Cetak       Kongsi


Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 30 Disember 2016

No Ruj : 01/17/01 06 Jan 2017 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1500 pada hari Jumaat 06 Januari 2017

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD94.6 bilion (bersamaan dengan RM424.2 bilion) pada 30 Disember 2016 berbanding dengan USD95.3 bilion (bersamaan dengan RM409.1 bilion) pada akhir tahun 2015. Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab terus disokong oleh lebihan akaun semasa dan aliran masuk pelaburan langsung asing. Walau bagaimanapun, ini diimbangi oleh pelaburan langsung di luar negeri oleh syarikat Malaysia dan aliran keluar semula sebahagian pelaburan portfolio bukan pemastautin.

Rizab antarabangsa pada 30 Disember 2016 kekal lebih daripada mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh berbanding dengan 8.2 bulan pada 15 Disember 2016. Paras rizab ini juga mencukupi untuk memenuhi obligasi luaran dengan perlindungan rizab kepada hutang luar negeri jangka pendek[1] sebanyak 1.3 kali.



[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.


Lihat juga: BNM Statement of Assets & Liabilities as at 30 Disember 2016

Bank Negara Malaysia
06 Jan 2017

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.