Cetak       Kongsi


Sesi Dialog dengan Komuniti Tempatan di Kedah

No Ruj : 01/18/09 22 Jan 2018 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank Negara Malaysia telah menganjurkan beberapa sesi dialog dengan perniagaan tempatan, komuniti kewangan dan para pelajar di Alor Setar pada 18 dan 19 Januari 2018. Sesi dialog ini telah dipengerusikan oleh Gabenor Muhammad bin Ibrahim, dan merupakan sesi keempat dalam siri perbincangan dan interaksi Bank di seluruh negara susulan sesi dialog yang diadakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.

Melalui sesi dialog ini, kerajaan negeri, komuniti perniagaan dan komuniti kewangan berkongsi pendapat mengenai cabaran yang dihadapi mereka serta perkembangan terkini yang memberikan kesan kepada ekonomi wilayah utara, termasuk sektor perkilangan. Ini termasuk akses kepada pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kemudahan perkhidmatan perbankan asas melalui ATM dan perbankan ejen, mengurus turun naik mata wang, tanggungjawab sosial korporat dan skim kewangan haram.

Berhubung dengan skim kewangan haram, Bank Negara Malaysia menekankan perlunya sikap berhemat dan berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang sangat tinggi dan tidak munasabah. Pengguna digalakkan untuk merujuk senarai Peringatan kepada Semua Pengguna Kewangan (Financial Consumers Alert). Senarai ini mengandungi entiti yang tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak berkuasa Malaysia.

Komuniti tempatan turut mengalu-alukan komitmen sektor kewangan untuk menyumbang kepada ekonomi Kedah. Ini termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh Financial Industry Collective Industry (FINCO) yang bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan, kemahiran berbahasa Inggeris dan keupayaan pegurusan kewangan komuniti tempatan.

Bank Negara Malaysia juga mengadakan sesi perbincangan dan interaksi dengan pelajar universiti untuk membincangkan aspirasi kerjaya mereka serta masa hadapan Malaysia dalam lingkungan Transformasi Nasional 2050.

Dialog seterusnya akan diadakan di wilayah pantai timur pada separuh kedua tahun 2018 bersempena dengan Karnival Kewangan kelima. Perbincangan dan interaksi ini merupakan langkah penting untu

Sesi dialog bersama agensi kerajaan persekutuan dan negeri, perniagaan dan ketua komuniti.

(Dari kiri) Pn. Hasjun Hashim, Ketua Pejabat BNM Pulau Pinang; Dato' Sulaiman Mohd Tahir, CEO AmBank; Muhammad bin Ibrahim, Gabenor Bank Negara Malaysia; Dato' Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Presiden AIBIM; En. Nor Azman Zainal, CEO PruBSN Takaful.

Bank Negara Malaysia
22 Jan 2018

© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved.