Cetak       Kongsi


Bank Negara Malaysia dan Bank of Thailand Menandatangani Memorandum Persefahaman Mengenai Penyeliaan Perbankan dan Kerjasama Pembangunan Kewangan

No Ruj : 04/17/01 06 Apr 2017 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Muhammad bin Ibrahim, Gabenor Bank Negara Malaysia dan Veerathai Santiprabhob, Gabenor Bank of Thailand, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Penyeliaan Perbankan dan Kerjasama Pembangunan Kewangan. MoU ini menjadi asas yang kukuh untuk keberkesanan penyeliaan terhadap institusi perbankan yang beroperasi di kedua-dua negara dan juga sebagai asas untuk penyelarasan yang lebih rapi dalam bidang yang berperanan penting untuk memastikan pembangunan kewangan yang berterusan.

Bagi menyokong integrasi serantau yang lebih kukuh dan hubungan perdagangan dan pelaburan yang semakin meluas, aktiviti perbankan merentas sempadan semakin memainkan peranan yang penting dalam sistem kewangan. Menyedari perkembangan kewangan yang penting, MoU ini mencerminkan peningkatan kerjasama antara kedua-dua pihak berkuasa untuk memastikan kestabilan kewangan dan pembangunan kewangan yang berterusan. MoU ini juga memberikan asas yang kukuh untuk pembangunan  selanjutnya dalam  sistem penyeliaan yang berkesan selaras dengan prinsip yang digariskan dalam Prinsip Teras Basel untuk Penyeliaan Perbankan Berkesan.

MoU ini menggariskan pelbagai bidang penyeliaan dan kerjasama pembangunan, termasuk penyeliaan merentas sempadan dan di premis, penyeliaan amalan pasaran, perlindungan pengguna, rangkuman kewangan, celik kewangan dan juga pencegahan kegiatan jenayah kewangan.

Bank Negara Malaysia
Bank of Thailand
6 April 2017

Muhammad bin Ibrahim, Gabenor Bank Negara Malaysia dan Veerathai Santiprabhob, Gabenor Bank of Thailand, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Penyeliaan Perbankan dan Kerjasama Pembangunan Kewangan di Pulau Cebu, Filipina. 

 

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.