Print       Share


Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 28 September 2018

Ref No : 10/18/05 05 Oct 2018 Embargo : Not for publication or broadcast before 1500 hours on Friday 05 October 2018

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD103.0 bilion pada 28 September 2018. Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan nilai US dolar berbanding pelbagai aset rizab mata wang asing yang dipegang oleh Bank Negara Malaysia.Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
 
Penyumbang terbesar hutang luar negeri jangka pendek ialah institusi perbankan (69.3% daripada hutang luar negeri jangka pendek), yang mencerminkan pemusatan pengurusan mudah tunai oleh institusi perbankan Malaysia yang beroperasi di rantau ini dan kehadiran banyak bank asing di Malaysia. Institusi-institusi perbankan ini memegang aset luaran yang besar (RM293.0 bilion), yang boleh digunakan untuk memenuhi obligasi luaran mereka tanpa perlu membuat tuntutan ke atas rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia.


See also: BNM Statement of Assets & Liabilities as at 28 September 2018

Bank Negara Malaysia
05 Oct 2018

© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved.