Print       Share


Kenyataan Bersama Mengenai Pengawalseliaan Aset Digital di Malaysia

Ref No : 12/18/03 06 Dec 2018 Embargo : For immediate release    

Kenyataan akhbar bersama ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi penjelasan berkenaan pendekatan kawal selia bagi penawaran dan dagangan aset digital di Malaysia. Sehubungan ini, aset digital merujuk kepada mata wang digital dan token digital.

SC akan mengawal selia penerbitan aset digital melalui penawaran syiling awal (ICO) dan dagangan aset digital di bursa aset digital di Malaysia. Peraturan-peraturan kini sedang disediakan agar aset digital tertakluk kepada undang-undang sekuriti bagi memastikan dagangan yang adil dan teratur serta perlindungan pelabur.

Penerbit ICO dan bursa aset digital yang terbabit dalam penerbitan atau urusan jual beli aset digital yang melibatkan fungsi pembayaran, perlu mematuhi undang-undang dan peraturan BNM yang berkaitan dengan urusan pembayaran dan mata wang. Di samping itu, penerbit ICO dan bursa aset digital adalah tertakluk kepada Garis Panduan mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan SC.

BNM mengingatkan bahawa aset digital adalah tidak sah diperlakukan di Malaysia. Orang ramai adalah dinasihatkan agar berhati-hati dalam menilai risiko yang berkaitan ketika berurusan dalam aset digital.
Bagi melaksanakan rangka kerja kawal selia terhadap aset digital, SC dan BNM akan menjalankan kerja penyelarasan bersama bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan di bawah bidang kuasa masing-masing.


Bank Negara Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
6 Disember 2018
 

 

© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved.