Cetak       Kongsi


Pasukan Petugas Khas Mengenai Kerugian Pertukaran Asing Bank Negara Malaysia pada tahun 1990-an

No Ruj : 02/17/04 16 Feb 2017 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank Negara Malaysia akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh kabinet untuk menyiasat kerugian pertukaran asing yang berlaku lebih daripada 25 tahun yang lalu.

Bank terus berusaha mengekalkan standard tertinggi penzahiran dan ketelusan dalam aktiviti yang dijalankan. Bank juga telah memperkukuh kedudukan kewangannya, tadbir urus dan kebertanggungjawaban dengan ketara, terutamanya dari segi pengurusan rizab.

Dalam persekitaran semasa yang mencabar dan tidak menentu ini, kita perlu terus memberikan tumpuan dan tidak terganggu dalam usaha kita memastikan bahawa ekonomi dan sistem kewangan kekal stabil dan berdaya saing untuk menyokong aktiviti ekonomi negara.

Bank Negara Malaysia
16 Feb 2017

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.