Cetak       Kongsi


Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 29 Disember 2017

No Ruj : 01/18/02 05 Jan 2018 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1500 pada hari Jumaat 05 Januari 2018
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD102.4 bilion pada 29 Disember 2017 berbanding dengan USD94.5 bilion pada akhir tahun 2016. Paras rizab pada 29 Disember 2017 telah mengambil kira pelarasan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing.Paras rizab disokong oleh lebihan akaun semasa yang lebih besar dan aliran masuk pelaburan langsung asing yang berterusan. Walau bagaimanapun, ini sebahagiannya telah diimbangi oleh pelaburan langsung daripada syarikat Malaysia dan pelaburan portfolio pelabur institusi pemastautin di luar negeri.
 
Rizab antarabangsa pada 29 Disember 2017 kekal lebih daripada mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Lihat juga: BNM Statement of Assets & Liabilities as at 29 Disember 2017

Bank Negara Malaysia
05 Jan 2018

© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved.