Cetak       Kongsi


Keputusan Kabinet Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)

No Ruj : 06/17/05 22 Jun 2017 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank Negara Malaysia (BNM) mengalu-alukan pembentukan RCI oleh Kerajaan untuk menyiasat secara bebas insiden pertukaran asing (forex) dan sekali gus menyelesaikan isu yang telah berlaku lebih 25 tahun yang lalu.
 
BNM akan memberikan kerjasama penuh kepada RCI dengan mengemukakan maklumat seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Dalam mana-mana negara, legitimasi, integriti dan kredibiliti Bank Pusat adalah amat penting untuk memelihara keyakinan orang ramai bagi mengekalkan sistem kewangan yang kukuh dan ekonomi yang stabil.
 
BNM ingin memberikan jaminan kepada orang ramai dan pasaran kewangan bahawa BNM akan kekal fokus dalam melaksanakan tanggungjawab dan mandat kepada negara. BNM akan terus memelihara kestabilan monetari dan kewangan, serta memastikan sistem pembayaran berfungsi secara teratur.

Bank Negara Malaysia
22 Jun 2017

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.