bagi maksud perenggan (1)(b).  
  BAHAGIAN  VII

PEMUNYAAN, KAWALAN DAN PEMINDAHAN PERNIAGAAN

 
Pemakaian dan ketidakpakaian 98.     (1)     Penggal 1 dan 2 hendaklah terpakai bagi orang berlesen yang diperbadankan di Malaysia.  
     (2)    Seksyen 99, 100, 101, 111 dan 112 tidak terpakai bagi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, subsidiarinya, institusi perantaraannya atau mana–mana orang yang dilantik di bawah perenggan 99(1)(c) atau seksyen 106 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011, yang orang itu menjalankan kuasanya di bawah Akta itu.  
  Penggal 1

Kepentingan dalam syer orang berlesen

 
Pemerolehan kepentingan dalam syer menghendaki kelulusan 99.     (1)     Tertakluk kepada seksyen 104 dan kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada seorang pun—  
  (a) boleh membuat perjanjian atau perkiraan, untuk memperoleh mana–mana kepentingan dalam syer orang berlesen yang, sekiranya perjanjian atau perkiraan itu dijalankan, orang itu akan memegang (berserta dengan apa–apa kepentingan dalam syer orang berlesen itu yang telah ada dipegang olehnya) suatu kepentingan agregat lima peratus atau lebih dalam syer orang berlesen itu; atau  
  (b) yang telah mendapatkan suatu kelulusan Bank di bawah perenggan 102(3)(a), atau Menteri di bawah subseksyen 102(6) berkenaan dengan larangan di bawah subseksyen (2), mengikut mana–mana yang berkenaan, boleh membuat apa–apa perjanjian atau perkiraan kemudiannya yang, sekiranya perjanjian atau perkiraan itu dijalankan, orang itu akan memegang suatu agregat kepentingan dalam syer orang berlesen, pada atau melebihi—  
  (i) apa–apa gandaan lima peratus; atau  
  (ii) peratusan pemegangan bagi suatu tawaran mandatori di bawah kod Malaysia Mengenai Pengambilalihan dan Percantuman ditetapkan di bawah seksyen 217 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.  
     (2)    Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorang pun boleh membuat perjanjian atau perkiraan untuk memperoleh apa–apa kepentingan dalam syer orang berlesen yang, sekiranya perjanjian atau perkiraan yang dijalankan itu, orang itu akan memegang (berserta dengan apa–apa kepentingan dalam syer orang berlesen yang telah ada dipegang oleh orang itu) suatu agregat yang lebih daripada lima puluh peratus kepentingan dalam syer orang berlesen itu, tanpa mendapat kelulusan bertulis terdahulu Menteri, atas syor Bank.  
     (3)    Bagi mengelakkan keraguan, seseorang itu tidak dikehendaki untuk mendapatkan—  
  (a) kelulusan Bank—  
  (i) di bawah subseksyen (1), bagi mana–mana pemerolehan kepentingan dalam syer kemudiannya orang berlesen, sekiranya—  
  (A) orang itu telah mendapatkan kelulusan Bank di bawah subseksyen itu; dan  
  (B) pemerolehan itu akan mengakibatkan orang itu memegang kepentingan dalam syer yang kurang daripada apa–apa gandaan lima peratus; atau  
  (ii) di bawah subperenggan (1)(b)(i), sekiranya kelulusan Menteri di bawah subseksyen (2) juga dikehendaki bagi pemerolehan itu; atau  
  (b) kelulusan Menteri di bawah subseksyen (2) bagi mana–mana pemerolehan kepentingan dalam syer kemudiannya orang berlesen sekiranya orang itu telah mendapatkan kelulusan Menteri di bawah subseksyen 102(6) untuk memegang suatu agregat yang melebihi lima puluh peratus kepentingan dalam syer orang berlesen itu.  
Kawalan atas orang berlesen dilarang dalam beberapa hal 100.     (1)     Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang pun boleh mempunyai kawalan atas orang berlesen, melainkan jika orang itu mendapat kelulusan bertulis terdahulu Menteri, atas syor Bank.  
     (2)    Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—  
  (a) mana–mana pengarah atau ketua pegawai eksekutif orang berlesen berkenaan dengan penjalanan kewajipan dan fungsinya dalam pengurusan orang berlesen itu; dan  
  (b) seseorang yang telah mendapat suatu kelulusan Menteri di bawah subseksyen 102(6) untuk memegang lebih daripada lima puluh peratus kepentingan dalam syer orang berlesen itu.  
Pelupusan kepentingan dalam syer menghendaki kelulusan 101.    Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Menteri, atas syor Bank, tiada seorang pun yang mempunyai suatu agregat kepentingan dalam syer orang berlesen yang—  
  (a) lebih daripada lima puluh peratus; atau  
  (b) lima puluh peratus atau kurang tetapi mempunyai kawalan atas orang berlesen itu,  
  boleh membuat perjanjian atau perkiraan untuk melupuskan mana–mana kepentingan dalam syer orang berlesen yang, sekiranya perjanjian atau perkiraan itu dijalankan, pelupusan sedemikian akan mengakibatkan orang itu memegang suatu kepentingan dalam syer kurang daripada lima puluh peratus atau dalam apa–apa jua cara terhenti untuk mempunyai kawalan atas orang berlesen itu.  
Tatacara permohonan bagi seksyen 99, 100 atau 101 102.     (1)     Suatu permohonan bagi suatu kelulusan oleh—  
  (a) Bank di bawah subseksyen 99(1); atau  
  (b) Menteri di bawah subseksyen 99(2) atau 100(1), atau seksyen 101,  
  mengikut mana–mana yang berkenaan, hendaklah dibuat dengan mengemukakan permohonan itu kepada Bank berserta dengan apa–apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (2)    Dalam menilai kesesuaian seseorang pemohon bagi maksud—  
  (a) Bank memberikan suatu kelulusan di bawah subseksyen 99(1); atau  
  (b) mengesyorkan kepada Menteri di bawah subseksyen 99(2) atau 100(1),  
  Bank hendaklah memberi pertimbangan atas perkara yang Bank berpendapat adalah berkaitan termasuk apa–apa faktor yang dinyatakan dalam Jadual 6, dan mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 103(1).  
     (3)    Apabila membuat suatu penilaian di bawah subseksyen (2) dan jika Bank berpuas hati dengan kesesuaian pemohon itu, Bank—  
  (a) boleh meluluskan suatu permohonan yang dibuat berkenaan dengan subseksyen 99(1), dengan atau tanpa syarat; atau  
  (b) boleh membuat suatu syor kepada Menteri untuk meluluskan permohonan itu berkenaan dengan subseksyen 99(2) atau 100(1), dengan atau tanpa syarat.  
     (4)    Jika suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) bagi suatu kelulusan Menteri berkenaan dengan seksyen 101, Bank hendaklah mempertimbangkan permohonan itu dan boleh membuat suatu syor kepada Menteri untuk memberikan kelulusan itu sekiranya Bank berpendapat bahawa ia tidak akan memudaratkan keselamatan dan kekukuhan orang berlesen itu.  
     (5)    Bank hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis sekiranya Bank tidak membuat suatu syor kepada Menteri di bawah perenggan (3)(b)atau subseksyen (4).  
     (6)    Jika Bank membuat suatu syor menurut perenggan (3)(b) atau subseksyen (4), Menteri boleh meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.  
     (7)    Menteri, atas syor Bank, dalam hal suatu kelulusan di bawah subseksyen (6), atau Bank dalam hal suatu kelulusan di bawah perenggan (3)(a), boleh, pada bila–bila masa meminda atau membatalkan apa–apa syarat yang dikenakan atas kelulusan itu di bawah subseksyen (6) atau perenggan (3)(a), mengikut mana–mana yang berkenaan.  
     (8)    Bank hendaklah memberitahu pemohon itu mengenai keputusannya di bawah perenggan (3)(a) atau keputusan Menteri di bawah subseksyen (6), mengikut mana–mana yang berkenaan.  
     (9)    Bank boleh, pada bila–bila masa melalui notis secara bertulis, menghendaki seseorang yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah perenggan (3)(a) atau Menteri di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan subseksyen 99(2) atau 100(1), untuk mengemukakan apa–apa maklumat atau butir apa–apa syer yang diperoleh atau dipegang secara langsung atau tidak langsung sama ada bagi faedahnya sendiri atau mana–mana orang lain.  
     (10)    Mana–mana orang yang telah disampaikan dengan suatu notis di bawah subseksyen (9) hendaklah mengemukakan kepada Bank apa–apa maklumat dan butir sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
Kuasa Bank untuk menentukan standard mengenai kesesuaian pemegang syer 103.     (1)     Bank boleh menentukan standard mengenai kesesuaian pemegang syer untuk memberi kesan sepenuhnya kepada Jadual 6.  
     (2)    Mana–mana orang yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah perenggan 102(3)(a) atau Menteri di bawah subseksyen 102(6) berkenaan dengan subseksyen 99(2) atau 100(1), hendaklah pada setiap masa mematuhi standard itu sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1) sehingga Bank berpuas hati.  
Pemegangan maksimum yang dibenarkan 104.     (1)     Melainkan jika dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada individu pun boleh memegang lebih daripada sepuluh peratus kepentingan dalam syer orang berlesen.  
     (2)    Bank boleh memberi suatu kelulusan di bawah subseksyen (1) sekiranya Bank berpuas hati bahawa—  
  (a) agregat pemegangan kepentingan dalam syer orang berlesen oleh individu itu tidak akan menyebabkan individu itu mempunyai kuasa untuk melaksanakan kawalan atas orang berlesen itu; dan  
  (b) individu itu telah memberikan suatu aku janji bertulis yang dia tidak akan, sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui mana–mana orang yang berkaitan dengannya, melaksanakan kawalan atas orang berlesen.  
     (3)    Seksyen 270 hendaklah terpakai bagi suatu aku janji yang diterima di bawah seksyen ini.  
Pemberitahuan mengenai pemerolehan atau pelupusan kepentingan dalam syer orang berlesen 105.     (1)     Jika sampai kepada pengetahuan pengarah atau seorang pegawai orang berlesen atau syarikat pemegangan kewangan bahawa—  
  (a) apa–apa perjanjian atau perkiraan yang disebut dalam seksyen 99 atau 101 telah atau hampir akan dilaksanakan; atau  
  (b) mana–mana orang yang diluluskan oleh Bank di bawah perenggan 102(3)(a) atau Menteri di bawah subseksyen 102(6) berkenaan dengan subseksyen 99(2) atau 100(1) telah gagal untuk mematuhi atau berkemungkinan untuk gagal mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen 103(1),  
  pengarah atau pegawai itu hendaklah dengan serta–merta memberitahu Bank semua maklumat itu yang dalam pengetahuannya.  
     (2)    Tiada pengarah atau pegawai pun boleh bertanggungan bagi apa–apa tindakan fitnah yang dibawa guaman oleh mana–mana orang atau tertakluk kepada apa–apa prosiding disiplin berkenaan dengan pemberitahuan di bawah subseksyen (1) yang dibuat oleh pengarah atau pegawai itu tanpa niat jahat.  
  Penggal 2

Tindakan oleh Bank dalam keadaan kemungkiran

 
Perintah terhadap orang yang ingkar 106.     (1)     Jika Bank berpuas hati bahawa mana–mana orang (dalam seksyen ini disebut sebagai “orang yang ingkar”)—  
  (a) telah memungkiri seksyen 99, 100, 101 atau 104;  
  (b) telah gagal untuk mematuhi apa–apa syarat yang dikenakan menurut kelulusan Bank atau Menteri, mengikut mana–mana yang berkenaan, di bawah seksyen 99, 100, 101 atau 104;  
  (c) telah gagal untuk mematuhi mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 103(1); atau  
  (d) telah gagal untuk mematuhi suatu aku janji yang diberikan kepada Bank di bawah subseksyen 104(2),  
  Bank boleh melaksanakan kuasanya di bawah subseksyen (2) sebagaimana yang terpakai atau wajar dalam hal keadaan kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.  
     (2)    Tertakluk kepada seksyen 273, jika mana–mana hal keadaan yang diperihalkan dalam subseksyen (1) wujud, Bank boleh membuat perintah yang berikut:  
  (a) berkenaan dengan apa–apa syer yang menjadi perkara kemungkiran atau ketidakpatuhan itu—  
  (i) melarang pemindahan, atau penjalanan perjanjian untuk memindahkan, syer itu, atau, dalam hal syer tidak terbit, melarang pemindahan, atau penjalanan perjanjian untuk memindahkan, hak untuk menerbitkan apa–apa syer tidak terbit itu;  
  (ii) melarang pelaksanaan apa–apa hak mengundi berkenaan dengan syer itu;  
  (iii) melarang penerbitan apa–apa syer tambahan sebagai hak syer itu atau menurut apa–apa tawaran yang dibuat kepada pemegangnya;  
  (iv) kecuali dalam suatu likuidasi, melarang pembayaran apa–apa jumlah yang kena dibayar oleh orang berlesen itu atas syer itu, sama ada berkenaan dengan modal atau selainnya; atau  
  (v) mengarahkan orang yang ingkar untuk menyerah balik syer itu kepada Bank dalam suatu tempoh tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau  
  (b) berkenaan dengan suatu kemungkiran seksyen 100, mengarahkan orang yang ingkar itu untuk mengambil apa–apa tindakan yang perlu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk berhenti melaksanakan atau melepaskan kawalannya atas orang berlesen.  
     (3)    Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah disampaikan kepada orang yang ingkar itu seberapa segera yang praktik, dan boleh disiarkan oleh Bank dalam apa–apa cara yang difikirkan sesuai oleh Bank.  
     (4)    Jika seorang yang ingkar telah disampaikan dengan suatu perintah di bawah subseksyen (2), dia hendaklah memberitahu mana–mana orang yang pada ketika itu memegang apa–apa syer yang perintah itu terpakai, mana–mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau mana–mana orang yang perintah itu ditujukan.  
     (5)    Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat orang yang ingkar itu, mana–mana orang yang pada ketika itu sedang memegang apa–apa syer yang baginya perintah itu terpakai dan mana–mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau mana–mana orang yang perintah itu ditujukan, walau apa pun—  
  (a) apa–apa jua yang terkandung dalam mana–mana dokumen konstituen orang berlesen itu; atau  
  (b) apa–apa jua yang terkandung dalam mana–mana kontrak yang dibuat oleh orang itu yang menjejaskan syer yang berhubungan dengan orang berlesen itu.  
     (6)    Bank boleh memberikan apa–apa petunjuk atau arahan kepada pengarah atau pegawai orang berlesen itu sebagaimana yang perlu atau dikehendaki untuk memberi kesan atas apa–apa perintah Bank di bawah seksyen ini, atau sebagaimana yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit dengan perintah itu.  
     (7)    Apa–apa transaksi yang dibuat oleh orang yang ingkar itu, termasuk apa–apa perjanjian atau perkiraan berhubung dengan apa–apa syer, kepentingan dalam syer, atau cagaran, yang melanggar mana–mana perintah di bawah subseksyen (2) atau apa–apa petunjuk atau arahan yang diberikan oleh Bank di bawah subseksyen (6), hendaklah terbatal dan tidak mempunyai kuat kuasa.  
     (8)    Hal puas hati Bank di bawah subseksyen (1) bahawa seseorang telah memungkiri atau gagal mematuhi seksyen 99, 100, 101 atau 104 atau standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 103(1), boleh dicapai tidak kira bahawa tiada pelaksanaan apa–apa tindakan berkenaan dengan kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.  
     (9)    Seseorang yang gagal mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perintah di bawah subperenggan 106(2)(a)(v) 107.     (1)     Setelah mempertimbangkan representasi yang dibuat oleh orang yang ingkar di bawah seksyen 273 dan jika Bank mengesahkan suatu perintah yang dibuat di bawah subperenggan 106(2)(a)(v), Bank boleh melupuskan syer yang diserahkan balik kepadanya menurut perintah yang dibuat di bawah subperenggan tersebut kepada orang itu dan pada apa–apa takat yang hendaklah selaras dengan had yang sama dipegang oleh pembeli menurut undang–undang yang memperoleh syer di bawah Akta ini.  
     (2)    Hasil pelupusan syer di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar kepada Mahkamah Tinggi, dan mana–mana orang yang menuntut sebagai berhak secara benefisial kepada semua atau mana–mana bahagian hasil itu boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pembayaran itu kepada Mahkamah Tinggi, memohon kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kamar supaya pembayaran daripada hasil itu dibuat kepadanya.  
  Penggal 3

Kepentingan dalam syer orang yang diluluskan

 
Tafsiran 108.    Bagi maksud Penggal ini, “orang yang diluluskan” tidak termasuk pengendali sistem pembayaran yang diluluskan dan pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan.  
Pemerolehan kepentingan dalam syer orang yang diluluskan 109.     (1)     Jika seseorang itu membuat perjanjian atau perkiraan untuk memperoleh mana–mana kepentingan dalam syer orang yang diluluskan, yang, sekiranya perjanjian atau perkiraan itu dijalankan dia akan memegang, berserta dengan apa–apa kepentingan dalam syer orang yang diluluskan itu yang ketika itu telah dipegang olehnya, suatu agregat kepentingan dalam syer yang tidak kurang daripada lima peratus syer orang yang diluluskan itu, orang itu hendaklah memberitahu Bank hakikat itu apabila membuat perjanjian atau perkiraan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (2)    Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), tiada seorang pun boleh membuat apa–apa perjanjian atau perkiraan bagi maksud memperoleh kepentingan dalam syer menurut subseksyen (1), sekiranya pemerolehan itu akan menyebabkan perubahan kawalan orang yang diluluskan, melainkan jika orang itu mendapat kelulusan bertulis terdahulu Bank apabila membuat perjanjian atau perkiraan itu.  
     (3)    Bank boleh menentukan standard mengenai kesesuaian pemegang syer untuk memberi kesan penuh kepada subseksyen (1) dan (2).  
     (4)    Mana–mana orang yang telah memberitahu Bank di bawah subsekyen (1) atau mendapatkan kelulusan Bank di bawah subseksyen (2) hendaklah pada setiap masa mematuhi standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (3) sehingga Bank berpuas hati.  
     (5)    Bagi maksud seksyen ini, Bank boleh, pada bila–bila masa melalui notis secara bertulis, menghendaki mana–mana orang yang telah memberitahu Bank di bawah subseksyen (1) atau mendapatkan kelulusan Bank di bawah subseksyen (2) untuk mengemukakan apa–apa maklumat atau butir mengenai apa–apa syer yang diperoleh atau dipegang secara langsung atau tidak langsung sama ada bagi faedahnya sendiri atau bagi mana–mana orang lain.  
     (6)    Mana–mana orang yang telah disampaikan kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (5) hendaklah mengemukakan kepada Bank maklumat dan butir itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
  Penggal 4

Pemindahan perniagaan, pembentukan semula atau penggabungan orang berlesen

 
Tafsiran 110.    Bagi maksud Penggal ini—  
     “cagaran” termasuklah apa–apa cara menjamin pembayaran atau penunaian suatu hutang atau liabiliti, sama ada masa sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, suatu gadaian, sama ada di sisi undang–undang atau ekuiti, suatu bil pertukaran, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, hipotekasi, tanggung rugi dan aku janji;  
     “penerima pindahan” ertinya seseorang, termasuk orang berlesen, yang keseluruhan atau mana–mana bahagian perniagaan berlesen seorang pemindah dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan;  
     “pemindah” ertinya orang berlesen yang memindahkan keseluruhan atau mana–mana bahagian perniagaan berlesennya di bawah skim pemindahan perniagaan.  
Kelulusan dikehendaki bagi pembentukan semula atau penggabungan orang berlesen 111.    Tiada seorang pun boleh membuat perjanjian atau perkiraan bagi pembentukan semula atau penggabungan di bawah Akta Syarikat 1965 bagi orang berlesen kecuali dengan kelulusan terdahulu Menteri, atas syor Bank.  
Kelulusan dikehendaki bagi skim pemindahan perniagaan 112.     (1)     Tiada seorang pun boleh membuat perjanjian atau perkiraan bagi skim untuk memindahkan keseluruhan atau mana–mana bahagian perniagaan orang berlesen, kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank.  
     (2)    Bagi maksud subseksyen (1), dalam hal pengendali takaful antarabangsa berlesen atau pengendali takaful semula profesional yang ialah institusi asing, suatu sebutan bagi “perniagaan” dalam subseksyen (1) ialah suatu sebutan bagi perniagaannya di Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (3)    Pemindah dan penerima pindahan hendaklah bersesama mengemukakan suatu permohonan untuk kelulusan Bank berserta dengan apa–apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (4)    Jika perjanjian atau perkiraan bagi skim pemindahan perniagaan bercadang untuk memindahkan keseluruhan perniagaan, atau suatu bahagian material perniagaan orang berlesen, Bank hendaklah, sebelum memberikan kelulusan—  
  (a) berpuas hati bahawa perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu tidak memudaratkan—  
  (i) kepentingan mana–mana orang berkemungkinan menjadi terjejas oleh skim itu; dan  
  (ii) keselamatan dan kekukuhan orang berlesen itu; dan  
  (b) mendapat persetujuan Menteri berkenaan dengan perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu.  
     (5)    Bagi maksud subseksyen (4), Bank boleh, selepas berunding dengan Menteri, menentukan perkara yang menjadi suatu bahagian material perniagaan orang berlesen.  
     (6)    Bank boleh meluluskan suatu permohonan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3), dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.  
     (7)    Bank hendaklah memberitahu pemindah atau penerima pindahan itu keputusannya secara bertulis di bawah subseksyen (6).  
Pemberitahuan skim pemindahan perniagaan 113.     (1)     Sebelum suatu permohonan dibuat ke Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 114(1), pemindah hendaklah menyiarkan dalam Wartasuatu notis menyatakan niatnya untuk membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi pengesahan skim pemindahan perniagaan itu.  
     (2)    Sebagai tambahan kepada notis di bawah subseksyen (1), Bank boleh menghendaki pemindah itu untuk memberikan apa–apa notis lain berkenaan dengan skim pemindahan perniagaan itu dan bagi maksud sedemikian, Bank boleh menentukan kehendak yang berikut:  
  (a) orang yang kepadanya, dan bila notis itu hendaklah diberikan;  
  (b) bentuk atau cara notis itu diberikan; dan  
  (c) tempoh yang orang yang ditentukan di bawah perenggan (a) boleh membantah skim yang dicadangkan itu.  
     (3)    Jika mana–mana orang memfailkan suatu bantahan kepada skim yang dicadangkan itu, pemindah itu, dengan kelulusan Bank, boleh mengubahsuai skim itu.  
Permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi mengesahkan skim pemindahan perniagaan 114.     (1)     Apabila mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 112(6), pemindah dan penerima pindahan itu boleh membuat suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi pengesahan skim pemindahan perniagaan itu.  
     (2)    Suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi berkenaan dengan apa–apa perkara berkaitan dengan suatu skim pemindahan perniagaan boleh dibuat oleh seseorang, yang pada pendapat Mahkamah Tinggi, berkemungkinan menjadi terjejas oleh skim itu, pada bila–bila masa sebelum Mahkamah Tinggi memberikan suatu perintah di bawah subseksyen (3) mengesahkan skim itu.  
     (3)    Mahkamah Tinggi boleh mengesahkan skim pemindahan perniagaan itu dengan memberikan suatu perintah menurut terma yang dipohon, atau dengan ubah suaian atas terma yang dipohon itu, atau menolak untuk mengesahkan skim itu.  
     (4)    Apabila Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah mengesahkan skim pemindahan perniagaan itu di bawah subseksyen (3) selepas mendengar semua pihak yang berkenaan, Mahkamah Tinggi hendaklah menetapkan suatu tarikh, untuk dipohon oleh pemindah dan penerima pindahan dan hendaklah dikenali sebagai tarikh pemindahan, yang skim pemindahan perniagaan itu hendaklah berkuat kuasa.  
Bank menjadi pihak kepada prosiding 115.     (1)     Seseorang yang membuat suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 114(2) berhubungan dengan suatu skim pemindahan perniagaan hendaklah—  
  (a) menyerahkan suatu salinan permohonan itu kepada Bank;  
  (b) memberikan notis kepada Bank mengenai semua prosiding yang berhubungan dengan permohonan itu; dan  
  (c) memberikan kepada Bank suatu salinan apa–apa dokumen yang berhubungan dengan prosiding itu,  
  pada masa yang sama prosiding itu dimulakan atau dokumen itu diserah simpan, di Mahkamah Tinggi atau dokumen itu disampaikan atas pihak kepada prosiding itu.  
     (2)    Bank berhak untuk didengar dalam prosiding yang berhubungan dengan permohonan di bawah subseksyen (1).  
     (3)    Walau apa pun Bank telah memberikan kelulusannya kepada skim pemindahan perniagaan di bawah subseksyen 112(6), Bank boleh mencadangkan apa–apa ubah suaian kepada skim itu.  
Perintah yang dipohon oleh pemindah dan penerima pindahan 116.     (1)     Dalam suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 114(1), pemindah dan penerima pindahan itu boleh memohon semua atau mana–mana perintah yang berikut:  
  (a) bagi hak dan hakmilik pemindah atas aset yang akan dipindahkan kepada penerima pindahan itu di bawah skim pindahan perniagaan tanpa perlu untuk memberi kesan bagi memindah hak dan hakmilik bagi setiap aset secara individu;  
  (b) berhubung dengan skim pemindahan perniagaan perbankan Islam atau skim pemindahan perniagaan perbankan Islam antarabangsa, bagi apa–apa akaun antara pemindah itu dan pelanggannya untuk menjadi akaun antara penerima pindahan itu dan pelanggan itu, tertakluk kepada syarat yang sama dan keadaan sedia ada antara pemindah itu dan pelanggannya, dan akaun sedemikian untuk disifatkan bagi semua maksud untuk menjadi suatu akaun berterusan tunggal;  
  (c) berhubung dengan skim pemindahan perniagaan takaful atau skim pemindahan perniagaan takaful antarabangsa, bagi penerima pindahan itu untuk bertanggungjawab sepenuhnya bagi liabiliti yang dipindahkan oleh skim pemindahan perniagaan itu sama ada yang berbangkit daripada sijil takaful atau selainnya seolah–olah liabiliti itu pada asalnya diambil alih oleh penerima pindahan itu tanpa keperluan bagi penerima pindahan itu untuk mengesahkan setiap liabiliti secara individu;  
  (d) bagi apa–apa instrumen sedia ada, sama ada dalam bentuk suatu surat ikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana–mana mahkamah, yang di bawahnya atau menurutnya apa–apa harta menjadi terletakhak pada pemindah itu, hendaklah diertikan dan mempunyai kuat kuasa seolah–olah apa–apa sebutan di dalamnya mengenai pemindah telah digantikan dengan sebutan mengenai penerima pindahan itu;  
  (e) bagi apa–apa perjanjian sedia ada yang pemindah itu ialah suatu pihak untuk mempunyai kuat kuasa seolah–olah penerima pindahan itu telah menjadi suatu pihak kepadanya sebagai ganti pemindah;  
  (f) bagi apa–apa petunjuk, perintah, arahan, mandat, surat kuasa wakil, kuasa, aku janji atau keizinan sedia ada, sama ada atau tidak berhubungan dengan suatu akaun, yang diberikan kepada pemindah itu, sama ada bersendirian atau bersesama dengan seorang lain, untuk mempunyai kuat kuasa, berkenaan dengan apa–apa jua yang kena dilakukan seolah–olah diberikan kepada penerima pindahan itu sama ada bersendirian atau, mengikut mana–mana yang berkenaan, bersesama dengan orang lain itu;  
  (g) bagi apa–apa surat cara boleh niaga atau perintah pembayaran wang yang dikeluarkan, atau diberikan kepada, atau disetuju terima atau diendorskan oleh pemindah itu atau yang kena dibayar di pejabat pemindah itu sama ada dikeluarkan, diberikan, disetuju terima atau diendorskan sedemikian sebelum, pada, atau selepas, tarikh pemindahan itu, untuk mempunyai kuat kuasa yang sama pada dan dari tarikh pemindahan itu, seolah–olah ia telah dikeluarkan, atau diberikan kepada, atau disetuju terima atau diendorskan oleh, penerima pindahan itu atau kena dibayar di pejabat penerima pindahan itu;  
  (h) bagi jagaan apa–apa dokumen, barangan atau benda yang dipegang oleh pemindah itu sebagai baili sebelum sahaja tarikh pemindahan untuk beralih kepada penerima pindahan dan hak serta obligasi pemindah di bawah apa–apa kontrak bailmen yang berhubungan dengan mana–mana dokumen, barangan atau benda itu dipindahkan kepada penerima pindahan itu;  
  (i) bagi apa–apa cagaran yang dipegang sebelum sahaja tarikh pemindahan itu oleh pemindah itu, atau oleh seorang penerima namaan, atau pemegang amanah, bagi pemindah itu, sebagai jaminan untuk pembayaran atau penunaian apa–apa liabiliti mana–mana orang, untuk dipegang oleh penerima pindahan itu atau, mengikut mana–mana yang berkenaan, untuk dipegang oleh penerima namaan atau pemegang amanah itu sebagai penerima namaan, atau pemegang amanah itu, bagi penerima pindahan itu, dan setakat liabiliti itu, tersedia ada kepada penerima pindahan itu sebagai jaminan bagi pembayaran atau penunaian liabiliti itu; dan jika apa–apa cagaran itu meliputi pendahuluan masa hadapan atau liabiliti masa hadapan, untuk dipegang oleh, dan tersedia ada sebagaimana yang disebut terdahulu kepada, penerima pindahan itu sebagai jaminan bagi pendahuluan masa hadapan oleh, dan liabiliti masa hadapan kepada, penerima pindahan itu mengikut cara yang sama dalam semua yang berkenaan sebagai pendahuluan masa hadapan oleh, atau liabiliti masa hadapan kepada, pemindah itu yang dijamin dengan demikian itu sebelum sahaja tarikh pemindahan itu;  
  (j) jika apa–apa hak atau liabiliti pemindah itu dipindahkan kepada penerima pindahan itu, bagi penerima pindahan untuk mempunyai hak, kuasa dan remedi yang sama (dan khususnya hak dan kuasa yang sama tentang pengambilan atau penolakan prosiding undang–undang atau pembuatan atau penolakan permohonan kepada mana–mana pihak berkuasa) bagi memastikan, melindungi atau menguatkuasakan hak itu atau menolak liabiliti itu seolah–olah ia telah pada setiap masa menjadi hak atau liabiliti penerima pindahan itu, termasuk hak atau liabiliti itu berkenaan dengan apa–apa prosiding undang–undang atau permohonan kepada mana–mana pihak berkuasa yang belum selesai sebelum sahaja tarikh pemindahan oleh atau terhadap pemindah itu;  
  (k) apa–apa penghakiman atau award yang didapati oleh atau terhadap pemindah itu dan yang tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh pemindahan itu untuk dikuatkuasakan oleh atau, mengikut mana–mana yang berkenaan, terhadap penerima pindahan itu; dan  
  (l) bagi semua perintah yang bersampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang perlu untuk menjamin bahawa skim pemindahan perniagaan itu hendaklah dijalankan dengan sepenuhnya dan berkesan.  
     (2)    Jika perintah bagi pengesahan Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 114(3) memperuntukkan bagi pemindahan mana–mana perniagaan, termasuk aset dan liabiliti, yang terletak hak atau dipegang oleh pemindah itu, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana–mana orang lain, maka menurut perintah itu, bahawa perniagaan, termasuk aset dan liabiliti hendaklah, pada dan dari tarikh pemindahan itu, menjadi terletak hak atau dipegang oleh penerima pindahan itu sama ada bersendirian atau, mengikut mana–mana yang berkenaan, bersesama dengan orang lain itu, dan perintah itu hendaklah mempunyai kuat kuasa mengikut termanya walau apa pun apa–apa jua dalam mana–mana undang–undang dan hendaklah mengikat semua orang yang terjejas olehnya, tidak kira bahawa orang itu bukan suatu pihak kepada prosiding itu di bawah Penggal ini atau mana–mana prosiding lain yang berhubungan, atau tidak mendapat notis prosiding itu di bawah Penggal ini atau prosiding lain yang berhubungan.  
     (3)    Jika suatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 114(3) meletakhakkan mana–mana tanah beri milik, atau mana–mana bahagian atau kepentingan dalam mana–mana tanah beri milik, pada penerima pindahan itu—  
Akta 56/1965. (a) Mahkamah Tinggi hendaklah, jika tanah beri milik itu terletak di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965], menyebabkan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana–mana yang berkenaan, selepas sahaja perintah itu dibuat supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah itu, mengikut mana–mana yang berkenaan, memberi kesan kepada subseksyen 420(2), (3) dan (4) Kanun Tanah Negara;  
Sabah Bab 68. (b) jika tanah beri milik itu terletak di Sabah, penerima pindahan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas perintah itu dibuat, menyerahkan suatu salinan disahkan perintah itu kepada Pendaftar bagi pendaftaran perletakhakan tanah beri milik itu atau bahagian atau kepentingan dalam tanah beri milik sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68]; atau  
Swk Bab 81. (c) jika tanah beri milik itu terletak di Sarawak, penerima pindahan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas perintah itu dibuat, mengemukakan suatu salinan disahkan perintah itu kepada Pendaftar bagi pendaftaran perletakhakan tanah beri milik itu atau bahagian atau kepentingan dalam tanah beri milik, pada penerima pindahan itu, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 171 Kanun Tanah Sarawak [Sarawak Bab 81].  
     (4)    Suatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 114(3) boleh berhubungan dengan apa–apa aset atau perniagaan pemindah itu di luar Malaysia dan, sekiranya ia berhubungan sedemikian, kesan boleh diberikan atasnya sama ada mengikut apa–apa perkiraan bersaling yang berhubungan dengan penguatkuasaan penghakiman yang mungkin wujud antara Malaysia dan negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia yang aset atau perniagaan itu berada, atau jika tiada perkiraan sedemikian, mengikut undang–undang yang terpakai di negara, wilayah atau tempat itu.  
Penyiaran perintah mahkamah di bawah seksyen 114 117.     (1)     Suatu perintah Mahkamah Tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 114(3) hendaklah, tertakluk kepada arahan Mahkamah Tinggi, disiarkan oleh penerima pindahan itu dalam tidak kurang daripada dua surat khabar yang disiarkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank, salah satu hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan yang lain dalam bahasa Inggeris.  
     (2)    Pemindah hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas skim pemindahan perniagaan telah berkuat kuasa, menyerah simpan—  
  (a) apa–apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan skim pemindahan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, dengan Bank; dan  
  (b) suatu salinan perintah itu yang diperakui yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 114(3) berserta dengan suatu salinan kelulusan Bank yang diperakui, dengan—  
  (i) Pendaftar Syarikat; dan  
  (ii) pihak berkuasa berkenaan, sekiranya ada, yang berkenaan dengan pendaftaran atau perekodan urus niaga dalam apa–apa harta alih, atau apa–apa kepentingan dalam harta alih yang dipindahkan menurut perintah itu.  
Pembayaran balik perbelanjaan Bank 118.    Pemindah dan penerima pindahan itu hendaklah bersesama dan berasingan bertanggungan untuk membayar balik kepada Bank mana–mana perbelanjaan yang dilakukan oleh Bank di bawah Penggal ini.  
Larangan pembayaran daripada kumpulan wang takaful 119.    Melainkan jika diluluskan sebaliknya oleh Bank, tiada pengendali takaful berlesen pun boleh membayar kepada mana–mana orang apa–apa saraan daripada aset kumpulan wang takaful yang berhubungan dengan skim pemindahan perniagaan.  
  BAHAGIAN  VIII

KUMPULAN KEWANGAN

 
Maksud Bahagian ini 120.    Bank diberi kuasa di bawah Bahagian ini untuk melaksanakan pengawasan atas kumpulan kewangan bagi maksud menggalakkan keselamatan dan kekukuhan orang berlesen.  
Seksyen 122 dan 123 tidak terpakai bagi orang berlesen, dan orang berlesen dan syarikat pemegangan kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 121.    Seksyen 122 dan 123 tidak terpakai bagi—  
  (a) orang berlesen di bawah Akta ini; dan  
  (b) orang berlesen dan syarikat pemegangan kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.  
Permohonan untuk menjadi syarikat pemegangan kewangan 122.     (1)     Mana–mana syarikat yang perlu mendapatkan kelulusan bertulis terdahulu Menteri di bawah seksyen 99 untuk memegang suatu agregat kepentingan dalam syer yang melebihi lima puluh peratus dalam orang berlesen hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada Bank baginya untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan.  
     (2)    Syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) boleh mencadangkan syarikat lain dalam kumpulan perbadanannya untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan sekiranya ia dapat menunjukkan bahawa syarikat yang dicadangkan itu dalam kedudukan untuk mempunyai kawalan atas orang berlesen dan kumpulan kewangan yang dicadangkannya.  
     (3)    Seseorang, selain institusi asing atau syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2), yang dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bertulis terdahulu Menteri di bawah seksyen 99 untuk memegang suatu agregat kepentingan dalam syer yang melebihi lima puluh peratus dalam orang berlesen hendaklah mencadangkan suatu syarikat dalam kumpulan perbadanannya yang akan mempunyai kawalan ke atas orang berlesen dan syarikat yang dicadangkan itu hendaklah mengemukakan kepada Bank suatu permohonan untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan.  
Kuasa bank untuk menghendaki pengemukaan permohonan 123.    Jika Bank berpendapat adalah perlu bagi maksud untuk mengekalkan pengawalseliaan dan penyeliaan yang berkesan atas orang berlesen, Bank boleh menghendaki—  
  (a) mana–mana syarikat lain dalam kumpulan perbadanan pemohon itu, sekiranya pada pendapat Bank sama ada pemohon atau syarikat lain yang dicadangkan itu oleh pemohon itu di bawah seksyen 122 hendaklah diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan; atau  
  (b) syarikat yang mempunyai agregat kepentingan dalam syer sebanyak lima puluh peratus atau kurang dalam orang berlesen tetapi mempunyai kawalan atas orang berlesen itu,  
  untuk mengemukakan kepada Bank permohonan untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan.  
Kelulusan permohonan sebagai syarikat pemegangan kewangan di bawah seksyen 122 atau 123 124.     (1)     Suatu permohonan untuk menjadi syarikat pemegangan kewangan di bawah seksyen 122 atau 123, mengikut mana–mana yang berkenaan, hendaklah dikemukakan kepada Bank berserta dengan apa–apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (2)    Dalam menilai suatu permohonan di bawah seksyen 122 atau 123 bagi suatu syarikat pemohon untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah mengambil kira semua perkara yang pada pendapat Bank berkaitan termasuk faktor yang dinyatakan dalam Jadual 6 dan mana–mana standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 103(1).  
     (3)    Jika Bank berpuas hati bahawa apa–apa perkara yang disebut dalam subseksyen (2) telah pun dipenuhi oleh pemohon itu, Bank boleh meluluskan suatu permohonan yang dibuat menurut seksyen 122 atau 123, mengikut mana–mana yang berkenaan, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.  
     (4)    Bank boleh, pada bila–bila masa, secara bertulis meminda atau membatalkan apa–apa syarat kelulusan sedia ada syarikat pemegangan kewangan di bawah subseksyen (3) atau mengenakan apa–apa syarat baru padanya dan syarat itu tidaklah mempunyai kuat kuasa ke belakang.  
     (5)    Bank hendaklah memberitahu pemohon itu keputusannya secara bertulis di bawah subseksyen (3).  
Bank boleh meluluskan lebih daripada satu syarikat pemegangan kewangan 125.    Bank boleh menghendaki lebih daripada satu syarikat dalam kumpulan perbadanan pemohon itu untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan.  
Perniagaan syarikat pemegangan kewangan 126.     (1)     Melainkan jika diluluskan sebaliknya oleh Bank, syarikat pemegangan kewangan orang berlesen tidak boleh menjalankan apa–apa perniagaan, selain perniagaan pemegangan pelaburan secara langsung atau tidak langsung dalam perbadanan yang terlibat terutamanya dalam perkhidmatan kewangan atau dalam perkhidmatan lain yang berkaitan dengan atau bagi maksud perkhidmatan kewangan itu.  
     (2)    Bank boleh menentukan standard untuk memberi kesan penuh kepada subseksyen (1).  
Kehendak berhemat atas syarikat pemegangan kewangan dan subsidiari 127.     (1)     Tertakluk kepada subseksyen (2), Bahagian VI hendaklah terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan seolah–olah sebutan dalam Bahagian itu mengenai “institusi” atau “orang berlesen” ialah sebutan mengenai “syarikat pemegangan kewangan”.  
     (2)    Menteri boleh, atas syor Bank, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan bahawa semua atau mana–mana peruntukan Bahagian VI—  
  (a) tidak terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan; atau  
  (b) terpakai dengan apa–apa ubah suaian selaras dengan objektif pengawalseliaan Akta ini.  
     (3)    Bank boleh menentukan standard mengenai perkara berhemat di bawah seksyen 57 atas subsidiari syarikat pemegangan kewangan, sekiranya pada pendapat Bank bahawa aktiviti subsidiri itu boleh menimbulkan risiko kepada orang berlesen atau kumpulan kewangannya.  
     (4)    Suatu subsidiari syarikat pemegangan kewangan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya selaras dengan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen itu.  
     (5)    Syarikat pemegangan kewangan atau mana–mana subsidiarinya yang melanggar mana–mana peruntukan Akta ini atau apa–apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dikeluarkan oleh Bank di bawah mana–mana peruntukan Akta ini yang terpakai baginya di bawah seksyen ini melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil suatu tindakan di bawah perenggan 245(3)(b) sebagai tambahan kepada tindakan penguatkuasaan lain yang Bank diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini.  
Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada syarikat pemegangan kewangan dan subsidiari 128.     (1)     Bank boleh mengeluarkan satu atau lebih arahan yang ditentukan dalam subseksyen (2) atau (3), sekiranya pada pendapat Bank bahawa—  
  (a) syarikat pemegangan kewangan itu, subsidiarinya atau pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan syarikat pemegangan kewangan itu atau subsidiari itu—  
  (i) melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau menuruti atau akan menuruti apa–apa pelakuan atau menjalankan perniagaannya, dengan cara yang memudaratkan keselamatan dan kekukuhan orang berlesen;  
  (ii) telah gagal untuk mematuhi mana–mana standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan, arahan atau kod yang ditentukan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini atau suatu arahan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227 tidak kira sama ada tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu; atau  
  (iii) telah memungkiri atau melanggar mana–mana peruntukan Akta ini yang terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan itu atau mana–mana subsidiarinya, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana–mana undang–undang bertulis, selain undang–undang sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, tidak kira sama ada tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu; atau  
  (b) mana–mana keadaan yang wujud berkenaan dengan kumpulan kewangan yang boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada keselamatan atau kekukuhan orang berlesen.  
     (2)    Tertakluk kepada seksyen 273, Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis kepada syarikat pemegangan kewangan, mana–mana subsidiarinya atau pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan itu atau subsidiari itu, untuk terhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan atau melakukan apa–apa perbuatan, berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya sekiranya pada pendapat Bank ia perlu untuk memperbetulkan mana–mana hal keadaan dalam subseksyen (1).  
     (3)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (2) dan tertakluk kepada seksyen 273, suatu arahan di bawah subseksyen (2) boleh termasuk mana–mana satu atau lebih arahan yang berikut:  
  (a) untuk mengubah atau menamatkan apa–apa perjanjian atau perkiraan selain apa–apa perjanjian kewangan yang layak yang dibuat oleh syarikat pemegangan kewangan itu atau mana–mana subsidiarinya dengan mana–mana orang berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya;  
  (b) untuk melupus semua atau mana–mana pelaburan atau aset yang dipegang oleh syarikat pemegangan kewangan itu atau mana–mana subsidiarinya dalam mana–mana pertubuhan perbadanan;  
  (c) untuk melarang syarikat pemegangan kewangan itu atau mana–mana subsidiarinya daripada menjalankan mana–mana bahagian perniagaannya;  
  (d) untuk melarang syarikat pemegangan kewangan itu atau mana–mana subsidirinya daripada membuat apa–apa transaksi atau kelas transaksi lain, atau untuk membuat transaksi tertakluk kepada apa–apa sekatan atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau  
  (e) berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan, untuk menaikkan modalnya kepada apa–apa amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
Peruntukan am memperkatakan mengenai arahan 129.     (1)     Arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 128(2) atau (3) hendaklah menentukan—  
  (a) alasan yang Bank bercadang untuk mengeluarkan arahan itu; dan  
  (b) masa yang, atau tempoh yang, arahan itu untuk dipatuhi.  
     (2)    Bank boleh pada bila–bila masa—  
  (a) meminda atau membatalkan suatu arahan; atau  
  (b) menggantikan suatu arahan dengan arahan yang lain.  
     (3)    Apa–apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 128(2) atau (3) tidak menjejaskan penguatkuasaan hak oleh pihak–pihak di bawah perjanjian kewangan yang layak.  
Akibat kegagalan mematuhi arahan 130.    Syarikat pemegangan kewangan, subsidiarinya, pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan itu atau subsidiari itu yang gagal untuk mematuhi suatu arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 128(2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perenggan 128(3)(e) 131.     (1)     Suatu arahan yang dikeluarkan menurut perenggan 128(3)(e)boleh mengarahkan syarikat pemegangan kewangan itu untuk menerbitkan syer atau instrumen modal lain dalam jenis yang ditentukan dalam arahan itu.  
     (2)    Jika syarikat pemegangan kewangan itu menerbitkan syer atau instrumen modal lain yang mematuhi suatu arahan menurut subseksyen (1), syarikat pemegangan kewangan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis kepada anggota syarikat pemegangan kewangan itu, bagi melanggan syer itu atau instrumen modal lain dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu.  
     (3)    Jika anggota syarikat pemegangan kewangan itu tidak melanggan syer atau instrumen modal lain dalam tempoh yang ditentukan dalam notis yang diberikan oleh syarikat pemegangan kewangan itu menurut subseksyen (2), Bank boleh mengeluarkan suatu arahan lanjut menurut subseksyen 128(2) kepada syarikat pemegangan kewangan menghendaki syarikat pemegangan kewangan itu menguntukkan syer atau instrumen modal lain itu kepada orang yang diputuskan oleh Bank.  
Kuasa untuk memecat pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan 132.     (1)     Tertakluk kepada seksyen 273, Bank boleh melalui suatu notis secara bertulis, memecat pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan sekiranya pada pendapat Bank pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan itu—  
  (a) tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 69 yang terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan menurut seksyen 127, dan gagal untuk terhenti memegang jawatan itu atau bertindak dalam sifat sedemikian; atau  
  (b) telah gagal untuk mematuhi atau melalui tindakan atau kecuaian telah menyumbang kepada kemungkiran atau pelanggaran, mana–mana peruntukan Akta ini, suatu arahan Bank yang disebut dalam seksyen 128 atau suatu aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 270.  
     (2)    Pengarah atau ketua pegawai eksekutif yang dipecat daripada jawatan atau pekerjaan dalam syarikat pemegangan kewangan di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti memegang jawatan yang dia dipecat berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu dan hendaklah terhenti terlibat dengan perniagaan atau hal ehwal syarikat pemegangan kewangan itu.  
     (3)    Walau apa pun apa–apa jua yang terkandung dalam mana–mana kontrak perkhidmatan atau mana–mana perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, pemecatan pengarah atau ketua pegawai eksekutif itu di bawah subseksyen (1) tidak memberi hak kepadanya untuk menuntut apa–apa pampasan bagi pemecatan itu.  
  BAHAGIAN  IX

PELAKUAN PERNIAGAAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

 
  Penggal 1

Tafsiran

 
Tafsiran 133.    Bagi maksud Penggal ini, Penggal 2 dan Jadual 7—  
     “pengadu yang layak” ertinya mana–mana orang yang layak untuk merujuk suatu pertikaian kepada skim ombudsman kewangan mengikut terma rujukan skim itu;  
     “pengguna kewangan” ertinya mana–mana orang yang menggunakan, telah menggunakan atau mungkin bercadang untuk menggunakan, apa–apa perkhidmatan atau produk kewangan—  
  (a) bagi maksud persendirian, domestik atau rumah;  
  (b) berkaitan dengan suatu perniagaan kecil sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 135; atau  
  (c) sama ada atau tidak bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau (b), sekiranya—  
  (i) nilai perkhidmatan atau produk kewangan itu tidak melebihi suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 135; atau  
  (ii) orang itu adalah suatu golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 135;  
     “penyedia perkhidmatan kewangan” ertinya orang yang diberi kuasa;  
     “perkhidmatan atau produk kewangan” ertinya perkhidmatan kewangan atau produk kewangan yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan, oleh penyedia perkhidmatan kewangan atau bagi dan bagi pihak seorang yang lain oleh penyedia perkhidmatan kewangan;  
     “skim ombudsman kewangan” ertinya suatu skim untuk menyelesaikan pertikaian antara pengadu yang layak dan penyedia perkhidmatan kewangan berkenaan dengan perkhidmatan atau produk kewangan.  
  Penggal 2

Pelakuan perniagaan, aduan, pertikaian, dsb.

 
Pemakaian 134.     (1)     Seksyen 135 dan 136 hendaklah terpakai tanpa memudaratkan peruntukan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 setakat peruntukan sedemikian berhubung dengan produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan oleh bank Islam berlesen atau pengendali takaful berlesen.  
     (2)    Bank hendaklah membuat perkiraan secara bertulis dengan Suruhanjaya Sekuriti untuk menyelaraskan pengawalseliaan pelakuan perniagaan yang berhubungan dengan produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan oleh bank Islam berlesen atau pengendali takaful berlesen.  
Standard mengenai pelakuan perniagaan 135.     (1)     Bank boleh menentukan standard mengenai pelakuan perniagaan kepada penyedia perkhidmatan kewangan bagi maksud memastikan bahawa penyedia perkhidmatan kewangan adalah adil, bertanggungjawab dan profesional apabila berurusan dengan pengguna kewangan.  
     (2)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan—  
  (a) kehendak ketelusan dan pendedahan termasuk pemberian maklumat yang tepat, jelas, tepat pada masanya dan tidak mengelirukan kepada pengguna kewangan;  
  (b) terma yang adil dalam suatu kontrak pengguna kewangan bagi perkhidmatan atau produk kewangan;  
  (c) promosi perkhidmatan atau produk kewangan;  
  (d) pemberian syor atau nasihat termasuk penilaian kesesuaian dan kemampuan perkhidmatan atau produk kewangan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan; dan  
  (e) aduan dan mekanisme penyelesaian pertikaian.  
     (3)    Bank boleh menentukan apa–apa golongan, kategori atau perihalan orang bagi maksud takrifan “pengguna kewangan” di bawah seksyen 133.  
     (4)    Jika Bank menentukan suatu standard mengenai pelakuan perniagaan di bawah subseksyen (1) yang berhubung secara khusus kepada produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, standard sedemikian hendaklah ditentukan secara bersesama dengan Suruhanjaya Sekuriti.  
Pelakuan perniagaan dilarang 136.     (1)     Penyedia perkhidmatan kewangan tidak boleh terlibat dalam apa–apa pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam Jadual 7.  
     (2)    Tanpa mengehadkan keluasan seksyen 277, Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis mengenai—  
  (a) perihalan pelakuan yang menjadi; atau  
  (b) faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan sama ada penyedia perkhidmatan kewangan telah terlibat dalam,  
  apa–apa pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam Jadual 7.  
     (3)    Jika Bank mengeluarkan panduan yang berhubungan dengan pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam perenggan 5 dan 6 Jadual 7, panduan itu hendaklah dikeluarkan setelah berunding dengan Suruhanjaya Persaingan.  
     (4)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
     (5)    Berhubungan dengan apa–apa aduan daripada seorang yang terkilan melibatkan pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam perenggan 5 dan 6 Jadual 7, Bank hendaklah merujuk aduan itu kepada Suruhanjaya Persaingan.  
Broker takaful yang diluluskan, penasihat kewangan Islam yang diluluskan dan pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan untuk mengadakan akaun pelanggan 137.     (1)     Jika—  
  (a) broker takaful yang diluluskan atau penasihat kewangan Islam yang diluluskan menerima apa–apa wang—  
  (i) daripada atau bagi pihak orang yang dilindungi atau bakal orang yang dilindungi bagi atau bagi pihak pengendali takaful berlesen berkaitan dengan suatu kontrak takaful atau suatu kontrak takaful yang dicadangkan; atau  
  (ii) daripada atau bagi pihak pengendali takaful berlesen bagi atau bagi pihak seorang orang yang dilindungi; atau  
  (b) pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan sebagaimana yang diputuskan oleh Bank, menerima apa–apa wang daripada atau bagi pihak penggunanya sebagai pertukaran bagi instrumen pembayaran yang dikeluarkan,  
  orang yang diluluskan itu hendaklah, bagi maksud seksyen ini, mengadakan dan menyenggara satu atau lebih akaun untuk pelanggannya dalam bank Islam berlesen yang berasingan daripada akaunnya sendiri.  
     (2)    Bagi maksud subseksyen (1)—  
  (a) suatu lien atau tuntutan, atas, atau suatu hak untuk menolak, wang dalam mana–mana akaun yang diadakan untuk pelanggan di bawah subseksyen (1) hendaklah terbatal melainkan jika wang itu adalah untuk fi yang kena dibayar dan terhutang kepada orang yang diluluskan itu; dan  
  (b) suatu gadaian, gadai janji atau suatu penahanan atas wang dalam mana–mana akaun yang diadakan untuk pelanggan di bawah subseksyen (1) hendaklah terbatal.  
     (3)    Wang dalam akaun yang diadakan untuk pelanggan di bawah subseksyen (1) adalah dikira untuk dipegang sebagai amanah oleh orang yang diluluskan bagi manfaat pelanggan itu.  
Skim ombudsman kewangan 138.     (1)     Bagi maksud memastikan pengendalian aduan yang berkesan dan adil dan bagi penyelesaian pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan atau produk kewangan, peraturan–peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 271 untuk menghendaki mana–mana kelas, kategori atau perihalan penyedia perkhidmatan kewangan—  
  (a) menjadi suatu anggota skim ombudsman kewangan yang diluluskan di bawah subseksyen (2); dan  
  (b) pada setiap masa, mematuhi terma keanggotaan skim itu.  
     (2)    Bank boleh meluluskan mana–mana skim ombudsman kewangan bagi maksud perenggan (1)(a).  
     (3)    Peraturan–peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 271 bagi maksud memastikan skim ombudsman kewangan adalah adil, mudah diakses dan berkesan, termasuk peraturan–peraturan mengenai yang berikut:  
  (a) perkara yang Bank boleh mengambil kira dalam memutuskan sama ada untuk meluluskan skim ombudsman kewangan di bawah subseksyen (2);  
  (b) fungsi dan kewajipan, atau kehendak lain untuk dipatuhi oleh mana–mana orang yang mengendalikan skim ombudsman kewangan;  
  (c) terma skim ombudsman kewangan yang menyatakan ruang lingkup termasuk jenis pertikaian yang boleh dirujuk kepadanya dan pengadunya yang layak, kehendak keanggotaan, permohonan, pengendalian, tatacara, fi yang boleh dicajkan dan jenis award yang boleh diberikan di bawah skim ombudsman kewangan;  
  (d) pelantikan pengarah bagi mana–mana orang yang mengendalikan skim ombudsman kewangan;  
  (e) dokumen atau maklumat yang hendaklah dikemukakan oleh mana–mana orang yang mengendalikan skim ombudsman kewangan kepada Bank; dan  
  (f) penarikan atau penggantungan suatu kelulusan di bawah subseksyen (2).  
     (4)    Penyedia perkhidmatan kewangan, yang ialah suatu anggota skim ombudsman kewangan yang diluluskan di bawah subseksyen (2), hendaklah—  
  (a) memberikan dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menyelesaikan pertikaian yang dirujuk kepada skim ombudsman kewangan itu; dan  
  (b) mematuhi apa–apa award yang diberikan di bawah skim ombudsman kewangan itu, termasuk suatu arahan yang menghendaki penyedia perkhidmatan kewangan itu untuk mengambil apa–apa langkah berhubung dengan suatu pertikaian.  
Akta 599.    (5)    Jika suatu pertikaian telah dirujuk kepada skim ombudsman kewangan oleh pengadu yang layak, pengadu yang layak itu tidak berhak untuk membuat suatu tuntutan atas pertikaian itu dengan Tribunal Tuntutan Pengguna yang ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].  
  Penggal 3

Perkara takaful

 
Pemerolehan takaful di luar Malaysia 139.     (1)     Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada seorang pun boleh membuat atau menyebabkan untuk dibuat, suatu kontrak takaful am yang perihalannya sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank dengan pengendali takaful selain pengendali takaful am berlesen.  
     (2)    Bank boleh memberikan suatu kelulusan di bawah subseksyen (1) setelah berunding dengan Menteri.  
     (3)    Seseorang itu hendaklah memberi kepada Bank apa–apa maklumat mengenai apa–apa kontrak takaful am yang dibuat, atau menyebabkan untuk dibuat dengan pengendali takaful selain pengendali takaful am berlesen, sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank melalui notis secara bertulis dalam apa–apa tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.  
Peruntukan yang berhubungan dengan sijil takaful 140.    Jadual 8 menyatakan peruntukan yang berhubungan dengan sijil takaful.  
Pendedahan prakontrak dan representasi, dan remedi bagi salah nyataan 141.     (1)     Jadual 9 menyatakan kewajipan pendedahan prakontrak dan representasi bagi kontrak takaful dalam Bahagian 2, dan remedi bagi salah nyataan yang berhubungan dengan kontrak takaful dalam Bahagian 3.  
     (2)    Mana–mana orang yang melanggar kewajipan pendedahan di bawah perenggan 11 Jadual 9 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Pembayaran manfaat takaful di bawah sijil takaful keluarga dan sijil takaful kemalangan diri 142.    Jadual 10 menyatakan peruntukan bagi pembayaran manfaat takaful apabila kematian peserta takaful di bawah sijil takaful keluarga dan sijil takaful kemalangan diri, yang dikeluarkan berkenaan dengan suatu kontrak takaful yang dibuat oleh peserta takaful atas hayatnya.  
  Penggal 4

Maklumat dan kerahsiaan

 
Tafsiran 143.    Bagi maksud Penggal ini—  
     “institusi kewangan Islam” merujuk kepada—  
  (a) bank Islam berlesen;  
  (b) bank Islam antarabangsa berlesen;  
  (c) pengendali sistem pembayaran yang diluluskan;  
  (d) pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan; atau  
  (e) pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan;  
     “pelanggan” termasuklah peserta atau pengguna.  
Sekatan menyiasat secara khusus hal ehwal pelanggan tertentu 144.     (1)     Tiada apa–apa pun dalam Akta ini boleh—  
  (a) memberi kuasa kepada Menteri untuk mengarah Bank; atau  
  (b) memberi kuasa kepada Bank,  
  untuk menyiasat secara khusus hal ehwal atau akaun mana–mana pelanggan mana–mana orang yang diberi kuasa.  
     (2)    Walau apa pun perenggan (1)(b), Bank boleh menyiasat hal ehwal atau akaun pelanggan orang yang diberi kuasa bagi maksud melaksanakan kuasanya atau fungsinya di bawah Akta ini, Akta Perkhidmatan kewangan 2013 atau seksyen 47 Akta Bank Negara Malaysia 2009.  
Kerahsiaan 145.     (1)     Tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa–apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana–mana pelanggan suatu institusi kewangan Islam, termasuk—  
  (a) institusi kewangan Islam itu; atau  
  (b) mana–mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen mana–mana institusi kewangan Islam itu,  
  boleh mendedahkan kepada seorang lain apa–apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana–mana pelanggan institusi kewangan Islam itu.  
     (2)    Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa–apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana–mana pelanggan institusi kewangan Islam—  
  (a) yang didedahkan kepada Bank, mana–mana pegawai Bank atau mana–mana orang yang dilantik di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009 bagi maksud melaksanakan mana–mana kuasa atau fungsi Bank di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009;  
  (b) yang berbentuk ringkasan atau himpunan maklumat yang dinyatakan dengan apa–apa cara yang tidak membolehkan maklumat yang berhubungan dengan mana–mana pelanggan tertentu institusi kewangan Islam itu ditentukan daripadanya; atau  
  (c) yang pada masa pendedahan itu adalah, atau telah pun sedia ada dibuat menurut undang–undang kepada orang awam daripada apa–apa sumber selain institusi kewangan Islam itu.  
     (3)    Tiada seorang pun yang mempunyai apa–apa dokumen atau maklumat yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh mendedahkannya kepada mana–mana orang lain.  
     (4)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Pendedahan yang dibenarkan 146.     (1)     Suatu Institusi kewangan Islam atau mana–mana pengarahnya atau pegawainya boleh—  
  (a) untuk apa–apa maksud atau dalam apa–apa hal keadaan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual 11, mendedahkan apa–apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya kepada mana–mana orang yang ditentukan dalam ruang kedua Jadual itu; atau  
  (b) mendedahkan apa–apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya itu kepada mana–mana orang jika pendedahan itu diluluskan secara bertulis oleh Bank.  
     (2)    Institusi kewangan Islam itu atau pengarahnya atau pegawainya yang membuat suatu pendedahan bagi maksud atau dalam mana–mana hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual 11 dan perenggan (1)(b), hendaklah tertakluk kepada apa–apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (3)    Bagi maksud subsekyen (2), Bank boleh pada bila–bila masa meminda atau membatalkan apa–apa syarat sedia ada atau mengenakan apa–apa syarat baru berkenaan dengan pendedahan yang dibenarkan oleh institusi kewangan Islam itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 11 atau perenggan (1)(b).  
     (4)    Mana–mana orang yang menerima apa–apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan sebagaimana yang dibenarkan di bawah subseksyen (1) tidak boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana–mana orang lain.  
     (5)    Dalam mana–mana prosiding di bawah perenggan 3, 4, 5, 6 atau 7 ruang pertama Jadual 11 atau hal keadaan yang diluluskan oleh Bank di bawah perenggan (1)(b), jika apa–apa dokumen atau maklumat berkemungkinan akan didedahkan yang berhubungan dengan akaun pelanggan, mahkamah boleh atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak kepada prosiding itu atau pelanggan yang dokumen atau maklumat itu berhubungan—  
  (a) memerintahkan supaya prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam hal itu, dokumen atau maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dan pihak padanya, dan tiada pihak pun boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana–mana orang lain; dan  
  (b) membuat apa–apa perintah lanjut sebagaimana yang mahkamah berpendapat adalah perlu untuk memastikan kerahsiaan maklumat pelanggan itu.  
     (6)    Melainkan jika diperintahkan sebaliknya oleh mahkamah, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana–mana pihak kepada prosiding itu sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (5), atau apa–apa dokumen atau maklumat berkemungkinan membawa kepada pengenalpastian pihak padanya, sama ada semasa berlangsungnya prosiding itu atau pada bila–bila masa selepas prosiding itu tamat.  
     (7)    Mana–mana orang yang gagal untuk mematuhi syarat yang dikenakan oleh Bank menurut subseksyen (2) atau (3) atau melanggar subseksyen (4) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
  Penggal 5

Sekatan yang berhubungan dengan perlindungan pengguna

 
Pemakaian penggal ini 147.    Penggal ini tidak terpakai bagi suatu bank berlesen atau bank pelaburan berlesen yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam.  
Deposit Islam 148.    Bagi maksud seksyen 149 dan 150, “deposit Islam” ertinya sejumlah wang atau apa–apa logam berharga atau batu berharga, atau apa–apa artikel atau benda sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank, disetuju terima, dibayar atau diserah mengikut Shariah—  
  (a) atas terma yang akan dibayar balik atau dipulangkan secara penuh, tidak kira sama ada pembayaran balik atau pemulangan itu melalui cara ansuran, dengan atau tanpa perolehan, apa–apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen atau manfaat, termasuk apa–apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan, atau apa–apa balasan lain dalam wang atau bernilai wang, sama ada atas permintaan atau pada suatu masa atau dalam hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran itu atau penyerahan dan orang yang menerimanya; atau  
  (b) di bawah perkiraan, atas terma yang menurutnya hasil di bawah perkiraan itu akan dibayar kepada orang yang membuat pembayaran sejumlah wang atau apa–apa logam berharga atau batu berharga, atau apa–apa artikel atau benda hendaklah tidak kurang daripada apa–apa jumlah wang atau apa–apa logam berharga atau batu berharga, atau apa–apa artikel atau benda,  
  tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide  
  (i) melalui suatu pendahuluan atau suatu bahagian pembayaran di bawah suatu kontrak untuk jualan, sewaan atau penyediaan harta atau perkhidmatan lain, dan yang hanya boleh dibayar balik dalam hal harta atau perkhidmatan itu pada hakikatnya tidak dijual, disewa atau disediakan selainnya;  
  (ii) melalui cagaran bagi pelaksanaan suatu kontrak atau melalui cagaran berkenaan dengan apa–apa kerugian yang berbangkit daripada suatu kontrak yang tidak dilaksanakan;  
  (iii) tanpa mengehadkan perenggan (ii), melalui cagaran bagi penyerahan atau pemulangan apa–apa harta itu, sama ada dalam keadaan bagi pembaikan atau selainnya; dan  
  (iv) dalam apa–apa hal keadaan lain, atau untuk atau oleh mana–mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2.  
Sekatan atas menyetuju terima deposit Islam 149.     (1)     Tiada seorang pun boleh menyetuju terima deposit Islam kecuali di bawah lesen yang diberikan di bawah seksyen 10 tidak kira sama ada transaksi itu diperihalkan sebagai suatu pinjaman, suatu pembiayaan, suatu pendahuluan, suatu pelaburan, suatu simpanan, suatu jualan atau suatu jualan dan belian semula atau oleh apa jua namanya disebut.  
     (2)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau atau kedua–duanya.  
Iklan bagi deposit Islam 150.     (1)     Tiada seorang pun, selain bank Islam berlesen, boleh menerbitkan, atau selainnya memudahkan mana–mana orang untuk menerbitkan, iklan yang—  
  (a) mengandungi apa–apa tawaran atau pelawaan—  
  (i) untuk membuat apa–apa deposit Islam; atau  
  (ii) untuk membuat atau menawar untuk membuat apa–apa perjanjian untuk membuat apa–apa deposit Islam; atau  
  (b) berniat, secara langsung atau tidak langsung, untuk membawa atau mendorong kepada pembuatan apa–apa deposit Islam.  
     (2)    Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penerbitan oleh mana–mana orang bagi apa–apa iklan untuk atau bagi pihak bank Islam berlesen.  
     (3)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Sekatan atas penggunaan perkataan tertentu 151.     (1)     Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada seorang pun boleh—  
  (a) dalam namanya, perihalannya atau gelarannya yang di bawahnya orang itu menjalankan perniagaan atau melakukan perniagaannya, menggunakan—  
  (i) perkataan “bank Islam” melainkan jika orang itu dilesenkan di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam;  
  (ii) perkataan “takaful”, “insurans Islam” atau “asurans Islam” melainkan jika orang itu diberi kuasa di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan takaful, perniagaan pembrokeran takaful atau perniagaan nasihat kewangan Islam;  
  (iii) perkataan “penasihat kewangan Islam” melainkan jika orang itu diluluskan di bawah Akta ini untuk menjalankan perniagaan nasihat kewangan Islam;  
  (iv) apa–apa terbitan perkataan dalam subperenggan (i), (ii) atau (iii) dalam mana–mana bahasa; atau  
  (v) apa–apa perkataan lain dalam mana–mana bahasa,  
    yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan apa–apa perniagaan yang dibenarkan; atau  
  (b) membuat apa–apa representasi yang mempunyai kesan seperti dalam perenggan (a) dalam apa–apa dokumen yang berhubungan dengan perniagaannya atau dokumen yang digunakan dalam penjalanan perniagaannya atau dalam apa–apa cara lain walau apa jua.  
     (2)    Sekatan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi—  
  (a) orang yang ditentukan dalam Bahagian 1 Jadual 12 bagi perkataan “bank Islam” dalam subperenggan (1)(a)(i);  
  (b) orang yang ditentukan dalam Bahagian 2 Jadual 12 bagi perkataan “takaful”, “insurans Islam” atau “asurans Islam” dalam subperenggan (1)(a)(ii); dan  
  (c) orang yang ditentukan dalam Bahagian 3 Jadual 12 bagi perkataan “penasihat kewangan Islam” dalam subperenggan (1)(a)(iii).  
     (3)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
  BAHAGIAN  X

PASARAN WANG ISLAM DAN PASARAN PERTUKARAN ASING ISLAM

 
Kuasa bank untuk menentukan standard atau mengeluarkan kod 152.     (1)     Bank boleh menentukan standard atau mengeluarkan kod bagi maksud membangunkan, atau memelihara keadaan yang teratur atau berintegriti, dan memastikan pematuhan dengan Shariah dalam, pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam.  
     (2)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu termasuklah standard atau kod yang berhubungan dengan—  
  (a) pematuhan Shariah oleh peserta pasaran itu atau mana–mana orang yang digajikan oleh peserta pasaran itu yang berhubungan dengan pelakuan atau aktiviti mereka dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam;  
  (b) obligasi dan kewajipan mana–mana peserta pasaran atau mana–mana pegawai peserta pasaran itu; dan  
  (c) pengeluaran, penjualan, pembelian, pembelian semula, pinjaman atau pemberian pinjaman, atau urus niaga lain dalam, mata wang atau instrumen kewangan Islam yang lain yang diniagakan dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam termasuk terbitan Islam melalui kaunter yang harga, nilai atau obligasi pembayaran berpunca daripada, merujuk kepada atau berdasarkan atas kadar faedah atau kadar pertukaran.  
     (3)    Standard atau kod hanya boleh ditentukan atau dikeluarkan di bawah perenggan (2)(b) berkenaan dengan terbitan Islam melalui kaunter yang berpunca daripada, merujuk kepada atau berdasarkan atas kadar faedah bagi maksud memastikan pematuhan Shariah dan memelihara kestabilan monetari.  
     (4)    Mana–mana peserta pasaran atau mana–mana pegawai peserta pasaran dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam hendaklah pada setiap masa mematuhi apa–apa standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen ini.  
     (5)    Tanpa mengehadkan kuasa Bank untuk mengambil tindakan di bawah mana–mana peruntukan Akta ini, Bank boleh mengenakan apa–apa syarat, sekatan atau larangan termasuk, penggantungan dalam berdagang dan sekatan atas urus niaga dalam pasaran ini atas mana–mana peserta pasaran atau mana–mana pegawai peserta pasaran bagi kegagalan mematuhi atau menguatkuasakan apa–apa standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.  
Pelakuan dilarang dalam pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing Islam 153.     (1)     Tiada seorang pun boleh—  
  (a) terlibat dalam apa–apa pelakuan atau aktiviti dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam yang bertentangan dengan Shariah;  
  (b) mengambil bahagian dalam atau menjalankan suatu transaksi yang telah atau berkemungkinan mempunyai kesan yang mewujudkan suatu kadar yang bukan kadar pasaran yang mengakibatkan suatu kadar buatan bagi urus niaga instrumen kewangan Islam dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam;  
  (c) mewujudkan, atau menyebabkan untuk diwujudkan, atau melakukan apa–apa jua yang dikira untuk mewujudkan, suatu gambaran palsu atau mengelirukan mengenai urus niaga aktif instrumen kewangan Islam dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam;  
  (d) membuat suatu penyataan, atau menyebarkan maklumat yang palsu atau mengelirukan dalam suatu butir material dan berkemungkinan mendorong orang lain untuk berurus niaga dalam instrumen kewangan Islam atau berkemungkinan mempunyai kesan menaikkan, menurunkan, mengekalkan atau menstabilkan kadar pasaran instrumen kewangan Islam itu dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam dan apabila orang itu membuat penyataan, atau menyebarkan maklumat itu—  
  (i) orang itu tidak melaksanakan kecermatan sewajarnya sama ada penyataan atau maklumat itu adalah benar atau palsu; atau  
  (ii) orang itu mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa penyataan atau maklumat itu adalah palsu atau mengelirukan secara material;  
  (e) mengambil bahagian dalam atau menjalankan suatu transaksi berdasarkan maklumat yang tidak tersedia ada secara umum kepada orang yang berurus niaga secara tetap dalam pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam yang akan, atau berkecenderungan untuk memberi suatu kesan material kepada harga atau nilai instrumen kewangan Islam; atau  
  (f) terlibat dalam apa–apa pelakuan lain yang berhubungan dengan pasaran wang Islam atau pasaran pertukaran asing Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank.  
     (2)    Tanpa mengehadkan keluasan seksyen 277, Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis mengenai—  
  (a) perihalan pelakuan yang menjadi; atau  
  (b) faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan sama ada seseorang itu telah terlibat dalam,  
  apa–apa pelakuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).  
     (3)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan berkaitan 154.     (1)     Bank hendaklah membuat perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan yang berkaitan untuk menyelaras pengawalseliaan instrumen kewangan Islam yang didagangkan dalam pasaran wang Islam yang dalam bidang kuasa dan pengawasan pihak berkuasa penyeliaan yang berkaitan itu.  
     (2)    Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkuasa penyeliaan berkaitan” ertinya mana–mana pihak berkuasa, badan atau agensi di Malaysia selain Bank yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pengawasan pasaran modal, pengantara pasaran modal atau peserta pasaran modal.  
  BAHAGIAN  XI

PENGEMUKAAN DOKUMEN ATAU MAKLUMAT

 
Pengemukaan dokumen atau maklumat kepada Bank 155.     (1)     Jika di bawah Akta ini atau mana–mana undang–undang bertulis lain, mana–mana orang termasuk—  
  (a) orang yang diberi kuasa;  
  (b) pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan;  
  (c) syarikat pemegangan kewangan;  
  (d) peserta pasaran;  
  (e) pejabat wakil yang diluluskan;  
  (f) institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 223;  
  (g) perbadanan sekutu atau perbadanan berkaitan dengan orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (f); atau  
  (h) peserta, pengguna atau mana–mana orang yang mempunyai urus niaga dengan orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (f),  
  adalah dikehendaki untuk mengemukakan apa–apa dokumen atau maklumat kepada Bank, orang itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat itu kepada Bank.  
     (2)    Jika, bagi maksud penjalanan mana–mana kuasanya atau pelaksanaan mana–mana fungsinya di bawah Akta ini atau mana–mana undang–undang bertulis, Bank menghendaki apa–apa dokumen atau maklumat daripada mana–mana orang termasuk orang yang disebut dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat itu kepada Bank.  
     (3)    Mana–mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa–apa dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1) atau (2) tidak boleh mengemukakan apa–apa dokumen atau maklumat—  
  (a) yang dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau  
  (b) yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan kesalahan atau ketinggalan material, atau apa–apa kesalahan atau ketinggalan berulang.  
     (4)    Bagi maksud subseksyen (1) atau (2), apa–apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki untuk dikemukakan hendaklah dikemukakan dalam suatu tempoh, pada apa–apa lat tempoh, dengan cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (5)    Mana–mana orang yang mematuhi subseksyen (1) atau (2) tidak dikira sebagai memungkiri mana–mana kontrak, perjanjian atau perkiraan.  
     (6)    Bank boleh menghendaki—  
  (a) apa–apa dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) atau (2) untuk ditentusahkan dengan apa–apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau  
  (b) apa–apa dokumen yang dikeluarkan untuk diperakui sebagai suatu salinan sah,  
  oleh mana–mana orang, termasuk juruaudit bagi orang yang disebut dalam subseksyen (1).  
     (7)    Tertakluk kepada seksyen 157, jika suatu dokumen atau maklumat yang diperoleh oleh Bank di bawah subseksyen (1) berhubung dengan akaun atau hal ehwal mana–mana pelanggan mana–mana orang yang disebut dalam subseksyen (1), dokumen atau maklumat itu adalah rahsia antara Bank dan orang yang mengemukakan dokumen atau maklumat itu.  
     (8)    Mana–mana orang yang melanggar perenggan (3)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk suatu tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Pengemukaan maklumat statistik, dsb. 156.     (1)     Bagi maksud mengumpul maklumat statistik atau maklumat lain mengenai pengantaraan kewangan atau rangkuman kewangan di Malaysia atau bagi maksud lain berhubung dengan objektif pengawalseliaan Akta ini, Bank boleh menghendaki mana–mana orang untuk mengemukakan apa–apa dokumen atau maklumat kepada Bank.  
     (2)    Tertakluk kepada seksyen 157, Bank tidak boleh mendedahkan kepada mana–mana orang apa–apa dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) melainkan jika pendedahan itu adalah dalam bentuk ringkasan atau gabungan dan tidak dalam apa–apa cara yang membawa kepada pengenalpastian mana–mana orang yang dokumen atau maklumat itu berhubungan.  
Kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 155 dan 156 tidak terpakai 157.    Kehendak kerahsiaan dalam subseksyen 155(7) dan 156(2) tidak terpakai—  
  (a) bagi maksud penjalanan mana–mana kuasanya atau pelaksanaan mana–mana fungsinya oleh Bank di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009 termasuk bagi maksud—  
  (i) biro kredit yang ditubuhkan di bawah seksyen 47 Akta Bank Negara Malaysia 2009; atau  
  (ii) pengemukaan apa–apa cadangan kepada Jawatankuasa eksekutif kestabilan kewangan;  
  (b) berkenaan dengan maklumat yang diberikan oleh Bank di bawah seksyen 95 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011;  
  (c) jika pendedahan itu adalah dalam bentuk ringkasan atau gabungan dan tidak dalam mana–mana cara yang membawa kepada pengenalpastian mana–mana orang yang dokumen atau maklumat itu berhubungan termasuk penyiaran penyata atau laporan yang digabungkan berkenaan dengan setiap golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang disifatkan wajar oleh Bank dengan mengagregatkan angka dalam semua atau mana–mana dokumen atau maklumat yang dikemukakan kepada Bank di bawah seksyen 155 atau 156; dan  
  (d) bagi maksud pendakwaan mana–mana orang bagi apa–apa kesalahan di bawah mana–mana undang–undang bertulis.  
  BAHAGIAN  XII

PEMERIKSAAN

 
Pemeriksaan orang yang diberi kuasa, dsb. 158.     (1)     Bank boleh memeriksa, tanpa apa–apa notis terdahulu, perniagaan dan hal ehwal orang yang berikut:  
  (a) orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan, dan pejabat, syarikat berkaitan dan mana–mana ejen mana–mana orang itu, di dalam atau di luar Malaysia;  
  (b) peserta pasaran; atau  
  (c) pejabat wakil yang diluluskan.  
     (2)    Bank boleh, bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1), memeriksa mana–mana pengarah, pegawai atau pengawal mana–mana orang yang disebut dalam subseksyen (1).  
Kewajipan untuk memberi akses kepada, dan mengemukakan dokumen, maklumat, dsb. 159.     (1)     Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah seksyen 158, seseorang di bawah pemeriksaan dan pengarahnya, pegawainya atau pengawalnya—  
  (a) hendaklah memberikan kepada Bank akses kepada dokumennya, termasuk dokumen hakmilik kepada asetnya, semua cagaran yang dipegang olehnya berkenaan dengan transaksi pelanggannya dan pelaburan yang dipegang olehnya, wang tunai, premis, perkakas, kelengkapan atau jentera, dan mengemukakan kepada Bank semua dokumen atau wang tunai itu, sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dalam apa–apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya;  
  (b) hendaklah membenarkan Bank untuk membuat salinan atau membuat cabutan bagi apa–apa dokumen sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a); dan  
  (c) hendaklah memberi kepada Bank, secara lisan atau bertulis, semua maklumat dan penjelasan yang berhubungan dengan perniagaannya dan hal ehwalnya atau ejennya sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dalam apa–apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya.  
     (2)    Bank boleh mengambil milik apa–apa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera yang ia mempunyai akses di bawah subseksyen (1), sekiranya pada pendapat Bank bahawa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera itu boleh—  
  (a) diganggu, dimusnahkan, disembunyikan atau dialihkan melainkan jika Bank mengambil milik atas mereka; atau  
  (b) diperlukan sebagai keterangan dalam mana–mana prosiding undang–undang, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh dimulakan di bawah Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana–mana undang–undang bertulis lain.  
     (3)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau enggan membenarkan Bank untuk mengambil milik dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera di bawah subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Pemeriksaan ke atas orang lain 160.     (1)     Bank boleh, bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah seksyen 158, memeriksa—  
  (a) seseorang yang pernah pada bila–bila masa, pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam subseksyen 158(1);  
  (b) seseorang yang ialah, atau pernah pada bila–bila masa mempunyai urus niaga dengan orang yang disebut dalam subseksyen 158(1); atau  
  (c) seseorang yang Bank percaya mengetahui tentang hakikat dan hal keadaan kes itu, termasuk juruaudit orang yang disebut dalam subseksyen 158(1) atau seorang anggota jawatankuasa Shariah orang yang diberi kuasa,  
  dan orang itu hendaklah memberikan kepada Bank dokumen, maklumat atau penjelasan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dalam apa–apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya.  
     (2)    Mana–mana orang yang tergolong di bawah perenggan (1)(b), atau juruaudit atau seorang anggota jawatankuasa Shariah yang disebut dalam perenggan (1)(c), tidak bertanggungan bagi kemungkiran suatu kontrak yang berhubungan dengan, atau kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan suatu dokumen, maklumat atau penjelasan di bawah subseksyen (1).  
     (3)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Kehadiran di hadapan bank 161.     (1)     Mana–mana orang yang diperiksa di bawah seksyen 158 dan 160 hendaklah hadir di hadapan Bank di tempat, dan pada suatu masa, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (2)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Pemeriksaan atau penilaian oleh juruaudit atau aktuari, dsb. 162.     (1)     Bank boleh menghendaki orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan untuk melantik juruaudit, aktuari atau mana–mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengikut mana–mana yang berkenaan, untuk menjalankan apa–apa pemeriksaan atau penilaian tertentu berkenaan dengan perniagaannya atau hal ehwalnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan mengemukakan suatu laporan pemeriksaan atau penilaian itu kepada Bank.  
     (2)    Jika suatu pemeriksaan atau penilaian dikehendaki di bawah subseksyen (1), saraan bagi orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan perbelanjaan lain berhubung dengan pemeriksaan atau penilaian itu hendaklah ditanggung oleh orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan.  
Maklumat rahsia 163.     (1)     Mana–mana dokumen atau maklumat yang dikeluarkan oleh Bank sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) yang berbangkit daripada pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana–mana undang–undang bertulis lain yang ditadbir oleh Bank, atau daripada suatu pemeriksaan oleh suatu pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di bawah seksyen 164, tidak boleh didedahkan oleh mana–mana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan, atau mana–mana pengarah, pegawai, juruaudit, aktuari atau seorang anggota jawatankuasa Shariah orang itu, kepada mana–mana orang kecuali dalam apa–apa hal keadaan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (2)    Suatu dokumen atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak boleh didedahkan, sama ada secara menyeluruh atau sebahagiannya, hendaklah termasuk—  
  (a) apa–apa perkadaran yang diberikan oleh Bank atau pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut mana–mana yang berkenaan, kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan;  
  (b) apa–apa peringkat campur tangan yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan;  
  (c) apa–apa penilaian atas orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang dibuat oleh Bank atau pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut mana–mana yang berkenaan, yang berbangkit daripada suatu pemeriksaan atau ulasan penyeliaan lain atas orang itu termasuk apa–apa laporan, surat–menyurat atau syor yang dibuat kepada orang itu;  
  (d) apa–apa aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 270;  
  (e) apa–apa perintah yang dibuat, atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akta ini atau oleh pihak berkuasa penyeliaan berkaitan, mengikut mana–mana yang berkenaan, kepada orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan; atau  
  (f) apa–apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (3)    Dalam mana–mana prosiding mahkamah, jika apa–apa dokumen atau maklumat yang disebut dalam seksyen ini berkemungkinan akan didedahkan, mahkamah, atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak kepada prosiding atau Bank, boleh memerintahkan prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam kes itu, dokumen atau maklumat hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dan pihak atau Bank itu, dan tiada pihak pun boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana–mana orang lain.  
     (4)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan luar negara berkaitan 164.     (1)     Suatu pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia, yang melaksanakan fungsi berpadanan dengan fungsi Bank di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan Bank, memeriksa buku dan transaksi—  
  (a) pejabat wakil yang diluluskan di Malaysia bagi institusi asing;  
  (b) orang yang diberi kuasa yang beroperasi di Malaysia sebagai suatu cawangan institusi asing; atau  
  (c) orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu subsidiari institusi asing,  
  yang ditubuhkan atau diperbadankan dalam negara, wilayah atau tempat itu, dengan syarat bahawa pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu bagi maksud tunggal fungsi penyeliaannya.  
     (2)    Pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu hendaklah memberi kepada Bank suatu aku janji bertulis untuk melindungi kerahsiaan apa–apa maklumat yang diperolehnya semasa, atau yang timbul daripada pemeriksaannya di bawah subseksyen (1) dan maksud yang maklumat itu boleh digunakan.  
     (3)    Jika Bank telah memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1), peruntukan seksyen 145 tidak terpakai berhubung dengan pemeriksaan yang akan dijalankan di bawah kelulusan itu, setakat yang ditentukan dalam kelulusan itu.  
     (4)    Suatu salinan laporan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) hendaklah diserah simpan dengan Bank apabila pemeriksaan itu tamat.  
Pendedahan maklumat oleh Bank kepada pihak berkuasa penyeliaan luar negara berkaitan 165.    Bank boleh, tertakluk kepada apa–apa terma dan syarat yang disifatkannya patut, memberi kepada pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia yang melaksanakan fungsi berpadanan dengan fungsi Bank di bawah Akta ini, dokumen atau apa–apa maklumat yang berhubungan dengan—  
  (a) hal ehwal—  
  (i) mana–mana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah subsidiari institusi asing; atau  
  (ii) mana–mana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu sekutu suatu institusi asing;  
  (b) mana–mana pejabat orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan; atau  
  (c) mana–mana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan bagi maksud menilai suatu cadangan penubuhan mana–mana pejabat orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan itu,  
  sekiranya Bank berpendapat adalah perlu bagi dokumen atau maklumat itu didedahkan kepada pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia bagi maksud tunggal menjalankan fungsi penyeliaannya.  
  BAHAGIAN  XIII

ARAHAN PEMATUHAN

 
Tafsiran 166.    Bagi maksud Bahagian ini, “institusi” merujuk kepada orang yang diberi kuasa atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
Hal keadaan bagi melaksanakan kuasa untuk mengeluarkan arahan 167.    Bank boleh mengeluarkan satu atau lebih arahan yang ditentukan dalam seksyen 168 sekiranya pada pendapat Bank bahawa institusi, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya—  
  (a) sedang menjalankan atau akan menjalankan apa–apa bahagian perniagaannya, hal ehwalnya atau aktivitinya dengan cara yang bertentangan dengan Shariah;  
  (b) sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti apa–apa pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan institusi itu;  
  (c) sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit, pemegang akaun pelaburan, peserta takaful, peserta, pengguna, pemiutang atau orang awam secara am;  
  (d) telah gagal untuk menguruskan perniagaannya atau hal ehwalnya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang wajar dan amalan tadbir urus yang baik;  
  (e) telah gagal untuk mematuhi apa–apa standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan, arahan atau kod yang ditentukan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini atau suatu arahan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227 tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu;  
  (f) telah memungkiri atau melanggar mana–mana peruntukan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana–mana undang–undang bertulis, selain undang–undang sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu; atau  
  (g) telah gagal untuk memastikan keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam itu, mengambil kira, antara lain, kemunasabahan kriteria kemasukan untuk menyertai sistem pembayaran dan kos keseluruhan kepada peserta atau pengguna, atau mana–mana orang lain yang terlibat dengan, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam itu.  
Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada institusi 168.     (1)     Tertakluk kepada seksyen 273, Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis kepada institusi itu, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya, untuk berhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan atau membuat apa–apa perbuatan, berhubungan dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya sekiranya pada pendapat Bank bahawa adalah perlu untuk memperbetulkan apa–apa hal keadaan dalam seksyen 167.  
     (2)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), arahan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk—  
  (a) berkenaan dengan mana–mana institusi, mana–mana satu atau lebih arahan yang berikut:  
  (i) untuk mengubah atau menamatkan apa–apa perjanjian atau perkiraan selain apa–apa perjanjian kewangan yang layak yang dibuat oleh institusi itu dengan mana–mana orang berhubungan dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya;  
  (ii) untuk melupuskan semua atau mana–mana pelaburan atau aset yang dipegang oleh institusi itu dalam mana–mana pertubuhan perbadanan;  
  (iii) untuk melarang institusi itu daripada menjalankan mana–mana bahagian perniagaannya termasuk, mengenakan apa–apa had atas atau melarang pemberian kemudahan pembiayaan, membuat pelaburan, atau dalam hal bank Islam berlesen, penyetujuterimaan deposit Islam, penyetujuterimaan wang di bawah akaun pelaburan, atau dalam hal pengendali takaful berlesen, membuat kontrak takaful;  
  (iv) untuk melarang institusi itu daripada membuat apa–apa transaksi atau kelas transaksi lain, atau untuk membuatnya tertakluk kepada apa–apa sekatan atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau  
  (v) untuk tidak mengiktiraf apa–apa pendapatan yang diperoleh daripada apa–apa perniagaan atau aktiviti yang bertentangan dengan Shariah;  
  (b) berkenaan dengan institusi yang ialah orang berlesen, untuk menaikkan modalnya kepada apa–apa amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;  
  (c) berkenaan dengan institusi yang ialah pengendali sistem pembayaran yang diluluskan, pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mana–mana satu atau lebih arahan yang berikut:  
  (i) untuk membuat apa–apa ubah suaian kepada sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam itu, mengikut mana–mana yang berkenaan, termasuk apa–apa perkiraan pengendalian;  
  (ii) berhenti mengeluarkan instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan itu; atau  
  (iii) berhenti mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1; dan  
  (d) berkenaan dengan suatu institusi yang ialah pengendali takaful berlesen, untuk memindahkan daripada kumpulan wang pemegang syernya kepada mana–mana kumpulan wang takaful yang diuruskan olehnya, apa–apa amaun dan dalam apa–apa bentuk atau cara seperti yang ditentukan oleh Bank.  
Peruntukan am memperkatakan mengenai arahan 169.     (1)     Arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 168 hendaklah menentukan—  
  (a) alasan yang Bank bercadang untuk mengeluarkan arahan itu; dan  
  (b) masa yang, atau tempoh yang, arahan itu akan dipatuhi.  
     (2)    Bank boleh pada bila–bila masa—  
  (a) meminda atau membatalkan suatu arahan; atau  
  (b) menggantikan suatu arahan dengan arahan yang lain.  
     (3)    Apa–apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 168 tidak menjejaskan penguatkuasaan oleh pihak–pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.  
Akibat daripada kegagalan mematuhi arahan 170.    Suatu institusi, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya yang gagal untuk mematuhi suatu arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 168 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perenggan 168(2)(b) 171.     (1)     Suatu arahan yang dikeluarkan menurut perenggan 168(2)(b)boleh mengarahkan orang berlesen untuk menerbitkan syer atau instrumen modal lain dalam suatu jenis yang ditentukan dalam arahan itu.  
     (2)    Jika orang berlesen itu telah menerbitkan syer atau instrumen modal lain dengan mematuhi suatu arahan menurut subseksyen (1), orang berlesen itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis kepada anggota orang berlesen itu bagi melanggan syer atau instrumen modal lain itu dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu.  
     (3)    Jika seorang anggota orang berlesen itu tidak melanggan syer atau instrumen modal lain dalam tempoh yang ditentukan dalam notis yang diberikan oleh orang berlesen itu menurut subseksyen (2), Bank boleh mengeluarkan suatu arahan lanjut menurut subseksyen 168(1) kepada orang berlesen itu menghendaki orang berlesen itu untuk menguntukkan syer atau instrumen modal lain itu kepada orang yang diputuskan oleh Bank.  
  BAHAGIAN  XIV

CAMPUR TANGAN DAN TINDAKAN REMEDI

 
Pemakaian Bahagian ini kepada institusi anggota 172.     (1)     Walau apa pun apa–apa peruntukan lain dalam Bahagian ini, berkenaan dengan institusi yang ialah suatu institusi anggota sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011—  
  (a) Bank boleh melaksanakan kuasa yang berikut:  
  (i) kuasa di bawah seksyen 173 hingga 175 dan perenggan 200(a); dan  
  (ii) bagi maksud tunggal untuk mengelakkan atau mengurangkan apa–apa risiko kepada kestabilan kewangan dan jika institusi itu tidak terhenti menjadi berdaya maju atau tidak dipertimbangkan oleh Bank untuk berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju, kuasa di bawah peruntukan yang berikut—  
  (A) perenggan 200(b);  
  (B) seksyen 201 dan 202; dan  
  (C) seksyen 219; dan  
  (b) peruntukan berikut hendaklah terus terpakai:  
  (i) subseksyen 185(1) dan (2) kecuali jika permohonan bagi pelantikan seorang penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi anggota dibuat oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia;  
  (ii) subseksyen 185(3) dan seksyen 206; dan  
  (iii) seksyen 207 kecuali jika permohonan bagi penggulungan institusi anggota dikemukakan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.  
     (2)    Bagi mengelakkan keraguan, berkenaan dengan institusi yang ialah institusi anggota sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 berhubungan dengan seksyen 219, peruntukan itu hendaklah dibaca untuk terpakai hanya berhubungan dengan kuasa yang boleh dilaksanakan oleh Bank di bawah subseksyen (1).  
  Penggal 1

Pemecatan pengarah, ketua pengawai eksekutif atau pegawai kanan

 
Tafsiran 173.    Bagi maksud Penggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
Kuasa untuk memecat pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan 174.    Tertakluk kepada seksyen 273, Bank boleh, melalui suatu perintah secara bertulis, memecat pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan daripada jawatan atau pekerjaan dalam institusi sekiranya pada pendapat Bank bahawa pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi itu—  
  (a) tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 69 dan gagal untuk berhenti memegang jawatan sedemikian atau bertindak dalam keupayaan sedemikian; atau  
  (b) telah memungkiri, melanggar atau gagal mematuhi atau, melalui tindakan atau kecuaian, telah menyumbang kepada kemungkiran atau pelanggaran, atau ketidakpatuhan dengan mana–mana peruntukan Akta ini, suatu arahan di bawah seksyen 168 atau suatu aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 270.  
Peruntukan yang berhubungan dengan pemecatan 175.     (1)     Pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan yang dipecat daripada jawatan atau pekerjaan dalam institusi di bawah seksyen 174 hendaklah terhenti memegang jawatan yang dia dipecat berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu dan hendaklah terhenti daripada terlibat dengan perniagaan atau hal ehwal institusi itu.  
     (2)    Pemecatan pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan di bawah seksyen 174 adalah menurut undang–undang dan sah walau apa pun apa–apa jua yang terkandung dalam suatu kontrak perkhidmatan atau mana–mana perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya dan sama ada atau tidak dibuat atau diperuntukkan di bawah mana–mana undang–undang bertulis, dan seorang yang dipecat daripada jawatan atau pekerjaan itu tidak berhak untuk menuntut pampasan bagi kehilangan jawatan itu.  
  Penggal 2

Kuasa untuk campur tangan dan tindakan remedi

 
  Subpenggal 1 — Hal keadaan bagi melaksanakan campur tangan dan tindakan remedi  
Tafsiran 176.    Bagi maksud Subpenggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen, pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
Hal keadaan bagi pelaksanaan kuasa Bank 177.    Jika pada pendapat Bank bahawa mana–mana hal keadaan yang berikut wujud berkenaan dengan institusi:  
  (a) institusi itu telah memungkiri atau melanggar mana–mana peruntukan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana–mana undang–undang bertulis, tidak kira tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu;  
  (b) institusi itu telah gagal mematuhi apa–apa arahan di bawah seksyen 168;  
  (c) aset institusi itu tidak mencukupi bagi memberikan perlindungan yang memadai kepada pendepositnya, pemegang akaun pelaburannya, peserta takafulnya, pesertanya, penggunanya atau pemiutangnya, mengikut mana–mana yang berkenaan;  
  (d) modal institusi itu telah mencapai suatu tahap atau merosot dengan cara yang boleh memberi kesan yang memudaratkan pendepositnya, pemegang akaun pelaburannya, peserta takafulnya, pesertanya, penggunanya, pemiutangnya atau orang awam secara am;  
  (e) institusi itu telah menjadi atau berkemungkinan untuk menjadi tidak solven atau berkemungkinan untuk menjadi tidak berupaya untuk memenuhi semua atau mana–mana obligasinya; atau  
  (f) apa–apa hal ehwal keadaan lain yang wujud berkenaan dengan institusi itu yang boleh menjejaskan secara material kepentingan pendeposit, pemegang akaun pelaburan, peserta takaful, peserta, pengguna atau pemiutang institusi itu atau pemunya apa–apa aset di bawah pentadbiran orang berlesen itu, termasuk jika prosiding di bawah suatu undang–undang yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan telah dimulakan di Malaysia atau tempat lain berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan institusi itu, termasuk syarikat pemegangan kewangannya,  
  Bank boleh melaksanakan kuasanya di bawah Penggal ini atau Penggal 3.  
  Subpenggal 2 — Pengambilalihan kawalan  
Tafsiran 178.    Bagi maksud Subpenggal ini—  
     “orang yang dilantik” merujuk kepada orang yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 179(1);  
     “institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
Kuasa untuk mengambil alih kawalan 179.     (1)     Tertakluk kepada seksyen 273, jika apa–apa hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 177 wujud berkenaan dengan institusi, Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu Menteri, melalui perintah secara bertulis, mengambil alih kawalan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan menguruskan keseluruhan atau mana–mana bahagian perniagaannya dan hal ehwalnya atau melantik mana–mana orang untuk berbuat sedemikian bagi pihak Bank.  
     (2)    Terma dan syarat orang yang dilantik hendaklah diputuskan oleh Bank.  
     (3)    Jika suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1) atau dibatalkan di bawah subseksyen 180(1), Bank hendaklah—  
  (a) memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan  
  (b) memberi notis permulaan pengambilalihan kawalan di bawah subseksyen (1), atau pembatalan perintah secara bertulis di bawah subseksyen 180(1), seberapa yang praktik melalui penyiaran dalam sekurang–kurangnya dua surat khabar harian di Malaysia, satu daripada surat khabar itu dalam bahasa kebangsaan.  
     (4)    Semua kos dan perbelanjaan Bank, termasuk saraan orang yang dilantik, hendaklah dibayar daripada dana dan harta institusi itu, sebagai suatu caj pertama atas dana dan harta institusi itu.  
Kesan pengambilalihan kawalan 180.     (1)     Apabila mengambil alih kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu, Bank atau orang yang dilantik hendaklah mengambil jagaan dan kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan hendaklah menguruskan keseluruhan atau mana–mana bahagian perniagaan dan hal ehwal insitusi itu atas nama dan bagi pihak institusi itu sehingga perintah itu dibatalkan oleh Bank secara bertulis.  
     (2)    Semasa tempoh suatu perintah di bawah Subpenggal ini berkuat kuasa, fungsi, hak dan keistimewaan—  
  (a) pengarah dan ketua pegawai eksekutif institusi itu hendaklah tergantung melainkan jika Bank memberikan kelulusannya secara bertulis kepada mana–mana pengarah supaya kekal sebagai pengarah atau ketua pegawai eksekutif untuk terus dalam pekerjaan dengan institusi itu atas terma dan syarat sebagaimana yang diputuskan oleh Bank; dan  
  (b) mana–mana pegawai kanan institusi itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, hendaklah digantung.  
     (3)    Bank atau orang yang dilantik hendaklah diletak hak dengan apa–apa kuasa dan fungsi institusi itu dan lembaga pengarahnya, di bawah dokumen konstituennya, atau yang boleh dilaksanakan oleh institusi itu atau pengarahnya di bawah mana–mana undang–undang bertulis, tidak kira sama ada kuasa boleh dilaksanakan melalui ketetapan atau dalam apa–apa jua cara lain.  
     (4)    Bank atau orang yang dilantik, dalam memberi kesan atas apa–apa tindakan di bawah Subpenggal ini, tidak dikehendaki untuk memberitahu atau mendapatkan kelulusan anggota atau pemiutang institusi itu dalam suatu mesyuarat agong atau sebaliknya walau apa pun mana–mana kontrak atau undang–undang termasuk tanpa mengehadkan seksyen 132C, 132D dan 132E Akta Syarikat 1965 atau apa–apa jua dalam dokumen konstituennya.  
     (5)    Bank atau orang yang dilantik boleh mengubah dokumen konstituen institusi itu atau perkiraan lain bagi tadbir urus jika pengubahan itu perlu untuk memudahkan penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Bank atau orang yang dilantik di bawah Subpenggal ini, berhubungan dengan institusi itu.  
     (6)    Bank atau orang yang dilantik boleh menjual atau selainnya melupuskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta institusi itu, atas apa–apa terma dan syarat yang diputuskan oleh Bank.  
     (7)    Seksyen 111, 112 dan 113 tidak terpakai bagi apa–apa penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta di bawah subseksyen (6).  
Maklumat dan kemudahan 181.     (1)     Jika kawalan atas keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi telah diambil alih menurut suatu perintah di bawah Subpenggal ini—  
  (a) institusi itu, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya dan pegawainya hendaklah menyerahkan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal dan harta kepada kawalan itu dan mengemukakan kepada Bank atau orang yang dilantik dengan apa–apa kemudahan, dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi memudahkan penjalanan kuasa atau perlaksanaan fungsi Bank atau orang yang dilantik di bawah Subpenggal ini; dan  
  (b) Bank atau orang yang dilantik boleh menghendaki seseorang yang telah, pada bila–bila masa, menjadi pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai institusi itu untuk memberi Bank atau orang yang dilantik apa–apa maklumat yang berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu yang dikehendaki oleh Bank atau orang yang dilantik.  
     (2)    Mana–mana orang yang melanggar perenggan (1)(a) atau gagal untuk mematuhi kehendak di bawah perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan pengambilalihan kawalan 182.     (1)     Apabila mengambil alih kawalan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu, jika Bank memberikan kelulusannya secara bertulis bagi pengarah atau ketua pegawai eksekutif untuk kekal dalam pelantikannya menurut perenggan 180(2)(a), apa–apa ganjaran yang dibayar kepada pengarah atau ketua pegawai eksekutif institusi itu hendaklah diputuskan oleh Bank, berhubungan dengan aktiviti yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh Bank atau orang yang dilantik.  
     (2)    Walau apa pun apa–apa jua yang terkandung dalam apa–apa kontrak perkhidmatan atau apa–apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, atau penggantungan pengarah atau ketua pegawai eksekutif di bawah perenggan 180(2)(a) tidak memberikannya hak untuk menuntut apa–apa pampasan bagi penggantungan itu.  
     (3)    Suatu perintah di bawah Subpenggal ini tidak memberikan kesan—  
  (a) pemberian atas, atau perletakhakan dalam, Bank atau orang yang dilantik, apa–apa hak kepada, atau apa–apa kepentingan benefisial dalam, apa–apa harta institusi itu yang perintah itu berhubungan; atau  
  (b) menjadikan Bank atau orang yang dilantik, bertanggungan bagi apa–apa obligasi atau liabiliti institusi itu, sama ada yang dilakukan sebelum atau selepas perintah itu berkuat kuasa.  
     (4)    Jika Bank atau orang yang dilantik menjual atau melupuskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan atau harta institusi itu menurut subseksyen 180(6), mana–mana orang yang terkilan oleh harga urus niaga boleh merayu atas harga urus niaga kepada Jawatankuasa Pentaksir dan seksyen 221 hendaklah terpakai.  
  Subpenggal 3 — Kuasa untuk melantik penerima dan pengurus  
Tafsiran 183.    Bagi tujuan Subpenggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen, pengeluar instrumen pembayaran Islam yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
Pelantikan penerima dan pengurus oleh Bank 184.     (1)     Tertakluk kepada seksyen 273, jika apa–apa hal keadaan yang diperihalkan dalam seksyen 177 wujud berkenaan dengan institusi, Bank boleh membuat suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah—  
  (a) untuk melantik seorang penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu; dan  
  (b) bagi semua hal yang berkaitan, bersampingan atau berbangkit daripada perintah atau arahan Mahkamah Tinggi berhubungan dengan pelantikan itu sebagaimana yang, pada pendapat Bank, adalah perlu atau wajar.  
     (2)    Atas suatu permohonan oleh Bank, Mahkamah Tinggi hendaklah melantik sebagai penerima dan pengurus, seorang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya termasuk mana–mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank bagi memenuhi kekosongan atau bagi memecat dan menggantikan seorang penerima dan pengurus yang dilantik di bawah Subpenggal ini.  
     (3)    Semua kos dan perbelanjaan Bank, termasuk saraan penerima dan pengurus itu hendaklah dibayar daripada dana dan harta institusi itu, sebagai suatu caj pertama atas dana dan harta institusi itu.  
     (4)    Seorang penerima dan pengurus yang dilantik di bawah Subpenggal ini boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi arahan berhubungan dengan apa–apa perkara yang berbangkit di bawah pelantikan itu.  
PU(A) 205/2012.    (5)    Perintah 30 Kaedah–kaedah Mahkamah 2012 [P.U.(A) 205/2012] tidak terpakai bagi suatu permohonan bagi pelantikan seorang penerima dan pengurus di bawah Subpenggal ini.  
     (6)    Suatu permohonan bagi pelantikan seorang penerima dan pengurus di bawah Subpenggal ini boleh dibuat secara ex parte saman pemula.  
Pelantikan penerima dan pengurus oleh orang selain Bank 185.     (1)     Mana–mana orang boleh membuat suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi pelantikan seorang penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana–mana yang berkenaan, dengan, memberikan notis bertulis tiga puluh hari kepada Bank tentang niatnya untuk melakukan sedemikian.  
     (2)    Jika suatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah untuk melantik seorang penerima dan pengurus bagi menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana–mana yang berkenaan, orang itu hendaklah seberapa yang praktik, menyampaikan satu salinan permohonan dimeterai kepada Bank.  
     (3)    Jika, menurut suatu instrumen Islam atau apa–apa instrumen yang lain, seorang penerima atau pengurus telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana–mana yang berkenaan, oleh seorang yang selain Bank, orang itu hendaklah dengan serta–merta memberitahu Bank tentang pelantikan itu.  
     (4)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Peruntukan berhubungan dengan pelantikan penerima dan pengurus 186.    Jika seorang penerima dan pengurus telah dilantik oleh Bank untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi menurut seksyen 184, penerima dan pengurus itu hendaklah mempunyai kuasa—  
  (a) untuk masuk ke dalam mana–mana premis institusi itu dan mengambil pemilikan dan kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan menghendaki mana–mana orang di dalam premis itu untuk mengambil kira dan menyerah hantar kepada Bank atau penerima dan pengurus, pemilikan dan kawalan atas keseluruhan atau mana–mana bahagian perniagaan atau harta itu;  
  (b) tertakluk kepada perenggan (c), untuk menjual atau selainnya melupuskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta institusi itu menurut apa–apa terma dan syarat sebagaimana yang diputuskan oleh Bank;  
  (c) untuk menjual atau selainnya melupuskan mana–mana harta institusi itu yang tertakluk kepada perjanjian yang mewujudkan suatu kepentingan cagaran kepada mana–mana orang yang bersetuju untuk mengambilalih obligasi yang dijamin oleh kepentingan cagaran itu;  
  (d) untuk mengatur bagi pengambilalihan semua atau mana–mana bahagian liabiliti institusi itu oleh mana–mana orang;  
  (e) untuk menjalankan keseluruhan atau mana–mana bahagian perniagaan institusi itu setakat yang penerima dan pengurus menyifatkannya perlu atau benefisial;  
  (f) untuk membawa guaman, membela, berkompromi dan menyelesaikan, atas nama institusi itu, apa–apa tuntutan yang dibuat olehnya atau terhadapnya;  
  (g) atas nama institusi, melakukan semua tindakan dan melaksanakan semua penerimaan dan dokumen lain dan bagi maksud itu, apabila perlu, menggunakan meterai rasminya; dan  
  (h) melakukan semua apa–apa perkara lain sebagaimana yang perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan hak dan kuasa penerima dan pengurus itu.  
  Subpenggal 4 — Pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti  
Tafsiran 187.    Bagi maksud Subpenggal ini—  
     “harga urus niaga” ertinya harga yang keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang disebut dalam seksyen 188 telah diletak hak kepada penerima pindahan;  
     “institusi baki” ertinya orang berlesen yang perniagaan, aset atau liabilitinya telah terletak hak kepada penerima pindahan mengikut seksyen 188;  
     “pemindah” ertinya orang berlesen di bawah Subpenggal ini yang disebut dalam seksyen 188;  
     “penerima pindahan” ertinya institusi perantaraan atau mana–mana orang lain, mengikut mana–mana yang berkenaan, yang diletak hak di bawah Subpenggal ini keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang disebut dalam seksyen 188;  
     “perniagaan yang dipindahkan” ertinya keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang telah diletak hak kepada penerima pindahan; ??  
Perintah bagi pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti 188.     (1)     Menteri boleh, atas syor Bank, menamakan secara bertulis suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(da) Akta Bank Negara Malaysia 2009 sebagai institusi perantaraan bagi maksud meletakhakan dalam pertubuhan perbadanan itu perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen yang disebut dalam subseksyen (2).  
     (2)    Jika mana–mana hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 177 wujud berkenaan dengan orang berlesen, Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu Menteri melalui perintah secara bertulis meletakhakkan pada suatu institusi perantaraan atau mana–mana orang lain, keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen itu.  
     (3)    Bagi maksud subseksyen (2), Jadual Ketiga Akta Bank Negara Malaysia 2009 hendaklah terpakai berhubungan dengan suatu perintah oleh Bank di bawah Subpenggal ini dan perintah itu hendaklah mengikat semua orang yang perintah itu dibuat atau terjejas oleh perintah itu.  
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan pemindahan wajib 189.     (1)     Jadual Ketiga Akta Bank Negara Malaysia 2009 hendaklah terpakai berhubungan dengan suatu perintah oleh Bank di bawah Subpenggal ini, dengan ubah suaian, seperti yang diperuntukkan dalam Jadual 13 dan Menteri boleh menetapkan apa–apa ubah suaian lain sebagaimana perlu bagi memberi kesan kepada perintah itu.  
     (2)    Jika Bank membuat suatu perintah di bawah Subpenggal ini atas orang berlesen, Bank hendaklah—  
  (a) memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan  
  (b) memberi notis tentang perintah itu seberapa yang praktik melalui penyiaran dalam sekurang–kurangnya dua surat khabar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripada surat khabar itu hendaklah dalam bahasa kebangsaan.  
     (3)    Notis di bawah perenggan (2)(b) hendaklah termasuklah harga urus niaga bagi pemindahan dan hak mana–mana orang yang terkilan untuk merayu atas harga urus niaga kepada Jawatankuasa Pentaksir.  
     (4)    Harga urus niaga yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah diputuskan oleh penilai bebas.  
     (5)    Tertakluk kepada subseksyen (9), penerima pindahan dan pemindah hendaklah bersetuju secara bersama akan orang yang dilantik oleh Bank sebagai penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (4).  
     (6)    Jika suatu persetujuan di bawah subseksyen (5) tidak dapat dipersetujui antara penerima pindahan dan pemindah itu dalam suatu tempoh yang Bank putuskan sebagai munasabah, Bank hendaklah merujuk perkara ini kepada Menteri dan pelantikan penilai bebas hendaklah dibuat oleh Menteri.  
     (7)    Saraan bagi penilai bebas yang dilantik di bawah subseksyen (5) atau (6) hendaklah dibayar daripada harga urus niaga melainkan jika diputuskan selainnya oleh Bank.  
     (8)    Dalam menentukan harga urus niaga di bawah subseksyen (4) bagi perniagaan, aset atau liabiliti pemindah itu, penilai bebas hendaklah—  
  (a) mengambil kira perkara yang penilai bebas itu berpendapat berkaitan termasuk keadaan pasaran semasa bagi jualan atau pelupusan perniagaan, aset atau liabiliti serupa bagi pemindah itu; dan  
  (b) tidak mengambil kira apa–apa manfaat yang diperoleh daripada bantuan kewangan khas yang diperuntukkan secara langsung atau tidak langsung oleh Bank atau Kerajaan kepada pemindah itu.  
     (9)    Jika peletakhakan di bawah Subpenggal ini bagi institusi perantaraan, penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (4) hendaklah dilantik oleh Menteri.  
     (10)    Jika mana–mana orang yang terkilan dengan harga urus niaga merayu atas harga urus niaga kepada Jawatankuasa Pentaksir, seksyen 221 hendaklah terpakai.  
Obligasi berterusan 190.     (1)     Bank boleh mengarahkan institusi baki dan mana–mana orang yang telah menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada pemindah itu bagi pengendalian perniagaannya, untuk terus menyediakan kepada penerima pindahan itu, apa–apa perkhidmatan dan kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk membolehkan penerima pindahan itu untuk mengendalikan perniagaan yang dipindahkan secara berkesan.  
     (2)    Kewajipan untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan menurut arahan Bank dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada hak untuk menerima balasan yang munasabah daripada penerima pindahan itu.  
     (3)    Mana–mana institusi baki atau orang yang gagal mematuhi suatu arahan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
  Subpenggal 5 — Peruntukan yang berhubungan dengan institusi perantaraan  
Penamaan institusi perantaraan 191.     (1)     Jika Menteri telah menamakan institusi perantaraan di bawah seksyen 188—  
  (a) penamaan itu hendaklah habis tempoh dua tahun selepas ia dibuat, melainkan jika penamaan itu—  
  (i) dilanjutkan di bawah perenggan (b); atau  
  (ii) ditamatkan di bawah perenggan (c);  
  (b) Menteri boleh, atas syor Bank, melanjutkan penamaan itu untuk satu tempoh atau lebih, yang setiap satunya tidak boleh melebihi satu tahun; dan  
  (c) penamaan hendaklah tamat pada tarikh berlakunya mana–mana salah satu peristiwa yang berikut, mengikut mana–mana yang lebih awal;  
  (i) Bank berhenti memegang syer dalam institusi perantaraan itu;  
  (ii) semua atau sebahagian besar aset institusi perantaraan diperoleh, atau semua atau sebahagian besar liabiliti institusi perantaraan diambil alih, atau kedua–duanya, oleh seorang yang bukan institusi perantaraan; atau  
  (iii) Menteri atas syor Bank, memutuskan bahawa penamaan itu hendaklah ditamatkan.  
     (2)    Jika institusi perantaraan menukar nama syarikatnya dalam tempoh dua belas bulan sebelum atau selepas penamaan itu, institusi perantaraan hendaklah dikecualikan daripada menyatakan atau selainnya menunjukkan nama lamanya atas apa–apa jua apa–apa meterai, dokumen atau surat cara.  
Penyiaran notis 192.    Apabila institusi perantaraan dinamakan atau jika penamaan itu dilanjutkan di bawah perenggan 191(1)(b) atau ditamatkan di bawah perenggan 191(1)(c), Bank hendaklah seberapa yang praktik menyiarkan suatu notis, yang menyatakan tarikh peristiwa itu berlaku dalam sekurang–kurangnya dua surat khabar harian di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.  
Institusi perantaraan diberi kuasa untuk menjalankan perniagaan 193.     (1)     Apabila ia dinamakan sedemikan, dan selama mana penamaan itu berterusan, institusi perantaraan hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan untuk menjalankan perniagaan orang berlesen itu yang perniagaan, aset atau liabilitinya telah diletak hak dalam institusi perantaraan itu.  
     (2)    Bank boleh mengecualikan institusi perantaraan itu daripada apa–apa kehendak, atau memberikan apa–apa kelulusan, di bawah Akta ini sebagaimana perlu bagi memudahkan penjalanan perniagaan berlesennya.  
Institusi perantaraan tidak bertanggungan atas obligasi terdahulu berkenaan dengan pegawai 194.    Jika institusi perantaraan menjadi majikan mana–mana individu yang adalah seorang pegawai atau seorang bekas pegawai orang berlesen, institusi perantaraan itu tidak—  
  (a) bertanggungan bagi apa–apa obligasi orang berlesen atau pendulunya berkenaan dengan individu itu yang wujud sebelum institusi perantaraan itu menjadi majikan individu itu atau berkenaan dengan apa–apa rancangan pencen atau rancangan manfaat lain selepas pekerjaan bagi individu itu atau penakatnya, atau berkenaan dengan apa–apa perjanjian kolektif dengan suatu kesatuan sekerja atau suatu majlis kesatuan sekerja; atau  
  (b) bertanggungan bagi apa–apa upah atau gaji yang dikira dengan merujuk kepada suatu tempoh masa sebelum institusi perantaraan itu menjadi majikan individu berkenaan.  
Penangguhan berkenaan dengan institusi perantaraan 195.    Semasa tempoh sembilan puluh hari berikutan penamaan institusi perantaraan—  
  (a) tiada tindakan, guaman atau prosiding dalam mana–mana mahkamah atau tribunal, boleh dimulakan atau diteruskan terhadap institusi perantaraan itu atau berkenaan dengan asetnya;  
  (b) tiada penahanan, garnisan, pelaksanaan atau kaedah lain bagi menguatkuasakan suatu penghakiman, award atau perintah terhadap institusi perantaraan itu atau asetnya boleh dibuat atau diteruskan; dan  
  (c) tiada pemiutang institusi perantaraan itu mempunyai apa–apa remedi terhadap institusi perantaraan itu atau asetnya.  
Bantuan kewangan kepada institusi perantaraan 196.    Walau apa pun seksyen 76 Akta Bank Negara Malaysia 2009, Bank boleh memberi institusi perantaraan apa–apa bantuan kewangan sebagaimana yang Bank fikirkan wajar dan institusi perantaraan itu hendaklah, apabila dituntut atau pada mana–mana masa lain sebagaimana yang Bank tentukan, membayar balik atau membayar ganti kepada Bank, bantuan kewangan itu atas apa–apa terma dan syarat yang diputuskan oleh Bank.  
  Subpenggal 6 — Penstrukturan semula modal syer  
Tafsiran 197.    Bagi maksud Subpenggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
Kuasa untuk mengurangkan modal syer institusi 198.     (1)     Walau apa pun apa–apa dokumen konstituen institusi, Bank boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah—  
  (a) jika modal berbayar institusi itu telah hilang atau tidak diwakili oleh aset yang sedia ada, untuk membatalkan modal berbayar institusi itu yang telah hilang atau tidak diwakili oleh aset sedia ada; atau  
  (b) jika suatu panggilan telah dibuat oleh institusi itu ke atas anggotanya untuk membayar bahagian syer masing–masing yang belum berbayar, jika ada, dan bayaran belum dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dalam panggilan itu, untuk menggabungkan bahagian syer yang telah berbayar sebagai berbayar sepenuhnya dan untuk membatalkan apa–apa syer yang masih tidak berbayar.  
     (2)    Jika Bank memohon untuk membatalkan modal syer di bawah subseksyen (1), institusi itu tidak dikehendaki untuk memberi notis atau mendapatkan kelulusan daripada anggota atau pemiutangnya dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya.  
     (3)    Tertakluk kepada subseksyen (1) dan (2), peruntukan seksyen 64 Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai.  
  Subpenggal 7 — Bantuan kewangan  
Tafsiran 199.    Bagi maksud Subpenggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
Bantuan likuiditi atau kewangan untuk institusi 200.    Walau apa pun seksyen 76 Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan tertakluk kepada subseksyen 172(1)—  
  (a) Bank boleh menyediakan bantuan likuiditi atas apa–apa terma dan syarat sebagaimana yang disifatkan layak oleh Bank, kepada institusi yang pada pendapat Bank hampir atau berkemungkinan untuk menggantung pembayaran pada apa–apa takat; atau  
  (b) jika apa–apa hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 177 wujud berkenaan dengan institusi, Bank boleh, dengan kelulusan terdahulu Menteri, menyediakan bantuan kewangan kepada institusi yang lain atau mana–mana orang lain untuk membeli apa–apa syer, atau keseluruhan atau mana–mana bahagian perniagaan, aset atau liabiliti, institusi yang pertama kali disebut.  
  Subpenggal 8 — Moratorium  
Tafsiran 201.    Bagi maksud Subpenggal ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
Permohonan bagi moratorium 202.     (1)     Jika Bank, bagi kepentingan pendeposit, pemegang akaun pelaburan atau peserta takaful institusi atau peserta, telah mengeluarkan suatu arahan melarang institusi daripada menjalankan semua atau sebahagian daripada perniagaannya di bawah Akta ini, Bank boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan Bank, membuat suatu perintah penggantungan bagi suatu tempoh yang tidak lebih dari enam bulan, bermula atau bersambung daripada apa–apa prosiding secara sivil oleh atau terhadap institusi berkenaan dengan mana–mana perniagaannya dan Mahkamah Tinggi boleh, apabila mendengar suatu permohonan ex parte yang difailkan oleh Bank, membuat perintah itu.  
     (2)    Jika suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah memberitahu hakikat itu dalam Warta.  
  Penggal 3

Penggulungan

 
  Subpenggal 1 — Peruntukan am mengenai penggulungan  
Tafsiran 203.    Bagi maksud Penggal ini—  
     “institusi” merujuk kepada orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan;  
     “pelikuidasi” termasuklah seorang pelikuidasi sementara, jika terpakai.  
Pemakaian Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan penggulungan institusi 204.    Peruntukan Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan penggulungan syarikat hendaklah terpakai kepada penggulungan institusi, melainkan jika diperuntukkan secara khusus selainnya dalam Penggal ini.  
Bank memohon bagi penggulungan 205.    Tertakluk kepada seksyen 273, jika apa–apa hal keadaan yang ditentukan dalam seksyen 177 wujud berkenaan dengan institusi, Bank boleh mengesyorkan kepada Menteri dan Menteri boleh atas syor sedemikian, memberi kuasa kepada Bank untuk mengemukakan suatu permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi penggulungan institusi dan Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan penggulungan institusi menurut permohonan yang dikemukakan oleh Bank di bawah Penggal ini.  
Sekatan atas penggulungan secara sukarela 206.     (1)     Suatu institusi, sama ada atau tidak lesennya atau penamaannya telah dibatalkan, atau orang yang diluluskan, tidak boleh digulung secara sukarela tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.  
     (2)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Penggulungan oleh Mahkamah Tinggi atas permohonan oleh orang selain Bank 207.     (1)     Tiada permohonan bagi penggulungan institusi atau orang yang diluluskan boleh dikemukakan ke Mahkamah Tinggi oleh mana–mana orang tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.  
     (2)    Tertakluk kepada subseksyen (1), jika suatu permohonan bagi penggulungan institusi atau orang yang diluluskan telah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi oleh orang selain Bank—  
  (a) orang itu hendaklah menyampaikan satu salinan permohonan kepada Bank pada masa yang sama ia dikemukakan; dan  
  (b) Bank hendaklah menjadi pihak kepada prosiding penggulungan dan berhak untuk hadir dan didengar dalam segala prosiding yang berhubungan dengan permohonan itu dan memanggil, memeriksa dan memeriksa balas mana–mana saksi.  
     (3)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau perenggan (2)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Pelantikan dan saraan pelikuidasi 208.     (1)     Mahkamah Tinggi, jika suatu perintah penggulungan dibuat berkenaan dengan institusi menurut seksyen 205, hendaklah melantik sebagai pelikuidasi mana–mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya dan hendaklah menentukan bahawa saraan pelikuidasi itu hendaklah diputuskan oleh Bank.  
     (2)    Atas suatu permohonan oleh Bank, Mahkamah Tinggi hendaklah melantik sebagai pelikuidasi mana–mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya—  
  (a) untuk mengisi suatu kekosongan; atau  
  (b) untuk memecat dan menggantikan pelikuidasi yang dilantik di bawah subseksyen (1).  
Kawalan atas pelikuidasi 209.    Tertakluk kepada suatu perintah Mahkamah Tinggi, pelikuidasi, selain Pegawai Penerima, yang dilantik di bawah seksyen 208 hendaklah menjalankan fungsinya di bawah arahan dan pengawasan Bank.  
Penyata hal ehwal 210.    Penyata hal ehwal institusi pada tarikh perintah penggulungan yang dibuat menurut seksyen 234 Akta Syarikat 1965 hendaklah dikemukakan kepada Bank pada masa yang sama sebagaimana ia dikemukakan kepada Pegawai Penerima.  
Kesalahan oleh pegawai institusi 211.    Seksyen 300 Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai bagi institusi seolah–olah sebutan dalam seksyen itu kepada “pegawai atau penyumbang” adalah sebutan kepada pengarah, pegawai, ejen atau penyumbang institusi.  
  Subpenggal 2 — Peruntukan tertentu untuk pengendali takaful berlesen  
Penilaian aset dan liabiliti 212.    Dalam penggulungan pengendali takaful berlesen, sama ada atau tidak lesennya telah dibatalkan dan sama ada kumpulan wang pemegang syernya atau mana–mana kumpulan wang takaful yang diuruskan olehnya tidak solven atau sebaliknya, nilai aset dan liabiliti kumpulan wang pemegang syer dan kumpulan wang takaful itu, termasuk liabiliti berkenaan dengan sijil takaful, hendaklah dipastikan atas dasar sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dan undang–undang yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan tidak terpakai kepada penilaian liabiliti itu.  
Penamatan sijil takaful 213.     (1)     Sijil takaful pengendali takaful berlesen hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa mulai dari tarikh perintah penggulungan telah dibuat berkenaan dengan pengendali takaful berlesen itu.  
     (2)    Jika sijil takaful terhenti daripada berkuat kuasa di bawah subseksyen (1), peserta takaful itu hanya layak untuk menuntut sebagai hutang yang kena dibayar kepadanya—  
  (a) dalam hal suatu sijil takaful am, pemulangan sebahagian daripada sumbangan takaful yang sepadan dengan baki tempoh sijil takaful;  
  (b) dalam hal sijil takaful keluarga, nilai sijil takaful keluarga itu;  
  (c) nilai pelaburan atau simpanan yang dipegang berasingan berkenaan dengan sijil takaful itu; atau  
  (d) apa–apa pemulangan atau amaun lain,  
  yang hendaklah dipastikan atas apa–apa dasar sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.  
     (3)    Pelikuidasi hendaklah memberitahu setiap peserta takaful dan, dalam hal suatu sijil takaful berkumpulan, peserta takaful berkumpulan, tentang pemberhentian sijil takaful itu melalui pos berdaftar ke alamat kediaman atau pejabatnya yang terakhir diketahui dan melalui iklan dalam mana–mana surat khabar sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
Penepian beban bukti ketat mengenai hutang 214.    Jika didapati oleh pelikuidasi itu bahawa oleh sebab dokumennya yang tidak mencukupi, atau apa–apa hal keadaan yang lain, kesulitan akan timbul jika dia menghendaki beban bukti yang ketat mengenai hutang, dia boleh bertindak atas keterangan yang difikirkannya patut dan pembayaran hutang yang dibuat secara suci hati oleh pelikuidasi kepada mana–mana orang yang berhak atas tuntutan itu hendaklah melepaskan pelikuidasi daripada semua liabiliti berkenaan dengan hutang itu.  
Larangan terhadap pengeluaran sijil takaful 215.    Tiada pengarah, pekerja, ejen atau penyumbang, dahulu atau sekarang, pengendali takaful berlesen pun yang sedang digulungkan selepas pemberhentian perniagaan takafulnya, boleh meneruskan pengeluaran sijil takaful.  
Penerusan perniagaan takaful keluarga 216.     (1)     Walau apa pun perenggan 236(1)(a) Akta Syarikat 1965, pelikuidasi pengendali takaful berlesen itu yang menjalankan perniagaan takaful keluarga—  
  (a) boleh menjalankan perniagaan takaful keluarga pengendali takaful berlesen itu dengan tujuan untuk perniagaan itu dipindahkan sebagai perniagaan yang sudah berjalan kepada pengendali takaful berlesen lain tetapi tidak boleh mengeluarkan sijil takaful baru; dan  
  (b) tertakluk kepada subseksyen (2), boleh memindahkan aset dan liabiliti pengendali takaful berlesen kepada pengendali takaful berlesen lain, termasuk liabiliti di bawah sijil takaful keluarga yang berpunca daripada pengendali takaful berlesen yang pertama kali disebut dan kumpulan wang takaful yang diuruskannya dan Penggal 4 Bahagian VII hendaklah terpakai bagi pemindahan itu.  
     (2)    Pelikuidasi boleh, bagi maksud suatu pemindahan di bawah perenggan (1)(b), memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah untuk mengurangkan—  
  (a) amaun liabiliti di bawah sijil takaful keluarga pengendali takaful berlesen itu; atau  
  (b) amaun liabiliti lain kumpulan wang takaful,  
  dan Mahkamah Tinggi boleh mengurangkan liabiliti itu setakat yang perlu dengan mempertimbangkan nilai aset sedia ada dalam kumpulan wang takaful dan kumpulan wang pemegang syer tertakluk kepada apa–apa syarat yang pada pendapatnya patut.  
  Subpenggal 3 — Keutamaan pembayaran dalam penggulungan  
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan bank Islam berlesen 217.     (1)     Dalam penggulungan bank Islam berlesen di dalam atau luar Malaysia—  
Akta 359. (a) aset bank Islam berlesen, tertakluk kepada perenggan (b), hendaklah menjadi sedia ada untuk memenuhi semua liabiliti bank Islam berlesen itu berkenaan dengan deposit Islamnya di Malaysia dalam keutamaan daripada semua liabiliti tidak bercagar lain bank Islam berlesen itu, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1) Akta Syarikat 1965 dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359]; dan  
  (b) walau apa pun subseksyen 292(1) Akta Syarikat 1965, tetapi tertakluk kepada apa–apa kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 292(1)(a) Akta Syarikat 1965 yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu dan apa–apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 292(1)(f) Akta Syarikat 1965 yang berpunca daripada akaun pelaburan, aset akaun pelaburan yang diuruskan oleh bank Islam berlesen itu di Malaysia, hendaklah menjadi sedia ada, dalam turutan yang dinyatakan seperti yang berikut:  
  (i) untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan yang belum selesai;  
  (ii) untuk membayar apa–apa keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada bank Islam berlesen itu; dan  
  (iii) untuk memenuhi liabiliti kepada pemegang akaun pelaburan.  
     (2)    Bagi maksud perenggan (1)(a), peraturan–peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 271 untuk menetapkan aturan keutamaan bagi pembayaran kategori yang berlainan bagi deposit Islam.  
     (3)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam penggulungan bank Islam antarabangsa berlesen yang merupakan institusi asing, aset bank Islam antarabangsa berlesen itu yang didapati daripada dana yang diterima dari pejabatnya di Malaysia—  
  (a) hendaklah menjadi sedia ada untuk memenuhi semua liabiliti bank Islam antarabangsa berlesen di Malaysia; dan  
  (b) berkuat kuasa dari tarikh penggulungan bank Islam antarabangsa berlesen, tidak boleh menjual, mengalih, melesapkan, memberi milik, memindahkan, menyerahhakkan, membebankan, mengagihkan atau menguruskan selainnya dengan apa–apa cara jua tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.  
     (4)    Walau apa pun apa–apa yang bertentangan dalam seksyen 340 Akta Syarikat 1965 atau perintah penggulungan itu bagi bank Islam antarabangsa berlesen yang merupakan institusi asing, peruntukan seksyen ini hendaklah mengatasi dan mempunyai kuat kuasa penuh dan berkesan.  
     (5)    Mana–mana orang yang melanggar perenggan (3)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan pengendali takaful berlesen 218.     (1)     Dalam penggulungan pengendali takaful berlesen, aset kumpulan wang takaful bagi apa–apa kelas atau perihalan perniagaan takaful yang ditubuhkan di bawah seksyen 90 hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti kepada peserta takaful atau penuntut yang sesuai berkenaan dengan kumpulan wang takaful dan liabiliti itu hendaklah mempunyai keutamaan atas semua liabiliti tidak bercagar kumpulan wang takaful itu termasuk apa–apa qard atau apa–apa bentuk sokongan kewangan yang disebut dalam seksyen 95, selain apa–apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 292(1)(f) Akta Syarikat 1965 yang berpunca daripada kumpulan wang takaful.  
     (2)    Dalam penggulungan pengendali takaful berlesen—  
  (a) jika aset kumpulan wang takaful yang diuruskan oleh pengendali takaful berlesen adalah berlebihan, selepas pembayaran telah dibuat untuk memenuhi liabilitinya di bawah subseksyen (1), lebihan aset kumpulan wang takaful itu hendaklah digunakan dalam turutan yang berikut:  
  (i) pertama, untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang takaful lain yang diuruskan oleh pengendali takaful berlesen yang tidak mencukupi dan sekiranya bagi maksud ini terdapat dua atau lebih kumpulan wang takaful yang—  
  (A) berlebihan, lebihan itu hendaklah digunakan mengikut kadar lebihan dalam setiap kumpulan wang takaful untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi; atau  
  (B) tidak cukup, lebihan itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi; dan  
  (ii) kedua, apa–apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;  
  (b) apa–apa ketidakcukupan dalam aset kumpulan wang takaful untuk memenuhi liabilitinya di bawah subseksyen (1) akan dipenuhi—  
  (i) pertama, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan(a), dengan lebihan aset kumpulan wang takaful lain; dan  
  (ii) sekiranya lebihan aset itu tidak cukup untuk memenuhi liabiliti itu maka baki liabiliti itu hendaklah dipenuhi dengan lebihan aset kumpulan wang pemegang syer selepas pembayaran dibuat untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang pemegang syer itu di bawah subseksyen (3); atau  
  (c) menurut subperenggan (2)(b)(ii), jika aset kumpulan wang pemegang syer adalah berlebihan, lebihan aset itu hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti mana–mana kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi, dan sekiranya lebihan aset itu digunakan untuk memenuhi liabiliti dua atau lebih kumpulan wang takaful yang asetnya tidak mencukupi, lebihan aset itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu.  
Akta 359.    (3)    Dalam penggulungan pengendali takaful berlesen, aset kumpulan wang pemegang syernya hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti itu kepada peserta takaful setakat yang berpunca daripada kumpulan wang pemegang syer itu dan liabiliti itu hendaklah mempunyai keutamaan atas semua liabiliti tidak bercagar pengendali takaful berlesen, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1) Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359].  
     (4)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), (2), dan (3), jika Bank di bawah seksyen 90 telah menentukan bahawa pengendali takaful berlesen yang ialah institusi asing hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan kumpulan wang takaful yang berasingan bagi sijil takaful Malaysianya, dalam penggulungan pengendali takaful berlesen itu, aset—  
  (a) kumpulan wang takaful itu hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang itu;  
  (b) kumpulan wang pemegang syer hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti kepada peserta takaful berkenaan dengan sijil takaful Malaysia setakat yang ia berpunca daripada kumpulan wang pemegang syer itu; dan  
  (c) berkuat kuasa dari tarikh penggulungan pengendali takaful asing berlesen itu, tidak boleh menjual, mengalih, melesapkan, memberi milik, memindahkan, menyerahhakkan, membebankan, mengagihkan atau menguruskan selainnya dengan apa–apa cara jua tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.  
     (5)    Walau apa pun apa–apa yang bertentangan dalam seksyen 340 Akta Syarikat 1965 atau perintah penggulungan itu bagi pengendali takaful berlesen yang ialah institusi asing, peruntukan seksyen ini hendaklah mengatasi dan mempunyai kuat kuasa penuh dan berkesan.  
     (6)    Mana–mana orang yang melanggar perenggan (4)(c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
  Penggal 4

Peruntukan am berhubungan dengan tindakan yang diambil oleh Bank

 
Kuasa Bank untuk mengambil tindakan di bawah Bahagian ini 219.    Tidak ada apa pun dalam Bahagian ini boleh menghalang Bank daripada mengambil mana–mana satu atau lebih tindakan yang ia diberi kuasa untuk mengambil di bawah Bahagian ini.  
Perjanjian kewangan yang layak 220.     (1)     Bagi maksud seksyen ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen, pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali suatu sistem pembayaran yang ditetapkan.  
     (2)    Pihak–pihak di bawah suatu perjanjian kewangan yang layak boleh meneruskan penguatkuasaan haknya di bawah perjanjian kewangan yang layak itu dan tidak terjejas oleh—  
  (a) pengambilalihan kawalan orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan menurut seksyen 179;  
  (b) pelantikan penerima dan pengurus perniagaan, hal ehwal atau harta mana–mana institusi menurut seksyen 184; atau  
  (c) pembuatan suatu perintah bagi pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen menurut seksyen 188,  
  kecuali semasa apa–apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan–peraturan yang dibuat di bawah seksyen 271 apabila pengambilalihan kawalan atau pelantikan penerima atau pengurus bermula.  
     (3)    Jika perjanjian kewangan yang layak dipindahkan kepada mana–mana orang menurut pelaksanaan kuasa di bawah subseksyen 180(6) atau seksyen 186 atau institusi perantaraan atau mana–mana orang lain di bawah seksyen 188—  
  (a) orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu hendaklah mengambil alih semua hak dan obligasi di bawah mana–mana perjanjian kewangan yang layak institusi itu yang daripada perjanjian itu dipindahkan; dan  
  (b) penguatkuasaan oleh pihak–pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah mengikut terma perjanjian itu seolah–olah orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu sentiasa menjadi suatu pihak kepada perjanjian sedemikian.  
     (4)    Sekiranya perjanjian kewangan yang layak tidak dipindahkan kepada institusi perantaraan atau orang lain, pihak–pihak kepada perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah berhak untuk menguatkuasakan haknya di bawah perjanjian itu pada habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (2).  
     (5)    Jika perjanjian kewangan yang layak institusi dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu semasa tempoh yang ditetapkan oleh Bank di bawah subseksyen (2), dan jika orang itu ialah seorang pihak balas kepada dua atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah perjanjian itu dengan institusi yang sama, semua atau tiada satu pun transaksi kewangan yang layak itu hendaklah dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu.  
     (6)    Sekiranya perjanjian kewangan yang layak yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang terpakai bagi apa–apa harta institusi itu dipindahkan, harta itu hendaklah juga dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu.  
Jawatankuasa Pentaksir 221.     (1)     Mana–mana orang yang terkilan dengan harga urus niaga yang berbangkit daripada—  
  (a) suatu penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan oleh Bank atau orang yang dilantik di bawah subseksyen 180(6); atau  
  (b) suatu pemindahan wajib bagi keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset dan liabiliti orang berlesen mengikut seksyen 188,  
  boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penjualan, pelupusan atau pemindahan itu, merayu atas harga urus niaga itu kepada Jawatankuasa Pentaksir dengan mengemukakan suatu rayuan secara bertulis kepada Bank.  
     (2)    Jika mana–mana orang merayu di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Pentaksir yang terdiri daripada tiga orang bebas sebagai anggota Jawatankuasa Pentaksir, dipilih daripada suatu panel sepuluh orang yang dilantik oleh Menteri atas syor Bank dan merujuk rayuan itu kepada Jawatankuasa Pentaksir untuk menaksir kemunasabahan harga urus niaga itu.  
     (3)    Jawatankuasa Pentaksir yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2) boleh memutuskan tatacaranya sendiri.  
     (4)    Dalam menaksir kemunasabahan harga urus niaga itu, Jawatankuasa Pentaksir hendaklah mengambil kira apa–apa perkara yang ia berpendapat berkaitan termasuk keadaan pasaran semasa bagi penjualan atau pemindahan harta, perniagaan, aset atau liabiliti yang serupa bagi orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu.  
     (5)    Jika Jawatankuasa Pentaksir memutuskan bahawa—  
  (a) harga urus niaga kurang daripada harga yang pada pendapatnya harga yang munasabah bagi harta, perniagaan, aset atau liabiliti itu, ia hendaklah menasihati Bank untuk membayar perbezaan antara harga urus niaga dan harga yang munasabah itu; atau  
  (b) harga urus niaga pada pendapatnya harga yang munasabah, ia hendaklah menasihati Bank dengan sewajarnya.  
     (6)    Bank hendaklah memberitahu orang yang terkilan secara bertulis tentang keputusan Jawatankuasa Pentaksir di bawah subseksyen (5).  
     (7)    Walau apa pun subseksyen (5), jika institusi itu tidak solven dan keseluruhan harta, perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu dijual atau dilupuskan oleh Bank atau orang yang dilantik di bawah subseksyen 180(6), atau dipindahkan oleh Bank di bawah seksyen 188, suatu balasan sebanyak satu ringgit hendaklah disifatkan sebagai munasabah sebagai harga urus niaga itu.  
     (8)    Penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta itu di bawah subseksyen 180(6) atau pemindahan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti di bawah seksyen 188 hendaklah berkuat kuasa walaupun apa–apa rayuan kepada atau apa–apa keputusan dibuat oleh, Jawatankuasa Pentaksir.  
     (9)    Suatu keputusan Jawatankuasa Pentaksir adalah muktamad dan mengikat pihak yang membuat rayuan.  
  BAHAGIAN  XV

KUASA BANK YANG LAIN

 
  Penggal 1

Pengawalseliaan institusi kewangan Islam yang ditetapkan

 
Tafsiran 222.    Bagi maksud Penggal ini, “aktiviti pengantaraan kewangan Islam” termasuklah—  
  (a) penyetujuterimaan deposit Islam atau wang di bawah akaun pelaburan;  
  (b) pemberian apa–apa pendahuluan, pembiayaan atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau tidak kira dengan apa jua namanya disebut mengikut Shariah;  
  (c) perniagaan pemajakan Islam;  
  (d) perniagaan pemfaktoran Islam;  
  (e) pembelian bil pertukaran, sijil deposit Islam, sekuriti Islam atau surat cara boleh niaga lain;  
  (f) penyetujuterimaan, atau pemberian apa–apa jaminan berhubungan dengan, liabiliti, obligasi atau kewajipan mana–mana orang;  
  (g) sewa beli Islam;  
  (h) pemerolehan hak atau kepentingan dalam suatu sewa beli Islam, pemajakan Islam atau transaksi seumpama yang lain;  
  (i) apa–apa aktiviti yang bersampingan, berkaitan atau selainnya yang memudahkan atau berhubung rapat dengan aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) hingga (h) di atas; dan  
  (j) mana–mana perniagaan atau aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 3.  
Kuasa Menteri untuk menetapkan institusi kewangan Islam 223.     (1)     Menteri boleh menetapkan mana–mana orang yang tidak berada di bawah penyeliaan atau pengawasan Bank dan terlibat dalam aktiviti pengantaraan kewangan Islam sebagai suatu institusi kewangan Islam yang ditetapkan—  
  (a) atas syor bersesama oleh Bank dan pihak berkuasa berkaitan yang bertanggungjawab bagi pengawalseliaan dan penyeliaan orang itu; atau  
  (b) atas syor Bank, dalam mana–mana hal lain,  
  sekiranya orang itu, pada pendapat Bank, menimbulkan atau berkemungkinan untuk menimbulkan suatu risiko kepada kestabilan kewangan berbangkit daripada—  
  (i) aktiviti pengantaraan kewangannya yang termasuklah penjanaan kematangan atau transformasi likuiditi, melibatkan pemindahan risiko kredit yang tidak sempurna, mewujudkan atau memudahkan pergantungan berlebihan atau menimbulkan kebimbangan mengenai arbitraj kawal selia;  
  (ii) sifat, ruang lingkup, saiz, skala atau penumpuan aktiviti pengantaraan kewangan Islamnya; atau  
  (iii) kesalingkaitannya dengan orang yang diberi kuasa atau mana–mana orang lain yang dikawal selia oleh Bank di bawah mana–mana undang–undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh Bank.  
     (2)    Bagi maksud membuat suatu syor di bawah subseksyen (1), Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, melaksanakan kuasa pemeriksaannya di bawah Bahagian XII atas orang yang disebut dalam subseksyen (1) seolah–olah sebutan dalam peruntukan itu mengenai “orang yang diberi kuasa” adalah suatu sebutan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1).  
     (3)    Menteri boleh, atas syor Bank, memakai semua atau mana–mana peruntukan Akta ini bagi suatu institusi kewangan Islam yang ditetapkan dari suatu tarikh yang ditentukan dalam perintah di bawah subseksyen (1) dan dengan apa–apa pindaan sebagaimana Menteri, atas syor Bank, sifatkan perlu, seolah–olah sebutan dalam peruntukan itu mengenai “orang yang diberi kuasa”, “orang berlesen”, “bank Islam berlesen”, “pengendali takaful berlesen”, “institusi” dan “penyedia perkhidmatan kewangan”, mengikut mana–mana yang berkenaan, adalah suatu sebutan kepada institusi kewangan Islam yang ditetapkan itu.  
     (4)    Berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam perintah itu yang dibuat di bawah subseksyen (1), institusi kewangan Islam yang ditetapkan berkenaan hendaklah mematuhi, dan tertakluk kepada, peruntukan Akta ini sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu walau apa pun apa–apa jua yang bertentangan dengan mana–mana undang–undang bertulis.  
     (5)    Menteri boleh, pada bila–bila masa, meminda atau membatalkan suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)—  
  (a) atas syor bersesama oleh Bank dan pihak berkuasa berkaitan, dalam hal suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a); atau  
  (b) atas syor Bank, dalam apa–apa hal yang lain.  
     (6)    Suatu institusi kewangan Islam yang ditetapkan yang melanggar mana–mana peruntukan Akta ini atau mana–mana standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dikeluarkan oleh Bank di bawah mana–mana peruntukan Akta ini yang terpakai baginya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan di bawah peruntukan itu, dan boleh dikenakan penalti sama yang terpakai bagi orang berlesen yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah peruntukan itu dan jika tiada kesalahan diperuntukkan bagi pelanggaran itu, institusi kewangan Islam yang ditetapkan itu melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil suatu tindakan di bawah perenggan 245(3)(b) sebagai tambahan kepada tindakan penguatkuasaan lain yang Bank diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini.  
     (7)    Seksyen ini tidak terpakai bagi—  
  (a) seorang yang dilesenkan, diluluskan atau diiktirafkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah undang–undang sekuriti; atau  
Akta 704.Akta 705. (b) entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] dan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705].  
     (8)    Bagi maksud seksyen ini, dalam hal orang berdaftar di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Bank hendaklah—  
  (a) berunding dengan Suruhanjaya Sekuriti dalam membuat suatu pendapat di bawah subseksyen (1);  
  (b) memberitahu Suruhanjaya Sekuriti sebelum melakukan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (2); dan  
  (c) menyemak dengan tetap kedudukan institusi kewangan Islam yang ditetapkan itu, berserta dengan Suruhanjaya Sekuriti, untuk memutuskan sama ada hal keadaan di bawah subseksyen (1) tidak lagi terpakai.  
  Penggal 2
Transaksi antarabangsa dan domestik
 
Tafsiran 224.     (1)     Bagi maksud seksyen 225, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—  
     “akaun tentuan” ertinya suatu akaun yang dibuka bagi kemudahan mana–mana orang oleh suatu institusi kewangan sebagaimana yang diputuskan oleh Bank;  
     “bukan pemastautin” ertinya—  
  (a) mana–mana orang selain seorang pemastautin;  
  (b) suatu cawangan, subsidiari, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat wakil suatu syarikat pemastautin di luar negara;  
  (c) Kedutaan, Konsulat, Pesuruhjaya Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa; atau  
  (d) seorang warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang menetap di luar Malaysia;  
     “emas” ertinya—  
  (a) emas dalam apa jua keadaan atau bentuk selain emas yang nilainya dipertingkatkan secara material melalui kemahiran ketukangan; atau  
  (b) apa–apa hak untuk menerima emas—  
  (i) berkenaan dengan apa–apa kredit atau baki di bank berlesen atau mana–mana institusi seumpama yang lain di dalam atau luar Malaysia; atau  
  (ii) daripada mana–mana orang di dalam atau luar Malaysia;  
     “instrumen kewangan Islam” termasuklah terbitan Islam;  
     “jaminan” termasuklah cagaran apa–apa sekuriti Islam yang diterbitkan atau didaftarkan di Malaysia atau apa–apa harta lain di Malaysia untuk menjamin pembayaran balik suatu hutang, obligasi atau liabiliti;  
     “mata wang asing” termasuklah—  
  (a) mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan di mana–mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia;  
  (b) apa–apa hak untuk menerima mata wang asing—  
  (i) berkenaan dengan apa–apa kredit atau baki di bank Islam berlesen atau dengan institusi seumpama yang lain di dalam atau luar Malaysia; atau  
  (ii) mana–mana orang lain di dalam atau luar Malaysia; atau  
  (c) apa–apa dokumen atau jenis peranti yang diniatkan untuk membolehkan orang yang dokumen atau peranti itu dikeluarkan kepadanya untuk mendapatkan mata wang asing daripada seorang orang yang lain atas kredit daripada orang yang mengeluarkannya, dan khususnya, apa–apa cek kembara atau draf atau surat kredit lain yang diniatkan sedemikian;  
     “memberi atau memperoleh jaminan” termasuklah suatu pembaharuan atau pelanjutan jaminan itu;  
     “orang” mempunyai erti orang sebenar, apa–apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa–apa badan lain, organisasi, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana–mana Kerajaan Negeri atau mana–mana kerajaan lain;  
     “pemastautin” ertinya—  
  (a) seorang warganegara Malaysia, tidak termasuk seorang warganegara yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang bermastautin di luar Malaysia;  
  (b) seorang bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia;  
  (c) suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan atau ditubuhkan atau berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana–mana pihak berkuasa, di Malaysia;  
  (d) suatu badan yang tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana–mana pihak berkuasa di Malaysia; atau  
  (e) Kerajaan atau mana–mana Kerajaan Negeri;  
     “pembayaran” termasuklah tindakan memindah kepada, atau memberi kredit kepada, seseorang, ringgit, mata wang asing, instrumen kewangan Islam, emas, logam berharga lain atau balasan bernilai lain, mengikut mana–mana yang berkenaan, sama ada di bawah suatu obligasi atau selainnya;  
     “pemindahan sekuriti Islam” termasuklah pembelian, penjualan, pinjaman atau pemberian pinjaman sekuriti Islam;  
     “penyelesaian suatu harta” termasuklah pembuatan apa–apa pelupusan, waad, perjanjian atau perkiraan yang harta itu merupakan perkara bagi suatu amanah;  
     “ringgit” ertinya mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan di Malaysia dan termasuklah apa–apa hak untuk menerima ringgit dalam apa–apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;  
     “sekuriti Islam” ertinya syer, saham, bon, nota (selain nota janji hutang), debentur, saham debentur, unit di bawah suatu skim amanah saham, syer dalam suatu royalti minyak, suatu sekuriti sekunder dan penyata, yang mematuhi Shariah, sama ada dalam bentuk tidak berskrip atau mempunyai sijil pembawa, termasuk sijil hakmilik sekuriti Islam atau apa–apa surat perumpukan yang boleh dibatalkan, apa–apa surat hak, apa–apa waran yang memberikan suatu opsyen untuk memperoleh suatu sekuriti Islam, apa–apa sijil deposit berkenaan dengan sekuriti Islam dan apa–apa dokumen lain yang memberikan, atau mengandungi keterangan mengenai, hak atas sekuriti Islam sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;  
     “terbit” berhubungan dengan sekuriti Islam atau instrumen kewangan Islam, ertinya untuk mewujudkan atau untuk menyebabkan kewujudan sekuriti Islam atau instrumen kewangan Islam itu, dan perkataan “diterbitkan” atau “terbitan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.  
     (2)    Jika di bawah Penggal ini, kuasa diberikan kepada Bank untuk menghendaki mana–mana orang, atau jika mana–mana orang dikehendaki di bawah Penggal ini, untuk mengemukakan kepada Bank apa–apa dokumen atau maklumat—  
  (a) Bank boleh menentukan dokumen atau maklumat itu hendaklah dikemukakan, dalam suatu tempoh, pada apa–apa lat, dengan cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan  
  (b) orang itu tidak boleh mengemukakan apa–apa dokumen atau maklumat—  
  (i) yang dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau  
  (ii) yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan kesalahan atau ketinggalan material, atau apa–apa kesalahan atau ketinggalan berulang.  
Langkah yang berhubungan dengan transaksi antarabangsa dan domestik 225.     (1)     Bank diberi kuasa di bawah seksyen ini untuk melindungi kedudukan imbangan pembayaran dan nilai mata wang Malaysia.  
     (2)    Tiada seorang pun boleh menjalankan atau terlibat dalam mana–mana transaksi yang dinyatakan dalam Jadual 14 kecuali dengan kelulusan bertulis Bank.  
     (3)    Tertakluk kepada apa–apa arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah perenggan (6)(e), larangan dalam subseksyen (2) berkenaan dengan transaksi dalam perenggan 1 Jadual 14 tidak terpakai bagi mana–mana bank Islam berlesen.  
     (4)    Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam seksyen ini dan Jadual 14, subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi—  
  (a) semua orang, golongan, kategori atau perihalan orang termasuk penama mereka atau mana–mana orang yang bertindak bagi pihak mereka walau pun mereka tidak berada di Malaysia; dan  
  (b) semua perbuatan yang dilakukan di dalam atau luar Malaysia termasuk apa–apa perbuatan yang melibatkan, bersekutu dengan atau dalam persediaan kepada, transaksi yang dinyatakan dalam Jadual 14.  
     (5)    Bank dalam memberikan apa–apa kelulusan bertulis di bawah subseksyen (2) boleh mengenakan apa–apa kehendak, sekatan atau syarat yang berkenaan dengan transaksi itu dalam Jadual 14.  
     (6)    Bank boleh mengeluarkan arahan untuk—  
  (a) mengisytiharkan seseorang itu adalah dikira sebagai seorang pemastautin atau seorang bukan pemastautin walau apa pun takrif “pemastautin” atau “bukan pemastautin” dalam seksyen 224;  
  (b) menghendaki mana–mana orang untuk mengemukakan apa–apa dokumen atau maklumat kepada Bank atau mana–mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;  
  (c) menghendaki apa–apa pembayaran untuk dibuat ke dalam akaun tentuan dan mengarahkan kegunaan apa–apa dana dalam akaun tentuan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;  
  (d) menghendaki mana–mana orang yang berhak untuk menjual, atau untuk memperoleh jualan daripada, mana–mana mata wang asing, emas atau logam berharga lain, untuk menawarkannya, atau menyebabkannya untuk ditawarkan, bagi jualan kepada bank Islam berlesen atau mana–mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;  
  (e) menghendaki bank Islam berlesen untuk menjalankan atau terlibat dalam transaksi dalam perenggan 1 Jadual 14 atas apa–apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;  
  (f) menghendaki bank Islam berlesen, atau mana–mana orang lain untuk mentadbir atau memastikan pematuhan seksyen ini atas apa–apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau  
  (g) menghendaki mana–mana orang untuk melakukan atau menahan daripada melakukan apa–apa perbuatan bagi maksud memastikan pematuhan seksyen ini.  
     (7)    Apa–apa kelulusan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (2) dan apa–apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) hendaklah terpakai bagi mana–mana orang, golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam kelulusan bertulis dan arahan itu, mengikut mana–mana yang berkenaan.  
     (8)    Subseksyen (2) tidak menjejaskan penguatkuasaan pihak–pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.  
     (9)    Kecuali bagi perenggan 7 dalam Jadual 14, mana–mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau gagal untuk mematuhi apa–apa kehendak, sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah suatu kelulusan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (2) atau apa–apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
Akta 235.    (10)    Mana–mana ringgit, mata wang asing, emas, logam berharga lain, sekuriti Islam atau instrumen kewangan Islam atau mana–mana artikel lain yang tertakluk kepada suatu larangan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan transaksi dalam perenggan 7 Jadual 14 hendaklah disifatkan sebagai barangan larangan di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235] dan mana–mana orang yang gagal untuk mematuhi larangan itu atau apa–apa kehendak, sekatan atau syarat yang dikenakan di bawah suatu kelulusan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta itu dan boleh, apabila disabitkan, didenda dengan penalti yang diperuntukkan dalam Akta itu.  
Kuasa Bank untuk mengenakan levi atau caj 226.     (1)     Bagi maksud melindungi kedudukan imbangan pembayaran atau nilai mata wang Malaysia, peraturan–peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 271 untuk mengenakan levi atau caj berkenaan dengan mana–mana transaksi yang ditentukan dalam Jadual 14, sama ada secara am atau dengan syarat atau dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam peraturan–peraturan itu.  
     (2)    Levi atau caj yang dikenakan menurut peraturan–peraturan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh—  
  (a) tertentu;  
  (b) suatu amaun minimum atau maksimum; atau  
  (c) suatu peratusan atau perkadaran amaun yang menjadi hal perkara transaksi dalam Jadual 14.  
Kuasa Bank, dengan kelulusan Menteri, untuk mengeluarkan arahan 227.     (1)     Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, demi kepentingan negara, mengeluarkan arahan kepada mana–mana orang di Malaysia, untuk melarang, menyekat atau menghendaki pelakuan apa–apa perbuatan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, dengan atau tanpa syarat, berhubungan dengan urus niaga atau transaksi, dengan mana–mana orang yang bermastautin di dalam suatu negara atau wilayah, atau dalam apa–apa mata wang, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (2)    Mana–mana orang yang baginya arahan itu dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan itu walau apa pun apa–apa kewajipan lain yang dikenakan atas orang itu oleh mana–mana kontrak atau perjanjian antarabangsa.  
     (3)    Tiada seorang pun boleh, dalam menjalankan apa–apa tindakan yang mematuhi arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1), dianggap sebagai memungkiri mana–mana kontrak atau perjanjan antarabangsa.  
     (4)    Mana–mana orang yang gagal untuk mematuhi apa–apa arahan atau syarat yang disebut dalam subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
  Penggal 3

Hari kelepasan bagi orang berlesen

 
Kuasa Menteri untuk mengisytiharkan hari kelepasan bagi orang berlesen 228.     (1)     Menteri boleh, atas syor Bank, melalui notis dalam Warta, mengisytiharkan mana–mana hari sebagai suatu hari kelepasan bagi semua orang berlesen, atau bagi apa–apa kelas, kategori atau perihalan orang berlesen, atau bagi mana–mana pejabat orang berlesen itu, di seluruh, atau dalam mana–mana bahagian, Malaysia, sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.  
     (2)    Tiada orang berlesen, atau pejabat orang berlesen pun yang ditentukan dalam notis itu, boleh menjalankan apa–apa perniagaan pada mana–mana hari yang diisytiharkan sebagai suatu hari kelepasan bagi orang berlesen itu di bawah subseksyen (1) melainkan jika Menteri, atas syor Bank meluluskan sebaliknya.  
     (3)    Jika suatu hari diisytiharkan sebagai suatu hari kelepasan di bawah subseksyen (1)—  
  (a) orang berlesen itu atau pejabatnya yang ditentukan dalam notis itu tidak boleh dipaksa pada hari kelepasan itu untuk membuat suatu pembayaran atau melakukan apa–apa perbuatan lain yang ia tidak boleh dipaksa untuk melakukan pada mana–mana hari yang adalah hari kelepasan am dalam pengertian mana–mana undang–undang yang berhubungan dengan hari kelepasan am; dan  
  (b) tiada seorang pun boleh dipaksa untuk membuat apa–apa pembayaran pada hari kelepasan itu dalam atau pada orang berlesen atau pejabatnya yang ditentukan dalam notis itu, atau melakukan dalam atau pada orang berlesen atau pejabatnya yang ditentukan dalam notis itu apa–apa perbuatan yang menghendaki perkhidmatan orang berlesen itu,  
  dan obligasi untuk membuat pembayaran atau melakukan perbuatan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu obligasi untuk membuat pembayaran atau melakukan perbuatan itu pada hari selepasnya yang bukan merupakan suatu hari kelepasan am dalam pengertian mana–mana undang–undang yang berhubungan dengan hari–hari kelepasan am.  
     (4)    Suatu hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bagi orang berlesen atau pejabatnya di bawah subseksyen (1) tidak semestinya menjadi suatu hari kelepasan am dan tiada apa–apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan operasi mana–mana undang–undang yang berhubungan dengan hari kelepasan am.  
     (5)    Apa–apa pengisytiharan suatu hari kelepasan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh—  
  (a) menidaksahkan apa–apa kontrak, perjanjian, transaksi atau perkiraan yang dibuat oleh orang berlesen itu dengan mana–mana orang; dan  
  (b) menjejaskan apa–apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah apa–apa perjanjian, transaksi atau perkiraan itu.  
  BAHAGIAN  XVI

PENGUATKUASAAN DAN PENALTI

 
  Penggal 1

Kuasa penyiasatan

 
Penyiasatan oleh Bank 229.    Jika Bank berpuas hati atau mempunyai apa–apa sebab untuk mempercayai bahawa mana–mana orang telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Bank boleh menyebabkan suatu penyiasatan dibuat dan bagi maksud itu boleh melaksanakan semua kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah Akta ini.  
Pelantikan pegawai penyiasat 230.    Bank boleh melantik seorang pegawai Bank atau mana–mana orang lain yang dilantik di bawah subseksyen 7(6) untuk menjadi seorang pegawai penyiasat bagi menjalankan suatu siasatan di bawah Penggal ini.  
Kuasa pegawai penyiasat 231.     (1)     Seorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 230 hendaklah mempunyai semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Bank di bawah Bahagian ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pegawai Bank, dia hendaklah, berhubungan dengan kuasa dan fungsi itu—  
  (a) menjadi tertakluk kepada; dan  
  (b) menikmati apa–apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi sebagaimana yang ditentukan dalam,  
  peruntukan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana–mana undang–undang bertulis lain yang terpakai bagi seorang pegawai Bank seolah–olah dia adalah seorang pegawai Bank.  
     (2)    Seorang pegawai penyiasat, dalam menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya, hendaklah tertakluk kepada dan mematuhi arahan, kawalan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa–apa hal atau hal keadaan tertentu.  
     (3)    Gabenor hendaklah mempunyai semua kuasa dan fungsi seorang pegawai penyiasat.  
     (4)    Seorang pegawai penyiasat yang melakukan apa–apa pemeriksaan atas mana–mana orang di bawah Penggal ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mentadbir suatu sumpah atau ikrar orang yang sedang diperiksa.  
Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita dengan waran 232.     (1)     Jika ternyata pada seorang Majistret, atas maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa–apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—  
  (a) mana–mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau  
  (b) terdapat di dalam mana–mana premis keterangan yang perlu bagi melakukan suatu penyiasatan mengenai,  
  pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat yang dinamakan dalam waran itu, pada bila–bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan sekiranya perlu dengan kekerasan.  
     (2)    Suatu waran di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penyiasat itu untuk—  
  (a) masuk ke dalam mana–mana premis dan menggeledah, menyita dan menahan apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat;  
  (b) mempunyai akses untuk, memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada, mana–mana komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian, termasuk akses kepada mana–mana program atau data yang disimpan dalam mana–mana komputer atau mempunyai akses untuk, memeriksa atau menyemak operasi mana–mana komputer dan apa–apa perkakas atau bahan yang berkaitan dengannya;  
  (c) mengambil milikan, dan memindahkan dari premis itu, apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian;  
  (d) memeriksa mana–mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu, tertakluk kepada seksyen 236, dan memindahkannya ke mana–mana tempat yang perlu untuk membantu pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang dijumpai pada orang itu;  
  (e) memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa–apa artikel, bejana atau bekas, termasuk mengakses komputer; atau  
  (f) memberhentikan, menahan atau menggeledah mana–mana kenderaan.  
     (3)    Seorang pegawai penyiasat boleh sekiranya perlu untuk berbuat demikian—  
  (a) memecah buka mana–mana pintu luar atau dalam premis itu atau halangan lain kepada premis itu, untuk memasuki ke dalam premis itu;  
  (b) masuk dengan kekerasan premis itu dan tiap–tiap bahagian premis itu;  
  (c) memindah dengan menggunakan kekerasan apa–apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan di bawah seksyen ini; atau  
  (d) menahan, tertakluk kepada seksyen 236, mana–mana orang yang dijumpai dalam mana–mana premis, atau apa–apa kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis atau kenderaan itu selesai digeledah.  
     (4)    Seorang pegawai penyiasat hendaklah bagi maksud seksyen ini disediakan dengan kata laluan yang perlu, kod enskripsi, kod diskripsi, perisian atau perkakasan dan apa–apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa–apa program atau data yang disimpan dalam mana–mana komputer termasuk dalam suatu bentuk yang maklumat terkandung dalam suatu komputer dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca.  
     (5)    Apa–apa output komputer, data, buku, dokumen, maklumat atau penyataan yang diperoleh atau diberikan kepada seorang pegawai penyiasat semasa suatu penggeledahan di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang yang bertentangan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa–apa prosiding di bawah Akta ini.  
Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita tanpa waran 233.    Sekiranya seorang pegawai penyiasat berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 232 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai penyiasat itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 232 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah–olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.  
Senarai harta yang disita, dsb. 234.     (1)     Seorang pegawai penyiasat, dalam menjalankan penyiasatan atau penggeledahannya, hendaklah—  
  (a) menyediakan dan menandatangani suatu senarai semua harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita; dan  
  (b) menyatakan dalam senarai itu lokasi di mana, atau orang yang, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu dijumpai atau diperoleh.  
     (2)    Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen 232(1) atau seksyen 233 semasa penyiasatan itu, atau mana–mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada tiap–tiap masa dibenarkan untuk hadir sepanjang penggeledahan itu, menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya atas senarai itu, dan diberikan satu salinan senarai geledah yang telah disiapkan dan ditandatangani atau diletakkan cap ibu cari di bawah seksyen ini.  
     (3)    Jika penghuni premis itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu di bawah subseksyen (2) enggan menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya atas senarai itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan namanya atas senarai geledah itu, hakikat dan sebab keengganan berbuat demikian, jika ada, yang dinyatakan oleh penghuni itu atau orang yang bertindak bagi penghuni itu.  
Pelepasan harta yang disita, dsb. 235.     (1)     Seorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana–mana mahkamah—  
  (a) pada penutupan penyiasatan atau apa–apa prosiding yang berbangkit daripada penyiasatan itu; atau  
  (b) dengan mendapat kebenaran bertulis terdahulu Bank pada bila–bila masa sebelum penyiasatan ditutup,  
  melepaskan apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat yang disita, ditahan atau dipindah olehnya atau mana–mana pegawai penyiasat lain di bawah Bahagian ini, kepada mana–mana orang yang diputuskannya berhak menurut undang–undang atas harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, data, buku, dokumen atau maklumat sekiranya dia berpuas hati bahawa ia tidak diperlukan bagi maksud apa–apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa–apa pendakwaan di bawah mana–mana undang–undang bertulis lain.  
     (2)    Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penyiasat itu yang menjalankan apa–apa pelepasan mana–mana harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan pelepasan itu dengan menentukan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu.  
     (3)    Jika seorang pegawai penyiasat tidak dapat mengesan orang yang berhak menurut undang–undang atas harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu, pegawai penyiasat itu hendaklah menyebabkan untuk disiarkan suatu notis di laman sesawang Bank meminta mana–mana orang yang berhak menurut undang–undang atas harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu untuk menuntut harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.  
     (4)    Jika tiada tuntutan dibuat apabila habis tempoh yang ditentukan dalam notis itu yang disiarkan di bawah subseksyen (3), pegawai penyiasat itu hendaklah membuat suatu permohonan secara bertulis kepada mahkamah mengenai pelupusan harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu.  
     (5)    Mahkamah apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (4) dan setelah berpuas hati bahawa orang di bawah subseksyen (1) yang berhak menurut undang–undang atas harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu tidak dapat dikesan hendaklah memerintahkan yang sama itu untuk dilucut hak atau dilupuskan oleh Bank mengikut perintah yang dibuat oleh mahkamah itu.  
Pemeriksaan atas orang 236.     (1)     Seorang pegawai penyiasat boleh memeriksa mana–mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai ada pada dirinya apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat, atau artikel lain yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan apa–apa kesalahan di bawah Akta ini.  
Akta 593.    (2)    Bagi maksud suatu pemeriksaan atas seseorang di bawah subseksyen (1), seksyen 232 atau 233, seorang pegawai penyiasat boleh, tertakluk kepada peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], menahan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan, dan boleh memindahkannya ke dalam jagaan di mana–mana tempat yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu.  
     (3)    Seorang pegawai penyiasat yang melakukan suatu pemeriksaan atas orang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat atau artikel, yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.  
     (4)    Apa–apa pemeriksaan atas seseorang yang dijalankan di bawah Bahagian ini hendaklah menurut peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah.  
     (5)    Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh orang yang sama jantinanya, dan pemeriksaan itu hendaklah dilakukan dengan penuh kesopanan.  
Halangan terhadap pelaksanaan kuasa pegawai penyiasat 237.    Tiada seorang pun boleh—  
  (a) menolak mana–mana pegawai penyiasat yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 232, 233 atau 236, akses kepada mana–mana premis atau mana–mana bahagian premis itu, atau gagal untuk membenarkan dirinya diperiksa;  
  (b) menyerang, menghalang, menggalang atau melengah–lengahkan mana–mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kuasanya di bawah Bahagian ini;  
  (c) gagal untuk mematuhi apa–apa tuntutan yang sah mana–mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kewajipannya di bawah seksyen 232, 233 atau 236;  
  (d) enggan memberi kepada seorang pegawai penyiasat apa–apa maklumat yang semunasabahnya boleh dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;  
  (e) gagal untuk mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seorang pegawai penyiasat apa–apa harta, buku, dokumen atau artikel lain berhubungan dengan yang pegawai penyiasat itu mempunyai alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan atau kemungkiran telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini;  
  (f) mendapatkan balik atau berusaha untuk mendapatkan balik apa–apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;  
  (g) memberikan kepada seorang pegawai penyiasat maklumat sebagai benar, yang dia tahu atau mempunyai sebab bagi mempercayai adalah palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap; atau  
  (h) sebelum atau selepas apa–apa penyitaan, memecah atau selainnya memusnah apa–apa benda untuk menghalang penyitaan, atau melindungi benda itu.  
     (2)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Kehendak menyediakan terjemahan 238.     (1)     Jika seorang pegawai penyiasat menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik apa–apa komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat, dalam melaksanakan mana–mana kuasa di bawah Bahagian ini, dan buku itu, dokumen atau maklumat lain atau mana–mana bahagiannya adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa–apa isyarat atau kod, pegawai penyiasat itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang memiliki, menjaga atau mengawal komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu, untuk memberi kepada pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris mengenai output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu dalam apa–apa tempoh yang munasabah sebagaimana yang pegawai penyiasat itu boleh tentukan, dengan mengambil kira panjang output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat, atau hal keadaan lain yang berhubungan dengannya.  
     (2)    Tiada seorang pun boleh dengan pengetahuannya memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan yang tepat, jujur dan benar, atau dengan pengetahuannya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak tepat, jujur dan benar.  
     (3)    Jika orang yang dikehendaki untuk memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukan orang yang disyaki melakukan kesalahan atau kemungkiran di bawah penyiasatan, Bank hendaklah membayar kepadanya fi yang munasabah bagi terjemahan itu.  
     (4)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Kuasa untuk memeriksa orang 239.     (1)     Jika seorang pegawai penyiasat mengesyaki mana–mana orang telah melakukan suatu kesalahan atau suatu kemungkiran di bawah Akta ini, dia boleh, jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud suatu penyiasatan atas kesalahan itu—  
  (a) memerintahkan mana–mana orang secara bertulis supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubungan dengan apa–apa perkara yang boleh membantu dalam penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu;  
  (b) memerintahkan mana–mana orang secara bertulis untuk mengemukakan di hadapannya, dalam tempoh yang ditentukan oleh pegawai itu, apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang boleh membantu dalam penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu; atau  
  (c) dengan notis secara bertulis menghendaki mana–mana orang untuk memberikan satu penyataan bertulis yang dibuat atas sumpah atau ikrar menerangkan di dalamnya semua maklumat yang mungkin dikehendaki di bawah notis itu, maklumat yang boleh membantu dalam penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu.  
     (2)    Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b), atau suatu notis di bawah perenggan (1)(c), telah diberikan hendaklah mematuhi terma perintah atau notis itu, mengikut mana–mana yang berkenaan, dan, khususnya—  
  (a) seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah—  
  (i) hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai penyiasat itu sehingga pemeriksaan itu selesai; dan  
  (ii) di sepanjang pemeriksaan itu mendedahkan semua maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya yang dia sedang diperiksa, sama ada atau tidak apa–apa soalan dikemukakan kepadanya mengenai perkara itu, dan jika apa–apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, dan tidak boleh menolak untuk menjawab apa–apa soalan atas alasan yang soalan itu mungkin menunjukkan dia atau suami atau isterinya bersalah;  
  (b) seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia, atau mengurusniagakan, membelanjakan, atau melupuskan, apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang ditentukan dalam perintah itu, atau mengubahkan atau mencacatkan apa–apa catatan dalam output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu, atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan sedemikian; dan  
  (c) seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam penyataannya yang dibuat atas sumpah atau ikrar, mengemukakan dan mendedahkan dengan benar semua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapati olehnya, dan tidak boleh gagal untuk memberikan atau mendedahkan yang sama itu atas alasan yang ia mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah.  
     (3)    Seseorang yang kepadanya suatu perintah atau suatu notis diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah atau notis itu dan peruntukan subseksyen (2) berhubungan dengannya, walau apa pun mana–mana undang–undang, sama ada diperbuat sebelum atau selepas Akta ini berkuat kuasa, atau apa–apa sumpah, aku janji atau kehendak kerahsiaan, atau apa–apa obligasi di bawah apa–apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang bertentangan.  
     (4)    Jika mana–mana orang mendedahkan apa–apa maklumat atau mengemukakan apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda, menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang kali pertama disebut, mahupun mana–mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahan atau sebagai ejen atau pegawai orang yang kali pertama disebut itu mungkin bertindak, tidak boleh, disebabkan pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa–apa pendakwaan bagi mana–mana kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana–mana undang–undang, atau dikenakan apa–apa prosiding atau tuntutan dalam apa–apa bentuk atau apa–apa perihalan oleh mana–mana orang di bawah atau menurut kuasa mana–mana perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.  
     (5)    Seorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menahan bagi apa–apa jangka masa yang disifatkannya perlu, apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, atau artikel atau benda yang dikemukakan di hadapannya semasa penjalanan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), atau pemeriksaan orang yang sedang diperiksa olehnya di bawah perenggan (1)(a), atau yang mengemukakan apa–apa benda kepadanya di bawah perenggan (1)(b), untuk memastikan sama ada apa–apa yang berkaitan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau selainnya pada diri orang itu.  
     (6)    Suatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah dibuat dalam bentuk tulisan oleh pegawai penyiasat itu dan hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang yang sedang diperiksa atau diletakkan cap ibu jarinya, dan jika orang itu menolak untuk menandatangani rekod itu atau meletakkan cap ibu jarinya, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya dengan menyatakan hal penolakan itu dan sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.  
     (7)    Rekod suatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau suatu penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya semasa penjalanan suatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) atau di bawah suatu penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana–mana prosiding dalam mana–mana mahkamah bagi, atau berhubungan dengan—  
  (a) suatu kesalahan atau kemungkiran di bawah Akta ini;  
  (b) apa–apa perkara lain di bawah Akta ini; atau  
  (c) apa–apa kesalahan di bawah mana–mana undang–undang bertulis lain,  
  tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah diperiksa, atau yang mengemukakan harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda itu, atau yang telah membuat penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar, atau terhadap mana–mana orang lain.  
     (8)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) atau memberikan kepada seorang pegawai penyiasat apa–apa maklumat atau penyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa–apa butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Penyampaian perintah atau notis secara am, dsb. 240.     (1)     Apa–apa perintah atau notis yang diberikan di bawah Bahagian ini, hendaklah, jika ia dikehendaki untuk disampaikan kepada seorang individu, disampaikan dengan—  
  (a) menyerah hantarnya secara ke diri kepada orang yang notis itu diniatkan;  
  (b) menyerah hantarnya kepada orang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan atau perniagaan terkini diketahui yang orang itu diniatkan; atau  
  (c) menghantarnya melalui pos berdaftar kepada orang yang diniatkan.  
     (2)    Apa–apa perintah atau notis yang diberikan di bawah Bahagian ini hendaklah, jika dikehendaki untuk disampaikan kepada suatu pertubuhan perbadanan atau tidak diperbadankan, disampaikan dengan menyerah hantar perintah atau notis itu kepada seorang pegawai atau ejen pertubuhan perbadanan atau tidak diperbadankan itu di alamat berdaftarnya atau alamat perniagaannya.  
     (3)    Sekiranya pegawai yang menjalankan apa–apa perintah atau notis di bawah subseksyen (1) atau (2) berpuas hati, bagi sebab yang akan direkodkan olehnya secara bertulis, bahawa perintah atau notis itu tidak dapat disampaikan dengan cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) atau (2), perintah atau notis itu boleh disampaikan dengan meletakkan perintah atau notis itu pada bahagian premis yang mudah dilihat—  
  (a) yang individu bagi perintah atau notis itu diniatkan diketahui terakhir tinggal, terakhir bekerja atau terakhir menjalankan perniagaan; atau  
  (b) di alamat berdaftar atau alamat perniagaan pertubuhan perbadanan atau tidak diperbadankan terakhir yang diketahui kepada siapa perintah atau notis itu diniatkan,  
  dan dalam hal sedemikian perintah atau notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sempurna.  
     (4)    Sekiranya apabila suatu penyiasatan telah dibuat di bawah Akta ini, pegawai penyiasat mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan munasabah untuk mengesyaki bagi membenarkan pemulaan atau penerusan mana–mana prosiding terhadap mana–mana orang, pegawai penyiasat itu hendaklah menghendaki seorang pengadu, jika ada, dan seramai orang yang pegawai penyiasat itu mendapati mengetahui hal keadaan kes itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, untuk melaksanakan suatu jaminan untuk hadir di hadapan mana–mana mahkamah yang dinamakan padanya atau untuk memberikan keterangan dalam mana–mana prosiding mahkamah.  
     (5)    Sekiranya mana–mana pengadu atau orang yang disebut dalam subseksyen (4) menolak untuk melaksanakan suatu jaminan di bawah subseksyen itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan penolakan sedemikian kepada mahkamah yang boleh pada budi bicaranya mengeluarkan suatu waran atau saman untuk memastikan kehadiran pengadu atau orang itu.  
Penyerahan dokumen perjalanan 241.     (1)     Walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis yang bertentangan, seorang pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana–mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, untuk menyerahkan dokumen perjalanannya termasuk pasport atau permit keluar yang dalam milikannya, dalam apa–apa tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.  
     (2)    Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan secara peribadi kepada orang itu yang di alamatkan kepadanya mengikut seksyen 240.  
     (3)    Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1) disampaikan hendaklah mematuhi notis itu, jika dia gagal boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan seorang majistret.  
     (4)    Jika seseorang itu dibawa ke hadapan seorang majistret, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati majistret bahawa dia tidak memiliki suatu dokumen perjalanan, majistret itu hendaklah dengan waran menahan orang itu dalam penjara—  
  (a) sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh hukumannya itu; atau  
  (b) sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1),  
  yang mana berlaku lebih awal.  
     (5)    Bagi maksud subseksyen (4), suatu sijil yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang memberi kesan bahawa orang itu telah mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kebenaran yang mencukupi bagi Pesuruhjaya Penjara untuk melepaskan orang itu.  
     (6)    Seorang pegawai penyiasat boleh, dengan kelulusan bertulis Bank, melalui notis secara bertulis yang dikeluarkan oleh mana–mana pegawai imigresen, menghendaki bahawa mana–mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini dicegah daripada meninggalkan Malaysia.  
     (7)    Pegawai imigresen itu boleh, apabila diberitahu melalui suatu notis bertulis yang dibuat di bawah subseksyen (6), menghendaki orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, untuk menyerahkan pasportnya, permit keluarnya atau mana–mana dokumen perjalanannya lain dalam milikannya kepada seorang pegawai imigresen.  
Akta 155.    (8)    Tertakluk kepada mana–mana perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana–mana undang–undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, “pegawai imigresen” ertinya mana–mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].  
Agent provocateur 242.    Walau apa pun mana–mana undang–undang atau rukun undang–undang yang bertentangan, dalam mana–mana prosiding terhadap mana–mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini—  
  (a) tiada agent provocateur pun, sama ada dia seorang pegawai Bank atau tidak, boleh dianggap menjadi seorang rakan jenayah atau tidak boleh dipercayai hanya kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat dalam, atau telah bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu sekiranya maksud utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu;  
  (b) apa–apa penyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada seorang agent provocateur oleh mana–mana orang, termasuk mana–mana orang yang kemudiannya didakwa dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah menjadi boleh diterima sebagai keterangan dan diberikan kadar wajar dan pertimbangan dalam mana–mana perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan  
  (c) suatu sabitan bagi apa–apa kesalahan di bawah Akta ini yang semata–mata atas keterangan tanpa sokongan mana–mana agent provocateur tidak boleh menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya terhadap bahaya membuat sabitan atas keterangan sedemikian.  
Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam lain 243.    Bank boleh atas usahanya sendiri, atau atas permintaan seorang pegawai awam—  
  (a) membekalkan kepada seorang pegawai polis atau mana–mana pegawai awam lain suatu salinan mana–mana buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 232, 233 atau 236, atau apa–apa rekod pemeriksaan di bawah perenggan 239(1)(a), atau apa–apa penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat di bawah perenggan 239(1)(c) atau apa–apa buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah perenggan 239(1)(b), atau selainnya dalam penjalanan apa–apa pemeriksaan di bawah perenggan 239(1)(a), atau di bawah apa–apa penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan 239(1)(c), dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan rekod, penyataan, buku, output komputer, data, dokumen atau maklumat itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana–mana orang; atau  
  (b) membenarkan seorang pegawai polis atau mana–mana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa–apa harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen, maklumat, artikel atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa–apa pengetahuan yang diperoleh daripada akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana–mana orang.  
Pegawai penyiasat disifatkan sebagai pekhidmat awam dan pegawai awam
Akta 574.
244.    Seorang pegawai penyiasat hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574], dan sebagai seorang pegawai awam bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan 1950 atau mana–mana undang–undang bertulis lain yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank.  
  Penggal 2

Tindakan pentadbiran

 
Kuasa Bank untuk mengambil tindakan 245.     (1)     Seseorang telah melakukan suatu kemungkiran di bawah Akta ini sekiranya orang itu gagal untuk mematuhi atau memberi kesan kepada—  
  (a) mana–mana peruntukan Akta ini;  
  (b) mana–mana peraturan–peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;  
  (c) apa–apa perintah yang dibuat atau apa–apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh Bank termasuk suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 106 atau suatu arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 128 atau 168, subseksyen 225(6) atau seksyen 227; atau  
  (d) mana–mana standard, syarat, sekatan, penentuan, kehendak atau kod di bawah Akta ini.  
     (2)    Bank hendaklah mengambil kira perkara yang berikut dalam memutuskan tindakan sewajarnya yang akan diambil dalam setiap hal:  
  (a) keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang akan diambil di bawah di Akta ini;  
  (b) perkadaran tindakan yang akan diambil dengan kemungkiran yang dilakukan;  
  (c) pencegahan kemungkiran masa hadapan yang serupa keadaannya oleh orang lain; dan  
  (d) apa–apa perkara lain yang dipertimbangkan sebagai berkaitan pada pendapat Bank.  
     (3)    Sekiranya pada pendapat Bank bahawa seseorang itu telah melakukan suatu kemungkiran dan adalah wajar untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Bank boleh, tertakluk kepada seksyen 273, mengambil mana–mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:  
  (a) membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir—  
  (i) untuk mematuhi atau memberi kesan kepada; atau  
  (ii) untuk melakukan atau tidak melakukan apa–apa perbuatan untuk memastikan pematuhan dengan,  
    mana–mana peruntukan, peraturan–peraturan, perintah, arahan, standard, syarat, sekatan, penentuan, kehendak atau kod yang disebut dalam subseksyen (1);  
  (b) tertakluk kepada subseksyen (4), mengenakan suatu penalti monetari—  
  (i) mengikut perintah yang disiarkan dalam Warta yang dibuat di bawah seksyen 247 atau tiada perintah dibuat, apa–apa amaun yang Bank berpendapat patut, tetapi dalam apa–apa keadaan tidak melebihi lima juta ringgit dalam hal suatu kemungkiran yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan atau satu juta ringgit dalam hal suatu kemungkiran yang dilakukan oleh individu, mengikut mana–mana yang berkenaan;  
  (ii) yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun kasar ganjaran yang diperoleh atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu yang berbangkit daripada kemungkiran itu; atau  
  (iii) yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun wang yang menjadi hal perkara kemungkiran itu,  
    yang mana lebih besar untuk setiap kemungkiran atau kegagalan untuk mematuhi;  
  (c) mencela secara bertulis orang yang mungkir atau menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengeluarkan suatu kenyataan umum berhubungan dengan kemungkiran itu sekiranya pada pendapat Bank kemungkiran itu berkaitan bagi maklumat am orang awam;  
  (d) membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir itu mengambil apa–apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh Bank untuk mengurangkan kesan kemungkiran itu; atau  
  (e) membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau peserta pasaran untuk meremedi kemungkiran itu termasuk membuat restitusi kepada mana–mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu.  
     (4)    Bank boleh mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan (3)(b) hanya berkenaan dengan yang berikut:  
  (a) kemungkiran mana–mana peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual 15;  
  (b) kemungkiran apa–apa kehendak di bawah mana–mana peruntukan yang lain di bawah Akta ini jika tiada kesalahan diperuntukkan bagi ketidakpatuhan kehendak itu;  
  (c) kegagalan untuk mematuhi mana–mana kehendak yang dikenakan di bawah peraturan–peraturan yang dibuat di bawah Akta ini jika tiada peruntukan bagi pengenaan penalti diperuntukkan mengikut perenggan 271(2)(d); atau  
  (d) kegagalan untuk mematuhi mana–mana standard, kod, perintah, arahan, kehendak, syarat, penentuan, sekatan atau selainnya yang dibuat atau dikenakan menurut mana–mana peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual 15.  
     (5)    Sekiranya suatu kemungkiran dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, mana–mana tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap seseorang—  
  (a) yang ialah pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau rakan kongsinya, atau pernah berupa untuk bertindak dalam mana–mana keupayaan sedemikian; atau  
  (b) yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwalnya,  
  pada masa kemungkiran itu melainkan jika orang itu menunjukkan bahawa kemungkiran itu telah dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan segala usaha untuk mencegah kemungkiran itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira keadaan fungsinya dalam keupayaan itu dan kepada hal keadaan itu.  
     (6)    Sekiranya suatu kemungkiran dilakukan oleh seseorang—  
  (a) yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, atau berupa untuk bertindak atas mana–mana keupayaan sedemikian itu; atau  
  (b) yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu,  
  suatu tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan.  
     (7)    Bagi maksud perenggan (3)(e), dalam memutuskan sama ada apa–apa amaun perlu dibayar oleh seseorang yang mungkir, Bank hendaklah mengambil kira—  
  (a) sama ada satu atau lebih orang telah mengalami kehilangan atau terjejas selainnya berbangkit daripada kemungkiran itu; atau  
  (b) keuntungan yang terakru kepada orang yang mungkir itu.  
     (8)    Apa–apa penalti monetari yang dibayar oleh seseorang mengikut perenggan (3)(b) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.  
     (9)    Jika seseorang itu gagal membayar suatu penalti monetari yang dikenakan oleh Bank di bawah perenggan (3)(b) dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank, penalti yang dikenakan oleh Bank boleh diambil tindakan guaman atau didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.  
     (10)    Jika seseorang itu gagal untuk meremedi kemungkiran itu termasuk membuat restitusi kepada orang lain yang terkilan disebabkan kemungkiran di bawah perenggan (3)(e), walau apa pun apa–apa yang terkandung dalam undang–undang bertulis lain, Bank boleh membawa guaman dan mendapatkan kembali amaun itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan oleh kemungkiran itu.  
     (11)    Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh menghalang Bank daripada mengambil apa–apa tindakan yang ia diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini, secara khususnya, seksyen 106, 128 atau 168, atau mana–mana undang–undang bertulis.  
Menyerah simpan amaun yang tidak diagihkan dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut
Akta 370.
246.    Setakat apa–apa amaun yang dibayar di bawah perenggan 245(3)(e)atau subseksyen 245(10) yang tidak dapat diagihkan oleh orang yang mungkir selepas usaha yang munasabah untuk memberitahu orang yang terkilan gagal oleh sebab kesulitan memberitahu orang yang terkilan, amaun itu hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370].  
Kuasa Bank untuk menetapkan penalti monetari 247.    Bank boleh, bagi memberi kuat kuasa penuh atau pelaksanaan mudah subperenggan 245(3)(b)(i), atau bagi maksud objektif pengawalseliaan Akta ini, menetapkan perkara yang berikut sebagaimana yang disifatkannya perlu:  
  (a) mengelaskan atau menetapkan kemungkiran di bawah Akta ini dalam kategori kemungkiran yang berlainan; dan  
  (b) menetapkan, mengikut perenggan (a), suatu penalti monetari, atau suatu julat penalti monetari, berkenaan dengan setiap kategori.  
Permohonan bagi rayuan keputusan 248.     (1)     Mana–mana orang yang terkilan oleh suatu keputusan Bank di bawah perenggan 245(3)(b) atau (e) boleh dalam tempoh dua puluh satu hari selepas orang itu telah diberitahu keputusan itu, merayu dengan memfailkan suatu notis secara bertulis kepada Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari.  
     (2)    Keputusan Bank di bawah perenggan 245(3)(b) atau (e), mengikut mana–mana yang berkenaan, tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan.  
     (3)    Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari boleh memutuskan untuk mengesahkan keputusan Bank atau menghendaki Bank untuk mempertimbangkan semula dan mencapai suatu keputusan mengikut dapatan Jawatankuasa itu.  
Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari 249.     (1)     Suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari hendaklah ditubuhkan bagi maksud seksyen 248.  
     (2)    Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tiga tetapi tidak melebihi lima anggota yang dilantik oleh Menteri daripada pengarah bukan eksekutif Bank atau orang lain.  
     (3)    Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari boleh menentukan tatacaranya sendiri.  
  Penggal 3

Tindakan sivil

 
Tindakan sivil oleh Bank 250.    Jika Bank mendapati bahawa terdapat kebarangkalian munasabah bahawa mana–mana orang akan melanggar atau telah melanggar atau akan mungkir atau telah memungkiri atau berkemungkinan untuk gagal mematuhi atau telah gagal mematuhi mana–mana—  
  (a) peruntukan Akta ini;  
  (b) peruntukan mana–mana peraturan–peraturan yang dibuat menurut Akta ini;  
  (c) perintah yang dibuat atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akta ini termasuk suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 106 atau suatu arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 128 atau 168, subseksyen 225(6) atau seksyen 227;  
  (d) standard, syarat, sekatan, penentuan, kehendak atau kod yang dibuat atau dikeluarkan menurut mana–mana peruntukan Akta ini; atau  
  (e) tindakan yang diambil oleh Bank di bawah subseksyen 245(3),  
  Bank boleh memulakan prosiding sivil di mahkamah memohon apa–apa perintah yang ditentukan di bawah subseksyen 251(1) terhadap orang itu sama ada orang itu telah dituduh dengan suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran atau kemungkiran itu atau sama ada suatu pelanggaran atau kemungkiran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.  
Perintah oleh mahkamah 251.     (1)     Mahkamah boleh atas suatu permohonan oleh Bank di bawah seksyen 250 membuat satu atau lebih perintah yang berikut:  
  (a) suatu perintah menghendaki orang itu untuk membayar suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda—  
  (i) amaun kasar ganjaran yang diperoleh atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; atau  
  (ii) amaun wang yang menjadi hal perkara pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu,  
    mengikut mana–mana yang berkenaan;  
  (b) suatu perintah menghendaki orang itu membayar suatu penalti sivil dalam apa–apa amaun sebagaimana yang mahkamah berpendapat wajar setelah mengambil kira seriusnya atau beratnya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, tetapi dalam apa–apa keadaan tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit;  
  (c) suatu perintah—  
  (i) yang menahan orang itu daripada terlibat apa–apa kelakuan tertentu; atau  
  (ii) yang menghendaki pemberhentian pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;  
  (d) suatu perintah mengarahkan seseorang itu untuk melakukan suatu perbuatan tertentu;  
  (e) suatu perintah mengarahkan orang itu, atau mana–mana orang lain yang didapati terlibat dalam pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu untuk mengambil apa–apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah untuk mengurangkan kesan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;  
  (f) suatu perintah yang mengarahkan orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau peserta pasaran untuk meremedi pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu termasuk membuat restitusi kepada mana–mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;  
  (g) jika seorang itu telah enggan atau gagal untuk mematuhi apa–apa tindakan yang diambil oleh Bank di bawah subseksyen 245(3), suatu perintah mengarahkan orang itu mematuhi tindakan yang diambil oleh Bank; dan  
  (h) apa–apa perintah lain yang disifatkan wajar oleh mahkamah termasuk perintah sampingan yang disifatkan perlu berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana–mana peruntukan subseksyen ini.  
     (2)    Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) terhadap seseorang—  
  (a) yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi, atau pernah berupa untuk bertindak atas mana–mana keupayaan sedemikian; atau  
  (b) yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal,  
  suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan jika pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan melainkan jika, orang itu membuktikan bahawa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan usaha sedemikian untuk mencegah pelakuan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira keadaan fungsinya atas keupayaan itu dan hal keadaan itu.  
     (3)    Sekiranya suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dilakukan oleh seseorang—  
  (a) yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, atau yang berupa untuk bertindak atas mana–mana keupayaan sedemikian; atau  
  (b) yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan,  
  suatu arahan dibawah subseksyen (1) boleh dibuat terhadap pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu.  
     (4)    Apa–apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (1), hendaklah digunakan—  
  (a) pertamanya, untuk membayar ganti kepada Bank segala kos prosiding berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; dan  
  (b) keduanya, untuk membayar orang yang terkilan oleh pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan suatu perintah di bawah perenggan (1)(f); atau  
  (c) ketiganya, untuk membayar ke dalam dan membentuk sebahagian Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan melainkan jika mahkamah memerintahkan bagi apa–apa jumlah atau bahagian padanya untuk digunakan untuk membayar pampasan orang yang telah mengalami kerugian berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan.  
     (5)    Sekiranya orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau peserta pasaran mendapati adalah tidak praktikal untuk memberikan suatu remedi kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(f), memandangkan amaun yang bakal diagihkan kepada setiap orang atau kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang sepatutnya diberikan suatu remedi, orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau peserta pasaran hendaklah menyerah simpan amaun itu dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965.  
     (6)    Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah suatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.  
     (7)    Kuasa yang diberikan kepada mahkamah di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada mana–mana kuasanya yang lain, dan tidak mengurangkan kuasanya yang lain yang diperuntukkan di bawah mana–mana undang–undang bertulis yang lain.  
     (8)    Permohonan di bawah seksyen ini boleh dimulakan pada bila–bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh Bank menyedari tentang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.  
Tindakan sivil untuk menuntut pampasan 252.     (1)     Jika mana–mana orang—  
  (a) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana–mana undang–undang bertulis lain; atau  
  (b) telah melakukan apa–apa kesalahan yang dilakukan olehnya yang telah dikompaun di bawah seksyen 264,  
  dan kesalahan itu telah mengakibatkan, atau menyebabkan, atau berikutan dengan berlakunya kesalahan itu, mengakibatkan, atau menyebabkan, apa–apa kerugian atau kerosakan pada apa–apa keadaan atau dalam apa–apa bentuk kepada orang berlesen, Bank boleh memulakan tindakan sivil di mahkamah bagi maksud menuntut tanggung rugi daripada orang yang disebut dalam subseksyen (2).  
     (2)    Orang yang berikut hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk menanggung rugi orang berlesen secara penuh bagi apa–apa kerugian atau kerosakan kepada orang berlesen:  
  (a) orang yang disabitkan dengan kesalahan itu, atau orang yang kesalahannya telah dikompaun di bawah seksyen 264; dan  
  (b) mana–mana pengarah, pegawai atau pengawal orang berlesen, mana–mana orang lain yang berupa sebagai bertindak atas apa–apa keupayaan yang sedemikian, atau mana–mana orang yang dengan apa–apa cara jua atau sedikit sebanyaknya bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal orang berlesen, atau mana–mana orang yang sedang membantu dalam pengurusan sedemikian.  
     (3)    Mahkamah boleh, setelah menyemak suatu permohonan oleh Bank, membuat suatu perintah menentukan amaun wang yang orang yang disebut dalam subseksyen (2) bertanggungan untuk menanggung rugi orang berlesen.  
     (4)    Orang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak bertanggungan untuk menanggung rugi sedemikian kepada orang berlesen sekiranya—  
  (a) kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau dibiarkan olehnya; dan  
  (b) dia telah mengambil semua langkah berjaga–jaga yang munasabah dan telah melaksanakan usaha wajar untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang dia patut telah mengambil langkah mencegah atau telah melaksanakan, mengambil kira keadaan fungsinya dan semua hal keadaan yang kesalahan itu dilakukan.  
     (5)    Suatu amaun yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (3) hendaklah terpakai—  
  (a) pertamanya, untuk membayar ganti kepada Bank bagi segala kos prosiding untuk menuntut tanggung rugi; dan  
  (b) keduanya, untuk memberi pampasan kepada orang berlesen.  
     (6)    Tindakan sivil di bawah subseksyen (1) boleh dimulakan pada bila–bila masa dalam enam tahun dari tarikh yang orang itu telah disabitkan kesalahan di bawah Akta ini atau undang–undang bertulis lain atau dikompaun di bawah seksyen 264.  
Perintah interim 253.    Sekiranya suatu permohonan dibuat kepada suatu mahkamah bagi suatu perintah di bawah subsekyen 251(1) atau 252(1), mahkamah boleh, sekiranya disifatkannya wajar, sebelum mempertimbangkan permohonan itu, membuat suatu perintah interim daripada jenis perintah yang dipohon itu dan perintah itu hendaklah dinyatakan mempunyai kuat kuasa sementara menanti keputusan permohonan itu.  
Pelanggaran perintah mahkamah 254.     (1)     Mana–mana orang yang melanggar suatu perintah mahkamah di bawah subseksyen 251(1), 252(3) atau seksyen 253 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
     (2)    Subseksyen (1) tidak menjejaskan kuasa mahkamah berhubungan dengan hukuman menghina mahkamah.  
Tiada aku janji tentang ganti rugi 255.    Jika Bank membuat suatu permohonan bagi suatu perintah di bawah subseksyen 251(1) atau 252(1), mahkamah tidak boleh, sebagai suatu syarat bagi perintah itu diberikan, menghendaki apa–apa aku janji tentang ganti rugi yang kena diberikan oleh atau bagi pihak Bank.  
Tindakan lain 256.    Suatu permohonan yang dibuat menurut subseksyen 251(1) atau 252(1) tidak boleh memudaratkan apa–apa tindakan lain yang boleh diambil oleh Bank, orang yang terkilan atau orang berlesen, mengikut mana–mana yang berkenaan, di bawah Akta ini atau mana–mana undang–undang lain.  
Keterangan yang diperoleh daripada penyiasatan boleh digunakan dalam tindakan sivil 257.     (1)     Walau apa pun mana–mana undang–undang, apa–apa dokumen atau maklumat yang diperoleh oleh Bank dalam melaksanakan kuasa penyiasatannya terhadap—  
  (a) orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau peserta pasaran;  
  (b) mana–mana pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam perenggan (a);  
  (c) mana–mana ejen orang yang disebut dalam perenggan (a); atau  
  (d) mana–mana orang lain,  
  boleh digunakan oleh Bank dalam suatu tindakan sivil yang dimulakan oleh Bank.  
     (2)    Bagi mengelakkan keraguan, apa–apa dokumen atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diterima dalam mana–mana tindakan sivil di bawah Bahagian ini yang Bank ialah suatu pihak disebabkan hanya kerana Bank memperolehnya dalam melaksanakan kuasa penyiasatannya dan kebolehterimaan itu hendaklah diputuskan mengikut kaedah–kaedah keterangan di bawah mana–mana undang–undang.  
  Penggal 4

Kesalahan jenayah

 
Pemenjaraan 258.    Jika penalti pemenjaraan telah diperuntukkan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, penalti sedemikian tidak terpakai bagi suatu pertubuhan perbadanan yang disabitkan dengan kesalahan itu.  
Kesalahan berhubungan dengan catatan dalam dokumen 259.     (1)     Tiada seorang pun boleh—  
  (a) membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu;  
  (b) meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan ditinggalkan, apa–apa catatan; atau  
  (c) mengubah, mencabutkan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan untuk diubah, dicabut, disembunyikan atau dimusnahkan, apa–apa catatan,  
  dalam apa–apa buku atau rekod, atau dalam apa–apa laporan, helaian kertas, penyata atau apa–apa jua pun dokumen lain, yang berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal, transaksi, keadaan, harta, aset, liabiliti atau akaun, orang yang diberi kuasa atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.  
     (2)    Tiada seorang pun boleh mengelak daripada peruntukan Akta ini dengan mengubah, memalsukan, memusnahkan, mencacatkan, merosakkan, menyembunyikan atau mengalihkan apa–apa dokumen.  
     (3)    Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.  
Kesalahan yang dilakukan oleh mana–mana orang yang bertindak dalam keupayaan rasmi 260.     (1)     Jika sesuatu kesalahan itu dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, seseorang itu—  
  (a) yang ialah pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau rakan kongsinya atau berupa sebagai bertindak dalam mana–mana keupayaan sedemikian; atau  
  (b) yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwalnya,  
  pada masa kesalahan itu dilakukan adalah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkannya dan bahawa dia telah melaksanakan apa–apa usaha untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira keadaan fungsinya dalam keupayaan itu dan hal keadaan itu.  
     (2)    Seseorang individu itu boleh didakwa untuk suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) walau apa pun pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu tidak disabitkan dengan kesalahan sama ada suatu pendakwaan telah dimulakan atau sabitan telah diperoleh terhadap pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu.  
     (3)    Subseksyen (1) tidak boleh menjejaskan liabiliti jenayah pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen itu.  
     (4)    Penalti pemenjaraan bagi suatu kesalahan terpakai bagi seseorang individu yang disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), walau apa pun pemenjaraan itu tidak terpakai bagi pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan menurut seksyen 258.  
Kesalahan oleh pekerja, dsb. 261.    Jika seseorang bertanggungan di bawah Akta ini kepada suatu penalti bagi apa–apa tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran, orang itu hendaklah bertanggungan bagi penalti yang sama bagi tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran pekerjanya, pengarahnya, pengawalnya, atau ejennya sekiranya tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran itu dilakukan oleh—  
  (a) pekerjanya semasa penjalanan pekerjaan pekerja itu;  
  (b) pengarahnya semasa menjalankan fungsi sebagai pengarah;  
  (c) pengawalnya semasa menjalankan fungsi sebagai pengawal; atau  
  (d) ejennya apabila bertindak bagi pihaknya.  
Kesalahan boleh tangkap 262.    Tiap–tiap kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu kesalahan boleh tangkap, dan seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada pangkat Inspektor, atau pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 230 boleh menangkap tanpa waran seseorang yang dia secara munasabah mengesyaki telah melakukan atau sedang melakukan kesalahan itu.  
Kewajipan pegawai penyiasat untuk menyerahkan orang yang ditangkap kepada pihak polis 263.    Seorang pegawai penyiasat yang membuat suatu tangkapan di bawah seksyen 262 hendaklah menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada seorang pegawai polis tanpa kelengahan yang tidak berpatutan dan orang yang ditangkap itu hendaklah diuruskan mengikut undang–undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah seolah–olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.  
Kuasa untuk mengkompaun 264.     (1)     Gabenor boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun mana–mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana–mana peraturan–peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu, apa–apa jumlah wang tidak melebihi amaun denda maksimum yang orang itu boleh bertanggungan sekiranya dia telah disabitkan kesalahan itu, dalam apa–apa masa sebagaimana yang ditentukan dalam tawaran itu.  
     (2)    Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila–bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa–apa pendakwaan baginya dimulakan, dan sekiranya amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa–apa tempoh yang dilanjutkan yang boleh diberikan oleh Gabenor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila–bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.  
     (3)    Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat, dan apa–apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Bank, tertakluk kepada apa–apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Bank.  
     (4)    Semua jumlah wang yang diterima di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.  
Percubaan, persubahatan dan pakatan 265.     (1)     Mana–mana orang yang—  
  (a) cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;  
  (b) membuat suatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi membantu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau  
  (c) bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu diertikan dalam Kanun Keseksaan) suatu kesalahan di bawah Akta ini, sama ada kesalahan itu dilakukan akibat daripadanya,  
  melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti bagi kesalahan itu.  
     (2)    Suatu peruntukan Akta ini yang merujuk kepada suatu kesalahan di bawah suatu peruntukan tertentu Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk suatu sebutan kepada suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubungan dengan kesalahan di bawah peruntukan tertentu itu.  
Pendakwaan 266.    Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.  
  Penggal 5

Perkara am

 
Perlindungan berhubungan dengan pendedahan maklumat kepada Bank 267.     (1)     Jika seseorang itu mendedahkan secara suci hati kepada Bank, pengetahuannya atau kepercayaannya atau apa–apa dokumen atau maklumat bahawa suatu kemungkiran atau pelanggaran telah berlaku atau mungkin akan berlaku di bawah Akta ini—  
  (a) orang itu tidak bertanggungan bagi suatu kemungkiran suatu kewajipan kerahsiaan yang dikenakan oleh mana–mana undang–undang, kontrak atau kaedah–kaedah amalan profesional;  
  (b) ia hendaklah menjadi suatu pembelaan dalam suatu tindakan, guaman, dakwaan atau prosiding yang dibawa, dimulakan atau diteruskan dalam mana–mana mahkamah atau di hadapan mana–mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang membuat pendedahan kepada Bank yang ia percaya pendedahan itu perlu bagi menjalankan kuat kuasa peruntukan Akta ini; atau  
  (c) tidak ada kontrak atau hak atau remedi lain boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu atas sebab pendedahan itu.  
     (2)    Apa–apa dokumen atau maklumat yang didedahkan kepada Bank di bawah subseksyen (1) dan maklumat dan pengenalan diri orang yang membuat pendedahan itu hendaklah menjadi rahsia antara Bank dan orang yang membuat pendedahan itu.  
Peruntukan keterangan 268.    Dalam mana–mana prosiding jenayah atau sivil di bawah Akta ini—  
  (a) apa–apa penyataan yang berupa untuk ditandatangani oleh Gabenor atau mana–mana orang lain yang diberi kuasa untuk melaksanakan fungsi Bank bagi pihaknya, yang menjadi sebahagian atau dilampirkan kepada apa–apa surat, daftar, rekod atau dokumen, tidak kira bagaimana sekalipun dinyatakan, disebut atau dilambangkan; atau  
  (b) pengemukaan suatu salinan cetakan suatu standard, penentuan, perintah bertulis, arahan, petunjuk, notis, kehendak, syarat atau sekatan, surat, daftar, rekod, dokumen atau mana–mana instrumen lain yang ditentukan atau dikeluarkan menurut Akta ini,  
  hendaklah, sehingga yang bertentangan dibuktikan, menjadi keterangan apa–apa hakikat yang tercatat dalamnya.  
Kuasa Bank untuk menyiarkan maklumat 269.    Bank boleh, jika difikirkannya perlu, menyiarkan dalam apa–apa bentuk dan cara yang difikirkannya sesuai, apa–apa maklumat berhubungan dengan—  
  (a) apa–apa tindakan penguatkuasaan yang diambil di bawah Akta ini termasuk prosiding jenayah, pengkompaunan, tindakan sivil dan tindakan pentadbiran; dan  
  (b) keputusan tindakan yang disebut di perenggan (a) termasuk keputusan mana–mana prosiding, penyelesaian dalam atau luar mahkamah berkaitan dengan apa–apa kemungkiran atau pelanggaran peruntukan Akta ini.  
  BAHAGIAN  XVII

PERUNTUKAN AM

 
Aku janji yang boleh dikuatkuasakan 270.     (1)     Menteri atau Bank boleh menerima suatu aku janji bertulis yang diberikan oleh seseorang berkaitan dengan suatu perkara berhubungan dengan yang Menteri atau Bank, mengikut mana–mana yang berkenaan, mempunyai kuasa atau fungsi di bawah Akta ini.  
     (2)    Aku janji yang diterima di bawah subseksyen (1) boleh diubah atau ditarik balik oleh orang yang memberi aku janji itu dengan kebenaran Menteri atau Bank, mengikut mana–mana yang berkenaan.  
     (3)    Sekiranya Bank berpendapat bahawa orang yang telah memberikan suatu aku janji bertulis telah memungkiri mana–mana terma aku janji itu—  
  (a) yang diberikan kepada Bank, Bank boleh memohon; atau  
  (b) yang diberikan kepada Menteri, Bank boleh mengesyorkan kepada Menteri untuk memohon,  
  kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah di bawah subsekyen (4) melalui saman pemula.  
     (4)    Sekiranya Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa seseorang itu telah memungkiri suatu terma aku janji, Mahkamah Tinggi itu boleh membuat mana–mana atau semua perintah yang berikut:  
  (a) suatu perintah mengarahkan orang itu untuk mematuhi aku janji itu;  
  (b) suatu perintah mengarahkan orang itu untuk membayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan suatu amaun setakat amaun apa–apa manfaat kewangan yang orang itu peroleh (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dan yang berpunca secara munasabah daripada kemungkiran itu;  
  (c) apa–apa perintah yang Mahkamah Tinggi berpendapat wajar mengarahkan orang itu untuk memberikan pampasan mana–mana orang lain yang mengalami kerugian atau kerosakan akibat daripada kemungkiran itu; atau  
  (d) apa–apa perintah lain yang Mahkamah Tinggi berpendapat wajar.  
     (5)    Bank hendaklah berhak untuk didengar dalam prosiding yang berhubungan dengan suatu permohonan kepada Mahkamah Tinggi berkenaan dengan suatu kemungkiran aku janji yang diberikan kepada Menteri.  
Peraturan–peraturan 271.     (1)     Menteri boleh, atas syor Bank, membuat apa–apa peraturan–peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi—  
  (a) memberikan kesan penuh kepada peruntukan Akta ini;  
  (b) menjalankan atau mencapai objektif pengawalseliaan dan maksud Akta ini;  
  (c) melaksanakan selanjutnya, dengan lebih baik atau dengan lebih mudah peruntukan Akta ini; atau  
  (d) mengadakan peruntukan bagi apa–apa perkara tambahan, sampingan atau berbangkit berhubungan dengan Akta ini.  
     (2)    Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), peraturan–peraturan boleh dibuat—  
  (a) untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan oleh Bank melalui penyeliaan, pengawalseliaan, sekatan, larangan, atau bagaimana jua pun selainnya, berkenaan dengan penyediaan pembiayaan, aktiviti perantaraan kewangan Islam sebagaimana yang diertikan dalam seksyen 222, perkhidmatan perbankan Islam atau perkhidmatan takaful yang diberikan atau dijalankan oleh orang selain orang yang diberi kuasa;  
  (b) untuk mengadakan peruntukan mengenai borang berkenaan dengan apa–apa perkara di bawah Akta ini, atau di bawah mana–mana peraturan–peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;  
  (c) untuk mengadakan peruntukan bagi fi kena dibayar kepada Bank berkenaan dengan apa–apa perkara di bawah Akta ini atau di bawah mana–mana peraturan–peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini; dan  
  (d) untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti atas apa–apa kesalahan di bawah peraturan–peraturan yang tidak melebihi pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua–duanya.  
     (3)    Peraturan–peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan semua atau mana–mana golongan, kategori atau perihalan orang, dan boleh membuat peruntukan berlainan bagi golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.  
Peruntukan yang berhubungan dengan kelulusan, keizinan, standard, kod, penentuan, notis, kehendak, arahan atau langkah–langkah 272.     (1)     Melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan jelas, apa–apa kelulusan atau keizinan yang diberikan, atau apa–apa standard, kod, penentuan, notis, kehendak, arahan atau langkah–langkah yang ditentukan atau dikeluarkan, di bawah Akta ini—  
  (a) boleh dibuat sama ada secara am atau khusus;  
  (b) boleh dipinda atau dibatalkan oleh Bank atau Menteri, mengikut mana–mana yang berkenaan; atau  
  (c) hendaklah dikeluarkan atau disampaikan mengikut cara sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Bank dan adalah sah bagi semua maksud.  
     (2)    Apa–apa kelulusan atau keizinan di bawah subseksyen (1) boleh menjadi—  
  (a) mutlak atau bersyarat; atau  
  (b) terhad supaya habis tempoh pada suatu tarikh yang ditentukan, melainkan jika diperbaharui.  
Peluang untuk membuat representasi 273.     (1)     Jika—  
  (a) Menteri, atas syor Bank, bercadang untuk mengambil apa–apa tindakan terhadap mana–mana orang di bawah subseksyen 13(1), 18(1) atau (2), 39(3) atau seksyen 205; atau  
  (b) Bank bercadang untuk mengambil apa–apa tindakan terhadap mana–mana orang di bawah subseksyen 13(1), 18(1), (2) atau (3), 33(4) atau 39(3), seksyen 44 atau 49, subseksyen 106(2), 128(2) atau (3), 132(1), 152(5) atau 168(1), seksyen 174, subseksyen 179(1) atau 184(1) atau terhadap mana–mana orang yang mungkir yang disebut dalam subseksyen 245(1),  
  Bank hendaklah menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis mengenai tindakan yang dicadangkan itu.  
     (2)    Notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan—  
  (a) tindakan yang Menteri atau Bank, mengikut mana–mana yang berkenaan, bercadang untuk mengambil dan alasan bagi tindakan itu;  
  (b) tempoh yang orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana–mana yang berkenaan;  
  (c) dalam hal apa–apa tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen 106(2), 152(5) atau 245(3), ketidakpatuhan atau kemungkiran yang dilakukan oleh orang itu; dan  
  (d) jika Bank bercadang untuk mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan 245(3)(b), hak orang yang mungkir itu untuk membayar, dalam suatu tempoh yang ditentukan dalam notis, penalti monetari yang dinyatakan dalam notis itu.  
     (3)    Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan suatu peluang yang munasabah untuk membuat suatu representasi bertulis kepada Menteri atau Bank, mengikut mana–mana yang berkenaan, dengan mengemukakan representasi itu kepada Bank dalam empat belas hari dari tarikh notis oleh Bank.  
     (4)    Selepas habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis oleh Bank dan mempertimbangkan apa–apa representasi bertulis di bawah subseksyen (3), Menteri, atas syor Bank, atau Bank, mengikut mana–mana yang berkenaan, hendaklah memutuskan sama ada untuk—  
  (a) meneruskan tindakan yang dicadangkan atau pengubahan tindakan itu; atau  
  (b) tidak mengambil tindakan selanjutnya.  
     (5)    Menteri atau Bank, mengikut mana–mana yang berkenaan, hendaklah memberikan orang yang disebut dalam subseksyen (1) suatu notis bertulis mengenai keputusan di bawah subseksyen (4) dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam notis itu.  
     (6)    Walau apa pun subseksyen (1), Menteri atau Bank boleh, mengikut mana–mana yang berkenaan, mengambil tindakan yang dicadangkan terlebih dahulu dan peluang untuk membuat representasi hendaklah diberikan serta–merta selepas tindakan telah diambil sekiranya apa–apa kelengahan dalam mengambil tindakan yang dicadangkan akan memudaratkan kepentingan mana–mana orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pendeposit, pemegang akaun pelaburan, peserta takaful, peserta, pemiutang, sistem kewangan atau orang awam secara amnya.  
     (7)    Menteri atau Bank boleh, mengikut mana–mana yang berkenaan, mengesahkan, meminda atau membatalkan pelaksanaan tindakan yang diambil di bawah subseksyen (6) berbangkit daripada representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu.  
     (8)    Subseksyen (6) tidak terpakai bagi apa–apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 245.  
     (9)    Seksyen ini tidak terpakai bagi—  
  (a) suatu tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen 13(1) melainkan jika tindakan yang dicadangkan itu mungkin akan memudaratkan kepentingan orang yang disebut dalam subseksyen (1); dan  
  (b) suatu pembatalan suatu lesen di bawah perenggan 18(1)(f)(g)atau (h).  
Pengecualian 274.    Menteri boleh, atas syor Bank dan dengan syarat bahawa ianya selaras dengan objek dan fungsi Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau objektif pengawalseliaan Akta ini, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana–mana orang tertentu atau mana–mana golongan, kategori atau perihalan orang, daripada semua atau mana–mana peruntukan Akta ini, bagi apa–apa tempoh, dan tertakluk kepada apa–apa syarat, sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu.  
Kuasa Menteri untuk meminda Jadual 275.    Menteri boleh, atas syor Bank, dari semasa ke semasa, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda mana–mana peruntukan dalam Jadual 1, 2, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 dan 13 Akta ini dan apabila disiarkan sedemikian, peruntukan itu sebagaimana yang dipinda hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya dan hendaklah disifatkan menjadi suatu bahagian penting Akta ini dari tarikh penyiaran itu atau dari tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.  
Keputusan Menteri adalah muktamad 276.    Apa–apa keputusan yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini adalah muktamad.  
Kuasa Bank untuk mengeluarkan panduan 277.    Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis kepada mana–mana orang atau kepada mana–mana golongan, kategori atau perihalan orang yang mengandungi apa–apa maklumat, nasihat atau syor yang difikirkannya patut—  
  (a) berkenaan dengan peruntukan Akta ini;  
  (b) bagi maksud menjalankan atau mencapai objektif pengawalseliaan Akta ini; atau  
  (c) berkenaan dengan apa–apa perkara lain yang, pada pendapat Bank, perlu untuk memberikan maklumat, nasihat atau syor.  
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang–undang 278.    Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain pun boleh diambil atau dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana–mana mahkamah atau di hadapan mana–mana pihak berkuasa lain terhadap—  
  (a) Menteri;  
  (b) Bank;  
  (c) Gabenor;  
  (d) Timbalan Gabenor; atau  
  (e) mana–mana pengarahnya, pegawainya atau pekerjanya atau mana–mana orang yang bertindak bagi pihak Bank,  
  bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa–apa perbuatan yang dilakukan atau penyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa untuk dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau pada melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan akan, Akta ini, atau apa–apa perintah bertulis, arahan, petunjuk, notis atau apa–apa jua pun benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini, sekiranya perbuatan itu atau penyataan itu telah dilakukan atau dibuat, atau telah ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.  
Pemakaian Akta Syarikat 1965 279.     (1)     Jika orang yang diberi kuasa, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau orang yang ditetapkan sebagai suatu institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 223 adalah suatu perbadanan yang semua atau mana–mana peruntukan Akta Syarikat 1965 terpakai, peruntukan itu hendaklah sebagai tambahan kepada peruntukan Akta ini dan bukannya sebagai mengurangkannya, tetapi jika terdapat apa–apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta ini dalam pemakaiannya masing–masing bagi orang atau pengendali itu, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.  
     (2)    Jika apa–apa kesulitan atau keraguan berbangkit dalam pemakaian subseksyen (1) berhubungan dengan mana–mana orang yang diberi kuasa atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang tertentu, atau apa–apa perkara atau hal keadaan tertentu, atau pada amnya, Menteri boleh apabila kesulitan atau keraguan itu dirujukkan kepadanya oleh Bank, menyelesaikannya melalui suatu arahan secara bertulis.  
Pemakaian peruntukan tertentu Akta ini bagi entiti Labuan
Akta 545.
280.     (1)     Bagi maksud seksyen ini, “Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545].  
     (2)    Tanpa memudaratkan keluasan Penggal 2 Bahagian XV, peruntukan dalam Penggal itu hendaklah terpakai bagi mana–mana orang yang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Bank boleh menjalankan apa–apa kuasa dan melaksanakan apa–apa fungsi di bawah Akta ini untuk memastikan pematuhan Penggal 2 Bahagian XV oleh orang itu.  
     (3)    Bagi maksud Bank menjalankan pengawasan atas kumpulan kewangan, suatu sebutan kepada—  
  (a) “subsidiari” dalam seksyen 127 dan 128; dan  
  (b) “perbadanan yang berkaitan” dalam Bahagian XI dan XII,  
  hendaklah disifatkan untuk termasuk seseorang yang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan jika orang itu dalam kumpulan kewangan itu.  
     (4)    Seksyen 178 dan 185 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 dan seksyen 139 dan 146 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 tidak menyekat Bank dalam menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi di bawah seksyen 127 atau 128, atau Bahagian XI atau XII, dan Bank boleh menjalankan apa–apa kuasa dan melaksanakan apa–apa fungsi di bawah Akta ini untuk memastikan pematuhan seksyen 127 atau 128, atau Bahagian XI atau XII.  
     (5)    Seksyen 146 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 tidak menyekat pemakaian Akta ini bagi mana–mana orang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang, di bawah Akta ini—  
  (a) mengendalikan sistem pembayaran, ialah peserta, atau mengeluarkan instrumen pembayaran Islam; atau  
  (b) ialah peserta pasaran.  
Kemungkiran atau pelanggaran tidak menjejaskan kontrak, perjanjian atau perkiraan 281.    Kecuali diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, atau menurut mana–mana peruntukan Akta ini, tiada kontrak, perjanjian atau perkiraan pun, yang dibuat memungkiri atau melanggar mana–mana peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tidak sah semata–mata oleh sebab kemungkiran atau pelanggaran itu:  
     Dengan syarat bahawa tiada apa jua pun dalam seksyen ini boleh menjejas mana–mana liabiliti mana–mana orang bagi mana–mana tindakan pentadbiran, sivil atau jenayah di bawah Akta ini berkenaan dengan mana–mana kemungkiran atau pelanggaran.  
  BAHAGIAN  XVIII

PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN

 
Pemansuhan 282.    Akta Bank Islam 1983 dan Akta Takaful 1984 adalah dimansuhkan.  
Kecualian dan peralihan 283.    Walau apa pun seksyen 282—  
  (a) apa–apa kaedah–kaedah, peraturan–peraturan, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain, yang dibuat dan apa–apa kelulusan, kuasa, keizinan, keputusan, arahan, pengecualian, notis, perintah, kebenaran, syor, kehendak, penentuan atau tindakan eksekutif lain, yang diberikan atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan telah dibuat, diberi atau dilakukan di bawah suatu peruntukan bersamaan, dalam Akta ini atau suatu peruntukan bersamaan dalam mana–mana arahan yang dikeluarkan menurut seksyen 168, subseksyen 225(6) atau seksyen 227, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubungan dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan, kecuali perundangan subsidiari yang dinyatakan dalam Jadual 16 yang disifatkan telah dibatalkan;  
  (b) tiap–tiap garis panduan, arahan, surat pekeliling atau notis di bawah Akta yang dimansuhkan berhubungan dengan mana–mana perkara yang bersamaan dengan mana–mana peruntukan Akta ini, yang dikeluarkan sebelum tarikh yang ditetapkan dan berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan sebagai standard yang telah ditentukan menurut undang–undang di bawah mana–mana peruntukan Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubungan dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan;  
  (c) apa–apa permohonan bagi suatu lesen, kelulusan, pemberikuasaan, pemberitahuan, akuan terima, keizinan, kebenaran atau bagi apa–apa maksud lain jua pun, yang dibuat oleh mana–mana orang di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan dan yang belum selesai sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah—  
  (i) sekiranya terdapat suatu peruntukan bersamaan dalam Akta ini atau dalam mana–mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227 diuruskan seolah–olah ia dibuat di bawah peruntukan itu;  
  (ii) sekiranya suatu peruntukan berlainan telah dibuat bagi permohonan di bawah Akta ini atau dalam mana–mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227, diuruskan mengikut mana–mana peruntukan itu; dan  
  (iii) sekiranya tiada peruntukan bersamaan dalam Akta ini atau peruntukan berlainan telah dibuat bagi permohonan di bawah Akta ini atau dalam mana–mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227, luput pada tarikh yang ditetapkan dan apa–apa fi atau bayaran lain yang diterima dengan permohonan itu hendaklah dikembalikan kepada orang itu;  
  (d) semua transaksi, kemudahan pembiayaan, urus niaga, kontrak, surat kuasa wakil atau perkiraan yang disempurnakan atau dibuat menurut undang–undang, dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang–undang di bawah Akta yang dimansuhkan dengan mana–mana orang hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang–undang dan sah di bawah Akta ini, dan dengan sewajarnya, apa–apa hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga, perniagaan itu yang sedia ada sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan terus menjadi menurut undang–undang dan sah di bawah Akta ini;  
  (e) tanpa mengehadkan keluasan perenggan (d), semua sijil takaful yang dikeluarkan, semua transaksi atau urus niaga yang disempurnakan atau dibuat menurut undang–undang, dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang–undang, di bawah Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan oleh seseorang yang dilesenkan di bawah Akta yang dimansuhkan itu dan telah diberi kuasa atau didaftarkan atau disifatkan telah diberi kuasa atau didaftarkan di bawah Akta ini, dengan mana–mana peserta takaful, pelanggan, pemiutang, penghutang atau orang lain hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang–undang dan sah di bawah Akta ini, dan mana–mana hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga atau perniagaan yang sedia ada sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan terus menjadi menurut undang–undang dan sah di bawah Akta ini;  
  (f) tiada apa jua pun yang boleh menjejaskan liabiliti mana–mana orang untuk disiasat, didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan;  
  (g) apa–apa prosiding undang–undang, pendakwaan jenayah atau penyiasatan yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah diteruskan di bawah Akta yang dimansuhkan itu seolah–olah Akta yang dimansuhkan itu berkuat kuasa;  
  (h) tertakluk kepada perenggan (i), apa–apa sebutan kepada Akta yang dimansuhkan dalam mana–mana undang–undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada Akta ini dan apa–apa sebutan kepada mana–mana peruntukan khusus Akta yang dimansuhkan dalam mana–mana undang–undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada suatu peruntukan Akta ini yang bersamaan dengan seberapa hampir kepada peruntukan khusus itu;  
Akta 17. (i) apa–apa sebutan kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] yang dimansuhkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau kawalan pertukaran atau apa–apa peruntukan khusus, atau secara amnya kepada peruntukan, Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang dimansuhkan dalam mana–mana undang–undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada seksyen 225 atau 227 Akta ini atau suatu peruntukan bersamaan dalam mana–mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227;  
Akta 731. (j) apa–apa sebutan kepada seorang “peniaga yang diberi kuasa” dalam subseksyen 1(3) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731] hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada bank Islam berlesen di bawah Akta ini dan tafsiran seorang “peniaga yang diberi kuasa” dalam seksyen 2 Akta itu hendaklah diertikan dengan sewajarnya.  
  (k) apa–apa hak, manfaat, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta ini; dan  
  (l) semua tindakan atau benda lain yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilakukan di bawah Akta ini dan dengan sewajarnya, hendaklah terus menjadi sah dan menurut undang–undang di bawah Akta ini.  
Kecualian berkenaan dengan lesen yang diberikan dan pendaftaran yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan 284.     (1)     Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (2)—  
  (a) lesen yang diberikan kepada seseorang oleh Menteri di bawah seksyen 3 dan seksyen 30B Akta Bank Islam 1983 yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam atau perniagaan perbankan Islam antarabangsa, mengikut mana–mana yang berkenaan, di bawah Akta itu hendaklah disifatkan sebagai lesen yang diberikan di bawah seksyen 10 yang memberi kuasa kepada orang itu untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam atau perniagaan perbankan Islam antarabangsa, mengikut mana–mana yang berkenaan;  
  (b) suatu pendaftaran sebagai pengendali takaful di bawah seksyen 8 dan pengendali takaful antarabangsa di bawah seksyen 40B Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan takaful atau perniagaan takaful antarabangsa, mengikut mana–mana yang berkenaan, di bawah Akta itu hendaklah disifatkan sebagai lesen yang diberikan di bawah seksyen 10 yang memberi kuasa kepada orang itu untuk menjalankan perniagaan takaful atau perniagaan takaful antarabangsa, mengikut mana–mana yang berkenaan;  
  (c) lesen yang diberikan kepada seseorang oleh Bank di bawah seksyen 37 Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan pembrokeran takaful, hendaklah disifatkan sebagai suatu kebenaran yang diberikan di bawah seksyen 11 yang memberi kuasa orang itu untuk menjalankan perniagaan pembrokeran takaful; dan  
  (d) ajuster yang dilesenkan oleh Bank di bawah seksyen 38 Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan pengajusteran hendaklah disifatkan sebagai seorang yang berdaftar di bawah subseksyen 18(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.  
     (2)    Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terus menjadi tertakluk kepada syarat terpakai baginya sebelum tarikh yang ditetapkan, seolah–olah syarat itu dikenakan di bawah Akta ini.  
Kecualian dan peruntukan peralihan berkenaan dengan peruntukan khusus Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan 285.    Walau apa pun pemansuhan Akta Takaful 1984 di bawah seksyen 282, kumpulan wang takaful yang ditubuhkan dan disenggarakan di bawah seksyen 16 Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah ditubuhkan atau disenggarakan di bawah seksyen 90.  
Penukaran kepada perniagaan takaful tunggal 286.    Pengendali takaful berlesen, selain pengendali takaful semula profesional berlesen, yang secara sahnya menjalankan kedua–dua perniagaan takaful keluarga dan takaful am di bawah Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan hendaklah mematuhi subseksyen 16(1) dalam lima tahun dari tarikh yang ditetapkan atau mana–mana tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, atas syor Bank, melalui notis bertulis kepada pengendali takaful berlesen itu setelah menerima permohonan bertulisnya sebelum habis tempoh lima tahun itu.  
Pengendali takaful berlesen yang ialah suatu syarikat persendirian hendaklah bertukar kepada suatu syarikat awam 287.    Pengendali takaful berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan yang ialah suatu syarikat persendirian dan adalah disifatkan sebagai pengendali takaful berlesen di bawah perenggan 284(1)(b), hendaklah bertukar kepada suatu syarikat awam mengikut Akta Syarikat 1965 dalam dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan atau mana–mana tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, atas syor Bank, melalui notis bertulis kepada pengendali takaful berlesen itu setelah menerima permohonan bertulisnya sebelum habis tempoh dua belas bulan itu.  
Kecualian berkenaan dengan deposit Islam di bawah Akta Bank Islam 1983 yang dimansuhkan 288.    Deposit Islam yang disetuju terima oleh suatu bank Islam atau bank Islam antarabangsa daripada pendeposit di bawah Akta Bank Islam 1983 yang dimansuhkan yang tidak termasuk dalam takrifan deposit Islam di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai deposit Islam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta ini sehinggalah tarikh sedemikian yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Bank.  
Kecualian berkenaan dengan kelulusan yang diberikan, untuk instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan di bawah Akta Sistem Pembayaran 2003 yang dimansuhkan
Akta 627.
289.    Pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan, yang telah memperoleh suatu kelulusan bertulis di bawah subseksyen 25(1) Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627] yang dimansuhkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 hendaklah disifatkan sebagai telah diluluskan di bawah seksyen 11 berkenaan dengan pengeluaran instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan itu.  
Kecualian berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan 290.     (1)     Suatu syarikat yang telah memegang melebihi lima puluh peratus kepentingan dalam syer secara sah di dalam bank Islam berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang dimansuhkan atau pengendali takaful berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan, hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada Bank bagi ia diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa–apa tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.  
     (2)    Suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diuruskan seolah–olah ia dibuat di bawah seksyen 122 dan suatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) yang gagal untuk mengemukakan permohonan selepas habis tempoh dua belas bulan atau apa–apa tempoh lanjut yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil apa–apa tindakan di bawah perenggan 245(3).  
Kecualian berkenaan dengan deposit Islam yang disetuju terima oleh koperasi 291.     (1)     Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, tiada apa jua pun yang terkandung dalam seksyen 149 dan 150 boleh menjadikan tidak sah apa–apa deposit Islam yang disetuju terima secara sah di sisi undang–undang oleh sesuatu koperasi daripada seorang yang bukan anggota kepada koperasi itu sebelum tarikh yang ditetapkan dengan syarat bahawa koperasi itu hendaklah, dalam enam bulan dari tarikh yang ditetapkan atau mana–mana tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengemukakan suatu permohonan kepada Bank berserta dengan apa–apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk ia terus menyetuju terima deposit Islam daripada bukan anggota.  
     (2)    Bank boleh meluluskan, dengan syarat atau tidak, atau menolak permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) dan suatu koperasi yang diberikan kelulusan hendaklah mematuhi apa–apa syarat yang dikenakan atasnya oleh Bank.  
     (3)    Bank boleh memberikan suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) sekiranya Bank berpuas hati bahawa koperasi itu telah memberikan suatu aku janji bertulis yang ia akan mematuhi apa–apa syarat yang dikenakan oleh Bank di bawah subseksyen (2).  
     (4)    Seksyen 270 hendaklah terpakai bagi aku janji bertulis yang diberikan di bawah seksyen ini.  
     (5)    Bank boleh, pada bila–bila masa, secara bertulis meminda atau membatalkan apa–apa syarat sedia ada yang dikenakan atas kelulusan di bawah subseksyen (2) atau mengenakan apa–apa syarat baru atasnya.  
  JADUAL 1

[Subseksyen 2(1), seksyen 8, 43, 45, 46 dan 168]

 
  PERNIAGAAN YANG DILULUSKAN  
  BAHAGIAN  1

Perniagaan yang menghendaki kelulusan

 
  1. Pengendalian sistem pembayaran yang—  
  (a) membolehkan pemindahan kumpulan wang daripada satu akaun perbankan Islam ke suatu akaun yang lain, yang termasuklah apa–apa pemindahan debit, pemindahan kredit atau arahan tetap tetapi tidak termasuk pengendalian sistem pengiriman wang yang diluluskan di bawah seksyen 40 Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011; atau  
  (b) menyediakan pengendalian rangkaian instrumen pembayaran Islam yang membolehkan pembayaran dibuat melalui penggunaan instrumen pembayaran Islam.  
  2. Pengeluaran instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan.  
  3. Perniagaan pembrokeran takaful.  
  4. Perniagaan nasihat kewangan Islam.  
  BAHAGIAN  2

Orang yang tidak menghendaki kelulusan bagi perniagaan nasihat kewangan Islam

 
  5. Orang berlesen atau broker takaful yang diluluskan di bawah Akta ini.  
  6. Seorang ejen takaful.  
Akta 100. 7. Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100].  
  JADUAL 2

[Perenggan 2(1)(iv) dan 148(iv)]

 
  PENGECUALIAN LAIN DARIPADA TAKRIF “DEPOSIT ISLAM”  
  BAHAGIAN  1

 

 
  Wang yang dibayar oleh mana–mana orang kepada—  
  (a) Kerajaan atau mana–mana Kerajaan Negeri;  
  (b) Bank;  
  (c) suatu badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa untuk menyetuju terima, menerima atau mengambil yang sama di bawah mana–mana undang–undang bertulis;  
  (d) suatu koperasi yang diberi kuasa di bawah Akta Koperasi 1993 untuk menyetuju terima deposit, dengan syarat bahawa orang itu bukan suatu anggota koperasi sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Koperasi 1993 koperasi itu telah mendapat kedua–dua—  
  (i) kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah Akta Koperasi 1993; dan  
  (ii) kelulusan Bank dan mematuhi apa–apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Bank;  
Akta 109.
Akta 44.
(e) suatu pertubuhan peladang yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109] atau suatu persatuan nelayan yang didaftarkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971 [Akta 44];  
  (f) perbadanan berkaitan atau sekutunya;  
  (g) orang lain, berhubungan dengan apa–apa instrumen atau transaksi yang terkandung dalam perenggan (a) hingga (e) bagi takrif “debentur” di bawah subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dengan syarat bahawa orang yang lain itu mendapat kelulusan Bank dan mematuhi apa–apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Bank;  
  (h) orang lain, berhubungan dengan mana–mana pengeluaran, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti Islam mengikut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;  
  (i) orang lain yang mengeluar atau menawar kepada umum untuk langganan atau pembelian, atau mempelawa umum untuk melanggan atau membeli, apa–apa kepentingan di bawah suatu surat ikatan yang diluluskan mengikut Penggal 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965;  
Akta 758. (j) pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan, atau pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan, yang diluluskan di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2012, mengeluarkan wang elektronik dalam menjalankan perniagaannya yang dibenarkan; [sic]
  (k) orang lain yang menyetuju terima wang sedemikian secara bona fide di bawah perkiraan komoditi murabahah bagi maksud pelaburan atau dalam penjalanan perdagangan; atau  
  (l) orang lain, jika kedua–dua orang itu adalah individu, dalam penjalanan hubungan yang menurut adat, sosial, persahabatan atau keluarga dan jumlah bilangan individu yang membuat bayaran kepada orang yang lain itu tidak melebihi pada bila–bila masa sepuluh orang.  
  BAHAGIAN  2

 

 
  Wang yang dibayar kepada mana–mana orang, selain bank Islam berlesen, oleh—  
  (a) Kerajaan atau mana–mana Kerajaan Negeri;  
  (b) Bank;  
  (c) suatu badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau mana–mana orang lain yang diberi kuasa untuk membuat pembayaran sedemikian di bawah mana–mana undang–undang bertulis;  
  (d) suatu koperasi yang diberi kuasa di bawah Akta Koperasi 1993;  
  (e) orang berlesen atau pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan yang mengeluarkan wang elektronik, dalam penjalanan perniagaannya yang dibenarkan;  
Akta 618. (f) suatu institusi ditetapkan sebagaimana ditakrifkan dalam subseksyen 3(1) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618] dalam penjalanan perniagaannya yang sah di sisi undang–undang;  
Akta 81. (g) seorang pemegang pajak gadai yang dilesenkan di bawah Akta Pajak Gadai 1972 [Akta 81], dalam penjalanan biasa perniagaannya yang menurut undang–undang;  
Akta 400. (h) seorang pemberi pinjaman wang yang dilesenkan di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 [Akta 400], dalam penjalanan biasa perniagaannya yang menurut undang–undang;  
  (i) seorang yang sah menjalankan apa–apa aktiviti pengantaraan kewangan Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 222 mengikut penjalanan biasa perniagaannya; atau  
  (j) perbadanan berkaitan atau sekutunya.  
  BAHAGIAN  3

 

 
  Wang yang dibayar oleh bank Islam berlesen, kepada mana–mana orang dalam membeli atau meminjam sekuriti Islam daripada orang itu yang sekuriti Islam itu akan dibeli balik atau dipulangkan sebagai sebahagian transaksi yang sama.  
  JADUAL 3

[Subseksyen 2(1)]

 
  KEPENTINGAN DALAM SYER  
Kepentingan langsung dalam syer 1.    Jika seseorang itu memegang syer atau telah membuat kontrak untuk memperoleh syer dalam suatu pertubuhan perbadanan atau mempunyai hak untuk mempunyai syer dalam suatu pertubuhan perbadanan yang akan dipindahkan kepadanya atau sebaliknya mempunyai apa–apa kepentingan di sisi undang–undang atau kepentingan benefisial dalam syer pertubuhan perbadanan itu, dia hendaklah dikira mempunyai suatu kepentingan dalam syer dalam pertubuhan perbadanan itu.  
Kepentingan berkesan dalam syer 2.    Jika suatu siri pertubuhan perbadanan memegang syer secara berturut–turut dalam pertubuhan perbadanan peringkat kemudiannya dari satu ke satu yang lain, dan jika seseorang itu mempunyai kepentingan langsung dalam syer pertubuhan perbadanan dalam siri itu (kemudian daripada ini disebut sebagai “pertubuhan perbadanan aras pertama”)—  
  (a) orang itu hendaklah dikira mempunyai kepentingan berkesan dalam syer mana–mana pertubuhan perbadanan lain (kemudian daripada ini disebut sebagai “pertubuhan perbadanan peringkat kedua”) yang pertubuhan perbadanan peringkat pertama mempunyai kepentingan langsung dalam syer; dan  
  (b) orang itu hendaklah dikira mempunyai kepentingan berkesan dalam syer dalam setiap pertubuhan perbadanan peringkat kemudiannya dalam siri itu susulan kepada pertubuhan perbadanan peringkat kedua, dengan syarat setiap pertubuhan perbadanan peringkat sebelumnya dalam siri itu mempunyai kepentingan langsung dalam syer di setiap pertubuhan perbadanan peringkat kemudiannya dalam siri berkenaan.  
Pengiraan kepentingan berkesan dalam syer 3.    Kepentingan berkesan dalam syer seseorang dalam pertubuhan perbadanan X dalam pertubuhan perbadanan bersiri yang disebut dalam perenggan 2 hendaklah diperoleh dengan mendarab peratus kepentingan langsungnya dalam pertubuhan perbadanan peringkat pertama dalam siri itu dan kepentingan langsung pada setiap pertubuhan perbadanan peringkat kemudiannya yang ke bawah kepada kepentingan lansung dalam syer oleh pertubuhan perbadanan terdahulu dalam pertubuhan perbadanan X seperti yang berikut:  
    EFx = DI¹ x DI² x DI³... x DIx  
  Jika—  
  EFx mewakili kepentingan berkesan dalam syer orang dalam suatu pertubuhan perbadanan X;  
  DI¹ mewakili peratusan kepentingan langsung dalam syer orang yang dalam pertubuhan perbadanan peringkat pertama;  
  DI² mewakili peratusan kepentingan langsung dalam syer pertubuhan perbadanan peringkat pertama dalam pertubuhan perbadanan peringkat kedua;  
  DI³ mewakili peratusan kepentingan langsung dalam syer pertubuhan perbadanan peringkat kedua dalam pertubuhan perbadanan peringkat ketiga; dan  
  DIx mewakili peratusan kepentingan langsung dalam syer pertubuhan perbadanan terdahulu dalam siri pertubuhan perbadanan X.  
Agregat kepentingan dalam syer 4.    Jika dalam Akta ini, suatu sebutan dibuat kepada suatu agregat kepentingan dalam syer yang dipegang oleh mana–mana orang dalam pertubuhan perbadanan, agregat kepentingan itu hendaklah dihitung dengan menambah kepentingan di sisi undang–undang, benefisial, langsung dan berkesan yang dipegang oleh orang itu dalam pertubuhan perbadanan.  
  5.    Dalam menghitung agregat kepentingan dalam syer yang dipegang oleh seseorang dalam pertubuhan perbadanan, pemegangan oleh isterinya, suaminya, anaknya, perbadanan keluarganya, atau orang yang bertindak bersama–sama dengannya hendaklah ditambah kepada pemegangannya.  
Perbadanan keluarga 6.    Bagi maksud perenggan 5, “perbadanan keluarga” ertinya suatu perbadanan yang—  
  (a) individu itu;  
  (b) isteri atau suami individu itu; atau  
  (c) anak individu itu,  
  memegang, atau mana–mana dua atau lebih orang yang disebutkan dalam perenggan (a)(b) dan (c) memegang, secara berasingan atau bersesama, kepentingan dalam syer lebih daripada lima puluh peratus syer perbadanan itu.  
Kepentingan dalam syer di sisi undang–undang dan benefisial 7.    Seseorang itu adalah dianggap mempunyai kepentingan dalam syer suatu pertubuhan perbadanan sekiranya orang itu mempunyai apa–apa kepentingan di sisi undang–undang atau benefisial dalam syer berkenaan.  
  8.    Seseorang itu dianggap mempunyai kepentingan dalam syer sekiranya—  
  (a) orang itu telah membuat suatu kontrak atau perkiraan untuk memperoleh syer itu; atau  
  (b) orang itu mempunyai hak (selainnya kerana mempunyai suatu kepentingan di bawah suatu amanah) untuk mempunyai syer yang dipindahkan kepada orang itu atau atas perintah orang itu (sama ada hak itu dilaksanakan sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada syarat telah dipenuhi).  
  9.    Seseorang itu dianggap mempunyai kepentingan dalam syer sekiranya orang itu memegang kepentingan dalam syer bersesama dengan orang yang lain.  
  10.    Bagi maksud menentukan sama ada seseorang itu memegang kepentingan dalam syer, adalah tidak material bahawa kepentingan itu tidak berhubungan dengan sesuatu syer tertentu.  
  11.    Suatu kepentingan dalam syer tidak boleh tidak diambil kira hanya kerana—  
  (a) keterpencilannya;  
  (b) cara yang ia berlaku; atau  
  (c) hakikat bahawa pelaksanaan suatu hak yang diberikan oleh kepentingan adalah, atau berupaya dibuat, tertakluk kepada halangan atau sekatan.  
Kepentingan tertentu yang tidak boleh diambil kira 12.    Tidaklah boleh tidak diambil kira—  
  (a) suatu kepentingan dalam syer yang dipegang oleh seseorang yang perniagaan biasa termasuklah penyediaan kewangan sekiranya orang itu memegang kepentingan sebagai cagaran;  
  (b) suatu kepentingan dalam syer sekiranya kepentingan yang dipegang oleh orang itu adalah sebagai pemegang bare trust;  
  (c) suatu kepentingan dalam syer yang dipegang oleh seseorang, sebagai suatu kepentingan yang dipegang oleh orang itu kerana orang itu memegang jawatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank; dan  
  (d) suatu kepentingan yang ditetapkan sebagai suatu jenis dalam syer, sebagai kepentingan yang dipegang oleh orang tertentu sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.  
  13.    Perenggan 8 hingga 12 tidak boleh dengan apa–apa implikasi mengehadkan keluasan perenggan 7.  
  JADUAL 4

[Perenggan 5(5)(c)]

 
  PERNIAGAAN YANG BUKAN PERNIAGAAN TAKAFUL  
  1.    Pengendalian oleh seorang majikan, selain untuk mendapatkan keuntungan, bagi suatu skim atau perkiraan mengikut Shariah yang mengadakan peruntukan kewangan bagi persaraan pekerjanya, atau penamatan perkhidmatan pekerjanya di masa hadapan melalui kematian atau ketidakupayaan.  
  2.    Perniagaan yang dijalankan mengikut Bahagian II Akta Pertubuhan 1966 yang mengikut Shariah oleh suatu pertubuhan faedah bersama sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta itu.  
  3.    Eksport kredit atau perniagaan takaful jaminan kredit lain yang dijalankan oleh Export–Import Bank of Malaysia Berhad.  
  4.    Pentadbiran, pengurusan dan pengendalian suatu skim atau perkiraan mengikut Shariah, bagi pemberian faedah yang mengandungi pembekalan perkhidmatan pengurusan mayat atau pengebumian, dengan atau tanpa pembekalan barang yang berkaitan dengan apa–apa perkhidmatan atau pembayaran wang, apabila seseorang itu meninggal dunia bagi maksud menjelaskan semua atau sebahagian perbelanjaan, dan yang bersampingan dengan pengurusan mayat atau pengebumi