Print       Share


Gabenor Muhammad Ibrahim Menawarkan Diri untuk Meletakkan Jawatan Sebagai Gabenor

Ref No : 06/18/01 06 Jun 2018 Embargo : For immediate release    

Kabinet hari ini menerima tawaran Gabenor Muhammad bin Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.
 
Pengumuman Gabenor baharu akan dibuat atas Perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
 
Bank juga akan memastikan peralihan bagi penyerahan tugas kepada Gabenor baharu berjalan dengan lancar.
 
Gabenor Muhammad Ibrahim ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan atas penghormatan dan peluang untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Malaysia.
 

Bank Negara Malaysia
06 Jun 2018

© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved.