Cetak       Kongsi


Jualan Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia Ke-100

No Ruj : 08/17/07 07 Aug 2017 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia ke-100 pada tahun 2017. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Muzium dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada 27 Julai 2017.

Jualan duit syiling ini akan bermula pada Rabu, 9 Ogos 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan di pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

Pengundian Awam

Bank Negara Malaysia akan menjual duit syiling peringatan ini melalui proses pengudian awam untuk memastikan pengagihan secara adil kepada para pembeli. Pendaftaran pembelian akan diterima mulai pukul 7.00 hingga 11.00 pagi pada 9 Ogos 2017 di lokasi jualan. Semua pendaftaran pembelian yang diterima akan mendapat peluang yang sama untuk membeli duit syiling ini melalui proses pengundian. Memandangkan jualan duit syiling peringatan ini bukan berasaskan Siapa Dulu Dia Dapat, orang ramai dinasihati supaya tidak beratur di lokasi jualan sebelum pukul 7.00 pagi. Pengundian ini akan diadakan di lokasi jualan mulai pukul 11.30 pagi.

Maklumat Jualan dan Pengundian Awam

Tarikh

Rabu, 9 Ogos 2017

Mod Jualan

Pengundian Awam (bukan berasaskan Siapa Dulu Dia Dapat)

Jadual

7.00 pagi         Pendaftaran Tempahan Dibuka

11.00 pagi       Pendaftaran Tempahan Tutup

11.30 pagi       Pengundian

2.00 petang     Pengumuman Keputusan Undian dan

                        Pengambilan

Had Pembelian Maksimum

1 unit set dua dalam satu (Perak Berwarna dan Emas Nordic)

1 unit Duit Syiling Perak Berwarna (pruf)

3 unit Duit Syiling Emas Nordic

Mod Pembayaran

Kad Kredit / Debit / Caj diutamakan dan wang tunai

Kod Pakaian

Pakaian yang sesuai untuk suasana pejabat


Spesifikasi Duit Syiling dan Harga

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM230 sekeping. Sebanyak 700 keping sahaja ditempa.

    Nota: Harga tertakluk kepada 6% GST.

  2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
    Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 13,000 keping sahaja ditempa.

    Nota: Harga tertakluk kepada 6% GST.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu. Set ini mengandungi duit syiling pruf perak berwarna dan pruf emas nordic. Set ini akan dijual pada harga RM280 setiap set (harga tertakluk kepada 6% GST) dan hanya 1,300 set sahaja disediakan. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.

Reka Bentuk Duit Syiling

Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini ditunjukkan pada Lampiran II.

Bank Negara Malaysia
07 Aug 2017

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.