Cetak       Kongsi


Penambahbaikan Pengaturan Kendalian Mengenai Penukaran Hasil Perolehan Eksport

No Ruj : 02/17/02 08 Feb 2017 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Merujuk laporan media baru-baru ini mengenai peraturan pertukaran asing, Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa perubahan terhadap pengaturan kendalian yang berkuat kuasa 6 Februari 2017 tidak bermakna sekatan telah dilonggarkan, namun ia merupakan penambahbaikan terhadap pengaturan kendalian yang sedia ada antara bank tempatan dengan Bank Negara Malaysia.

Bank-bank tempatan sentiasa diberikan kebebasan untuk berurus niaga dalam apa-apa jumlah dalam pasaran antara bank pertukaran asing. Penambahbaikan pengaturan kendalian ini berkait dengan peraturan penukaran hasil perolehan eksport. Untuk memudahkan keperluan perbankan perniagaan, bank-bank tempatan kini boleh menggunakan penukaran hasil perolehan eksport kurang daripada USD1 juta bagi setiap transaksi untuk memenuhi keperluan mata wang asing pelanggan mereka tanpa merujuk Bank Negara Malaysia. Langkah ini membolehkan bank-bank tempatan menguruskan operasi penukaran mereka pada hari itu dengan lebih baik tanpa menjejaskan matlamat keseluruhan langkah-langkah yang diumumkan pada 2 Disember 2016.

Bank Negara Malaysia
08 Feb 2017

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.