Cetak       Kongsi


Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 15 Februari 2017

No Ruj : 02/17/06 22 Feb 2017 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1500 pada hari Rabu 22 Februari 2017

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD95.0 bilion (bersamaan dengan RM426.2 bilion) pada 15 Februari 2017.Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].



[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.


Lihat juga: BNM Statement of Assets & Liabilities as at 15 Februari 2017

Bank Negara Malaysia
22 Feb 2017

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.