Cetak       Kongsi


Penubuhan TELELINK Bank Negara Malaysia 1-300-88-LINK

No Ruj : 07/07/02 06 Jul 2007 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan penubuhan BNMTELELINK bagi melengkapkan perkhidmatan di kaunter yang disediakan oleh BNMLINK kepada orang ramai. BNMLINK dan BNMTELELINK merupakan pusat perhubungan Bank Negara Malaysia bagi memudahkan maklum balas diberikan secara cepat dan cekap kepada orang ramai mengenai isu berhubung dengan sektor kewangan. BNMTELELINK boleh dihubungi secara langsung sama ada melalui telefon, faks, surat atau e-mel.

Orang ramai boleh menghubungi BNMLINK dan BNMTELELINK untuk maklumat, pertanyaan atau penyelesaian berhubung dengan perbankan konvensional dan Islam, insurans dan takaful, khidmat nasihat bagi perusahaan kecil dan sederhana, pentadbiran pertukaran asing dan perkara-perkara lain yang di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia. Perkhidmatan berorientasikan pelanggan ini yang disediakan oleh BNMLINK dan BNMTELELINK merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perjalanan sistem kewangan.

BNMTELELINK boleh dihubungi di:

BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur

Tel: 1-300-88-5465 (LINK)
Faks: 03-2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Waktu urusan BNMLINK dan BNMTELELINK:
Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang

Bank Negara Malaysia
06 Jul 2007

© Bank Negara Malaysia, 2007. All rights reserved.