Cetak       Kongsi


Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 30 Ogos 2018

No Ruj : 09/18/03 06 Sep 2018 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1500 pada hari Khamis 06 September 2018

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD104.4 bilion pada 30 Ogos 2018. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
 
Sebahagian besar hutang luar negeri jangka pendek merupakan hutang institusi perbankan, yang mencerminkan pemusatan pengurusan mudah tunai oleh institusi perbankan Malaysia yang beroperasi di rantau ini dan kehadiran bank-bank asing yang nyata di Malaysia. Institusi-institusi ini memegang aset luaran yang besar, yang boleh digunakan untuk memenuhi obligasi luaran mereka tanpa perlu membuat tuntutan ke atas rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia.
 


Lihat juga: BNM Statement of Assets & Liabilities as at 30 Ogos 2018

Bank Negara Malaysia
06 Sep 2018

© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved.