Cetak       Kongsi


Pembaharuan Pengaturan Swap KRW / MYR antara Bank of Korea dengan Bank Negara Malaysia

No Ruj : 01/17/08 25 Jan 2017 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1500 pada hari Rabu 25 Januari 2017

Bank of Korea dan Bank Negara Malaysia hari ini memeterai perjanjian untuk memperbaharui pengaturan swap KRW / MYR dua hala. Jumlah bagi pengaturan ini dikekalkan sebanyak 5 trilion KRW / 15 bilion MYR, iaitu jumlah yang sama di bawah pengaturan awal yang dimeterai pada 20 Oktober 2013. Pengaturan swap ini adalah untuk tempoh 3 tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama antara kedua-dua bank pusat.
 
Pengaturan ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dengan lebih luas dalam penyelesaian perdagangan. Langkah ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara.
 
Pengumuman ini boleh didapati melalui laman sesawang berikut:

Bank of Korea: http://www.bok.or.kr
Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my
 
 

Bank Negara Malaysia
Bank of Korea
25 Januari 2017

Bank Negara Malaysia
25 Jan 2017

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.