Cetak       Kongsi


Pengaturan Swap ASEAN antara Bank-bank Pusat dengan Pihak Berkuasa Monetari ASEAN Diperbaharui

No Ruj : 10/17/04 13 Oct 2017 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank-bank Pusat dan Pihak Berkuasa Monetari ASEAN telah bersetuju untuk memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) mengenai Pengaturan Swap ASEAN (ASEAN Swap Arrangement, ASA) untuk tempoh dua tahun lagi mulai 17 November 2017. Pengaturan Swap ini memperuntukkan sokongan kewangan sebanyak USD2.0 bilion.

ASA telah diwujudkan pada tahun 1977 dan kewujudan ASA melambangkan tradisi kerjasama kewangan ASEAN yang sekian lama. ASA merupakan sebahagian daripada inisiatif serantau untuk menggalakkan kestabilan kewangan melalui peruntukan sokongan mudah tunai jangka pendek kepada negara anggota yang mengalami masalah sementara dalam imbangan pembayaran.

Gabenor Muhammad bin Ibrahim menandatangani MoU ini pada hari ini bagi pihak Bank Negara Malaysia dalam satu acara berasingan semasa Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)-Bank Dunia di Washington.

Bank Negara Malaysia
13 Oct 2017

© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.