Bank Negara Malaysia dan Office of Insurance Commission, Thailand Menandatangani Memorandum Persefahaman
No Ruj : 12/17/14 18 Dec 2017 Embargo : Untuk Siaran Segera
Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad bin Ibrahim dan Setiausaha Agung Office of Insurance Commission, Thailand, Dr. Suthiphon Thaveechaiyagarn, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama bagi perkembangan sektor insurans kedua-dua negara yang saling memberikan manfaat.
Berikutan hubungan kewangan antara Malaysia dengan Thailand yang semakin meningkat, MoU ini akan menyokong langkah-langkah oleh pihak berkuasa kawal selia insurans kedua-dua negara untuk menggalakkan pasaran insurans yang berkesan dan berfungsi dengan baik bagi perlindungan dan pengurusan risiko individu dan perniagaan.
MoU ini merangkumi pengaturan berkaitan dengan bantu-membantu, bertukar-tukar maklumat serta kerjasama dalam bina upaya dan bantuan teknikal antara kedua-dua pihak berkuasa kawal selia. MoU ini merupakan peristiwa penting dalam pengukuhan pengaturan kerjasama antara Bank Negara Malaysia dengan Office of Insurance Commission, Thailand, selaras dengan tradisi kerjasama pengawalan dan penyeliaan yang sekian lama terjalin dalam sektor kewangan antara Malaysia dengan Thailand.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Bank Negara Malaysia |
Office of Insurance Commission Thailand |
Bank Negara Malaysia
Office of Insurance Commission, Thailand
18 Disember 2017
Secretary General of the Office of Insurance Commission, Thailand, Dr. Suthiphon Thaveechaiyagarn and Governor of Bank Negara Malaysia, Muhammad bin Ibrahim today signed a Memorandum of Understanding (MoU) on information sharing and supervisory cooperation.
© Bank Negara Malaysia, 2017. All rights reserved.