Cetak       Kongsi


Pengaturan Swap Dua Hala antara Jepun dengan Malaysia

No Ruj : 05/17/04 05 May 2017 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank of Japan, yang mewakili Menteri Kewangan Jepun, dan Bank Negara Malaysia mengalu-alukan cadangan untuk menandatangani agreement-in-principle  bagi memuktamadkan Pengaturan Swap Dua Hala bernilai sehingga USD3 bilion.

Kedua-dua pihak berkuasa tersebut kini sedang mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan proses kelulusan di negara masing-masing. Pengaturan ini bercirikan swap dua hala, iaitu pihak Jepun dan Malaysia akan menyediakan dolar Amerika Syarikat melalui swap mata wang apabila mendapat permintaan daripada negara masing-masing.

Pihak berkuasa di Jepun dan Malaysia berharap untuk memperkukuh kerjasama dua hala melalui pengaturan ini, yang seterusnya akan menyokong kestabilan pasaran kewangan. Pengaturan ini juga akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Menteri Kewangan Jepun
Bank Negara Malaysia
5 Mei 2017

 

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.