Cetak       Kongsi


Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada akhir bulan Oktober 2018

No Ruj : 11/18/08 30 Nov 2018 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1200 pada hari Jumaat 30 November 2018

Mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS terkandung dalam Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, aset rizab rasmi berjumlah USD101,696.2 juta, manakala aset mata wang asing lain berjumlah USD52.3 juta pada akhir bulan Oktober 2018. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, aliran keluar jangka pendek yang telah  dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit dalam mata wang asing yang merangkumi antaranya bayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan dan bayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank Bank  Negara Malaysia apabila matang berjumlah USD1,469.9 juta bagi tempoh 12 bulan akan datang. Jumlah kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak USD22,794.9 juta, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang. Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah USD2,525.0 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, yang berjumlah USD108.1 juta. Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.
 
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format   SDDS IMF menunjukkan rizab Malaysia pada akhir bulan Oktober 2018 tetap boleh guna.
 

 

Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items

Bank Negara Malaysia
30 Nov 2018

© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved.