![]() |
Mekanisme Penggenapan ini diterima pakai untuk jumlah keseluruhan bil dan bukan bagi setiap unit barangan. Dalam pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini, jumlah keseluruhan bil, yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen yang terdekat, manakala 3, 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.
Pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini memberikan faedah kepada peniaga dan pelanggan. Para peniaga akan dapat mengurangkan kos pengendalian manakala bagi para pelanggan, pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan lebih mudah.
Jadual di bawah menggambarkan bagaimana Mekanisme Penggenapan dilaksanakan:
| Bil berakhir dengan sen | Penggenapan kepada 5 sen terdekat | Jumlah Keseluruhan Bil | |
| Jumlah keseluruhan bil sebelum penggenapan (RM) | Jumlah keseluruhan bil selepas penggenapan (RM) | ||
| 1,2 | Turun | 82.01 82.02 |
82.00 |
| 3,4 | Naik | 82.03 82.04 |
82.05 |
| 6,7 | Turun | 82.06 82.07 |
82.05 |
| 8,9 | Naik | 82.08 82.09 |
82.10 |
Garis Panduan Mekanisme Penggenapan
- Jumlah keseluruhan bil (termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai) yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen terdekat dan 3, 4, 8 dan 9 sen dinaikkan kepada 5 sen terdekat.
- Mekanisme Penggenapan ini diterima pakai untuk semua jenis pembayaran yang dibuat di kaunter pembayaran, tunai atau bukan tunai.
- Jadual Mekanisme Penggenapan hendaklah dipamerkan di kaunter pembayaran bagi memastikan pengguna dimaklumkan cara penggenapan dilakukan.
- Resit / bil / invois perlu menunjukkan jumlah keseluruhan sebelum dan selepas penggenapan dilakukan.
- Duit syiling 1 sen masih sah diperlakukan.
Maklumat
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)( www.kpdnhep.gov.my) dan laman web Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my) atau melalui telefon di talian 1-800-886-800 (KPDNHEP) atau 1-300-88-5465 (Bank Negara Malaysia).
Atau melalui emel di 1sen@bnm.gov.my.
Lihat juga :
Soalan Lazim mengenai Mekanisme Penggenapan



