Cetak       Kongsi


Penubuhan Jawatankuasa Pasaran Kewangan

No Ruj : 05/16/04 13 May 2016 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1200 pada hari Jumaat 13 Mei 2016
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Jawatankuasa).  Matlamat penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk meluaskan interaksi dan hubungan industri dengan tumpuan pada usaha mengkaji semula dan merumuskan strategi yang komprehensif untuk pasaran kewangan borong bagi memenuhi tuntutan yang pelbagai dan kompleks daripada ekonomi yang lebih maju dan bersepadu pada peringkat antarabangsa. 
 
Jawatankuasa ini terdiri daripada peserta/wakil daripada Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, syarikat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi lain atau pihak berkepentingan yang mempunyai peranan utama atau penyertaan dalam pasaran kewangan.
 
Jawatankuasa ini juga bertujuan untuk menyediakan forum peringkat tinggi untuk peserta pasaran bertemu secara kerap bagi membincangkan perkara dan isu yang mungkin timbul serta risiko berkaitan dengan pasaran kewangan Malaysia. 

Bank Negara Malaysia
13 May 2016

© Bank Negara Malaysia, 2016. All rights reserved.