Print       Share


Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Bulan Disember 2018

Ref No : 01/19/07 31 Jan 2019 Embargo : Not for publication or broadcast before 1200 hours on Thursday 31 January 2019

Mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.
 
Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS terkandung dalam Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, aset rizab rasmi berjumlah USD101,443.9 juta, manakala aset mata wang asing lain berjumlah USD53.7 juta pada akhir bulan Disember 2018. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, termasuk antaranya pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan dan pembayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara apabila matang, berjumlah USD3,442.4 juta. Kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak USD20,906.1 juta, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang. Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah USD2,571.9 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD108.1 juta. Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.
 
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab Malaysia pada akhir bulan Disember 2018 tetap boleh guna.
 

 

Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items

Bank Negara Malaysia
31 Jan 2019

© Bank Negara Malaysia, 2019. All rights reserved.